Selasa, Jun 30, 2020

Cerita First half tamat di sini


I was devastated. Again and again. Over and over. 


Devastated - ruin or destroy. also known as overwhelming shock. 

And I? Was grief with myself. Again. Naa, 10 years me back there same as here today. Sad! 

I can't see where I'm going. I was too afraid to take a baby step for changes. 

For first half 2020, Huh... July is begin. Where should I go? Move myself out from safety zone? Going for a walk from comfy box? 

There's a lot in my mind. Luckily I write this in the middle of night, where my mind keep whisper to me. U need to do something tomorrow. Change your mood. Love your kids. But, after I reset. I was lost with same core and routine. Same as always. 

Kids of course they grown up. Nayla is much 2 years and a month this June. And Najmi is take turn to one year next July. 

They already understand the crazy mom here. Playing by them self. Sometimes try to seek my attention. When I was okay, I smiled back to them. When I was in worst mood, I yelled to them as much my heart is broken. 

Poor them to have this crazy mom. Cried a lot, laugh by herself. But, ignore us for the most. She doesn't care either us hungry or not. She fed us junk food not the healthy one. She so selfish. Left us. Being our self. 


Imagine mom, tomorrow you would regret this? Us playing by our self, not talk or helping you? You done it now right? 



.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.


.




.
 First half 2020. Can't see yet again where I were going. Sometimes I need to cool down for somewhere else. Doing my thing  Yet Idk what is my thing? 

What do you like? 
- I like watching drama, doing baking. Done some house work. 

No. The really you like. 
- .........  watching drama? imagine where I'm going. 

.
.
Sighed. You still not found WHAT REALLY YOU WANT? 

Last year, I wrote down something that I might doing this year. The mighty have great plan. Put us at home together, rethinking what should I do again.

Now, back to normal. I lost. With these two kids. When in the middle night like this, I felt being me again. Loser! 

Thanks for their dad, such a great daddy in the world. Play with them, taking them to play ground. And the one they most like is Dad. :') 

The one their waiting for is Dad. 
The one their asked in the morning is Dad. 

Where am I? 

My voice couldn't reach them out. I was angry for myself cause can't be better me. I can do that. Yet, I choose not to. Silly me.

and now, you write about how regret you are. And talking about getting the newborn. Huh, 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Me is dead inside. searching again for meaning of life. may tomorrow is bright as sun shining in the morning. May I can thinking the new plan for next 2020 plan. ☺

Oh, Happy Birthday oldest sis. May you will have your own kids soon! 

Isnin, Jun 29, 2020

Senyap jek? Buat apa tu...



Ohaa, busy kamek tok deng! Apa jak di polah kamek tang ada busy bena jak bunyinya? 

Aie,, kamek gik marathon dak drama eh. Kinek banyak alu jak cerita best-best. 

Ha ha ha Lama dah rasa tak berkelaka Sarawak tok aie... Sik ada geng bah kamek.. mun diembak ngerapak ngan cidak anak-anak aie. Alu, mengak jak muka. Sian eh. Ibumu ini tak pateh dari kecik. 

Bah, amek tek nak cerita ngan kitakorang tek, senyap-senyap kamek sik tauk bak diupdate apa bah. Kelak bosan ajak kitakorang ngabas ke sitok kowh.. 

Mek agik pulun focus liat drama tok. Banyak dalam wishlist sik ndak alah eh. 

Okay, back to normal malay language. Kang bersepai orang lari tak faham. Ha ha 

Aku tengah maraton couple of drama chinese of course. Sambil-sambil tu berangan nak decoration rumah, sambil-sambil tu layan perut suami dan anak-anak dan perut sendiri semestinya.

Sambil-sambil jugak daripada sibuk tu, sebenarnya nak lari dari realiti menjadi diri tak berguna. Well, most of time, I felt like myself is the loser. Tak punya prinsip, tak punya cita-cita. Tak punya impian. I felt worst at most of time. Rasa macam berbalik zaman bujang yang suka nak stay up, pahtu terkenang masa yang aku bazirkan dengan sia-sia. Felt like, I suppose not living right now. Burden people around me. 

Yah, u olls nampak I was always create the other me in these drama. Hoping the better tomorrow by doing nothing. I don't know where,what, should I go and do. 

Aku tahu penyakit terbesar aku. Aku tahu juga kok alasan terbesar aku apa. Aku terlalu selesa untuk selesa sehingga aku takut jika aku melangkah itu akan sakit sehingga aku tak berani untuk berdiri lagi. Aku juga mahu deh hidup berjaya seperti orang lain. Aku juga mahu menyenangkan ahli keluargaku. Bahkan aku juga mahu menjadi seorang isteri yang tidak terlalu bergantungan ama suaminya. Aku khuatir, jika diambil kembali sama Allah, aku terus rapuh. 

------- Aku bukan mau bercerita sedih kayak begini dong...  -------- 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku juga mahu menjadi inspirasi. Aku.... 
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

Saat aku kecundang begini, aku bawak diri aku jauh masuk ke dalam dunia drama. Tidak jugak kok meletakkan diriku di dalam sana, bahkan aku membayangkan jika aku sekuat herion itu. Bisa memilih jalan terbaik untuk diri aku. Aku mencari inpirasi di balik semuanya. Aku juga mahu bangkit kayak wanita serba boleh. 

Kata mentua ku jika birasmu boleh kau juga bisa kok! Aku melihat saudara mara terdekatku baik di sebelah suami mahupun keluarga sendiri, masing-masing berjualan. Mencari dana menampung hidup. Kata bondaku, aku apa aja ngak bisa? Penyakit aku itu yang halangan terbesar. 

Mahu, boleh bah kalau kau. Tak mahu, ya ngak usah bergerak. diam aja di situ menatap kejayaan orang lain. Iri ama kebahagian orang lain. Kau di mana? 

Aku 10 tahun yang lalu, masih di sini kok. mAsih di sudut yang sama. Cuma sikit bezanya saja. 

Bezanya dulu aku sendirian, tanpa siapapun. Kini aku sudah punya suami, anak-anak. Beban perasaan ku masih sama. Masih juga tiada bezanya. 
.

Apakah aku ini pantas untuk hidup? 
.

Apakah aku ini tidak membebankan orang di sekeliling aku? 
.

Jom kamu, kita ambil langkah pertama yuk. Jangan asyik kecam ama orang yang ada inisiatif mahu berjaya. Kamu juga kok boleh terus sukses. Berhenti la meletakkan TAPI di hadapan tiap katamu. 

Anak bukan penghalang jika kamu mahu. Jangan dihabiskan duitnya begitu saja. Cukup la cukup. Kamu bisa bangkit dong! 


.

Eh, aku ni sebenarnya mau bicara nih tentang list drama aku tengah tonton. Ini sudah bicaranya begini kayak indon sesat,  apaan nihhhh??? 

Ndak ku betah anik. ghhhhrrrassssaerrrrrrrrrr

Betulkan lidah sekejap! 


Haa, aku nak cerita la kan sebenarnya tentang beberapa drama cina yang aku tengah tonton. Banyak. Sampai aku konfius ceritanya. Ada dua drama Taiwan yang best sangat aku rasa. Satu lakonan Mike Angelo, called amensalism. Menarik woo... Jika di -google rupanya itu maksud tajuk drama tu. Ada la kena mengena. Nanti dah siap tengok aku review. Okay? 

Second drama Taiwan yang best, Lost Romance. Sinopsis tipikal, tapi sebab heroin dia bawak watak yang santai. Seem like catch my eyes gitu.. Nantikan reviewnya. Sebab tengah on-going. Baru episode 3 kot. Urgh! 

Aku kata nak tengok King Monarch lakonan Lee Min Ho tu pun tak tengok lagi. Haa, nanti la. Life aku pun serabut. Nak serabutkan lagi tengok drama serabut. Nak cari genre Rom-com je. He he


Dah la kome. Jangan boring pulak singgah ye. Sda masa sis update yer. Kita dah di hujung Jun dah kan? Esok ada sis Update jurnal. Kbai!  

Selasa, Jun 23, 2020

Chinese Drama: The Romance of Tiger and Rose (2020)




Tajuk: The Romance of Tiger and Rose (Rumor of Third Princess) 
Genre: Costume, Romance, Time Travel 
No of Episode: 24
Cast: Zhao Lu Si, Ryan Ding, Zhou Zi Xin, Patrick  
Quan, Sheng Yin Hao
Sinopsis: Sejak sejak lahir, seorang penulis skenario menemukan dirinya menjadi karakter dalam naskah ciptaannya sendiri. Namun, dia tidak dimaksudkan untuk melewati tiga episode!

Chen Xiaoqian adalah seorang penulis yang mencurahkan darah, keringat, dan air mata untuk menciptakan drama besar yang berpusat pada wanita. Apa yang bisa memulai syuting dengan cepat berbelok ke selatan karena keraguan aktor Han Mingxing tentang naskah.

Merasa dianiaya, Chen Xiaoqian bersumpah untuk membuktikan dirinya namun dia secara tidak sengaja terjebak di dunia paralel di mana kisahnya menjadi hidup. Sekarang dikenal sebagai putri ke-3 Chen Qianqian (Zhao Lusi), dia adalah karakter sampingan yang tidak penting dengan reputasi mengerikan yang tidak dimaksudkan untuk hidup lama dalam cerita. Untuk hidup, dia mulai di jalan untuk membalikkan nasibnya. Dia juga terjebak di antara pangeran sombong dan perut hitam Han Shou (Ding Yuxi) dan Pei Heng yang praktis sempurna (Sheng Yinghao). 


SPOILER ALERT: 

Terjumpa drama ni, di samping menunggu drama You're my destiny di-subbing, tengok trailer macam best. Layan la kejap. 

13 episod pertama sangat bosan bagi aku. Seperti biasa aku mainkan dalam kelajuan 1.5x kerana sangat haiyaaa~ 


Baca sinopsis di atas, Xiao Qian, penulis skrip drama yang tak pernah bercinta dipersoalkan kebolehannya dalam penulisan skrip oleh pelakon terkenal, Han Ming Xing. Dek kerana dia cuba mengolah skripnya, Xiao Qian terjebak dalam dunia drama rekaannya sendiri. 

Chen QianQian, puteri ketiga yang sangat terkenal dengan nakalnya menjebak rancangan asal Han Shou putera daripada Kota Xuaxhu, yang inginkan harta istimewa Kota Huanyuan demi merawat sakit jantungnya. 

Han Shou - dikatakan tidak akan hidup lebih daripada 20 tahun kerana sakitnya cuba mencari penawar bagi dirinya. Kerana rumor berkata bahawa  Tulang Naga, harta khazanah Kota Huanyuan sangat mujarab untuk merawat apapun jenis penyakit. Han Shou berencana mahu bernikah dengan Puteri Kedua Kota Huan Yuan iaitu Chen Chuchu. 

Ringkasan agar tak serabut. 

Kota Huanyuan: Kota yang mana kaum wanita mendominasikan semua sistem utama. Manakala kaum lelaki selain menjadi suami, merak menjadi buruh, petani dan segala kerja berat. Kaum wanitanya pula menjadi pemimpin, barisan menteri dan kira wanita dipandang tinggi di kota ini. 

Kota Xuaxhu: Sebaliknya. Kaum lelaki mendominasikan semua sehingga kaum wanita itu tiada nilai dipandangan mereka kecuali sebagai isteri, pembantu dan sebagainya. 


Kisahnya di sini, bila Han Shou merasakan rancangan bakal gagal kerana Chen QianQian, dia mula menyusun ceritanya semua. Padahal, Qian Qian cuba mencari jalan agar dia bisa terus hidup. 

Pada mulanya, aku rasa Qian Qian ni nak je mati dengan minum racun yang diberikan oleh Han Shou pada malam pertama mereka. Tapi, tetap juga dia tak mati. Maka dia terus cuba untuk menukar jalan cerita agar skripnya terus seperti asalnya. 

Selepas 15 episod baru nampak best, sebab Qian Qian berusaha menyatukan Han Shou dan ChuChu semula, tapi dia pulak dah terjatuh cinta dengan suaminya sendiri. 

Chu Chu pulak sebal bila Qian Qian mula merampas apa yang sepatutnya menjadi miliknya. 

Dah orang tu bukan dari dunia kau, habis la dia sebat semua. Ha ha 

Seronok tengok bila dua watak pembantu Han Shou dan Qian Qian iaitu Bai Ji dan siapa pembabtu Qian Qian tu entah, dorang suka bebenor buat lawak. Ketawa jugak aku nengok keletah dorang. Atleast tak la boring sangat. Yang penting Qian Qian ni comel la. Aku nak track la semua drama lakonan dia. Mana tau rajin tengok la kan. Hee, 

Latest aku skrol koleksi drama chinese baru banyak yang menarik. especially drama daripada Taiwan yang nampak hebat-hebat semua sinopsis deme. Yang Chinese ni berbalik dengan Demon boss-snail setiausaha. Haa agaknya bermusim la sinopsis drama ni. 

Yang penting aku dengan setia menanti subbing You're are my destiny ni. Bila dia nak upload ni... T^T

Isnin, Jun 22, 2020

Giveaway by A Secret Journey



Giveaway yang mudah dan sangat senang untuk kita support. 

Berlangsung seperti tarikh tertera iaitu dari 21 June 2020 sehingga 6 July 2020. 


Hadiah juga menarik juga. mudah-mudahan ada rezeki ya. ^^

Disebabkan aku punya tenet lahabau betul, 
Klik link di bawah ya untuk join. 


All the best!

Ahad, Jun 21, 2020

Pertama kali cuba Texas Chicken dengan Grabfood



Sambil-sambil nyanyi lagu, pertama kali... kulihat mu.... 

Ah, tak ingat lirik la pulak. Bahana terpengaruh dengan rakan sebaya. Al-kisah kawan eden ni buatkan honey butter cookies untuk anak dia, especially dia puji melambung yang honey butter cookies dari Texas Chicken ni sedap, aku apa lagi skrol skrol aplikasi Grab seleksi Food tengok ada pulak kedai ni. 

Sebenarnya, dua hari juga aku mikirkan. Berbaloi ke tidak. Sedap ke tak. Ha ha Keluar masuk keluar masuk aplikasi Grab ni. Sabo je la. 

Memandangkan hari ni is Father's day, eceh... alasan semata, aku nak belanja laki aku makanan luar sikit. yang hakikatnya aku malas nak masak. Apala... 

So, back to our story, finally lepas decide. Aku memutuskan untuk membeli 5 pieces combo yang di dalamnya ada 5 pcs ayam, 2pcs honey butter cookies, mashed potato and fried fries pada harga RM39.90. Boleh la kan? Tolak tambah delivery charge dalam RM42.50 gitcheeeww… 
Disebabkan  ini pertama kali aku cuba grab food, grab bagi aku diskaun sebanyak 12% sekiranya aku membayar dengan GrabPay. 

Padahal Wallet Grabpay aku kosong, boleh saja auto top-up. 

Boleh decide la sama ada nak berterusan atau one time je. Disebabkan aku ni bukan la selalu sangat berduit, so pilih la one time via Maybank2u. 

Settle bab payment semua, what the suprise aku boleh dapat 5 pcs combo tadi dengan harga rm30.99. wow! rasa bertuah sangat. Delivered till depan pintu which is make me more happy with this service and tips the delivery guy. 

Happy sangat dah dapat rasa Honey Butter Cookies. 

Rakyat Marhaen begini la. Dapat rasa sekali pun cukup dah. Setakat memenuhi selera tekak yang kadang-kadang mengada ni. 


Over all untuk Texas Chicken ni mungkin sedap makan di store kot, sebab bila dah sejuk macam tak ada nikmatnya berbanding dengan ayam KFC atau MCD. 

Itu je la nak cerita. Nak keluar merasa kat kedai dia bila ntah kan. So, dengan Grabfood segalanya mudah. Eh~ 

Sabtu, Jun 20, 2020

OMBAK BERGIGI mencari Bloglist Baru



Segmen ini berlangsung sehingga 23 Jun 2020. 

Klik banner untuk join k. Support member gitu. Semoga dapat berada dalam bloglist OM ni, bertambah kenalan lagi. 


Jumaat, Jun 19, 2020

CHINESE DRAMA: You're My Destiny (2020)




Tajuk: You are my destiny 
Genre: Melodrama, Romance
Episode: 36 (currently airing) 
Cast: Liang Jie, Xing Zhao Lin, Jinna, Li Jiu Lin, Chang Long, Wang Qian
Sinopsis: 

Two people living on "parallel lines" were never meant to interact, but an unanticipated meeting transforms them into each other's destiny. On a cruise ship bound for Bahamas , Chen Jiaxin meets the highly-educated Wang Xiyi, heir to a huge conglomerate. Helping each other, play acting and a one night stand leads them into each other's life again as married couple who can't divorce because of pregnancy and family pressure. Their contract marriage has a secret prenuptial agreement for a divorce after the birth of the child. The baby will remain with Wang Xiyi and he will marry the woman he loves. Misunderstandings lead to a miscarriage. Heartbroken, Chen Jiaxin journeys to Hungary alone. There she endures trials and tribulations. But with perseverance and help from friends, she becomes an accomplished potter. Meanwhile, over three years of separation Wang Xiyi has matured into someone capable of raising a family. Since so much time has passed, history and possibility converge when the two meet by chance in Hungary. (Source: ChineseDrama.info)


Spoiler Alert! 

Sebagaimana yang diiklankan, drama ini merupakan adaptasi drama famous Taiwan , Fated to Love You, yang telah diadaptasi kepada beberapa buah versi termasuk Korea Selatan 

Sebenarnya drama ini masih ditayangkan dan aku jenis tak sabar nak bagi tau betapa best drama ni, kerana itu wujudnya review ini. 

Pelakon lelaki utama, Xing Zhao Lin merupakan ahli EXO yang telah keluar daripada kumpulan terkenal itu demi melanjutkan kariernya dalam bidang lakonan. Zhao Lin dan juga pelakon wanita utama drama ini, Liang Jie juga telah berlakon bersama dalam drama lain yang mempunyai dua siri iaitu The Eternal Love. 

Yang tu aku belum tengok lagi, dah dunload p buang, dah tengok separuh haiya~ kakunya. Terbantut jugak nak tengok. Tapi, untuk drama kali ini, chemistry antara Zhao Lin dan Liang Jie sangat best. I tell you. 

Eventhough, dah tengok versi asli iaitu Taiwan version yang ditayang pada tahun 2008 dilakon oleh Ethan Huan dan Joe Chen.

credit: google

Dan juga Korea Selatan version yang dilakonkan oleh Jang Nara dan Jang Hyuk kalau tak silap aku. 

credit: google


Yang thailand version lagi belum tengok.  Ada masa nanti nak cuba tengok yang ni. 


Untuk versi Chinese ni, Wang Xiyi dan Jia Xin ni jumpa atas kapal. Bilamana, pakwe Jia Xin kantoi curang dengan Xiyi, dan Xiyi pulak tolong la Jia Xin sejak dia ditinggalkan Anna demi tour persembahan ballet dia tu. 

Plot utama drama ni, Jia Xin termengandung dan Xiyi bertanggungjawab kerana nenek dia nakkan pewaris untuk Cheng Jie Group. Lagipun nenek Xiyi tu tak berapa la berkenan dengan si Anna ni. Bila dapat tahu, Jia Xin mengandung dia usaha menyatukan cucunya dengan Jia Xin. 

Pling plang pling plong, dorang terjatuh cinta dan Anna dah cedera sebelum persembahan terakhir tour Giselle dia, lantas nak berbaik semula dengan Xiyi dan masa tu kan dah terlambat. Mula la dia menyusun atur supaya Jia Xin meninggalkan Xiyi  sehingga Jia Xin keguguran. 

Nyampah aku. Tak suka watak kedua acah baik. Nasib Dylan hensem. Ko tunggu Dylan amek Jia Xin tu. Padan muka Wang Xiyi. Anna pulak tak tau seluruh ahli keluarga Wang dah suka dengan Jia Xin. Ko tu dah tak ada port di hati dorang. Ko masuk pun tak hangin dorang pandang. Eh, emo pulak sis. 😂 


Tapi,aku suspek Dylan ngan Anna tu adik beradik sebab Dylan dalam usaha tengah cari adik dia hilang. Hurm, tak tau la kesudahan dia acaner.. Ada lagi 12 episode kot. 
 
Nanti rajin, aku update spoiler dia sampai last episode k. 

Kalo korang nak tengok, boleh tengok di youtube ataupun aplikasi WeTV. 

Khamis, Jun 18, 2020

Chest drawer idaman kalbu




Orang kata, beauty is pain. Ya, demi mendapatkan chest drawer walaupun tak mamph dapatkan set IKEA akhirnya yang serupa telah tiba. 

Berat? Huish, sis angkat sendiri dengan seller a.k.a member masa kerja dulu.
Dengan harga mampu milik, pasang sendiri. Alhmadulillah aku berpuas hati la. Angan nak beli lagi. Tapi, mengenang kena angkat sendiri malas la pulak. Ha Ha Ha 


Tengok la next month sis nak beli apa pulak. He he Banyak list nak dilengkapkan dengan hasil duit yang ada. Harap tercapai la serba sedikit mengikut apa yang disenaraikan. 

Biar lambat, asalkan tak menyusahkan orang, ye dak. Gitu~

Aku ni dah berapa hari asyik biar blog terbengkalai. Tak ada cerita satu, malas menaip dua, asyik mencari drama best untuk ditengok ni. Ada ja yang dah tengok. Nanti masuk review DRAMA k. 

U olls jangan boring tau singgah. 

Next mission, either nak beli peti sejuk atau televisyen,mana lagi penting? 

1. Peti sejuk yang currently guna sekarang okay je buat simpan lauk seminggu, cuma dia xda freeze membuatkan aku nak beli aiskrim pun fikir sejuta kali. Ha Ha Ha 

2. Televisyen sekarang ni pun dah bukan digital punya. So, tergendala la dia situ dengan skrin dah lecur plus mentua pun suruh buang aje tv cabuk tu. Ha Ha Tapi, kitaorang simpan lagi buat dengar radio. Okay la dari tak ada kan. 


So, agak celaru jugak nak dahulukan mana. U olls sudi tolong ke? He he 

Kalo peti sejuk, dalam kepala nak cari yang dua pintu. Beso sikit. Ahli dah 4. Mana tau masa akan datang bertambah, wallahu alam. Target dalam 250L ke atas. Makanya bajet pun dalam RM1k ke atas jugak. iTupun usha di Shopee dengan Lazada. Kang aku bayar shipping mahal, mahal laki jugak kena angkat baik tak payah. Nak pegi kedai ntah bila nya. Hailoooo~ 

Kalo tv, aku konfius nak cari digital biasa atau smart TV? apa beza ya? Kalo beli smart TV kan, digital TV teda ka? Hatiku berbelas bagi ni. 

By the end of 2020, harap ada dah salah satu ni ye.  Itu pun dah lega sikit ye dak. 

Haa, nak sambung tengok drama lagi. Bai!

Ahad, Jun 14, 2020

CHINESE DRAMA | Memory Lost Season 3 (2016)





Tajuk: Memory Lost Siri Tiga (2016)
Genre: Detektif, Mystery, Drama, Romance
Episode: 12 
Cast: Yang Rong, Bai White, Price Tom, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy
Sinopsis: 
Season 2 ends with the members of the alphabet syndicate, revealing themselves one by one. But there seems to still be one person who is enshrouded with mystery. Where is he? Who is he? There seems to be many deaths caused by the other members but there seems to be no trace of him committing crimes and therefore both Han Chen and Bai Jinxi/ Su Mian seem to know of his existence. Also, why did Su Mian have to live on as Bai Jinxi, why was she not killed? Who arranged that? Is the real Bai Jinxi alive or dead? And did Su Mian actually kill someone and join the alphabet syndicate properly


Spoiler Alert! 


Disebabkan keterujaan aku berkongsi review serta spoiler drama ini, membuatkan aku dua kali taip tau. Pasai pa? Pasai yang pertama taip zap~ tertekan button tutup. And~ you know the rest. T^T 
So, korang yang randomly singgah boleh juga baca,


PS: Aku tak sediakan link dramanya, yang ada cuma spoiler dan review ikhlas dari aku semata. Korang boleh juga tonton drama ni di dramanice ataupun kissasian. 

Untuk bahagian ketiga ini, semestinya pengakhiran kisha bagaimana Han Chen dan Jin Xi/Su Mian melakukan penyiasatan terhadap kes berkaitan dengan sindiket pembunuh bersiri kumpulan Alphabat. Dan baki ahli sindiket yang masih tinggal adalah A, R dan L saja yang masih menjadi puppet kepada mastermind kumpulan sindiket ini. 

Bila sebut saja final act, dorang mesti nak buat yang terhebat dan paling gempak antara sebelumnya dan lokasi yanh dipilih adalah sebuah kapal cruise yang sedang membuat private party Children School Fund Charity yang kebanyakan banyak songlap disongok dan makan rasuah. Namun, mereka ini bukanlah target utama A, R dan L. Haa ,kenapa? Jeng jeng jeng~ 



6 episode pertama bagi aku wasted sebab masih banyak tanda tanya yang ditinggalkan untuk mengenal pasti ahli kumpulan alphabat ini dan apa kaitannya sindiket ini dengan kes 5 tahun lalu yang berlaku kepada Han Chen dan Jin Xi. 


Yang best adalah 6 episod kemudian yang akhirnya menjelaskan semua teka teki ini. Terbaik! Dan aku kasi 5 bintang dari 5 bintang untuk korang terus cari drama ni. Storyline dan aksi dia cukup memuaskan aku bagi yang selalu cepat berpuas hati la. Ye la, nama pun tonton drama, buat apa nak stress-stress ye dak. padahal ko tu kerja tengok genre romance aje. Kah! 


Kan aku dah cakap, yang Dr.Xu tu sangat la suspicious orangnya. Penuh misteri dan kesempurnaan dia menjadi tanda tanya tau. Padan la Han Chen asyik nak buat gaduh aje Dr. Xu yang acah baik ni. 


Disebabkan aku ni jenis orang tak suka nak cerita sekerat jalan, jadinya aku nak buat spoiler teruk ini siri ketiga ni. Ha Ha Ha 

Jadinya, jika korang nak baca selanjutnya spoiler penuh drama ni, boleh terus skrol ke bawah. Sekiranya korang tak mahu tahu dan ingin menontonya sendiri, Sila klik *X* di tab ini. Eh, sebelum tu, jangan lupa skrol laju-laju dan tinggalkan komen kat bawah sana k. Hee~ thanks. ^^ 


SPOILER ALERT TERUK! 
 

Sebelum meneruskan cerita ini, aku nak susun karakter yang ada (utama je) bagi korang nampak perjalanan drama ni.


Su Mian / Bai Jin Xi ; Ayahnya juga seorang anggota polis yang berdedikasi telah dibunuh oleh pembunuh bersiri high profil semasa umurnya 8 tahun. Semenjak dari itu, dia bercita-cita untuk menjadi anggota polis untuk menangkap pembunuh yang berkaitan dengan kes kematian ayahnya. 


Han Chen ; Buah hati intan payung kesayangan Jin Xi. Juga hilang ingatan selepas kejadian 5 tahun lalu. Namun, itu bukan halangan dia untuk mencari semula wanita yang dicintainya kembali. Setia kuasa 10 la ni. Hebat betul! 


Aku akan skip 3 orang ahli kumpulan Black Shield (baru jumpa nama betul team dorang ni) dan fokus kepada sindiket alphabat memandangkan ramai konfius dengan abjad yang banyak sangat ni. 



A ; paling muda, bersifat keanakan. berjiwa bebas. Seorang pakar pengeboman dan mempunyai trauma ayahnya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Sangat sayang pada Su Mian dan menganggap wanita itu seperti kakaknya sendiri. 


E ; Xia Jia, satu-satu yang ahli perempuan. Seorang anak tunggal keluarga kaya, mempunyai trauma kedua ibubapa sering bergaduh di rumah. membuatkan dirinya sangat obses dengan Han Chen. Sangat pandai membuat racun. 


K ; Xu Nan Bo, seorang professor yang terkenal dalam bidang criminal pyschology antara anggota polis. Bahkan bapanya sendiri mengajar untuk itu. Akan tetapi, bapanya sering menidakkan hipotesisnya dan membuat karnivor dalam dirinya memberontak. Beraninya dia sehingga sanggup membunuh bapanya sendiri demi identiti ahli kumpulannya tidak terdedah. 


L ; tak banyak disebutkan tentangnya. Cuma dia ini sangat pembersih sehingga digelar clean freak. Aku syak dia dalam group ni hanyalah cleaner. Buat kerja lapangan untuk R, dan dia sangat kaya. Oh, baru aku ingat, L ni bunuh bapa yang berkarisma. Bapa yang prihatin dengan anak-anaknya kerana dia mahu mereka ini menjadi contoh bagi semua bapa-bapa yang ada. Mungkin kerana pengalaman dia dengan bapanya tidak seindah mana. 


M ; anak yatim piatu yang mempunyai cafe sendiri, dan membunuh orang demi falsafah kecantikan. Art pembunuhan dia sangat cantik. Dan orangnya hensem. 😌 Bermula dengan siasatan kes M, Su Mian mula dijebak masuk ke dalam Sindiket Kumpulan Alphabat ini. 


R ; Hacker. Seorang yang semestinya mempunyai masalah keluarga sehingga dia takut untuk keluar. mempunyai safe zone dia sendiri dan rasa berkuasa dalam dunia binary. 


S ; mastermind yang mengumpul semua huruf termasuk T. Anak kepada pembunuh bersiri, yang membunuh dengan suka. Setelah dilatih oleh ayahnya sendiri dia menjadi sangat profesional, namun kerana ayat daripada ayah Su Mian, dia mula mencari erti cinta dan sangat mencintai Su Mian sehingga sentiasa menjaga gadis itu tanpa sedar. S juga mencari ahli kumpulannya berdasarkan trauma yang sama dengan dirinya.


T ; Snapshooter, atau sniper. Dari kecil dirinya disering didera oleh ayahnya, sehingga ibunya berkahwin baru pun dia masih didera oleh ayah tirinya. Akhirnya dia membunuh orang demi mendapatkan keadilan yang dia tidak perolehi dari kecik. Sangat berdikari di antara ahli kumpulannya. Tak ada string attach. 



Itu la serba sedikit latar belakang ahli kumpulan pembunuh alphabat ini. Bermula dengan Kes M (ini kisah 5 tahun lalu) disiasat oleh Han Chen dan intern Su Mian, K mengingatkan ahli kumpulannya agar laydown, agar tidak segera ditangkap polis. Namun, S mengeluarkan arahan untuk membawa Su Mian masuk ke kumpulan mereka sebagai undercover agent. Kasihan Su Mian yang beriya berlakon supaya dorang tertipu dengan dia, padahal dia serba serbi diketahui oleh Kumpulan Alphabat ni. Kiranya, Su Mian cinta hati S, dan Han Chen obsesi E. 


Bila dah tahu identiti dirinya terdedah, Su Mian segera menghantar kod rahsia pada Professor Xu, namun dibunuh oleh anaknya sendiri iaitu K sebelum sempat menghantar abstrak kod itu pada Falcon Unit  ; unit yang menguruskan undercover agent. 


Manakala dari Kumpulan Alphabat pulak, bila Su Mian gelabah menunggu bantuan, mereka pasang perangkap dengan mendapatkan pelanduk dua serupa Su Mian iaitu Bai Jin Xi untuk dibunuh supaya identiti Su Mian itu hilang terkubur dan S boleh hidup dengan Jin Xi dengan identiti baru.


Masa itu juga, S memasang chip elektronik pada ahli kumpulannya supaya apabila ada chip yang berhampiran dengan dirinya, S boleh mendapatkan semula memorinya. 


Jika berbalik pada Bahagian Kedua kalau tak silap, Han Chen menunjukkan cincin tunang  pada Jin Xi dan menunjukkan intial nama pertama mereka H&S. Kerana itu, mereka berdua gigih nak mengetahui kisah sebenarnya apa yang berlaku 5 tahun lalu.


Bagi aku, jika dilihat semula, drama ini hanya la permainan antara kumpulan alphabat dan pihak polis semata-mata atau pihak polis itu, cuma Han Chen dan Jin Xi sahaja.


Dan bila S mendapat memori semula, orang pertama yang dapat kesan adalah K dan beliau dapat merasakan bahawa S yang dahulu tidak lagi bersama dengan mereka yang masih mahu membunuh demi kepuasan. 


Sebab tu ending dorang ni semua mati tembak antara satu dengan yang lain. akhirnya semua mati tapi, entah macamana S terselamat, namun dia menerima hakikat kali kedua kekalahannya pada Han Chen. 


Untuk Black Shield Team, Han Chen dan Jin Xi happily ever after. Dan ketiga ahli telahpun berjumpa dengan pasangan masing-masing. Secara keseluruhan berpuas hati dengan ending dia. Ya la, aku memang cepat berpuas hati. Janji tahu siapa yang jahat suda. buat apa nak stress. Hee~ 


Next dalam barisan ada beberapa drama lakonan Bai White a.k.a Han Chen dalam list ni. Huuu~ nak tengok bila lagi ntah. 


Qoutes menarik perhatian aku dalam ni adalah, 


As long we know what we want, it's best to live ourself.


mengingatkan aku, tujuan kita hidup di atas muka bumi ini telah Allah SWT tentukan. Iaitu menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi. Berjalan mengikut paksi dan panduan yang telah diberikan olehNya, in shaa Allah kita berjaya dunia dan akhirat. 


Khamis, Jun 11, 2020

Kisah Lemari yang menyedihkan


Orang berebut-rebut nak balik kampung, aku baru berangan nak hias rumah. Eh, tak ada la hias sangat, cuma tukar almari baru sebab anak-anak manjat lemari yang tak serupa almari lama tu. Nak tunjuk kang segan sendiri pulak. Nasib jumpa yang berkemas sikit. 


Ni la rupa gobok aku yang dah diubahsuai sebab banyak yang dah reput. Asal kejadian gobok plastik yang RM38 kat shopee tu. Hadiah kawen dari adik dulu. Bayangkan dah 3 dekat 4 tahun hayat dia. Bila dah ada anak bujang yang lasak teruk, fuh, dua tiga kali dah dia kena hempap gobok ni. Nasib lolos kat bawah tu ha. tak ada la nangis sangat. 

Yang nangis dia ibu dia ni haaa.. Kisah lemari yang menyedihkan buat aku sentiasa fikir, "aku ni menyusahkan orang je ke?" 

Demi dua ketul anak-anak yang makin lasak, dan keinginan aku sebagai isteri nak tengok rumah kemas rapi macam rumah orang lain, aku lupa yang aku ni duduk rumah burung, teda siapa juga nak tolong ngangkat benda berat ni melainkan sang suami walaupun mulutnya marah. 

Jadi orang duduk flat ni tak boleh la beli barang berat-berat dari atas talian yek? 

Kisah aku purchase almari ni since 17 May 2020. Alhamdulillah jika dari pihak seller tiada masalah. Seller telahpun berjaya pos out before raya. Tapi aku heran kenapa dalam shopee, almari aku tak ada update kat mana kat mana. And aku pun lupa nak tanya dia post pakai courier apa. So, bila dah sampai limit shopee, bila dah extend lebih 3 hari pun tak sampai, aku decide untuk refund setelah emelkan aduan kepada pihak shopee. Dan, bermula kisah yang menyedihkan dengan pihak delivery sangkar langit. (se-kei-net) JB yang amat tidak berdedikasi dalam tugasan mereka. Ya, aku juga faham la penatnya kerja driver/sorting/bergara-gara semua ni. Aku faham, tapi korang juga pilih atau dapat kerja tu kan? please, buat dengan lebih baik. 

Sedihnya bertambah, bila mana kejadian pertama: 9 JUN 2020

1. Office girl sangkar langit called awal pagi (9am) remind aku alert dengan phone, hari tu dorang buat delivery, which dia sebut nama aku salah, and said, whatever kat aku? pergh, perangai lahanat 1. 

itu aku tak la kisah sangat. manusia. biasa la. So, aku pun alert dengan tepon. Kejap-kejap tengah masak usha tepon. Siap, konon aku dah kuatkan volume suara tepon . mana tahu aku tak dengar. Sambil masak, basuh baju alah, settlekan urusan rumah la kan. Sampai ke tengahari, ke petang tak ada juga orang call. Last, aku duduk jahit langsir kejap je, telefon aku simpan dalam box berdekatan dengan aku jahit. Dah habis jahit tengok phone ada tiga missed call. Shit, ergh!! masa aku tak pegang fon la dia kol. Kol balik confirm dia dah pergi. Tapi, aku kol yang driver tu kata nak self pick up la kan. 

But, dari pihak shopee date untuk aku refund tu limit dia sampai 10 Jun which esok, buat aku tak keruan. Paling malang and careless kuasa dua, volume yang aku sangka aku kuatkan rupanya bukan volume phone, tapi volume suara dia. Urgh!

Okay, tenang nor, tenang. Hari khamis kita p pick up. Kat shopee pun seller dah letak dispute kat refund status tu. Okay, boleh tido dengan tenang sikit. 

Aku pun tak tertunggu la kan sebab nak pegi pick up. Agaknya dia dah kena marah dengan shopee ke seller ke apa la kan, yang penting dia buat delivery esoknya.

Aku suri rumah, kerja aku uruskan rumah dari awal pagi sampai tengahari bila bebudak tido baru relax sikit. and tengahari tu bila aku tengok fon, ada 3 lagi missed call dari driver. Kali ke-4 dia kol baru aku dapat aku. baru HELLO, ayat dia? susah sangat ke nak angkat phone? aku tergamam. aik, oh . aku kalau dah kena marah macam tu, nangis je aku tahu. Tapi, kalau kena dengan orang luar aku diam. speechless. 
Ada mana? -rumah. okay, turun sekarang. tet! terus dia matikan. Aku pun rushing la turun, dalam pale fikir nak usung bebudak ke tinggalkan sebab nak angkat lemari tu, (angan betul kan?) tapi, dah dorang nangis dulu aku bawak jugak. terlupa pulak telefon, dah sampai bawak tak ada pulak lori skynet. Harem! 

Naik balik dengan bebudak ambil telefon, Turun lagi. Masa tu of course sang suami kerja la kan. Di telefon, diletak dia. heee~ aku dah kepenatan plus kepanasan and hangin ni. Aku tunggu kat tangga la, kot-kot memang dia saja kol before sampai sini. (area rumah) Rumah aku tingkat tiga kot. phew~ sabar nor! 

Sekali aku nampak lori skynet lalu -limpas kata orang sarawak. Aik, nak ke mana tu? tak lama dia kol, haa dah sampai kat bawah. pahtu aku cakap la yang dia salah blok bla bla... pahtu dia pusing balik. masuk kawasan, dia turun tengok aku ngan bebudak. Abang mana? -kerja. Saya tukang hantar je. -hmmm... nanti aku fikir la macamana nak bawak naik. nama - pit pun pon pot.. 

and bila dia turunkan kotak tu, aku dengan jahatnya buat video. Tengok laki berani maki aku ni. heeee, hare betul! 

Letak kat tepi, aku pun ucap terima kasih walaupun dia maki. Langsung, tanpa berpaling semula, dia berlalu pergi... dan aku masih termenung di tangga bersama anak-anak. Apakah nasib. 

dalam jam satu, husband balik rehat, dia la mangsa tukang angkat. haa, lain kali beli lagi barang berat-berat online. 

Auch, hati ibu ni dah la sememangnya dah berderai berkaca la dia. akhirnya, sedih dari semalam turun jua ia....

aku ni menyusahkan ke? aku beli online nak senangkan dia, tak susah bawak p kedai cari lagi. dah aku selalu dok skrol kat shopee tengok almari ni. hati aku nak senangkan dia. tak mau bebudak main kena hempap lagi. end up, aku juga kena lagi. aku.... nak balik!!!!! 

Dan bermula episode aku memasangnya sendiri. Dah pasang salah pulak. Pahtu, hari hujan. bebudak takut guruh, especially Nayla, aku ajak dorang tido. Which is dorang tido aku tak dapat nak gerak. tunda lagi. kang tak nampak aku dorang nangis, nangis satu hal lagi. cukup la dorang nangis tadi, masa aku dok turun naik pening pale nak tinggalkan almari tu kat bawah tadi. 

Petang hari baru dorang bangun, terus aku sambung lagi dengan harapan siap la sebelum maghrib. Tapi, iklan bersama kitkat settlekan dorang lagi. Mandi, makan. Sudahnya aku siapkan almari over all jam 9 malam. 

Banyak sangat iklan, haha Bila dah siap terubat hati aku sikit. Nampak kemas dah. Macam nak beli lagi je rasa. Haha Tak serik kan? 

Niat, aku cuma dua. Tak mau anak-anak main kat almari tu lagi risau kena hempap dan nak rumah nampak kemas. Salah ke? 

Kalau salah, maafkan aku. 


Rabu, Jun 10, 2020

CHINESE Drama | The Best of You in my mind. (202)



Tajuk: The best of you in my mind
Genre: School, Youth, Sport, Romance
Episode: 24
Cast: Irine Wong, Gala Zhang, Leslie Ma, Guo Xin
Yu, Qu Jing Jing, Li Chung Lin
Sinopsis: This story follows two childhood friends, a young woman from a broken family, Lin Xi Chi and a conceited archer, Xu Fang as they fall in love. When she was in high school, Lin Xi Chi who used to be bright and cheery became insecure and anxious because of her family problems. This caused a rift in the friendship between Lin Xi Chi and Xu Fang. 
The two reunite in university and Lin Xi Chi loses one month's living expenses due to a bet over an arm-wrestling competition with Xu Fang. Due to their relationship as debtor and deb-tee, the two become closer and leads to Xu Fang realizing his feelings for Lin Xi Chi. 
Lin Xi Chi could always act without any reservations around Xu Fang because they are childhood friends. Meanwhile, Xu Fang has always had a short fuse. He's the type of guy to lose his temper over a few words but he has always been exceptionally gentle towards Lin Xi Chi. Xu Fang has secretly loved Lin Xi Chi for many years until one day, because of a drunken stupor, Lin Xi Chi gradually realizes her feelings for Xu Fang too.
(Source: ChineseDrama.info)

~~ Adapted from the novel Naiyou Wei Anlian by Zhu Yi.


SPOILER ALERT


 Ni la dia drama yang buat Aien stop jap tengok Memory Lost tu. Agaknya script writer drama ni sama kot dengan Skate Into Love . Sebab apa? Sebab jalan cerita dia sangat la lebih kurang tau. Beza yang tu skatting dan dunia archer. Seronok nak tengok sebab pemanah je la. Best betul kalau dapat kuasai bidang memanah ni. Sunnah gitu kan. 

Okay, berbalik kepada drama ni, berkisarkan tentang semestinya Xu Fang dan Lin Xi Chi. Lin Xi Chi yang ditinggalkan oleh maknya demi sebuah kerjaya, pada usia 8 tahun. Dan semenjak itu Xu Fang menemani dia tanpa jemu. 

Masuk alam persekolahan, Xi Chi jadi Brother Chi (lebih kurang dengan drama satu lagi kan?) dan sering membuli Xu Fang yang menjadi desk matenya. Comel. Yet, boring pulak sebab dah tengok skate into love tu. 

Untuk 24 episode ni, walaupun tahu ending dia semestinya dorang dua akan berkahwin atau couple in the end, nak la jugak tahu journey dorang. 


Selain dari kisah Xu Fang dan Xi Chi, drama ni juga menekankan bagaimana Xi Chi menjadi anak kepada pasangan yang bercerai. Xi Chi delalu mengharapkan agar ibunya pulang bersama dengan mereka, at the end, bila dia dah masuk universiti dan dapat tahu rupa-rupanya mak dia telah pun berkahwin lain dan memilik seorang anak perempuan, membuatkan dirinya rasa tertipu. 

Dan konflik dalam drama ni, bila Xu Fang sebagai seorang pemanah berdepan dengan masalah target panic. Dia jadi tak boleh nak sasarkan bullseye untuk shot dia. Bila Couch Jiang (couch sama dalam drama skate) dapaf tahu, dia suggestkan Xu Fang pergi training di luar negeri sehabis dorang graduation. 

Pada mulanya, Xu Fang tamau pergi sebab Xi Chi tapi akhirnya setelah Xi Chi tahu kondisi Fang Fang, dia suruh pergi. 

Lagi satu persamaan dalam dua drama ni, both athlete, both veterinar, both have same couch and the same similar storyline. -the end.

Repeat watching? no
recommend to watch? no maybe. boring

And aku saja tulis ni demi remark drama mana aku dah tengok. Actually ada je yang lagi best aku dah tengok, which is aku tak ada buat review tentangnya. Kalau rajin, nanti aku buat k. Ada request tak? 


Selasa, Jun 09, 2020

CHINESE DRAMA | Memory Lost (Season 2) 2016




Tajuk: Memory Lost (siri kedua)
Genre: Detektif, drama, Mystery, romance
Episode: 12
Cast: Yang Rong, Bai White, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy, Price Tom
Sinopsis: 

Han Shen perseverance in the tracing, he found that Bai Jin Xi actually has been struggling to find his fiancee Su Mian! The accidental amnesia of two people involved five years ago a serial killer organization committed the case. The serial killer organizations are members of the alphabet code, they act treacherously, enjoy the fun of killing, was banned by the police created an explosion, abducted Sammy and forged her identity that she survived. The two men after the case, even with the letter killer organizations are inextricably linked. Righteousness and evil showdown! When Han Shen and Sue sleep a little bit back memories, intends to fight against the letter killer organization, they found that the letter organization of the metamorphosis killer who have penetrated into their side...


SPOILER ALERT

Untuk  Siri Pertama korang boleh tengok macamana Han Chen dan Jin Xi bergabung meletup gitchew. Bahkan untuk siri kedua ini, mereka bergabung dalam satu team iaitu Black Swan Team. ke lebih kurang la. 

Apa la, nak buat review alang-alang. 😅 

Bersama Han Chen dan Jin Xi dalam team ni adalah Xiao Zhuan, Cold Face dan Prate. Dorang lima menyelesaikan kes yang rare dan lagi extreme. 

Kes pertama yang mereka harus selesaikan adalah kes tembak mati di sebuah majlis pelancaran perfume. Bila disiasat rupa-rupanya ia merupakan kes bunuh bersiri oleh assasin yang menunaikan niat orang saja. Setelah 2 atau tiga orang kalau tak silap aku yag dibunuh oleh asassin tu, dorang cuba nak selamatkan lagi 13 orang yang berkemungkinan menjadi mangsa seterusnya. Namun, tidak. Rupa-rupanya asassin yamg bernama *T* itu membunuh kerana ingin menarik perhatian Han Chen dan juga Jin Xi semata. 

Bawak sana bawak sini, rupanya T itu membawa Han Chen dan Jin Xi ke sebuah kes pembunuh bersiri di sebuah pergunungan yang ada kaitan dengan syarikat perfum tadi. Huish... 

Siri kedua ni lagi best la. Lagi-lagi membawa Han Chen semakin hampir dengan teka teki sebelum ni. 

Seterusnya yang mengejut Han Chen adalah orang yang disangka kawan baik dari kecik itu rupa-rupanya dia juga salah seorang dari sindiket kumpulan pembunuh alphabat ni tadi . Xia Jia a.k.a *E* telah menyimpan perasaan dpada Han Chen semenjak kecil. Dia cuma nak Han Chen menjadi miliknya seorang. Manakala dalam sindiket tadi, Xia Jia ni merupakan ahli yang palimg rendah dan dia cuma pandai membuat racun saja. 

Bila Han Chen dapat tahu Xia Jia itu *E* kemudiannya Xia Jia plan untuk mati bersama Han Chen dalam rumah yang telah dipenuhi racun yang dibuatnya sendiri. Tapi gagal sebab Han Chen dapat hidu niat buruk Xia Jia. Walaupun begitu, Xia Jia mati akibat terkena tembakan dari *R* yang cuba untuk bunuh Han Chen. 

Bila dorang Black Swan Team cuba untuk menyelesaikan kes sindiket alphabat ni, dorang dibawa menyimpang jauh oleh *K* tukang hipnosis dalam sindiket kumpulan pembunuh alphabat. *K* juga bertanggungjawab dalam kes yang disiasat mereka dalam siri pertama hari tu. 
Dalam usaha mereka mencari siapa *K* sebenarnya, Jin Xi dapati bahawa *K* itu adalah role model tersohor dalam bidang criminal pyschology, Xu Nanbo. 

Kerana cuba untuk mendedahkan identiti Xu Nanbo a.k.a *K* ini, Cold Face telah tercedera. Siannya dia. 

Namun, sekali lagi mereka gagal untuk dapatkan maklumat lebih mendalam tentang sindiket kumpulan pembunuh alphabat ini apabila Xu Nanbo mengambil nyawanya sendiri dengan makan racun serta terjun dari jambatan. 

Bila mayatnya telah berjaya dijumpai, Dr.Xu punya result etopsi (bedah siasat) mencurigai Han Chen. Yang mana, kalau perasaan, sejak kematian *T* dan juga *E* , Dr. Xu menjumpai cip kecil pada tubuh mayat, tapi bila dibuka dah kosong. Haa, aku curiga betul dengan Dr.Xu yang nampak baik ni. Untuk *K* pulak, dia dah terlebih dahulu buang sendiri sebelum dirinya terkantoi. 

penghujung siri kedua, A , R, L menuntut bela atas kematian kawan-kawan yang lain. Senang cakap sindiket kumpulan pembunuh alphabat ni merasakan mereka itu Tuhan kerana membunuh semua yang tidak dikehendaki serta merek yang berbuat jahat tanpa pembicaraan mahkamah. 

Hish.. tak sabar nak sambung siri ketiga. Done muatturun.. tapi tu la. tengah tengok drama sweet-sweet takkan nak skip pulak. Sudah tengok nanti Aien update reviewnya. 




Isnin, Jun 08, 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalil.com

Assalamualaikum „ 

Lama jugak rasanya tak join segmen ni. Eh, ke aku yang lupa. Haa, biasa la blog pun update sejuta tahun lamanya. Sejak lepas bulan puasa ritu, lemau jap. 

Kali ni,atas jemputan sis Azian, kita join la bloglist dia. Hee, support member blogger gitu. sis Yan, atau lebih mesra dipanggil Mama Yan ni, baca kisah dia randomly je. 


Syarat-syarat penyertaan yang sangat mudah uolls. Tak rugi la kalau join pun. Sambil tu, jom beramah mesra sempena kebahagian dah boleh rentas negeri yeay! 

Segmen ini akan tamat pada 30 JUNE 2020 . Jadi uolls masih berkesempatan lagi untuk sertai segmen ni and support Mama Yan tau! Kbai. 



ps: walaupun dah boleh rentas negeri, jangan happy sangat tau. Jaga diri, jaga kebersihan dan amalkan norma baharu ya! perjuangan kita masih belom tamat! 


Ahad, Jun 07, 2020

DRAMA | Memory Lost (Season 1) 2016




Tajuk: Memory Lost (Season 1) 
Genre: Mystery, Drama, Detektif, Romance
Episode: 12 
Cast: Yang Rong, Bai White, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy, Price Tom
Sinopsis: Brilliant police officer, Han Chen searches tirelessly for his lost fiancee - despite his amnesia, and despite everyone else insisting that this woman does not exist. His searcg leads him to Bai Jin Xi, a sunny girl working as a police detective and whis mysterious past is as full of secrets as Han Chen's own. 

SPOILER ALERT

Drama ini as aku anggap drama Cina pertama yang aku tengok tak fast forward since aku terjebak dalam dunia drama cina ni. Misterinya drama ni buatkan aku curious dan sangat meneliti setiap detik yang berlalu. 

Untuk pengetahuan korang, drama ini walaupun episodenya sedikit, tapi ianya merangkumi tiga siri dan masing-masing mempunyai 12 episode. Mind trick betul kan? 

Seperti yang tertulis di sinopsis, siri pertama ini membawa kita bagaimana Han Chen dan Bai Jin Xi berjumpa semula. Melalui kes pertama yang mereka berjumpa secara tak sengaja, dan disambung dengan kes kedua. Iaitu kes rogol secara pukau membuatkan balai polis cawangan Jiang Cheng memanggil Han Chen untuk membantu Jin Xi dalam penyiasatan. 

Han Chen, - polis yang bijak dalam meneliti sesuatu kes secara klasik, iaitu diklafikasikan sebagai Tradisional Investigation Skill. Manakala Jin Xi lebih kepada penyiasatan dalam menyelami cara penjenayah tersebut yang digelar Criminal Psychology. 

Hal ini, membuatkan aku terus fokus dengan penjelasan Jin Xi yang lebih kurang drama English Criminal Minds gitu.  

Di samping Jin Xi, pembantunya Xiao Zhuan, seorang yang mahir dalam hacking dan cekap meneliti camera litar , dan juga sangat bijak membuat andaian melengkapkan penyiasatan mereka dalam kes rogol tadi. 

Melalui kes itu juga mereka mendekati dengan sindiket kumpulan alphabat pembunuh bersiri yang juga di siri seterusnya akan diceritakan mempunyai kaitan dengan kenapa hero dan heroin drama ni kedua-duanya hilang ingatan. 

Macam pelik kan? Han Chen dan Jin Xi masing-masing hilang ingatan sejak kejadian yang menimpa mereka 5 tahun lalu. Namun, tiada siapa yang jelaskan pada mereka apa yang berlaku. 

Sikap curious Han Chen, membuatkan dirinya sentiasa peka dengan sekelilingnya. Dan bila berjumpa dengan Jin Xi yang lebih kurang membuat andaian dengan membaca psychology penjenayah tadi, buatkan masing-masing bertentangan tapi memerlukan. 

Di samping Jin Xi juga, ada seorang pakar forensik iaitu Dr.Xu yang sangat sempurna peribadinya membuatkan ramai adore dengan Dr.Xu ini.

Apa yang aku serius dalam drama ni, which is pukau is mor serious thing tho'. Ish ish ish.. Nauzubillah min zalik tau.


Berbalik kepada drama tadi, akhirnya setelah mangsa ketiga baru Jin Xi dan Han Chen berjaya memberkas penjenayah kes rogol pukau ni. Daripada kes ini, Balai polis cawangan Jiang Cheng menghantar Ji Xi dan Xiao Zhuan ke Ibu pejabat polis untuk interview bagi melayakkan diri menyertai special force. Dan semestinya berjaya la kan. Next season 2 menanti yaa