Tempat makan wajib cuba jika ke Johor

Sabtu, Oktober 03, 2020


Tempat makan wajib cuba jika ke Johor •
Menjadi satu kemestian jika kita bercuti ke mana sahaja adalah mencari tempat makan. Lagi-lagi food hunter macam Aien. Ke mana saja mesti nak cari tempat makan popular la, tempat makan paling sedap la. Atau tempat makan masakan special daripada negeri tersebut. Johor yang sinonim dengan gelaran "Syurga Makanan" juga tak terkecuali daripada menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang harus dicuba. 

Jom, Aien nak kongsi dengan korang 10 tempat makan sedap di Johor yang wajib korang singgah. Rugi jugak kalau dah ke mari tapi tak cuba salah satu di antaranya. 


1. Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat, Pasir Gudang


Bagi pengemar makanan laut, pasti harus singgah makan di Seri Bahagia. Sambil menikmati lauk pauk segar, korang juga boleh menikmati pemandangan malam di sini. Daripada pelbagai jenis menu yang disediakan, katanya paling menarik perhatian Ketam Masak Lada Hitam. Korang nak tahu kenapa? boleh baca di DI SINI

2. Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara, Gelang Patah. 


Berselera tengok masak dalam kawah besar begini. Apatah lagi pekena dengan nasi panas, memang dah tak nampak la orang seberang ni. 

Bukan itu sahaja, segala jenis lauk yang kena dengan masakan lemak cili api serta asam pedas ada di sini. Kawan kita ni dah cuba sampai tiga kali dah ke mari, sah sedap la tu. Siapa? Baca DI SINI

3. Wachaa Burger, Parit Kadir 


Malam-malam tak tau nak makan apa, jom ke Wachaa Burger. Bukan setakat burger malah pelbagai jenis makanan panas ada tersedia di sini. Harga pun mesra poket. Nak tau apa je kat situ, boleh baca DI SINI


4. Instanbul Turkish Cuisine


Instanbul! Kau tunggu aku datang!!! Bila lagi la tu? Kena pulak pandemic yang tak nampak bila nak surut, jom la singgah ke Instanbul Turkish Cuisine kat Johor je. Asli dari air tangan orang arab konfirm dah tak payah la pergi Instanbul lagi. Baca DI SINI kalau nak tahu apa je yang wajib kita cuba jika makan di sini. 

5. Chaba Thai Food, Johor Bahru 


Hujan-hujan sedap juga pekena yang berkuah ni. Dapat pulak yang meriah dengan lauk dan sayur daripada segala sampah sarap memang terasa seronok je kan. Kak Mia ada kongsi mana nak makan masakan ala thai sedap ni. Jom baca DI SINI

6. Kafe Kiri Kanan, Toppen Johor Bahru


Dah singgah IKEA Tebrau, kena singgah jiran di sebelahnya pulak.  Shopping Mall yang eco friendly memang menciptakan kelainan sekiranya korang singgah ke kafe ni. Tagline yang menarik buatkan anda nak cuba apa hidangan yang disediakan di situ.  Baca DI SINi untuk ketahui menu wajib korang cuba kalau nak makan di Kafe Kiri Kanan. 

7. Restoran Ateh Corner, Skudai


Ateh Corner memang terkenal di kalangan para pelajar di UTM. Dahulunya ia cuma warung di tepi jalan, kini telah berpindah ke tempat yang lebih luas dan selesa. Itu maknanya kedai makan ni adalah pilihan citarasa orang ramai. Antara menu sedap Ateh Corner ni, korang boleh klik saja DI SINI 

8. Makan Lok Lok Halal di B5 Market 


Sekiranya korang tak berselera untuk makan berat, mungkin korang boleh cuba makan Lok Lok di B5 Market. Huda ada kongsikan dengan korang mana lagi nak cari sekiranya korang tak cukup kenyang DI SINI

9. Best Dim Sum & Pau, Pasir Gudang 


Nak cari kelainan daripada yang lain, semestinya korang Best Dim Sum & Pau sesuai untuk pilihan sarapan korang. Kalau Aien, ni la paling favorite kalau dapat. Pau pun sebiji dua boleh kenyang. Korang nak tahu sedap tak sedap baca DI SINI okay? 

10. Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut


Johor dengan makanan Laut memang tak dapat dipisahkan. Jadi seharusnya sebagai pelancong mahupun orang tempatan mesti suka dengan makanan mewah begitu. Homey food rasanya. Korang rasa nak tahu lauk apa pilihan pelanggan jom baca DI SINI


Nah, habis sudah pilihan tempat makan sedap yang korang wajib terjah jika ke Johor. Bukan apa, bila perut sudah kenyang, nak jalan pun senang hati, kan? 

16 ulasan

  1. aahhh sedapnya. saya tak pernah sampai lagi ke johor :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiara orang mana? In shaa Allah ada rezeki moh ler ke Johor. tunggu cobid habis k. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. tu la. rambang juga mata nak pilih tu nanti. :)

      Padam
  3. Wak orang Johor, tapi tempat tu semua belum singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waahh, ye ke Wak? boleh la mai singgah jika kelapangan. Tunggu cobid habis laa gayanya. :)

      Padam
  4. pergi johor selalunya sebb ada atok-atok sedara buat kenduri... kalau tak memang takdan la nak smpai johor... teringin nak berjalan, haihh dengan situasi sekarang ni risau pulak kalau nak p berjalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo dah atok sedara buat keduri memang tak sempat nak jalan. sekrang memang tak la. esok taun depan ke boleh je. haha

      Padam
  5. bestnya..teringin nak terjah semua tempat makan tu

    BalasPadam
  6. thank you sharing.. bookmarked pos ni. nt klu covid dah surut.. nak pergi johor

    BalasPadam
  7. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ke Johor hujung tahun ini... cepatlah covid-19 lenyap dari muka bumi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn.. :) kan.. nyah kau kobid. Kami ndak perlukan kau..

      Padam
  8. Semuanya menyelerakan. kita ke JB tak sempat singgah mana kalau pergi HSI or HSA hantar ayah. Settle urusan terus balik rumah je. Kot ada bercuti ke JB nanti bolehlah cuba singgah kat tempat makan best yang Aien suggest ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo ke HSA ada satu port viral berdekatan situ, sis dah pernah cuba belom?

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.