Jumaat, Disember 02, 2022

Bulan terakhir untuk 2022


 

2.12.22 

- officially berbaki beberapa hari lagi untuk 2023. Siapkah kita? Begitu la jawapannya saban tahun baru. Begitu juga masih aku di sini. Macam tiada yang berbeza. 


Baru pulang dari Kuching, masih mood post holiday. Banyak benda dalam fikiran. Tapi, jasad masih kaku di tempat sama. 


Cerita apa? Banyak. Semuanya tersembunyi dalam hati. Rapi? Tidak juga. 


Jauh di sudut hati mengharapkan perubahan, jika masih begini apapun tak berubah. Aiguu.. Makanyaa.. rant kali ni begitu saja la. Moga disember baik-baik saja buat kita. Nak tenang sangat tak boleh, nak gelabah sangat pun tak boleh juga. Maka.. Ikut saja haluan angin. 

.


Saya harap yang baik-baik untuk kalian jugak ya. 


Sabtu, November 26, 2022

ABU&co - High class restaurant murah dan sedap!

 

kredit gambar; FB Abu Mujie

Abu&co - restoran high class murah dan sedap! 

Selamat berhujung minggu warga blogger! Ke mana aja nihh~ hujung bulan kan.. Mesti mau liburan ni. Ehh... Kenapa kan bercakap bahasa Indon kau ni? 


Bah, ni aku mau cerita ni kan, saban kali balik kampung Pekan Nenas lalu la restoran ni. Cakap dengan husband, teringin beno ler makan kat kedai tu. Ritu masa jadi jutawan jap, tak ingat nak belanja husband makan situ. Haha Pahtu dorang pun sebenarnya ada je buat delivery. Cumanya itu la kan. Kapisah ni kalau dah blur apapun tak oleh.. 


Haa, makanyaaa.. pulang dari berkhemah sabtu lalu, suami pun ajak la makan ke mari memandang nak pulang ke rumah mentua sekali kan. Masyaaa Allah gais~ Serius tak menyesal. Portion besar, and sedap la. Jom tengok kami makan apa. Ada anak kecik ni tak boleh fancy sangat makan, risau tak habis. 


Minuman pilihan kami di sini; 


ABC Jagung Special -pilihan si Nayla yang dah pandai tunjuk-tunjuk menu. 😅 Sudahnya Ibu habiskan slurrppp.. Tak habis la sebab dah kenyang bak hang. 


Minuman kedua anak-anak dan Sirap limau untuk suami - Kau rasa kalau dia dah minum ABC tu, ada dia pandang milo ni? Sudahnya bawak balik rumah nenek, licin jugak dorang kerjakan. Nasib dorang serve macam ni, senang nak bawak terus balik. 


Lemon Pudina - Refreshing! Sedap! Tak masam dan tak rasa sangat ubat gigi mint tu. Wehh, suka air clean macam ni. Haha Rasa sehat je dapat air macam ni bila kau tengok apa yang aku makan jap g. 


Makanan pilihan kami di sini; 


Cheezy Wedges - side food untuk anak-anak kononnya, sebab dorang ni peminat tegar kentang. The easiest dan mengenyangkan juga kentang ni kan. Malangnya, sekali lagi. Penangan ABC, mereka cuma kutip sos cheezynya sahaja. Nasib la rangup kentang dia. Ibu la habiskan. Kau jangan tanya la kenapa Ibu dia ni susah nak kurus yeeeee...


Meatball - Konon main dish untuk anak-anak. Haa, malas la nak ulang demi penuhkan kosa kata di blogger ni kan.  But, again. Ibu yang habiskan meatball tu. Walaupun cuma 9 biji dragon ball di situ... kau sudah sendat perut dengan menu kau sendiri, mana mungkin Nayla nak makan sebab dah taruk sos pedas tu. Ibu pun lahai.. Lupa mau pesan - NO SOS please - 

Oohh, yes. atas dia meatball, sebelah bawah coleslaw dan sebelah kirinya kentang goreng. Haa, siap ada love-love lagi. Boleh la buat candle light dinner ni. 


Nasi ayam muda penyet - Menu suami. Sebenarnya member nak sup sebab dari berkhemah dah kena ribut, tapi macam tak ada dalam menu, dia pilih menu kegemaran dia. PORTION BESAR DAN BANYAK! katanya. Sayang sekali diguna ayam muda padahal ayam penyet kan sama ayam tua ... 


Nasi Goreng Daging - Last but not least Ibu punya. Wahhh!! Smokey taste, daging lembut. Ngam teruk! Ibu ni dah la favorite makan luar gini order nasi goreng daging atau nasi goreng daging merah. Memang itu je la menu. Sebab di rumah sendiri tak reti masak daging. HAHA 


Serius ehh..Sedap! Sedap Sedap! Total 5 beranak makan around RM6*. jur.. murah ke mahal? For me, berbaloi sebab makanan dia sedap! Sebenarnya ikut review lain, deme kata nasi goreng kambing pun sedap. But, I am not into kambing that day, selamat~ 


Restoran Abu&co ni terletak di Pulai Jaya, betul-betul sebelah trafic light. Memang tarikan hebat la kan. 

Masa Operasi: Setiap Hari (2 pm-12pm)
Food variety: Western dan Makanan panas 
Kebersihan: 4.5/5
Keselesaan bersama anak kecil yg diutamakan. Hehe 

Tekan sini untuk lokasi dan info restoran 





Khamis, November 24, 2022

Follow up pun berakhir


 

Kronologi saspek tekanan darah tinggi

Astaga, lupa betul la nak update blog ni. Kau jangan lupa nor! Kau tu blogger. Haha Tertangguh dari 15hb ritu duduk dalam draf, moh ler kita bawak dia keluar. 


Setelah sebulan seminggu sekali singgah di KKTU ni kan, sampai anak-anak pun dah bosan kena pergi klinik setiap Selasa, akhirnya result 15hb telah pun keluar. Ehh, bukan result. Last consultant dengan doktor di bahagian pesakit luar mengatakan bahawa seketul Kapisah ni tak perlu diberikan pil tekanan darah tinggi. Cuma dinasihatkan berjaga-jaga la dengan pemakanan, rehat serta senaman. 


Mungkin side effect daripada pengambilan pil perancangan oralcon rasanya sebab sepanjang 3 kali mengandung tak pernah pun darah tinggi. Risau pulak koi kalau deme doktor ni kata koi menipu. Ye la kan, kadang ada pasien menipu sebab malas nak ulang alik tapi saya ni kan bab begini takkan la nak menipu sebab kesihatan sendiri. Saya masih nak tengok anak-anak saya membesar. Tapi dalam masa yang sama saya juga suka makan. HAHA


Konklusinya, jaga la kesihatan anda. Pantau pemakanan dan pastikan rehat yang cukup. Doktor kata, walaupun pasien kata dia tak cukup rehat actually makan tu yang nak kena pantau kandungan garam dalam pemakanan. Jangan la tertipu dengan garam himalaya yang tetap garam jugak tu. Macam kena back to baby food la ni. hanyalah original flavor yang kita rasa tawar sebab dah terbiasa dengan garam. Hurm.. 


Baru 32 nor.. jaga diri jaga kesihatan. Panjang umur jumpa lagi. Heee~


Rabu, November 23, 2022

Repeat Bayu Impian Campsite & Homestay , Punggai Johor

Kredit gambar: Page Bayu Impian Campsite

 

Repeat Bayu Impian Campsite & Homestay

Hujung minggu lalu, sekali lagi kami bertandang ke Bayu Impian Campsite. Kali ni bersama kawan suami pulak. Baru beberapa bulan tak datang, banyak jugak perubahan lain di sini. Terutama sekali sudah ada tapak khemah bagi memudahkan para campers pacak khemah mereka. Tandas ditambah lagi di bahagian tengah untuk memudahkan campers mandi dan berurusan dunia. 

Dulu masa memula pergi Hari Merdeka bersama keluarga suami KE MARI masih suka hati la kau nak pacak kat mana. Signboard tu pun belom ada. Hee, kali ni datang pun tak sempat jugak ambil gambar pasal hari nak balik diserang ribut lagi. 

Ihsan dari owner Bayu Impian Campsite yang aktif di page facebook dan Tiktok memang terbaik sangat ramah dan suka bertukar pendapat dengan pelanggan mereka. 

ihsan:  fb campsite


Penambahbaikan di Bayu Impian Campsite

Biarpun tetap ribut masa nak pulang, again Aien will said, this best port ever nak camping setakat beberapa kali dah camping ni kan. Kemudahan yang sudah pun dinaiktaraf di sini adalah: 

  • plug point berdekatan dengan tapak memudahkan campers dapat bekalan letrik
  • Kedai mini di pintu masuk
  • Tandas dan bilik mandi di dua kawasan
  • Sinki ada di tiga bahagian

Mungkin pada masa akan datang akan ada perubahan, wallahu alam. Yang penting kena rajin follow mereka di: 



Memang class dengan editing video mereka di tiktok. Dah tak perlu influencer da gamaknya. Haha Kita suka berkongsi tempat best, jadi kita share je la walaupun hasil tak la segempak dia. Nak tengok reels how we have fun di sini boleh tengok di Instagram Aien okay. 


Kali ni pergi, anak-anak awal masuk tido dek kepenatan di petang hari, ayahnya bawak jalan-jalan sampai ke Arcade Punggai ikut persisiran pantai. Kalau laluan lepas tu clear, sampai ke Sunrise Campsite jugak gamaknya. 

Penat wei jalan tepi pantai. Camping singkat ni, sesungguhnya bawak minda jauh jap dari berfikiran rutin harian suri rumah dan over thinking something yang tak tau akan berlaku. Macam tunggu keputusan siapa PM 10 ni kan.. Ehhh 

Haa, next camping tak tau la bila lagi kan sebab new year will be our new rutin with Nayla skool. Heee~ 


Selasa, November 22, 2022

Mr.Midnight: Beware the Monsters

 


Mr. Midnight: Beware the Monsters 

Satu series horror daripada Netflix adaptasi daripada buku komik bersiri karya Jim Aitchison keluaran Angsana Books, Flame of the Forest Publishing. Senang cakap series ni dari negara jiran kita iaitu Singapore yang menggunakan english sebagai bahasa utama series. 

Ikutkan buku ada 6 series dah, dan ini kali pertama diadaptasi kepada drama membariskan beberapa pelakon muda Idan Aedan, Chen Yixin, Caleb Monk  dan Nikki Dekker sebagai 4 quods yang memulakan misi mengembara kisah silam apabila kelebihan Tyar sebagai keturunan Dukun di Tanah Merah terbuka. 

Sinopsis Mr. Midnight Beware the Monsters 

Untuk series yang pertama ni bermula hikayat si Tyar keturunan dukun mendapat kuasanya sebagai dukun dan cuba melawan beberapa hantu tempatan di Tanah Merah. Tyar, Ling, Nat dan seorang rakan baru mereka, Zoe menyiasat misteri kemunculan hantu-hantu ini tanpa menyedari bahawa itu semua usaha keras dalang sebenar yang dikurung oleh Ibu Tyar 13 tahun yang lalu. 


Review selepas menonton Mr. Midnight Beware the Monsters

Weu, memula tengok asal macam... well you know dia macam tak kemas sangat CGI dia, atau whatever prop yamg dorang pakai tau. Even toyol dia wahhh.. too cute laa. 


But, once dah fix. Macam best pulak walaupun hakikatnya aku ni tak layan drama seram ni sebab sejenis manusia penakut. HAHA HA HA

Bermula dengan kematian burung merpati di hadapan rumahnya, kebangkitan Tyar sebagai dukun menarik perhatian Hutan Lahir a.k.a hantu sebenar yang ingin menakluki Tanah Merah. 


Satu demi satu makhluk yang ditemui Tyar serta rakan-rakannya dan mereka cuba menyingkirkan hantu-hantu ini dari terus berkuasa. Malangnya, Hutan Lahir seekor jin yang penuh tipu muslihat berjaya (apa tu) menipudaya Tyar dan semua yang terlibat dalam pengurungan Hutan Lahir semula. 
.

Like.. Ahh~ tidak! Dah la dia satu-satu kawan Tyar yang sentiasa dengar masalah Tyar dan bapaknya juga boleh dikatakan orang kuat Zihan, atau Ibu Tyar selain Luthfi, ayah Tyar. Macam... no! The rampage will began. 

Eh betul ke ayat aku ni? Haha Sesungguhnya cerita hantu Singapore tak pernah mengecewakan . 


Macam The Ghost Bride kan? Review penuh dia <DI SiNi >



Sabtu, November 19, 2022

Drama Korea: Love in Contract (2022)

 


Love in Contract Sinopsis

Lakonan Park Min Young dan Ko Gyung Pyo mengisahkan tentang Choi Sang Eun seorang wanita bijak dan menarik bekerja sebagai Pakar Perkahwinan Kontrak membantu kliennya yang single menyelesaikan masalah mereka mengenai perkahwinan. Sang Eun menukarkan dirinya sempurna dengan permintaan pelanggannya.

Jung Ji Ho, client Sang Eun selama 5 tahun yang menggunakan khidmatnya sepanjang hari Isnin, Rabu dan Jumaat sangat misteri orangnya. 

Manakala Kang Hae Jin pelanggan barunya mengambil hari Selesa, Khamis dan Sabtu. Menguruskan mereka berdua ini membuatkan Sang Eun terlibat dengan cinta tiga segi. 


Triangle Love in Contract

mempunyai 16 episod cukup padan bagi penonton memahami setiap rentetan perjalanan kisah Sang Eun, Jung Ji Ho dan Kang Hae Jin. Choi Sang Eun anak di panti asuhan diangkat oleh Madam Yoo dan diasuhkan dengan penuh tatatertib sebagai satu Projek yang dinamakan 'Jamir Project' untuk Kumpulan Ena, sebuah syarikat ternama. 

Bila sebut syarikat besar, mesti mereka ini menggunakan anak mereka sebagai pengikat atara satu syarikat sesama mereka demi namanya perniagaan. Untuk Jamie pulak, Ena Group cuba untuk mengahwininya dengan Kang Sun Jin namun dengan beraninya Jamie menolak. Hal ini menyebabkan Ena Group menyekat setiap pergerakan Jamie untuk menyara hidup dan akhirnya dia memilih kerja sesuai dengan kelebihan yang dia ada. 




Review Love In Contract

Drama hebat daripada Park Min Young yang penuh gaya. Suka sangat actress ini memainkan peranan dengan pelbagai personaliti dalam menyelesaikan setiap masalah pelanggannya. 

Tiba pada Jung Ji Ho yang tetiba datang dan mahu mengikat kontrak, tanpa banyak bicara Sang Eun menerima walaupun banyak perkara yang dia ingin tahu. 

Saya suka juga plot twist drama ni antaranya: 
  • Jung Ji Ho adalah hakim yang sentiasa bicara kes perceraian Sang Eun dan pelanggannya. 
  • Madam Yoo bukan setakat pengasuh Sang Eun saja
  • Jamie bukan anak kandung Ena Group 

Banyak lagi la jika korang tonton drama yang cuma ada 16 episode saja ini. Sekarang lagi best sebab boleh tonton di HiTV dengan sari kata melayu tanpa perlu bayar. 

Rasanya la kan. Sebab setakat ni saya tidak berbayar dan  kurang iklan untuk aplikasi ini. Suka sangat. Harap pihak HiTV kekalkan momentum itu lah kan. Okay. Done drama Korea.. Hehe Selamat berhujung minggu korang... 

Jumaat, November 18, 2022

Kehilangan

 




New Chapter will began - Alhamdulillah. 

Kena prepare mental, walaupun hakikat hati ragu-ragu dengan keputusan. In shaa Allah rezeki ada di mana-mana. Sukar, tapi harus kuat. 

In shaa Allah. Ini namanya nak tambahkan entry blog. Nak rant panjang-panjang pun takut karut yang keluar. Hari penuh barokah kena banyakkan doa, mudahan semua dimudahkan oleh Allah SWT segala urusan mereka dan kita semua. Tiada siapa nak hidup susah, hakikatnya kehidupan di dunia ini semua adalah ujian untuk kita bagi mendekatkan diri kembali pada Maha Pencipta. 

Bila senang harus syukur. Bila susah juga harus syukur. Tanda kita sebagai hamba ingat bahawa kehidupan bukan semata fikirkan kita, tapi kembali kepada asal kejadian kita diciptakan. Ahh~ gituu.. 

Semoga tahun 2023, walaupun desas desus banyak mengatakan ia bakal sukar, in shaa Allah. Akhir zaman. Mana ada yang senang. Apa saja yang dilakukan pasti menjadi tohmahan mulut berbicara tanpa berfikir. Begitu la ujian kita sebagai manusia hidup di akhir zaman. 

In shaa Allah, kita kuat. In shaa Allah 



Selasa, November 15, 2022

Impian tercapai melihat karya sendiri dibukukan

 


Yeay! Buku dah sampai. Masya Allah tabarakallah. Terima kasih bekas timbalan saya dulu yang kini merupakan kaunselor bertauliah memberi peluang pada kakakmu ini. Merasa la juga jadi penulis. Baiknya pihak editor dan penerbit tak banyak ragam dalam menyusun karya kita tu. 



CFE : Ku Children & Families Enchanment 

Pihak penerbit merupakan sebuah pusat kaunseling yang berpusat di  Kajang, Selangot yang menyediakan bermacam perkhidmatan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Boleh tengok perkhidmatan kaunseling mereka di gambar bawah ni. 



Jojo (bukan nama sebenar) thank you tau bagi peluang kat akak randomly menulis untuk buku 4 yang mengisahkan tentang perceraian dan perpisahan. 

Sebenarnya pihak penerbitan mengeluar sebanyak 10 jenis buku yang berbeza tajuk berkaitan dengan ragam dan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sekaligus membuka peluang kepada ramai orang tidak hanya kepada kaunselor semata untuk menulis kisah mereka untuk dikongsi bersama dan memberi iktibar kepada ramai orang di luar sana. Walaupun sekadar 2 muka surat untuk satu cerita, cukup mengarap sejuta perasaan semasa menaip karya tersebut. 



Untuk Aien, Pelangi Senja, sesungguhnya sesuatu itu  berlaku tidak seperti diharapkan. Inspirasi true story semestinya. Harap owner tak marah la kan. Heee~ Terlalu sedih sebenarnya. Aien baca balik pun sebak hadir di dada. 

Semoga dia bertemu dengan kisah cintanya yang sebenar. Siapa mahu orang kita sayang dilukai berjuta kali kan? 



Kedua karya ini garapan daripada orang yang sama tapi dua point of views yang berbeza. Kononnya la. Cuma Seribu kali sayang dari point of view aku la kot meletakkan diri di tempat sang keciwa. 


Kedua karya ini, sebenarnya love the true feeling while menulis tu. Menulis dari hati. Kalau menulis dari otak, automatik jammed. Dari hati hantar based feeling, otak mencerna ayat lantas tangan laju menaip. Tapi jangan dibagi papan kekunci, pasti jammed jugak. Sebab tu kekadang kan, wish sangat kalau ada sensor yang detect apa yang tetiba kita terinspirasi itu jadi tulisan. Ahh~ gitu.. Dari mata turun ke hati. Naik ke otak, dan pap pap papa! Taraa buku dah siap! Aha.. senang sangat kan. #berangan




Ko tak yah la tengok profile sejemput ni. Supposely dari sini, boleh tahu sang penulis ni tak konfiden dengan diri dia sendiri. Haha Dia suka melihat orang, mendengar kisah orang sebab dia rasakan kehidupannya terlalu membosankan bagi orang lain. Do feel like that too my reader? 


I wish someday boleh menulis karya yang lebih baik. In shaa Allah. Doakan ek. 






Isnin, November 14, 2022

Renew blog domain - Happy aniversary!

 



Yeay! Happy aniversary blog! Entah yang ke berapa dah lost count jugaknya. blur lagi- 


8 November dibagi notis pembayaran untuk domain. Padahal tarikhnya berkuatkuasa pada 8 Disember 2022. Makanya sementara ada fulus, kita langsaikan dulu mana yang perlu. 



2019-2022

Ehh.. baru je lagi an. Tu la dulu adik ajak amek dulu tak nak. Haha Lepas kena hack baru la nak amek domain kan? Betul la tu. Baru nak masuk usia Najmi. Dah ingat dah. Terus amek dengan Syokhost.com sebagai pengurus domain blog ni. Masa tu rasa macam dia murah la sebab netkl pun ramai jugak yang pakai kan? Penat la google - domain apa yang selamat dan murah? 

memandangkan adik pakai syokhost dan tengok macam dia pakai okay. Malas nak fikir guna aje ni kan. Walaupun baru nak masuk 4 tahun, dek kerana Covid kini harga syokhost pun dah kena fikir banyak kali jugak la. 

Nak tukar domain macam susah lagi. Macam bagus buat baru je kan? Makanya،penyelesaian adalah keep setia dengan syokhost sebab tak ada masalah apapun dengan server dorang. Orang kata - selagi dia bagus. Stay aje la. Tak payah nak fikir kerja lain..


Sambil tu dah kena fikir la duit poket sendiri nak bayar domain ni. Haa, gunakan blog untuk hasilkan duit cepat! Adsense dah la kena block dah. Ehh. malasku. 

Jadi.. Nur! Wake Up laa... 


Ahad, November 13, 2022

Ahad - sibukkan apa tu?


 

Hi hi Hi, kabare? 


Baru timbul tenggelam dek sabut-sabut perkara hujung tahun. Selalunya begitu la kan. Saban tahun, di kala penghujung menghampiri kebanyakan memang ambil mood la untuk bercuti atau rehat untuk pembukaan tahun baru. Orang kata semangat baru gitu. 


Aien pulak, berbaki sebulan nak masuk 2023 ni, a lot of things happen. Macam-macam. Nak cerita tak tau dari mana. Cuma mohon doa pembaca agar dimudahkan segala urusan Nur Khafisah sekeluarga. fuhhhh~ amek semangat yang semakin kabur. 


Malas jugak nak bentang sejuta alasan sebab tahu diri ni belom kuat lagi nak bangkit dari zon selesa. Itu la MY BIG PROBLEM. Jadi bagi alasan tu macam alasan la kan? Haha 


November? Di manakah kita? Drama pun ke lait. tak tau la sibukkan apa. Akal pun dah loading pending bermacam task yang harus diselesaikan. Kau rasa aku boleh ke? Doubting myself for better future? Selagi kau tak menapak, selagi tu kau tak tau.. kata yang sebelah. Begitu la drama setiap kali yang tengah ni nak berubah. Sebelah bagi semangat, sebelah suh relax. Haa~ boleh jadi konten. Aaaahhhh~ gituu.. semua benda jadi konten. Terlalu banyak idea dalam kepala. Jot down pun sampai serabut hak mana satu ko nak buat ni Nur? Begitu la kan...


Ibu anak tiga - nak buat semua benda untuk kesenangan anak-anak. Actually untuk perut sendiri yang dambakan makanan sedap, keselesaan hidup tanpa menyusahkan sang suami. Sangat pentingkan diri? Urm... Kalau ibu happy, anak2 pun happy.. Just an excuse right? 


Life - doesn't work like we want to. But always work the way it is. Follow the flow while waiting, make your plan. - kata diri sendiri. Tapi sementara tunggu blur lagi. 


Should change my name tho - MRs. Blur. Kena makan kismis banyak2 bagi kecerdasan otak. Atau consume Mindtopic keluaran eskayvie ke kan. 


Begitu la kalau daku menulis rant hati.. Dia berjela. Bebel pusing situ je la kan. Okay . Berbaki dua minggu November ni. Banyak benda nak kena buat sebab next year adalah tahun baru yang penuh pancaroba dan dunia yang berbeza buat kami 5 beranak. 


Husband ambik satu langkah perubahan besar dan I need to support even though risau dengan perjalanan kami nanti. Bumpy kah? Sanggupkah aku? Dan bagaimana aku nak start side income lain daripada duit rencehan yang sangat renyah? Allahu akbar. Most of time doubting myself sebenarnya. 5 years, selalu orang kata dah makin selesa dari pelbagai segi. But, untuk kami tahun ke-6 adalah satu stage baru untuk ibu bila anak dah start sekolah dan kena fikir lagi satu sudut yang berbeza sambil pujuk, kita akan survived nur. 😌 Bila datang overthinking dia, dan malam susah nak tido sebab selagi benda tu tak berlalu..  Walau orang cakap jangan difikirkan sangat. yet - susah~ sampai rasa dah la tak nak fikir dahhhhhh.. penatnyaaa.. 


Allah - kuatkan hati seketul Nur Khafisah ni. Dia percaya suami dia. cuma dia tak percaya dirinya bukan beban untuk semua orang. Dari kecik nyusahkan orang.  besar pun nyusahkan orang. Penat la nak fikir bahagian positif. T^T 


Nak bebel lagi ke? dah la Nur... Doakan semuanya baik2 saja. Allah kan ada? Jangan tinggal solat. Ubah hidup. In shaa Allah kau boleh. Aku nak~~~~~~~~ 

Bai semua...

Rabu, November 02, 2022

Drama Turki: Sen Cal Kapimi


Sen Cal Kapimi 

also known as You Knock My Door drama Turki terbaru menarik minat Aien untuk menonton selepas melihat beberapa short drama ni di Youtube.  

Macam biasa la kan, drama Turki ni panjang berjela walaupun satu episod. Jadi makan masa nak menghabiskan satu series. Sepanjang 52 episod kalau tak silap menceritakan dari mula perkenalan Serkan Bolat lakonan Karem Bürsin dan Eda Yildiz lakonan Hande Erçel sampai mereka berpisah berjumpa semula dan memiliki zuriat bersama memang fuh...  Romantic komedi masing boleh dilayan lagi sebab suka dengan kekuatan watak Eda Yildiz itu sendiri. 

Sinopsis Sen Cal Kapimi 

Mengisahkan tentang Eda Yildiz yang amat membenci Serkan Bolat kerana bagi Eda, Serkan telah memusnahkan segala impiannya untuk ke Italy kerna syarikat Serkan Bolat menarik semula biasiswa Eda di tahun terakhir beliau di universiti. 

Kerana itu juga Eda meneruskan kehidupan sebagai seorang pengubah bunga di kedai bunga milik mak ciknya padahal kerjaya taruhan Eda menjadi seorang landskap designer yang sukses. 

Mendengar saja Serkan Bolat akan membuat talk di bekas universiti, Eda tanpa ragu menyerang CEO muda itu dengan sindiran padahal Serkan pun tak tahu perihal biasiswa untuk pelajar di situ. 

Kononnya nak buat onar pada kereta Serkan tak pasal-pasal mereka digari bersama tanpa kunci. 

Ini baru episod pertama ya gais. Seperti biasa drama romantik komedi ini pasti akan diteruskan dengan babak Serkan menawarkan Eda pekerjaan sebagai tunang upahan demi menyakiti hati bekas kekasih yang bakal berkahwin tak lama lagi. 

Dalam sedar tak sedar hanya Eda saja yang boleh mengubah Serkan Bolat yang sebelum ini umpama manusia robot pada pekerjanya. Dan kisah mereka berdua pun bermula dengan penuh pancaroba dan onak duri. Belom lagi dengan kes dengki mendengki, dengan orang cuba pisahkan mereka berdua kerana darjat mereka berbeza. Hakikatnya hubungan mereka berdua sangat kuat sehingga Serkan sendiri menolak Eda ke 'tebing' perhubungan dan memaksa gadis itu pergi dari hidup CEO muda itu. 

5 tahun kemudian, mereka bertemu kembali dalam pertemuan tak disangka dan Serkan mengetahui bahawa dia kini telah menjadi seorang ayah kepada budak berusia 4 tahun bernama Kiraz. 

Serkan dan Eda mula membina mahligai indah mereka kembali demi Kiraz dan perasaan cinta yang masih utuh antara satu dengan yang lain. 

And they life happily ever after. The End-

Review Sen Cal Kapimi 

Selepas menonton drama bersiri Turki ini memang mood akan overly happy sebab sweet banget~ dan mungkin akan terpengaruh dengan sesetengah keluhan mereka seperti Allah Allah~ bila geram dengan anak. Haha 

Selain daripada itu, Sen Cal Kapimi merupakan drama Turki yang ke -5 yang menarik minat Aien untuk tonton. 

Review drama Turki lain yang Aien dah tenfok boleh baca di sini: 


Boleh dikatakan Sen Cal Kapimi ni agak meleret juga jika nak dibandingkan dengan Siyaz Beyaz Ask dulu. Semua karakter dia nak highlightkan include perhubungan mak si Serkan, pahtu konflik cinta tiga segi mak Serkan dengan mak cik Eda dengan mamad Italy. Padahal kena scam. Tapi masuk akal juga la untuk dipanjangkan episod sampai dua season. 

Kalau korang berminat dengan romantik komedi ni best juga nak tengok sebab watak Eda Yildiz yang sangat strong dari kecil setelah mak ayahnya meninggal ketika aniversary mereka dalam runtuhan rumah binaan ayah Serkan. Disebabkan hal ini, nenek Eda yang tak pernah pedulikan dia dari kecik tetiba masuk campur apabila mengetahui Eda dan Serkan bertunang. Sekali, rupanya nenek sekadar nak menduga sejauh mana kekuatan cinta Serkan pada sang cucu. Eh, tak pasal-pasal Eda dan Serkan jadi partnership Art of Life (kompeni Serkan) 

Pahtu bila dorang dah berpisah dan bertemu kembali, more to bagaimana Serkan nak pikat balik hati Eda yang dah tawar tapi masih cinta dan menambat hati anak daranya yang terbiasa dengan ayah angkatnya. 

Okay, jujur ek. Saat reviu ni ditaip - actually masih sangkut lagi di episode 40+ sebab macam heh, bila nak habis ni. Eda dan Serkan asyik gadoh gadoh meow pun berbaik. Macam- tunggu dulu la. Jadi kita tulis takat mana yang dah tengok. Rajin nanti kita update la ek.. 

Worth to watch? Gather mood dulu baru tengok. Drama Turki ni satu episod dia umpama satu movie tau. sikit lagi mengalahkan hindustan movie punya timeline. Sebab tu tengok dalam speed 2x  pun dah macam badut memasing bercakap. Demi Hande Erçel kulayan jugak drama ni sampai habis sebab love senyuman dia. 

Carian google.






Selasa, November 01, 2022

LuLu Group buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru




LuLu Group buka cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Johor Bahru: LuLu Group maju setapak lagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, dengan pembukaan cawangan keenam di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Pembukaan cawangan tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru. Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, dan Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA, serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Cawangan baharu ini terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli belah Toppen Shopping Centre, Johor Bahru yang mudah diakses melalui lebuhraya dan jalan utama, serta kemudahan pengangkutan awam.


Berkeluasan 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan sejumlah 800,000 pelanggan khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah. 


Sejajar dengan matlamat jenama LuLu Group untuk memberikan pilihan meluas barangan berkualiti tinggi dengan harga rendah, Lulu Grocer Toppen Shopping Centre bakal menawarkan pelbagai produk jenama tempatan yang berpemintaan tinggi selain daripada produk luar negara yang diimport secara terus dari syarikat pengeluar global LuLu Group. Cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar.


Bagi meraikan pembukaannya, LuLu Grocer Toppen Shopping Centre mengadakan tawaran pembukaan dan aktiviti menarik bermula 29 Oktober 2022 dengan potongan dan diskaun hebat bagi pelbagai barangan runcit dan segar, serta pemberian hadiah percuma kepada pelanggan terawal. 


Kempen Beli Barangan Malaysia 2022


LuLu Group juga akan meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong melalui semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baru LuLu Grocer Toppen Shopping Centre. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan sekaligus membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group. 


Sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS



Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya. LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia. Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia, LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.


Tentang Lulu Group International 


LULU HYPERMARKET merupakan rangkaian pasaraya terkemuka dan satu-satunya peruncit Timur Tengah yang tersenarai dalam tinjauan tahunan Deloitte 'Global Powers of Retailing 2021'* bagi MENA dan Asia. Diasaskan pada awal tahun 90an dan telah bertapak meluas di GCC, India, Indonesia, Malaysia dan Mesir; LuLu Hypermarket kini dikunjungi lebih 1,600,000 pelanggan setiap hari menjadikannya rangkaian peruncitan yang berkembang pesat dengan platform beli-belah atas talian yang menarik.


Lulu Group memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016 dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di seluruh negara. LuLu Malaysia juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 warganegara Malaysia di 5 cawangannya setakat ini. Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan LuLu Group “Seperti yang telah dijanjikan sejak pembukaan cawangan pertama di Malaysia, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian LuLu di segenap pelusuk negara. Tidak lama lagi, lebih banyak cawangan LuLu akan dibuka termasuklah di Mayang Mall Kuala Terengganu dan Larkin Junction Johor Bahru yang dijangka akan dibuka pada suku pertama dan kedua tahun 2023.”



Jumaat, Oktober 28, 2022

Pengalaman beli emas atas talian dengan De Aurora, JB

 



Wahhh, seronok kan dapat beli barang kemas sendiri? Alhamdulillah ada rezeki lebih, Aien berpeluang bagi diri reward simpanan sekaligus perhiasan untuk diri sendiri. 

Kali ni, kita merasa pengalaman berbeza dengan membeli emas atas talian. Sebenarnya kisah sebenar nak tengok-tengok design terbaru sambil menanti harga emas turun sedikit dari yang sekarang. Tapi, makin ditunggu makin naik pulak walaupun ramai kata harga emas sekarang ni kira murah juga. 

Bagi kita rakyat marhaen, RM253/g di kebanyakan kedai agak tinggi jugak jika melebih bajet yang kita ada. Aien pada mulanya hendak belikan untuk anak-anak, memandangkan mereka masih kecil lagi kita lambakkan mereka dengan emas Bangkok saja la dulu. Risau tengok kalau budak-budak kecil pakai barang mahal ni. 
.

Berbalik pada cerita emas De Aurora tadi, Aien jalan-jalan di kebanyakan kedai emas yang ada di sekitar Johor Bahru dan majoriti mereka menawarkan harga sekitar RM253/g mengikut harga pasaran emas terkini. Bezanya ada yang termasuk upah dan ada juga yang belum kira upah lagi. Makanyaa, ternampak di Instagram Kedai Emas De Aurora tengah buat live promosi serendah RM248/g. Apa lagi Aien pun jalan di website mereka dan melihat ada tak yang berkenan di hati mengikut bajet. Sekali. Heee~ nampak yang satu pattern dengan gelang emas masa nikah dulu dan dalam lingkungan bajet,, apa lagi terus sambar. 

Rantai emas De Aurora Jb

Eh, masa tu tak fikir panjang. Tengok boleh pick up di kedai dan postage. Memandangkan Aien ni boleh la tahan sibuknya. (perahsan aje kan)  tu yang kita cuba delivery ke rumah. 


Selesai membeli dengan bayaran, maklumkan pada admin De AURORA yang kita dah purchase barang sekian. Kemudian, admin De Aurora siap hantar video pembungkusan barang kemas kita dengan servis penghantaran. Hati dan mula debar risau aje kan tak sampai ke ataupun tersangkut di mana-mana kan. Atau Aien nak balik kampung dia sampai di rumah. Haa, mula la nak fikir macam-macam. Siap kacau admin, tanya berapa hari tempoh penghantaran. 3-5 hari bekerja. Admin post hari Khamis, jadi kemungkinan akan sampai hari ahad. Tapi, servis penghantaran sekarang sukar diduga. Kadang poslaju terlebih laju, kadang tersangat laju...  

.


Alhamdulillah disebabkan barang lain ada nak tiba juga di rumah, Aien buat keputusan untuk tunggu di rumah. Risau la kan barang mahal beli atas talian. Jika di tanya kenapa tak pergi kedai? Jawapannya, why not kita rasai perbezaan tanpa menyusahkan sesiapa. Sebab tu over risau sebab buatnya hilang ke apa. Haa, siapa yang bersalah? Alhamdulillah dengan De Aurora, barang korang pasti akan sampai dengan selamat. Yakini De Aurora, lubuk barang kemas anda. Eh, bukan sponsor. Haha


Okay , kalau ada member mesti dpt lagi murah dengan De Aurora ni kan? 


Siap pakej dalam tu, beg kertas dari De Aurora, pouch velvet serta bukti pembelian. Macam beli kat kedai pulak. Senang aje kerja kan? Dah macam hidup zaman PKP masih aku ni.. Tak keluar ke mana.. Semua guna servis delivery je. Haha Ada duit, boleh la. Tak ada duit kita duduk diam2 layan drama. 


Done reward diri~ thanks buat husband bagi idea bernas ni kalau tak bini dia fikir nak deco rumah aje laa. Haha 


Khamis, Oktober 27, 2022

20 Century Girl



20 Century Girl lakonan hebat Kim Yoo Jung dan Byeon Woo Seok merupakan movie sedih yang berkisarkan percintaan di usia muda pada tahum 1999. Na Bo Ra berkawan baik dengan Kim Yeon Doo yang menghidapm penyakit jantung dan memerlukan rawatan segera. Namun Yeon Doo menolak untuk menjalani rawatan ke Amerika Syarikat kerana telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Baek Hyun Jin. Demi Yeon Doo kembali pulih seperti sedia kala, Bo Ra sanggup membantu Yeon Doo memantau 'crush'nya di Korea. 


Nak dijadikan cerita rupanya orang yang disampaikan pada Yeon Doo itu adalah Baek Hyun Jin sebenar padahal yang disukai oleh Yeon Doo itu adalah kawan Hyun Jin, Poong Woon Ho. Di sini Bo Ra memilih untuk menarik diri walaupun Woon Ho juga menyukai Bo Ra dalam diam. 
.

Bestnya movie ni adalah walaupun Yeon Doo tahu Bo Ra suka dengan Woon Ho, dia sedikit pun tidak terkilan bahkan memarahi Bo Ra kerana tidak berterus terang dengannya perasaan sebenar Bo Ra. Tatkala mereka baru hendak meluahkan perasaan suka sesama mereka, Woon Ho harus berpindah ke New Zealand mengikuti jejak ibunya. 

Perpisahan mereka begitu saja kekal hingga hujung nyawa Woon Ho yang hilang tanpa khabar buat Bo Ra. 15 tahun kemudian, jemputan ke pameran galeri daripada Joseph merungkai rahsia sebenar kehilangan Woon Ho beberapa tahun yang sebelumnya. 
.


20 Century Girl Review

What a sad movie!!! Honestly untuk kesekian kalinya, Aien dah menonton almost 5 kali movie yang menyentuh hati sebelum menaip reviu ni. Why? 

The other reason to cry. Haha 

Well, sebenarnya tak sangka Kim Yoo Jung boleh bawak watak gila-gila ni.  Walaupun jika dilihat betapa sedihnya dia meraung masa blind date tu macam dibuat-buat, cukup juga sampai ke hati bila dia menelefon Woon Ho buat kesekian kalinya selepas hilang tanpa khabar. 
.

Weh,, opening movie pun dah menunjukkan bahawa Bo Ra masih belom move on daripada Woon Ho dan masih menanti kepulangan lelaki itu ke Korea Selatan seperti yang dijanjikannya.  Ergh.. So sad laa. 


Over all, best laa walaupun sedih. Orang kata cinta pertama memang susah dilupakan. Ah gituu..  Disebabkan movie ni best gigih la I ulang sejuta kali sampai hafal dialog cute Bo Ra mabuk dan buat confession tanpa sedar. Hi hi cutee.  Masa tu juga Woon Ho yakin untuk meluahkan perasaannya kembali kepada Bo Ra. Adehh..  

.

Orang baik memang pergi dulu.. Hurm.. Cinta sejati memang diuji. Ehh.. Dah boleh move on dah ek.. Habiskan drama Turki ko, drama china ko tu. Heee~


Khamis, Oktober 20, 2022

Drama Korea: Good job (2022)

 


Info drama Good Job 

Lakonan Jung Il Woo dan Kwon Yu Ri (SNSD) mengisahkan tentang Chairman Eun Seon Woo hidup double life selain menjadi pengerusi syarikat Eungang, dia juga menjadi penyiasat misteri kehilangan rantai mendiang ibunya. 
.

Drama ini mempunyai cuma 12 episod memberikan impak besar pada peminat kdrama sebab macam tergantung saja ceritanya. Berunsurkan misteri, romantik dan komedi cukup menghiburkan dengan lakonan Il Woo yang lawak-lawak tu. 

Sinopsis Good Job 

Literally drama Good Job tentang Pengerusi Eun yang menyiasat misteri kehilangan rantai mutiara ibunya mati dibunuh. Di sebalik misteri kehilangan rantai tersebut Pengerusi Eun juga dapat mengetahui dalang atau musuh dalam selimut syarikat Eungang. 


Dengan bantuan Don Se Ra lakonan Kwon Yu Ri yang dilahirkan memiliki kuasa seperti helang, satu per satu misteri berjaya di selesaikan mereka. 

Boleh dikatakan plot drama ni simple sangat, tapi cukup padat dengan rencah dan lakonan mantap barisan pelakon utama. Sampaikan jika dilihat komen netizen di trailer Good Job ni rata-rata bertanya kenapa drama sehebat ini cuma ada 12 episod saja. Tapi bagi saya, cukup la mereka berdua selesaikan kes yang ada. Jangan dibuat melarat, nanti kehilangan mood nak tengok. Kan? 
.


Reviu drama Good Job

Pengaruh video pendek membawa saya menonton drama ni yang menayangkan bahawa Don Se Ra ketahuan oleh Pengerusi Eun akan kuasanya. 
.

Dan 12 episod saja satu malam boleh habiskan. Haha Boleh katakan walaupun drama ini berunsur misteri, tapi misterinya tidak la terlalu membebankan penonton untuk memikirkan sama. Dari mula juga kita boleh saspek watak antagonis dia siapa. Tamak la punca utama si jahat ni buat onar. .

Over all, drama ni under rated sebab tak nampak hype sangat di mana-mana media sosial. Saya tengok video pendek hari tu pun di Youtube. Jadi kita harus kongsi drama best ni untuk semua. ehh
.

Next drama pulak.. 


Selasa, Oktober 18, 2022

Pengalaman berkhemah di Kem Tasik Biru, Melaka bersama Deer Creek


 

Hi, there! Happy weekend. Lama dah tak bercerita di sini. Pasal banyak sangat rintangan dan dugaan akhirnya kita berjumpa juga untuk cerita khemah bulan lalu yang asyik tertunda ni. 

Kali ni Aien nak kongsikan dengan korang pengalaman kami berpeluang berkhemah bersama Pasukan Deer Creek di Kem Tasik Biru, Jasin Melaka. 


Kem Tasik Biru, Jasin Melaka

Kalau korang peminat aktiviti luar dan riadah begini pasti kenal tempat famous dengan pemandangan yang lawa ni. 

Kem Tasik Biru yang terletak di daerah Jasin negeri Melaka Bumi Hang Tuah merupakan sebuah pusat perkhemahan persendirian yang menyediakan tapak perkhemahan (semestinya la kan) untuk orang awam menikmati permandangan tasik Biru tu. Selain daripada tu korang juga boleh melakukan aktiviti kayak dengan bantuan professional dengan harga yang berpatutan. 



Ni je la dapat amek gambar. Blur blur sibuk buat story dan video. Gambar lupa nak snap. Begitu la nasib Ibu anak tiga kecilan. Dok ralit dengan anak lupa apa nak dibuat. 

Camping with Deer Creek 

Ini merupakan perkhemahan kali kedua kami bersama dengan Deer Creek selepas perkhemahan raya ritu. 


Memamg seronok habis sebab dapat berkongsi pengalaman kawan-kawan camping  mempunyai khemah yang sama. Majoriti yang ikut ni memang geng #FCJ (Family Camping Johor) dan masing-masing menggunakan khemah Deer Creek type 8 person Hurricane Plus 


Paling besar dan affordable buat keluarga B40 dan kecik macam kami la kan. Apa yang penting hari tu, Deer Creek ada launch khemah jenis sama tapi warna hitam. Lagi hensem wei tengok warna yang memikat. 


Kalau korang berkenan dengan khemah mampu milik Deer Creek memang harus grab khemah hesmes ni. Ketinggian dia cukup ketinggian biasa Malaysia untuk berdiri tegak. Dah tak payah terbongkok lagi dok dalam khemah. Erti kata lain senang nak solat juga. Dengan harga bawah RM500 korang dah cukup selesa la macam kami 5 beranak ni. Cuma ayahnya mengalah tido beralaskan toto. Tilam bersaiz queen muat masuk dua, tapi penat la asyik nak pam aje tiap kali tido. Jadi kami pasang satu je. 


Pengalaman kami beranak kecil berkhemah di Kem Tasik Biru,Jasin


Wah, masa mula nak pergi tu teruja la sebab dilihat pada map ni luas kawasan Kem Tasik Biru ni. Bila dah sampai, wah! Memang masuk ke dalam tempat dia. Berebut la masing-masing peserta nakkan port 12 sebab lawa port dia. Style kena cabut undi. Siapa cepat dia dapat la kiranya tapak khemah tu. Nayla jadi tukang cabut undi, kami dapat port 23. Alhamdulillah bersaiz 20*19 kaki agak mencabar juga bila kita dah biasa pacak khemah asal boleh je. Tetiba terhad begini, mau 5 kali En. Husband bukak pasang fly sheet supaya tak keluar kawasan. 


Alhamdulillah, selama 3 hari 2 malam di situ, jam 3 pagi saja hujan lebat. Alhamdulillah tak ada la struggle sangat macam berkhemah di tepi pantai. Baik-baik saja, boleh relax lagi cumanya barang di luar basah je la. 

Anak-anak pun tak banyak meragam sebab dah serasi berkhemah cuma Nadhira masa nak balik tetiba muntah-muntah pulak. Minum susu muntah. Makan keluar balik. Sampai lembik aje member. Mana la nak tolong ayahnya berkemas untuk balik, nak layan dia. Dengan Ibu sekali pening kepala. Sudahnya, kami antara orang terakhir balik. Sampai rumah sendiri saja jam 11 malam. Nasib highway tak jammed. Eh, ke mada tu kami balik ikut jalan dalam. Dah tak ingat pasal pergi Hari Malaysia ritu. Selepas dari tu, bersusun aje tiap minggu masing-masing tak sehat. Allahuma solli ala Muhammad. 
 

Ni baru nak baik balik .. Jadi korang jaga diri semua. Sampai ketemu next story camping. 








Isnin, Oktober 17, 2022

Isnin yang sibuk!

 

Syiok semalam cuti kan, sekali hari ni appointment klinik penuh dengan manusia yang sepatut datang semalam jugak. Kebiasaan sejam aje tempoh penantian, jadi extra 2 jam. Layankan aje laa. Tetiba kali ni BP teruk naik. Pasal malam tadi tak boleh tido. Jadi badan tak ada rehat. Mata tak leh pejam. Badan dah penat masih stay gitu aje laa. 


Tekanan darah mengikut umur




Rupa-rupanya jika ditengok tadi, memang mencanak naik. Dua kali periksa walaupun dah rehat lebih 15 minit masih tinggi. Kali pertama cek, 174/142 per 84 . Haha Gila kau. Pahtu misi suh buka face mask. Cuba lagi sekali, 144/112 per 74. Heee .. terus dirujuk kepada doktor. Maka bulan 11 nanti tiap-tiap minggu kena datang cek BP. Naya pak kasim. Dikata selalu nak marah mana darah tak naik. Aiguuu.. anak-anak tengah membesar gitu la dia. Masa pregnant dulu tak ada juga masalah, lepas anak tiga ni, stres dia usah dibawak bincang laa. Nak pejam mata buat tak tau pun dah tapi sendiri masih tergapai. 

Berat badan turun 2.5kg sejak dua bulan lepas. Pasal ritu sakit tekak, selera makan terus mati. Kaw kaw tengok timbang tadi tak percaya. So, teruskan berpuasa la agaknya boleh la capai berat masa anak dara. Haha 
.


Malam ni dah kena berpuasa, esok pagi kena ambil darah untuk mula pantauan tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam badan. Nor, baru 32. 

Ni je la kerja dia kan, dulu tak pernah ada orang cakap, lepas ko dah kawen nanti, klinik kesihatan tu ibarat rumah kedua ko sampai mati. Mengandung cek up tiap bulan. Lepas bersalin sambung cek up anak pulak tiap bulan. Lepas tu kalau ambil perancang, begini la, dua bulan sekali. Lepas tu, dah sangkut lagi begini seminggu sekali terus. Ini kalau nak mengandung lagi, banyak nak kena jaga. Memang dah nampak dah tebal buku pink tu. Pening la tengok. Cukup la ini je. 


Esok kita tengok macamana lagi. Kalau rajin dan ingat kita story panjang lagi. Jaga diri, jaga kesihataan..

Rabu, Oktober 05, 2022

Chinese Drama: Nothing But You

 

Nothing but You 

Cerita tentang Jiang Lili yang menyamar menjadi kakak kembarnya Bi Xiaoran di tempat kerja apabila kakaknya itu dilanggar lari oleh seseorang. Drama yang bersiaran di aplikasi iQiyi bermula pada Jan 10 2022 dengan 24 episod membariskan muka baru juga bagi Aien sebab tak pernah tengok dia berlakon iaitu Wang Herun. Setelah diselidik kembali, Wang Herun ni ada dalam Ruyi's Royal Love in the Palace. Manakala Lou Zheng sebagai pelakon lelaki utama. Drama ini juga adaptasi novel bertajuk 'He comes against the light' karya Zu Tong. 



Reviu selepas menonton Nothing but You


Terserempak dengan drama ni bila tertengok di short Youtube dan terpengaruh dengan wajah Lou Zheng yang hensem. Dah banyak kali sebenarnya cerita lakonan LZ ni cuba nak ditonton, tapi macam tak ngam. Rasanya ini pertama kali LZ jadi pelakon utama. 

Story line untuk drama ni cukup mudah yang berkisarkan dunia perfileman di sebalik tabir. Mencari penaja, syarikat terbitan mana dan mencari barisan pelakon. Bi Xiaoran adalah produser terkenal di sebuah syarikat Lemeng Holding kepunyaan keluarga Lai Zhengyi. 

Kisah bermula apabila Bi Xiaoran dilanggar lari oleh seseorang upahan pelakon Ren Qingyan yang sukakan Lai Zhengyi. Simple je plot dia. DENGKI. Dan Bi Xiaoran tidak sedar diri, Jiang Lili yang 180% personaliti berbeza dengan Xiaoran yang tegas mula menyamar. 

Pemanas cerita adalah Lai Zhengyi ni dah lama suka dengan Jiang Lili mula mengambil kesempatan juga atas kepolosan gadis itu. Apa dia? Plot twist, Zhengyi dan Xiaoran dikatakan bercinta pada masyarakat umum padahal itu cuma gimik untuk menaikkan nama syarikat. Bila masukkan Jiang Lili, Zhengyi menggunapakai method ni merealisasikan cinta sweetheart childhood dia yang lama dipendam. 

Kind of cute juga cerita ni. Lawak pun ada. Menyampah pun banyak! Haha Sebab tak suka dengan karakter Jiang Lili yang terlalu bod* piang tu. 
.

Maka dengan speed 1.5x Aien menghabiskan drama ni cukup la untuk sekali tontonan. Pasal terpengaruh dengan short ala-ala VTT tu. Aigu~  Padahal ada je lalu lalang kat iQiyi tu dua tiga kali tengok poster pun. Hurm.. Malas laa. 
.

Over all drama ni santai je tak banyak sangat konflik dan kadang ada sesetengah part tu macam.. eh ehh.. eh.. haa.. Ending dia pun macam terkejar-kejar aje la. Tetiba ada watak baru yang berebutkan Jiang Lili daripada Zhengyi. Macam eh.. nasib tak meleret. Meleret best tak apa, kalo macam...  malas juga nak tengok kan?


Look forward lakonan Lou Zheng ni lagi. Chiayok!