Ahad, September 30, 2018

THROWBACK KONVO 2017


Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Yuhhuuu~ setahun sudah berlalu~ Rindu ama itu kenangan. Moh kita throwback balik laa. Masa dahulunya single mingle and sexy. Eh~

Haaa... Akhirnya setelah 3 tahun belajar di Kolej Universiti Islam Melaka a.k.a KUIM, Aien berjaya untuk memegang segulung ijazah diploma dalam bidang Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia. Rindu masa belajar dulu. Even sekarang ni pun, Umi Aien suruh belajar lagi. Yadoi~ Universiti pun dah dekat dah. Tinggal nak daftar jaa.. Fulus? Yilek! Nande! Sabar je la. Adoo rezeki in shaa Allah. Tak ada tak apa. Kami pun masih belajar la ni. Belajar macamana nak jadi manusia yang bertaqwa. Kan?

Kenapa throwback? Kenapa tikam belakang je? Sebab Aien tak ada masa or tak ada idea nak update on the spot atau seminggu selepas kejadian. Dia punya mood tu tak ada. Makanya, hanya mampu tikam belakang dengan erti kata lain mengimbau kenangan yang lepas. 




Bersama dengan Encik Ayah dan Puan Umi. Husband jadi jurugambar. Dia kata segan. Tak apa ayah dan umi keutamaan. Munga tu dari dia. Sampai sekarang pun munga tu masih hado.. Segar menyinari rumah kecil kami. :) 
Teddy bear yang ada pun masih putih berseri lagi. Ahak~ Nanti Nayla besar sikit kita cabut kasi dia main. Masa ni, Nayla baru sebulan dalam tummy ibu. Recently sebelum konvo buat test and O M G , Allahamdulillah dua line. Syukur setelah 6 bulan menanti. Rezeki Allah tak pernah salah. Never doubt it. Wokey?

Dan itu lah hadiah yang paling seronok dan bahagia pada ulang tahun kelahiran Aien yang ke 27. Anak. Konvo bersama anak dalam perut. Pakai jubah besa pun tak nampak. Halah~ perut pun masih tak nampak. Bwahaha

Sebelum konvo, senior a.k.a adik kesayangan saya belanja suprise celebration. Seronok berganda! Nikmat apa lag yang kau dustakan? #bersyukurselalu

Kek cheese yang bertema Oreo Coklat ni sangat sedap. Malangnya Aien dapat makan sikit ja masa tu. Morning sickness Aien teruk masa tu. Even tak ada muntah-muntah, Aien sangat tak berselera padahal Aien ni pelahap. :P Sebelum preggy bedal je semua benda. Even sekarang dah lepas 100 hari pun, masya Allah menahan godaan untuk makan itu dan ini sangat mujahadah. Perjuangan harus diteruskan demi seketul Nayla. Kawan ni pandai pulak dia agak daripada post Instagram Aien pasal baby ni. haha Ingat nak buat suprise untuk Encik Ayah dan Puan Umi serta adik beradik lain. Tak menjadi betul. 

Pada mereka yang bertanya, (kot la ada yang curious kan) Cheese cake ni kawan beli di House of Cheese yang terletak di.... ... Melaka. Haha Sorry, Aien tak tahu belah mana. Ayer Keroh ke mana. Yang masih tersemat dalam memori ni, dia kata dekat dengan kawasan dia praktikal dulu. Sini Aien sertakan gambar kedai tu. Al-maklum la masa tu sibuk amek gambar konon nak buat review ASAP balik johor la kan. Sekali peram buat pekasam. Harap sedap la pekasam ni kan. 



Seronok berganda sebab bulan September adalah bulan Aien dan Puan Umi. We are sharing birthday month~ huuuu Puan Umi awal seminggu la daripada Aien ni. So, alang-alang member celebrate tu, sekali la dengan Puan Umi. Husband pulak masa tu buat don no je. Aien syak masa tu dia sangat suka tido sebab pembawakkan budak. Dia dulu la kena. Aien detect Aien ni payah nak makan, pahtu asyik sentap je. Tak leh salah cakap sikit. Sentap je kerja dia. hahaha. Well, itu semua kenangan manis belaka. 

Okay, done throwback all things during September. Last year okay. Bukan this year. This year mungkin minggu depan Aien throwback. Kalau ingat la kan. Haha 


till we meet again~


Ahad, September 23, 2018

DRAMA REVIEW: VOICE SEASON 2

Hai hai Assalamualaikum w.b.t

Errr...  Masih hujung minggu. Ahad kan?? Haa... menghitung hari betol kau yer..  Mentang mentang... Maap ler.. Aien aktif dua tiga menjak ni.. Buat counting gitu. Hari tu kemain nak buat berangan la nak buat giveaway yay, bila diri tak punya masa because we need to move out ASAP, jadi semua Aien draft-kan. Mana yang di-post-kan tu, itu adalah auto post. Aien tulis siap-siap mana yang sempat, yang ada idea dan yang senang. *ketawa jahat* 

Wokey, this time I would like to ajak U olls untuk watching K-drama yang berjudul VOICE. Remember few weeks ago, Aien share pasal Season One punya. Kali ni Aien nak share pasal Season Two yang baru je habis minggu ni. Conclusionnya... Kemungkinan besar ada sambungan lagi sebab takkan dia habis macam tu je kan. 

Untuk drama ni, Aien kreditkan pada cik Husband yang rajin melayan masa dia makan, masa dia relax-relax pegangkan Nayla sambil tu tengok. Aien tumpang je. *shy smile* Dah tu sibuk tanya itu tanya ini. Pahtu sibuk buat review macam dia yang tengok. ;) Orang tengok k... 


Tajuk: Voice (SEASON 2)
Durasi: 45 minit
Episode: 12 
Bahasa: Korea Selatan
Pelakon: Lee Ha Na, Le Jin Wook 
Sinopsis: 
Berlatar belakangkan kisah emergency call center 112. Sepanjang bagaimana kumpulan Golden Time menyelesaikan pelbagai jenis kes pembunuhan termasuk pembunuhan bersiri. 


Review Aien: 

Macam siri satu tu, dia mengisahkan macamana Lee Ha Na tu menyelesaikan kes pembunuh ayah dia. Dia juga mempunyai kebolehan untuk mendengar sekecil-kecil bunyi walau melalui telefon. So, ini tetap diutamakan sebagai keyword jalan cerita ni. Kali ni, mereka Golden Time team terpaksa berhadapan dengan pembunuh bersiri yang obses mengumpul bahagian badan orang dibunuhnya. Macam jari ke, telinga ke..haaa~ So bila datangnya Lee Jin Wook yang mengambil alih jawatan ketua pasukan Golden Time ni tadi, dengan latar belakang yang mencurigakan. Semua orang anggap dia dalang dalam diam. Walhal, orang jahat tu serba tahu maklumat ahli Golden Time ni sampai rasa macam tercabar la bila dorang tak dapat tangkap orang jahat ni. 
Kesudahannya.. 

Korang tengok laaa sendiri. Sebab Aien pun tak tengok. Just tengok sikit-sikit je. Tapi, Aien tahu la ending dia. Takkan nak spoil pulak kan. 

Selamat menonton...







Sabtu, September 22, 2018

HAPPY 4 MONTH ANAK~

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu anda semua. Hari ni Aien happy sangat dan bersyukur bahawasanya anakanda terchenta telah genap empat bulan. #alhamdulillah #syukur 


Masih korang ingat tak entry Aien lepas mengisahkan perjalanan nak keluarkan seketul manusia ni? Haa~ kalau nak tau DI SINI ada kisahnya. Walau telah empat bulan berlalu, ngilunya masih di situ. Haha 

So, for every woman out there, if you felt down somehow, look at the mirror and touch your shoulder and say it... " I am proud with you.. " and don't forget to smile. ☺ 

Pada yang bakal-bakal ibu dan yang masih single, be ready for everything you want to. And keep smile. 

Okay. Jadi pulak entry ni bagi orang semangat untuk maju ke hadapan. aishemen~  Aien nak wish birthday je kat anakanda terchomel ni haa.  Entah baca entah tak dia ni nanti. Tengok Ibu dia marapik kat blog ni macam apa. 

Well, 

anak dara ibu, don't be sad always. Be happy cause you deserve it. Ibu lahirkan awak bukan untuk awak sedih-sedih walau Ibu jugak cengeng masa ngandungkan awak. Tapi untuk terus tersenyum dan redha apa yang berlaku. Okay? 

Ala, bak kata acik..  ko baru hidup berapa bulan dah mengeluh sana mengeluh sini. haha acik.. Bahasa saya atu nangisnya aja.. Bila lapar nangis, Bila tawa juga nangis kok. 

Anak yang disangka dan dimahukan lelaki. الله kurniakan daku perempuan. Jika dilihat dari baka ibunya memang tak mustahil. الحمدالله apa pun awak sihat, selamat dan membesar dengan baik syukur. Lahirnya awak mengajar Ibu banyak benda dalam diam. Siapa sangka Ibu boleh menangis bila nak lenakan awak sebelum take off ke Miri? الله... Masa tu la Ibu sedar.. Perempuan sifatnya mengata tanpa sedar benda itu akan pulang kepadanya. Rasa macam nak cari je sesiapa yang pernah bawak anak kecik dalam flight selama Ibu ulang alik Tanah Malaya ke Miri ni. Tak terkira dah berapa kali. 

Siapa sangka anak Ibu clingy dengan Ibu sampai satu benda Ibu tak dapat nak buat kalau otak tak kreatif? haduh~ Anak anak... 


Macam-macam pe'el sungguh walau baru empat bulan. Panjang lagi kisah kita ni, انشالله panjang umur kita sambung kisah kita. Rasanya Ibu nak kena beli memori baru nak penuhkan video awak dalam telefon Ibu ni. Ayah tak apa telefon baru. Memori besar. Yang dikumpul Ayah cuma satu hari satu gambar. Cukup setahun kita framekan. haha 



Entah berapa la timbang awak hari Isnin nanti. Harap menaik la yer.. Moga awak sentiasa sehat dan baik-baik aja yaa dara. Ibu ♡ Nayla. 




Jumaat, September 21, 2018

CAROUSELL PARTNERS BOOST E-WALLET, POSTCO, TO DELIVER A MORE CONVENIENT EXPERIENCE TO MALAYSIANS


Strategic partnerships with payment and logistics providers underline the company’s commitment to Malaysia.

Kuala Lumpur, 18 September 2018 – Carousell Malaysia, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplace is making it even easier to buy and sell on the marketplace. Carousell has teamed up with strategic partners, Boost and PostCo, to address payment and logistics across Malaysia.




Boost, a homegrown e-wallet that allows payment without the hassle of cash, and PostCo, a logistics company that delivers parcels through its network of more than 1,000 locations which include cafes, pharmacies and stores, inked a cross-promotional partnership deal with Carousell in August.





The promotion includes Cashback Rewards for purchases made on Carousell with Boost, as well as a special delivery rate for Carousellers who choose the delivery option via PostCo.


“This is a stepping stone for Carousell Malaysia to provide an end-to-end service for our users. We are committed to creating value for our users and make it more convenient to buy and sell. This trial phase has seen a positive response from users, and we will continue looking for opportunities to improve our marketplace and services to Malaysian Carousellers,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.

  
He added that the partnership will run till the end of September, but the company has not ruled out a long-term deal.

Carousell continues to gain traction in Malaysia. For the month of August, it saw total transactions and listings grow by 20% and 30% respectively from the previous month. Response to the strategic nationwide collaboration has been encouraging, with PostCo recording a 47% repeat in Carousellers utilising its delivery services just after a month of partnership and Boost seeing full redemptions in their promotional offers.



Carousell has more than 19 million listings for its Malaysian market as of June 2018, with over 5 million items sold on the marketplace.Globally, it has over 158 million listings and over 54 million items sold across all seven markets in Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Taiwan, Hong Kong and Australia.

“This partnership marks another milestone in our journey to strengthen our leadership in the e-wallet space and enhance our offerings,” said Christopher Tiffin, Chief Executive Officer of Boost. “Boost simplifies your day-to-day operations by allowing you to manage your cash flow with just one app. With their engaged community and wide variety of marketplace offerings, collaborating with Carousell was a natural move for us. Since the start of our partnership to date, we’ve seen an almost four-fold increase in Boost mentions in Carousell.”

“Our partnership with Carousell provides their sellers with a unique avenue to deliver their items through our network of PostCo locations. It is great to see how much convenience it has offered to the community of sellers on Carousell. Once someone finds it convenient, they will continue to utilise the service for their remaining deliveries. Aside from sending, we also allow buyers to collect their parcels at a specified pick-up point at any time, be it before, during or after working hours. We believe that PostCo will also continue to play a pivotal role for Carousell users in a long run,” said Melisa Wang, Chief Operating Officer of PostCo.

Carousell users can now buy fromsellers that accept Boost as a payment option by easily entering the seller’s mobile number in the payment app, selecting the Carousell icon and inserting the purchase details. Moreover, sellers can have their first three parcels delivered from only RM1.90 when they send via PostCo.

For more information, follow Carousell on https://my.carousell.com or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.


Khamis, September 20, 2018

MOVIE REVIEW: BLEACH (2018)

Hai hai Assalamualaikum w.b.t


Yezza~ selamat berhujung minggu bagi warga Johor, Utara dan Pantai Timur. Yeah~ Korang buat apa ja hujung minggu ni? Meh Aien suggestkan korang satu movie yang worth to watching. Haa~ Iye ke?


Bleach adalah daripada manga a.k.a komik Jepun dan telah diadaptasi kepada anime a.k.a cartoon. Cartoon ke? Anime laa. Version ni la start Aien tengok sampai latest episode atau kepada episode last dia tayang setelah sekian lama dahulu. Dan sekarang ni, yeah~ Netflix telah mengambil alih untuk mengadaptasikan anime ni kepada LIVE ACTION. Yahhh~ Mula-mula memang excited nak tengok. Tapi bila dah tengok.. kondem terus mood. Macam tengok Kamen Rider tu. Adeh~ palsu belaka. Haha I kenot hadam.



Bayangkan dari anime macam ni yang cukup hensem cukup action dia, dibawa kepada aksi nyata, adeh~ adeh.... Sengal jap otak. Yeh~ maybe Aien ni bukan la haters untuk aksi nyata, but still... Kenot brain bila dia jadi macam ni..


Melayan jugak Aien sampai separuh semalam, and tutup je la sebab anak dah meragam. Kah~ tabik untuk dorang sebab berjaya untuk bawakkan aksi dari anime ini kepada nyata. Ichigo, Orihime, Rukia Ishida, Chad dan siapa tu rambut merah tu... Haa~ Renji. 

Dan bila dah tengok yang nyata, rasa macam nak ulang balik anime dia. ^*^ I like... Mesti repeat part dia lawan-lawan. How dia struggle nak dapatkan pedang dia sendiri. Haa~ Mungkin sebab Aien tak layan habis kot because I read somewhere yang cakap movie ni worth to watching. Yep~ Mungkin satu hari nanti Aien try tengok la. Bila dah ada -me time- untuk layan movie without dengar anak melalak nak itu, nak ini. haha 


Last but at least, muka Ichigo live action yang dimainkan oleh Sota Fukushi. Fuh~ pedang dia tu tetap win. *clap hands* 

yeah~ maybe I should rewatch balik la. Dengan tenang. hehe








Rabu, September 19, 2018

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BY CIK PUAN RRAI

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Hadirnya saya di sini ingin mengikuti giveaway yang dilangsungkan oleh teman lama blogger cik puan rrai yang kini berbadan dua. Tahniah Rrai~


Makanya, Aien nak share serba sedikit tips yang Aien dapat masa Aien berbadan dua yang lepas.Walaupun baru anak sorang, nak juga la share sebab sekarang turn mak budak-budak 90-an pulak amek pengalaman how to be a mother. Of course there will be a lot of orang cakap, orang pesan, petua orang tua. As we yang berjaga-jaga, dengar la k. 

1. Never pass apa-apa barang melalui tingkap. -Pesan nenek joyah 

- Sebab bimbang if kenan anak juga turut keluar ikut tingkap. Pantang larang aja ni. Mau ikut ya, alhamdulilah. Tamau ikut pun buang aja rasa gundah in shaa Allah anakmu baik-baik aja. :)


2. Jangan minum air kelapa, tebu, nenas awal pregnancy dan dibolehkan minum air kelapa selepas 7 bulan preggy. 

- Sebab ketiga mereka ini tajam. Even dah 3 bulan nak masuk 4 bulan pun in laws Aien tak kasi minum/makan tiga benda ni. Semalam termakan sikit nenas yang dalam campuran buah-buah tin tu, pheww..  Ngilu sengal bawah tu. So, caution for diri sendiri la kan. Dibolehkan minum air kelapa tu untuk memudahkan proses bersalin nanti. In shaa Allah. 

3. Jika anda ada anemia semasa mengandung, banyakkan makan buah-buahan dan kerang. Kurangkan makan organ dalaman binatang. 

- Alhamdulillah Aien selamat tiada darah rendah. Walau di buku pink Aien ditanda sebagai anemia patient. Ada sekali turun sampai 10. Misi dah bising. Aien ajak husband cari buah delima, RM10 dua biji. Buleh laa. Makan or buat jus. Yum yum. Tak payah letak gula pun dah manis. Aien masa ngandung selera makan kurang. So, Aien bedal buah-buah je as delima, anggur, dragonfruit and etc. Jangan sebab kurang selera makan, terus langsung tak makan. Kang kena marah dah 28 weeks, baby baru berapa naa berat dia. Bab makan ni, banyak pun salah. Tak makan pun salah. Haa~ haaa makan la selagi boleh. Apa rasa tekak nak makan, makan la segera. Nanti lepas bersalin banyak lagi pantang dia. *face palm*

Apa lagi yek? Cik Puan kita ni dah berapa bulan agak-agak yek. Heee~ entah kenapa lepas dah alami semua, Aien excited dengar dorang yang mengandung ni. Well...  Macam mak-mak excited. Haha 

4. Be active during last pregnancy. Be safe for whole pregnancy. 

-again. Untuk mudahkan bersalin. 

5. Bila dah sakit contraction (final contraction), please jangan ikat atau sepit rambut. 

- Sebab ini petua orang lama, kalau kita sepit or ikat katanya bukaan jalan kita lambat. You know 'jalan' kan? Sahih tau ni. Ramai dah kawan-kawan buktikan tips ni. Dan Aien juga. Misi pun akan ingatkan kita tau. Itu pun kalau dia ternampak rambut kita bersanggul. haha Kalau tak, tak de dia nak tegur tetiba. 


PS: Aien tak kena minum air gula tak tau sebab apa, but during my pregnancy semua baik-baik aja dong. Alhamdulillah. Good luck Rrai and baby for this lovely journey. 

Bagi mereka yang menyertai... Selamat mencuba~ 








Selasa, September 18, 2018

REVIEW: FEEDMILK NURSING SHIRT & GOAT MILK NUFAEL

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Buat apa tu? Hari Isnin malam selasa selepas semua kembali berkerja setelah tiga hari cuti yer. Penat? Hee~ tak apa lepas ni dah tak ada cuti lagi. Don't worry. Hahaha Kejam tak? Kuang asam betul la Aien ni kan. Start minggu ni sampai la Nov tak ada cuti kecuali cuti hujung minggu saja. Dan untuk negeri-negeri tertentu seperti Pahang, Sarawak dan Melaka. Bagi warga Johor pulak cuti Hari Hol Sultan Iskandar. Itu pun Isnin. Kalau masih banyak cuti lagi, boleh apply hari Ahad kan? Asyik cerita pasal cuti je kan, meh Aien nak share dengan uolls para ibu-ibu dan bakal ibu-ibu sesuatu yang boleh membantu anda tenang dan mudah selepas memiliki si kecil molek. 

Apa dia??

Baju selamba selak dan susu kambing Nufael by feedmilk. What se det? I dun no pun.. 


Haa~ kalau anda seorang ibu anda pasti tau feedmilk ni adalah syarikat butik yang menyediakan pelbagai jenis barangan untuk kemudahan ibu-ibu yang menyusukan anak. Well, Aien pun baru kenal feedmilk ni dari rakan muka buku Aien. Dulu selalu usha dia sebab dia jual barang kpop, dan sekarang jual barang-barang dari feedmilk ni, dan latest agen cuckoo. Kreatif betul dia. Sembang dengan dia pun tak lokek gitu kongsi ilmu. 

Eh, ni dah cerita pasal apa pulak? 

Pasal how do I began know about feedmilk item ni. :)

First barang Aien purchased dengan dia ialah breast pump dengan milk storage bag. Ye la, sebabnya Aien dah bertekad nak bagi susu badan kat anak. So kena la ada dua benda penting ni. Untuk masa yang akan datang. Sudahnya sekarang dua-dua Aien peram sebab peti sejuk Aien tak berapa sokong sangat penyimpan susu badan ni. Plus, Aien dok rumah je, soooooo~ benda tu boleh guna nanti. Haha
Review untuk breast pump is always awesome la sebabnya dia lembut dan senang. Orang kata sangat membantu la. Bila baby susu sebelah kita pam sebelah. Tapi Aien pam bila susu dah penuh dan baby kind of tak berapa nak menyusu sangat. Macam sekarang. Dia nak susu sebelah je. Takkan sebelah tu kita nak biarkan aje kan. So, pam. Kasi dia minum by botol. Baru nak.  Kena rajin dan tak je la kan. 

Untuk Storage bag pulak, Aien beli sebab comel. Sangat comel! Pingguuu~  Tips untuk anda nak shopping benda ni untuk rakyat mahrean macam Aien yang fikir berjuta kali untuk beli ni, Penting ke tak penting, lepas tu pakai ke tak, Haa~ beli masa sale. Price dia kadang-kadang menggoda dan we can't resist it. You know, macam last promo dia boleh give in price like 50% diskaun. Affordable sangat. Bila dah mampu milik, apa lagi kita grab la banyak-banyak. Simpan buat stock. Zaman makin maju kita pun kena makin bijak. Ye dok? Jangan risau barang dari feedmilk ni semua boleh simpan.



Macam tee #selambeselak ni. Aien grab masa tu tak tahan godaan member ni asyik post dengan price yang masa tu rasa ahhh~ ruginya kalau tak dapat. Beli satu RM 52. Tapi bila anda beli dua, dapat RM99 termasuk postage. Haa~ why not kan? Masa tu pun serabut jugak dengan baju jalan Aien semua yang tak berapa proper nak breastfeeding luar. Itu la penyebab utama Aien grab baju ni. Sangat suka bila dah dapat. Anda boleh lihat packaging dia kat gambar. Fuh~ merecik tengok. Cantek plastik dia. Membuatkan kita sang pembeli excited bila parcel dah sampai. Rasa macam tak sabar nak pakai. *^* Yeay~ dah ada baju yang boleh selesa bagi anak susu kat luar. Bila jalan pun dah tak perlu runsing. Just grab it and wear it~ Yeh.. Husband pun dah tak marah kita siap lambat.



Dua ni adalah design yang Aien pilih. Actually dia ada banyak lagi design yang lain. Itu lain kali kita grab. :P  Kalo tak silap Aien design yang hitam tu adalah yang latest design dari dorang ni. Dah masuk tiga jenis design dah dorang buat. Pada sesiapa yang mencari design yang lain, awak-awak semua boleh  klik FEEDMILK ni. Bila sebut pasal baju, mesti anda semua nak cari baju yang betul-betul selesa dengan anda selain dari mudah dipakaikan. Yes, of course la kan. That's why Aien sharing tee #selambeselak ni. Selain dari senang dia juga selesa. Bila kita dah selesa mesti nak repeat lagi kan? Aien ni seorang yang kulit sensitif bila berpeluh, dan baju ni boleh tahan jugak penyerapan peluh dia. Melainkan anda tak mandi seharian la kan, memang la tak selesa. ye dok? Korang boleh tengok di sini, Aien sertakan sekali design bahagian dalam baju ni. Lihat~ tak panas walau korang tengok dari luar macam dua lapis gitu. Haaa~ So dari sini Aien jujur cakap baju ni sangat berbaloi if u olss grab masa dia promo. Normal price dia biasa RM69/pc. So~ apa lagi.. pegi la beli. haha




And last but not least, susu kambing dari feedmilk yang baru saja di-release - kan hujung August lepas. Yeah~ yang Aien tunjuk ni adalah sampel pack yang Aien dapat ritu. Well, 4 pack free dan hanya bayar postage sahaja. Why not kita cuba. Susu kambing ni elok untuk anak kuning ke tambah susu dah sebagainya. Teringat masa anak kuning ritu, Aien minum susu kambing segar, yek yek... Mengenangkan anak je tau sedut susu kambing tu. Aien ni pulak bukan jenis orang yang suka minum susu apatah lagi susu kambing. Double yek yek tau~

REVIEW AIEN:

Susu kambing Nufael tak hamis dan boleh la diminum. Susu badan pun increase lepas minum ni. Still Aien don't like susu apatah lagi dia berwarna putih gitu. Errr... Mengenangkan dis is sample pack, and I gonna finish it.. Telan je. Membazir. Tak elok membazir. Lagipun Aien tengah memang suka minum air panas like Milo and Oligo gitu. So, Aien minum susu kambing ni awal pagi. And badan pun rasa macam tak lemau sangat. Secara tak langsung ia memberi kita tenaga. Kalau u olls nak beli Susu Nufael ni, sekarang tengah promo juga laa, sekotak RM45. Normal Price RM48. Masa dia release ritu sekotak dapat RM38. Urm... tak rugi la tak grab sebab Aien memang tak minum susu. :P



Untuk anda semua, para bakal ibu-ibu yang masih mencari barang sesuai untuk anda, layari FEEDMILK  sekarang. Banyak jugak promo sekarang ni. Sesungguhnya susu ibu adalah terbaik untuk anak-anak. Sekian dari Aien...



till we meet again.. 



Rabu, September 12, 2018

GIFT FROM ACIK SOFIE



Hai hai  Assalamualaikum w.b.t 


Salam Maal Hijrah 1440H para pembaca blog yang sendu ni. Semoga anda semua dan saya memasang niat dan azam baru untuk tahun baru ni. Semoga Allah mempermudahkan apa jua yang anda semua hajati. 

Minggu lepas, acik bertanya pada Ibu Nayla, nak jumpsuit ka, nak sleepsuit ka romper? Katanya ada kiosk baju baby baru bukak. Seronok dan geram hatinya berbelanja untuk Nayla. Ibu Nayla on sahaja. :)

Seminggu menunggu akhirnya hadiahnya sampai di rumah petang isnin yang tenang. Ibu excited la kan. Comel kot packaging dia. Thanks acik Sofie. Nanti gambar Nayla pakai baju tu Ibu share kat Instagram k. Sesi unboxing dia memang excited sampai ayah pun hairan. Haha



O M G soooo cute~~ Bukan nak tipu k. Serius cute sangat. Rasa tasabar nak suruh Nayla try it now. Tapi kena basuh dulu. Bila fikir basuh, tengok weather yang sekejap suram, sekejap cerah. Hadeh~ tak apa la. Esok lusa laa. Haha



Acik terima kasih bebanyak acik. Thanks. Xie xie. Haa, korang mesti tertanya mana nak dapat jumpsuit comel ni kan? Kain dia sangat selesa dan lembut. Sangat sesuai untuk kulit baby yang masih halus tu. Acik Sofie belikan dari Gugu Malaysia. Halah~ kat mana?

Gugu Malaysia adalah satu butik baju untuk para bayi kita. Paling best dorang ni ada newborn set untuk ibu-ibu moden yang penat nak keluar cari barang bakal baby anda, anda dah tak perlu risau. Hanya layari www.gugu.com.my atau terjah Instagram mereka di @gugumalaysia. Jangan risau kerana Gugu Malaysia adalah dari Malaysian and Malaysian. Heee~ harga mampu milik tho'. Kalau sesiapa yang dok sekitar Shah Alam tu lagi senang, p ja cari kiosk dorang Gugu Malaysia ni di Aeon Shah Alam. Happy shopping~






Selasa, September 11, 2018

C-DRAMA: MOONSHINE AND VALENTINE


Chinese Drama: Moonshine and Valentine | 

Title: Moonshine and Valentine

Episode: 25 

Genre: Romantic, Fantasy

Sinopsis: 

Mengisahkan Guan Pipi seorang wartawan amatur. Walaupun dirinya cantik dan baik hati, dia sering merasa keseorangan dalam dunia ini. Sebab tu dia rasa ditinggalkan dan tak guna. Apa yang dia tak sedar ialah dia sebenarnya telah pun disumpah dan itu yang menyebabkan kehidupan dia malang. He Lan Jing pula seorang Jade Master yang menyamar menjadi ancient specialist yang sebenarnya dia adalah alien yang datang daripada Skyfox Planet. Apabila He Lan Jing dan Guan Pipi bertemu, dia yakin dapat membuat Guan Pipi untuk jatuh cinta dengan dirinya sekali lagi. Drama ini diadaptasi daripada hit novel Jie Ai Yi Ke Feng Huan yag ditulis oleh Shi Ting Rou. Drama ini turut dikenali sebagai The Love Knot: His Excellency's First Love. 

°Sinopsis menurut Aien°

Guan Pipi dan He Lan Jing ni merupakan kekasih lama sejuta abad yang lalu. Guan Pipi adalah kelahiran semula kekasih He Lan Jing iaitu Hui Yan. He Lan Jing cuba untuk merebut hati Guan Pipi yang sudahpun memiliki teman lelaki yang kemudiannya curang dengan teman baiknya. He Lan Jing yang cuba mencari jalan untuk membantu Guan Pipi membuang sumpahan yang ada pada dirinya. Dan, sesungguhnya anda tak akan kecewa dengan drama yang hanya 25 episode dan berdurasi 45 minit ini. Selamat menonton. 


Dalam drama ni, Aien paling suka ialah watak sampingan yang sedikit sebanyak memberi impak la pada drama ni. Terutama mereka bertiga ni. XuanXuan, Kuan Kuan dan Xiao Ju ni. Trio ni sangat awesome. Xiao Ju (perempuan tu) seorang gadis yang selalu ada masalah komunikasi dengan manusia dan sering digelar anak orang gila sebab ayah dia math-crazy. So, dia nyampah dengan mankind ni. Bila ada Xuan dan Kuan ni, hidup dia sangat best dan trio ni takkan selesai puzzle antara A suka dengan B, B suka dengan C, C suka dengan A. Siapa yang akan buat pilihan antara mereka bertiga ni? Haa~ Sampai sudah mereka kekal bertiga. Soooo cuteeee~ 



Nak tengok?? Haa~ klik la link di atas sana tu.. Klik pada gambar juga bisa kok~ Dah dah... Aien nak pergi dinner ni.. Lapar pulak. Sambil tu, nak layan Martial Universe lakonan Yang Yang  - yang ada 63 episode. O M G banyak gilos episode. Sis tak sanggup. 




Selasa, September 04, 2018

HELLO SEPTEMBER

Hai hai assalamualaikum

Merdeka telah berlalu, dengan itu August mengucapkan selamat tinggal. Kini, September yang ditunggu telah pun tiba, mari la kita berhura horayyy~ 

Yeah~ I am baby september!!! So bila September datang, always happy. Walau itu tandanya guwe bakalin tua satu taun. 



Bukan nak cakap apa la kan,bila bulan kelahiran kita datang, macam-macam ilham datang. Nak buat itu la, nak buat ini la. September juga bulan yang orang suka sebab banyak cuti. 😍 

Berdasarkan kalendar cuti public holiday Malaysia, dua minggu dalam bulan September, bebudak akan sekolah dalam beberapa hari je kalau nak dibandingkan dengan 5 hari. Haa, syiok nyaa~ Namun tidak la syiok bagi budak-budak yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan, dan adik-adik yang bakal menduduki PT3 yang semakin hampir. Good luck untuk semua ya~ Selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan redha selepas usaha yang anda lakukan selama ini! 

Wokey, dalam kepala Aien ni ingin la jugak buat giveaway tanda meraikan kelahiran sendiri pada hujung bulan. Tapi..... Sendunya blog buatkan diri lemah semangat. Haha 

Apa pendapat uolls? 😅 hello~ haluuu... Pulish~ ada orang ka singgah sini? 


Bila blog dah tukar wajah baru, chat box entah ke mana, bloglist entah ke mana.. Macam tak best pulak. Well, I always tried to blogwalking others from my Google plus. Sesiapa yang ada follow tu, ada la Aien jejak dan meninggalkan jejak. Bukan dalam minggu ni la tapi. 

Sejak balik dari Miri hari tu, level mim alif lam sin tu meningkat ke 170•c . Maksudnyaa, semua kerja jadi malas. Lagi-lagi bila our little family kena kick out a.k.a move out la dari rumah sewa ni. Bertambah la level tu. 

Sudah la rumah sewa zaman siber ni mahal namati, paling minimum rm500. Kalau husband sorang kerja, yadoi... Sakit jugak tu. Maka, kami decide nak duduk je kat kuarters UTM tu. Walaupun rumah flat. Malangnya, semalam dapat keputusan, kami ditempatkan di Desa Bakti. Which means rumah semakin kecik. OH الله, 
Sedangkan husband dah kabo awal-awal nak kuarters yang flat tu. Harap la dapat rumah tu. #prayfordesaskudai

Habis dah membebel, meh balik pada #birthdaygiveaway yang baru dirangka dalam otak tadi. Apa pendapat uolls? Buat ke tak buat? Bila nak pindah ni, banyak jugak barang-barang nak di-nyahpakaikan. So, daripada berbuang. Mari la donate kepada kawan-kawan blogger yang tak pernah serik dan selalu kunjungi ke mari. 

Haa~ apakan pendapat anda?? 

#birthdaygiveaway 
#yesORno