Isnin, Mei 30, 2022

The One: Wujudkah dia?

 

The One: Wujudkah dia?

Hi kawan-kawan.  Salam Isnin dan~ masih monday bluess ke? Open house belom habis lagi? Ish ish... tak apa. beraya sakan sebelum Syawal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Jadi sementara korang busy dengan kerja dan rumah terbuka tu, hari ni kita nak cerita one of topic yang menarik sempena tak lama lagi cuti sekolah kan? 


Topik yang paling mendatangkan curiousity pada yang namanya geng single dan mereka yang masih mencari adakah perkahwinan yang bahagia selamanya itu wujud?  Thanks to one of my IG's follower, request la kan. Macamana kita nak tahu pasangan kita itu THE ONE? Sebabnya randomly, ramai aje la kan, bercinta bagai nak rak. Bila dah kawen end up bercerai tak sampai sebulan or bila dah ada anak. Or.. macam-macam la alasan. 


FIRST OF ALL, THIS IS MY OPINION OKAY. Tentang tajuk di atas. Kalau ada salah dan silap is my bad. Again, ini pendapat penulis okay? 


Berbalik tajuk di atas? 


THE ONE: WUJUDKAH DIA? 

Pertama dan utama, apabila sesuatu pasangan membuat keputusan untuk berkahwin, mereka juga ada konflik dan keraguan terhadap hubungan itu sendiri. Majoriti orang takut untuk komit? betul tak? Aihhh.. Kalau saya la kan masa suami yang pada masa tu, kawan atas talian baru pertama kali jumpa tetiba kata nak jumpa mak ayah. Teruja sangat uolls. Jenis saya pulak, if my parent setuju. Kita Go. Aahh~ gituu. Pahtu bila masuk fasa bertunang, tetiba la masa tu ada mamat confess dia suka saya la. Pahtu siap bersayang-sayang la. Till, my tunang was very pissed off. Masa tu saya rasa, 

 Weh, aku tak suka laki marah-marah aku tak tentu pasal, (padahal tau la kan salah sendiri?) 

 

Sampai rasa, betul ke aku nak kawen dengan orang ni? Kenal depan-depan pun tidak. Huh. Dalam hati ada jugak rasa macam nak pulangkan cincin semua. But, It's never happen. Kami telahpun berkahwin untuk 5 tahun dan tahun seterusnya in shaa Allah. 


Okay, belum terjawab lagi kan? How to know he's the one? Here the secret is.. 


  • Trust your gut . Percaya rasa hati anda.
Kalau aku rasa sayang sangat dekat dia? Tapi parent aku mati-mati denied segalanya dan cakap macam semuanyaa takkan indah. Dan kau masih berdegil nakkan si mangkuk ayun  Dan bila ko dah bercerai ko masih nak salahkan orang sekeliling sebab tak pujuk kau dengan lebih kuat lagi? 


Aiguu~ darlings, bila orang sekeliling kau cakap pasal lagi tu buruk, sekian begitu, sekian begini. Trust them. Mereka melihat apa yang kau tak nampak kerna cinta itu. One of randomly word yang saya ternampak di mana saya pun tak ingat, -if you want to know more about your pasangan, asked kawan-kawan dan orang sekelilingnya. They speak the truth, beb! After that, you make decision for you own. Tak ada siapa paksa kau kawen. Tapi ada saja kan, yang mak ayah satukan tapi sudahnya bakal suami kau tu malaun yang menipu saja sebab harta kedua orang tuamu. Ni macamana pulak sister? Err.. yang ni jika terdapat beberapa sebab yang wajib kau putuskan hubungan suci itu, maka blah la kau dari si malaun itu. Taguna sungguh~ Ni kira sudah masuk topik lain bah anik. Nanti kita bincangkan lain hari. Next-

  • Jangan lupa solat istikharah
Ini kan, wajib disuruh oleh setiap pasangan yang mahu menikah. 'kau buat istikharah, semoga Allah permudahkan semuanya.' Nah, jika perjalanan mu itu ke masjid yang ingin kau bina sangat sukar, jalan mana lagi yang mahu kau dustakan? Bagi saya la kan- pendapat saya begitu la. Berpayah dulu kau seorang, jika sudah kawen kau harap dia membantu, hakkkk tuihhh~ tapayah laa. Ucapkan saja selamat tinggal terlebih dahulu sebelum cerita kalian panjang lagi. Jika kau nampak- itu namanya rezeki alhandulillah. Jika tidak- itu namanya ujian buatmu. Semoga kau terus kuat. 

  • Doa bebanyak even you bukan alim sangat, yet still berharap untuk berubah ke arah yang lebih baik. 
This one, one of most important thing in many ways. Doa itu senjata mukmin. Apapun yang kau ingin lakukan ucapkan bismillah- dengan nama Allah. jika panjang sehingga habis, lagi bagus. Setiap orang itu, tiada yang ingin masuk neraka. Bagaimana permulaan mereka, pasti mahu kesudahan itu dengan bahagia. Begitu juga dengan namanya perkahwinan. Jika dulu, saya suka mengambil kata-kata hikmah,

Marriage like a battlefield. 


Namun ada yang menyangkal keindahan ayat ini kerana terlalu fokus dengan ayat -BATTLEFIELD- MEDAN PERANG. Uish sayangku dalam perkahwinan ini kan. Kau berperang dengan perasaanmu tiap hari. Sebagai wanita, berfikiran terlalu jauh dengan perkataan andai dan kalau itu terlalu banyak. Maksudnya, overthinkingmu itu bisa membunuhmu. Itu la perjuangan mu. Sama ada kau mahu lawan atau pun tidak. Apatah la jika kau duduk di rumah 24/7 dan sang suami keluar mencari nafkah. Nah, kau tahu kan maksudku? Selain daripada itu, perjuangan mu terhadap mertuamu, birasmu, iparmu, saudara maramu dan sekelilingnya. Masya Allah.  Perjuangan ini jauh lagi sehingga hujung nyawa. Suamimu itu, bayangan yang harus kau jaga. Jangan sampai hilang daripada jasadmu. Maksudnya- ianya sesuatu harus kau jaga dengan nyawamu. I learn my mistake. Once its goes, its never stop. Jadi di sini, adalah---- 


  • Komunikasi adalah kunci. 

The key that every malays couple forget. Ada yang jumpa kunci ni, tahniah! And I still try to fit this key to our masjid. Jauh lagi perjalanan kami, I felt so smol to talk about this relationship and it might turns out relation-shit to somebody. 

Kita juga perlu ambil pengajaran sekeliling, yang baik ambil jadi teladan, yang buruk jadikan sempadan. Pepatah orang tua penuh hikmah. Mungkin  takkan ada kita jika tanpa mereka. Somehow, memang mereka buat salah. Tapi mereka juga hidup sebelum kita. Learns everything before us. Learn with them, there is no harm. is it? 

Ada ja pasangan lejen, yang masih sweet sehingga hujung nyawa. Ia bukan setakat fairytales. Kita as young people, harus sedar cerita dongeng itu untuk memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan yang lebih baik tanpa menguris perasaan sesiapa. But, we only human. Sometimes we makes mistake. I'm sorry. 

  • It's need two tango
Last but not least, apapun... Setiap perhubungan ambil keperluan kedua pihak. Pandangan kedua pihak. Dua manusia - yang ingin mencipta istana bahagia milik mereka. Jika seorang bertindak, dan seorang lagi menabur janji. Susah la kemudian hari. One of my prinsip - never trust a man promise. Unless - He promise and make it true. 


Got it? Rasa-rasanya kan...  pernah dengar tak ayat - cari seorang lelaki yang betul-betul sayangkan kita? sebab dia akan jaga kita sepenuh hatinya walaupun masih ada khilaf, yet he is try his best to make it happen? Itu dari point of view perempuan. Untuk lelaki, mungkin perlukan another point of view lain. Sebabnya, bila laki dah buat baik.. perempuan tetiba macam hanat~ Eh.  Perempuan ni asyik rasa dia ja betul. Pahtu pahtu pahtu.... 

Untuk lelaki, another piece opinion of mine, kak macamana nak tahu perempuan tu baik? Again - repeat the cycle di atas. You know, kalau kau memang berniat nak jaga dia seperti mana yang kau nampak dia sebelum dia jadi milik kau, hati perempuan ni lembut. Cuma jangan banyak sangat jarum cucuk. Susah. Bila dah sakit, the dark side will appear dan - you know the ending. 
.

Kak, betul ke perhubungan ni susah sangat? Err.. again.. Hubungan dengan Allah SWT pun susah dik, sedangkan Dia la Maha Mencipta segalanya. Huhuhu 

Tiada benda senang datang bergolek. Semua atas usaha sendiri. Bila dah berkahwin, even mak ayah kau pun takkan nampak susah kau berdua nak bangun. Walaupun pada hakikatnya mereka pernah duduk di fasa tu. The glory always reminded. Yang pahit itu ditelan sehingga dasarnya. It's not easy yoo. 

Wujudkah The One- this is my side story. 

Pertama saya decided nak jumpa kawan online saya hampir 12 tahun, seram sejuk. Buatnya pulak, saya nih yang pegi ke JB sorang-sorang pulak tu. Sebab kawan last minit cancel plan. Tiket dah beli, apa lagi. Kita harus teruskan misi kita. Once dah sampai Larkin dia tanya. Di mana. I spend half and hour dalam surau, solat jama' dan pray semoga dia bukan seperti momok-momok online durjana itu. Kalau ya, apalagi kita pulang terus la. Janji pada diri. Bila dah nampak dia. - satu cahaya dan guts feel- he the one. Ahh~ gitu. Macam..  macam... seseorang yang kau selesa dengan. Turns out your husband. Dan bila orang sekeliling dia always puji sikap dan tingkahlaku dia itu bermakna kau yang bermasalah. 

Nahh gitu. conclusionnya. Jangan asyik nak tunding jari pada orang. Iman juga ada pasangan surutnya. Apatah lagi manusia. 


Jumpa jawapan? Baca sampai habis tak ni? Semoga semoga geng single tak rushing dalam mencari jodoh atau pasangan hidup. Memang keperluan sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk berpasangan tapi sekiranya hatimu khuatir terlalu banyak kemungkinan yang buruk bakal berlaku.  Buang la gundah mu. Yakin la, bahawa Allah sedang tunjukkan yang terbaik. Atau, kalau korang nak tahu satu rahsia dia lagi, korang akan berbuat apa saja untuk si dia. Tapi tidaklah membabi buta. Ya kan? 


Panjang pulak entry ni. Yet, the one is real - NO ONE CAN GIVE THE ACTUALLY ANWSER. 



Sabtu, Mei 28, 2022

Drama Chinese: The Blue Whisper Part One (2022)

 

Drama China: THE blue whisper
kredit: mydramalist


Tajuk: The Blue Whisper Part One 

Genre: Romance, Drama, Fantasy, 

Bil.Episod: 22

Channel: Youku 

Barisan Pelakon: Dilraba Dilmurat, Ren Jia Lun, Xiao Shun Yao, Fan Zhen, 

Sinopsis: Ji Yun He, a powerful and talented demon living in demon Valley. She loathes the deep dark scret that restrixta her from exploring the world at her leisure.


Changyi is a merman who appears in the Valley, courtesy of the cruel Princess Shunde. Her Royal Highness commands Yun He to make the merman speak human words, grow huma  legs, and be loyal. But there is a catch! Yun He must enlist the aid of Lin Hao Qing, her adopted brothee and sworn enemy. Keeping company the merman has Yun he becoming closer to him. In time, she will have to make the fateful choice between the demon's freedom and her very own. 


ADAPTASI DARI NOVEL - "Yu Jiao Ji" by Jiu Lu Fei Xiang. 




Jika sebelum ni kita tengok drama lakonan Yang Yang dalam : Who Rules the World


Kali ni kita tengok pulak drama lakonan Dilraba Dilmurat selepas mereka berdua berlakon sama dalam drama: You Are My Glory 


Drama bergenre fantasy ni kadang-kadang boleh dilayan la jugak tapi untuk drama kali ni mereka bahagi kepada dua bahagian, mungkin kerana tak nak para penonton khuatir dengan episode yang terlalu panjang. 


Berkisar kan tentang kekuasaan syaitan dan biasa la. Pada episode pertama boleh dilihat bahawa Ji Yun He ingin bebas akan tetapi dilarang oleh seseorang dan bermula hidupnya sebagai Spirit Trainer. Walaupun begitu, kehidupan Yun He seolah diikat dengan WanHua Valley dengan Frost Spell dan menyebabkan dirinya menjadi bahan ujikaji oleh ketua Wan Hua Valley. 

 

Mulanya ingat dia sorang je da Frost Spell tu, rupanya semua mereka di WanHua Valley itu memiliki Frost Spell dan digunakan untuk manipulasi mereka yang tidak akur dengan pihak atasan. Kesian. Tapi bila kena dengan Yun He ni, walaupun dengan Frost Spell pun masih tak dapat nak control sifat semulajadi dia yang suka nak explore tu. Selain daripada tu, Ketua Wanhua Valley tu jadikan Yun He batu loncatan untuk anaknya, Lin Hao Qing untuk tegas dan ruthless supaya layak menjadi ketua. Ikutkan Hao Qing ni sangat berlembut hati sangat lelebih lagi dalam hal Yun He, adik angkatnya. 


Bila Ketua WanHua Valley mati, baru Hao Qing tahu yang sebenarnya bapaknya buat Yun He sebagai eksperimen untuk pecahkan Frost Spell tu. Dan setakat beribu tahun lamanya, cuma Yun He saja yang selamat. 


Selesai kisah Yun He, pertemuan dengan seekor mer-man yang tanpa sengaja menjadi habuan Princess Shun De, dan mereka di WanHua Valley ditugaskan untuk menjinakkan mer-man tersebut. Ketua Valley mengambil kesempatan untuk mempertaruhkan Hao Qing dan Yun He akan tugasan itu demi habuan yang besar. Seperti biasa, Yun He memang terkenal dengan kelebihan pujuk rayu secara tak langsung berjaya pujuk mer-man untuk bersuara. Malangnya mer-man itu terlalu naif dan polos. Bagi Merfolk, cinta tetap satu. 


Akhirnya Yun He sendiri terperangkap dalam permainannya. Tiba hari penyerahan mer-man atau namanya Changyi kepada Princess Shun De Yun He cuba untuk melepaskan Changyi ke kampung halamannya walaupun Changyi telah kehilangan ekornya demi menyelamatkan Yhn He daripada terus didera oleh Ketua Wanhua Valley. 


Untuk bahagian pertama ini cuma persaingan antara Yun He dan Hao Qing dalam membuktikan siapa paling layak mengetuai Wanhua Valley dan perkenalan Yun He dan Changyi. 


Namun, di sebalik kucar-kacir yang dicetuskan oleh Princess Shun De, ada pihak lain yang mengambil kesempatan dan memang berniat untuk melihat kemusnahan dunia di antara empat daratan dan lautan. 


Yun He yang mengetahui hidupnya cuma bahan ujikaji di mana-mana hampir putus asa sehingga Changyi selamatkan dia demi untuk membalas dendam atas penipuan Yun He selama di Wanhua Valley tidak memberi reaksi apapun. Yun He pasrah, apapun kebebasan yang diimpikan takkan pernah dikecapi selamanya. 


-Bahagian dua dah ada, tapi tak ada sari kata. tak pahe deh..  Haha 


next~~ 







Rabu, Mei 25, 2022

Sempena Sukan Sea di Vietnam, kita cuba makanan Vietnam di Kuala Sungai Baru: Cafe in the Farm

 

Cafe in the Farm, Kuala Sungai Baru

Minggu lalu, mak ayah Aien datang dari Miri untuk berjumpa cucu mereka sebab tak pulang raya ritu. Meet point kami di Melaka.  Sementara di Melaka tu kan, kakak Aien ajak la kami cuba makanan Vietnam. Eh, mentang-mentang Sukan Sea di Vietnam kan. 

Aien ni cepat takjub dan kagum la kan. HaHa Dulu cafe ni tak ada masa belajar di KUIM yang kini dah jadi UNIMel. Konsep Cafe in The Farm  sangat menarik minat orang ramai untuk makan di situ sambil cuci mata melihat pokok bunga dan haiwan ternakan lain seperti ikan koi dan lain-lain. Maaf la datang waktu malam, memang nampak ikan je la kan. 

Menu yang dihidangkan juga antara menu Vietnam yang lebih kurang masakan Melayu kita dalam gaya Vietnam. 


Menu Cafe In the Farm, Kuala Sungai Baru

Yang penting Halal toyyiban kerana tuan empunya kedai ni melayu kahwin dengan perempuan Vietnam dari Hoi Chi Minh. Tak berapa nak sempat la nak amek gambar sekeliling bila semua kalut. Nak buat review yang lebih kepada pengalaman sendiri aje la kan. 

Dan kami order: 


Kopi Vietnam - (yang lebih sama macam kopi susu kubancuh di rumah) Haha 


Ayah Aien order Kopi O Vietnam. Style begini kan. Siap member snap gambar share dengan kawan kumpulan whatsapp. Ayahku serupa paparazzi pun ada. 

Teh Vietnam di Cafe in the farm

Teh Vietnam didatangkan dengan cerek comel. Rasa tehnya light daripada Green Tea. Sedap jugak. Tak pahit. 

Kueh Habak ketam

Yang ni dalam bahasa Vietnam dia Kueh Habak Vietnam perisa ketam. Atau dalam bahasa melayu kita, cucur udang gitu. Glad we tried it. Kena makan panas-panas cicah dengan sos homemade Vietnam ni yang rasanya seperti mustard cheesy blackpepper in the light way. Pahtu akak Aien pun cakap bahasa dia malam ni -LIGHT- atau -NIPIS- Haha 

Mee Pho Daging, Cafe in the Farm Kuala Sungai Baru

Tarraaa! The Hottest menu from vietnam yang orang nak cuba tapi ragu-ragu sebagai dia duduk dalam kategori makanan ringan. Sekali bawak mai jenuh jugak nak habiskan. Mee Pho Daging yang supnya rasa seperti sup taugeh dan daun bawang. Buat mereka yang tak gemar taugeh.. Usah la cuba. Haha gituu ek. AMARAN: Harus dimakan terus sebaik serve. 

Mee Pho Daging, Cafe In the Farm Kuala Sungai Baru

Didatangkan dengan limau nipis, cili padi jeruk  dan taugeh more. Haha Aien cuma letak limau nipis je. Pun dah sedap. 

MEE pho Daging, Cafe in the farm

Kejadian Mee Pho dia yang serupa bihun dalam versi tebal. Macam sengkuang pun ada. 


Kakak dan kawannya ambil set Itik masak merah dan set Ayam masak Vietnam. Macam blackpepper je deme kata. Tapi sedap. 


Menu husband, Set Daging Masak Merah 

Manakala anak-anak makan frech fries dan ciluk-ciluk la menu malong dan Opah dia. Nadhira kongsi dengan Ibu. Suka dia makan plain mee pho tu. 

Harga makan 6 dewasa 3 kanak-kanak lebih kurang RM13-15 sekepala. Muai kan? Sedap dalam rate 4/5. Alhamdulillah kenyang juga perut anak-anak dan semua. 

Usai makan kami ke Klebang pula. huish, jauh bebeno ler nak ke bando memalam hari ni. Pahtu mula mengamit memori,, dulu dari kolej naik bas ke Masjid Tanah. Tunggu situ, naik bas ke Melaka Tengah siap boleh berdengkur. Haha Pasang lagu di telinga. Nikmat zaman muda belia. Haha 


Okay next destination.. 



Selasa, Mei 24, 2022

Drama Korea: Chocolate (2019)

 

DRAMA KOREA: chocolate

Tajuk: Chocolate 

Genre: Heartwarming, Romance, Drama, Life

Bil. Episod: 16 / 1jam 2 minit

Barisan Pelakon: Ha Ji Won, Yoon Kye Sang, Jang Seung Jo, Min Ji Woong, Yoo Teo , etc. 

Sinopsis: Lee Kang - membesar di sebuah daerah pendalaman bersama ibunya sebelum ditemui oleh keluarga mendiang bapanya -pemilik Geosung Hospital. 

Moon Cha Young - Dari muda dieksplotasi oleh ibu sendiri untuk pendapatan lebih. Yang kemudian ditinggalkan di sebuah pasaraya sebelum satu tragedi berlaku meninggalkan kesan hebat dalam hidup Cha Young. 

Penceritaan melalui makanan dan mengimbau masa lalu antara doktor dan chef ini bertemu semula tanpa sengaja ketika bekerja di sebuah hospice ward. 


Heartwarming drama yang mungkin korang perlu tengok hasil lakonan Ha Ji Won dan Yoo Kye Sang. Semenjak drama Secret Garden dahulu Aien tak pernah tengok drama lakonan Ha Ji Won lagi sebab tak berapa berkenan dengan watak kaku dia. Actually memang perwatakan dia begitu atau bagaimana. Tapi memang tak berkenan. Haha 

Namun, bezanya kali ni. Heartbreaking ketika menonton cerita chocolate ni. Bila dah sebut begini tajuk drama semestinya berkisarkan tentang makanan dan paling best termasuk kedoktoran. Aien ni jarang nak tengok drama bergenra hospital ni cause tak minat. Pasai pa? Geli dan takut. Nanti mula nak over thinking. 


Sinopsis Drama Chocolate 

Berkisarkan antara Lee Kang dan Moon Cha Young yang dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pesakit psikitrias (susah naw ler nak eja)  akibat daripada kemalangan yang dilaluinya ketika berusia 12 tahun serta pengalaman lampau kesan dari ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Manakala Lee Kang pulak, dipanggil pulang ke keluarga mendiang bapanya yang memiliki hospital sendiri namun bila maknya mati, jasadnya dibakar tanpa kuburan. Membuatkan Lee Kang terpaksa survive seorang diri. 

Sedih dan pilu ketika menonton drama ni. Once mengingatkan diri sendiri. Hargai orang di sekeliling kita. Ada sesetengah watak dalam drama ni macam tak perlu pun tak apa. Sebagai perencah tambahan saja seperti mak cik Lee Kang yang banyak sangat dialog tu. Kalau dia tak wujud pun macam tak apa. 

Tak tau jugak nak mula daripada mana nak cerita. Hati ni masih terasa pedih betul dan mata pun bengkak jugak la tengok. One of the reason untuk menangis dengan masalah sendiri. Sebenarnya terjumpa drama ni di Netflix tanpa sengaja. Jadinya, macam best pasal makanan. Terus melekat. 

Apabila Cha Young teringat bahawa Dr. Lee Kang adalah budak lelaki yang dia jumpa dahulunya, tak pasal-pasal kena warning tak nak bercinta. Haha Jadi, termati niat kawan tu nak bersapa dengan Lee Kang. Lantas Cha Young bawak diri ke Greece dan menjadi tukang masak di sana. Penambah masalah dalam drama ni, adik si Cha Young iaitu Tae Hyun yang perasan kaya tu padahal dia hidup bergantung dengan kakak dia selepas dia juga ditinggalkan oleh ibu mereka. Heh, dasar mak apaan begitu ya. 

Ada juga beberapa kisah yang pasal mak tinggalkan anak: 

1. Mak si Cha Young dan Tae Hyun tinggalkan mereka kerana duit. 
2. Pesakit di Hospice Ward - mak dia tinggalkan dia kerana dia sakit. Pahtu bila dah kahwin baru, dia pulak jadi mangsa pukul suami taguna. 
3. Juga pesakit di Hospice Ward - Dia jual anak dia yang sakit untuk duit. Bila anak dia kembali ke Korea dan menetap di Hospice Ward, sibuk mengendeng duit mak anak dia untuk kepentingan sendiri. 

Sakit juga hati bete bila menaip ni semula. Semua perlu potray mak mata duitan? Sanggup tinggalkan darah daging sendiri kerana kepentingan diri. Sedih! terkilan pun ada. 

Seawal episod dua Cha Young dah tahu yang Lee Kang adalah crush dia dahulu. Padahal Lee Kang tu cuba nak buang Cha Young jauh-jauh sebab dia rasa perempuan tu bala. Sikap pemurah dan suka membantu Cha Young banyak menimbulkan masalah bagi Lee Kang apatah lagi Cha Young meninggalkan kawan baiknya, Min Kyeong tergapai dalam cinta. 

Macam tak faham la sendiri reviu. Aien try nak cerita balik la. Bukan nak review sangat pun cuma nak cakap Drama ni worth to watch lagi-lagi buat peminat doktor. Kalau Aien, minat tengok Cha Young masak. Semua masakan dia, membawa memori pada pesakit di Hospice Ward. Bermula dengan Min Kyeong yang terkenang pada dimsum stew Cha Young sebagai permintaan terakhirnya. Sedih giler lepas dia dah dapat dimsum stew tu, He's gone. 

Sejak dari itu, Cha Young membantu tukang masak di situ, Ms. Han yang juga pesakit Alzheimer untuk memasak. 

Pahtu belajar benda baru - HOSPICE WARD 


apa itu hospice ward

Pahtu mula la cari di other side of world bila dah sakit macamana kehidupan selepas didiagnosis tiada harapan. Sebab biasa drama melayu tu an tak de harapan nak pulih. duduk rumah aje la lepas tu back up daripada pihak hospital sahaja. Mungkin kadar bayaran untuk hospice ward di Malaysia agak tinggi. Kos perubatan pun boleh tahan juga. Nanti kita sambung baca lagi. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit kronik ni. 

Berbalik dengan cerita Lee Kang dan Cha Young, rupanya dalam kemalangan runtuhan tu, mak Lee Kang bersama dengan Cha Young yang pada masa tu, dia dalam urusan nak belikan Lee Kang chocolate. Sejak daripada itu, Lee Kang anti-chocolate. Once dia tahu, mak dia yang selamatkan Cha Young. Dia kembali dengan chocolate dia, untuk cipta memori yang lebih baik dengam Cha Young. 

Sedihnya lagi dalam cerita ni adalah perebutan jawatan CEO Geosun Hospital oleh mak saudara Lee Kang dengan melaga-lagakan anaknya Lee Jun dengan Lee Kang. Eh geram pulak aku dengan mak cik ni. Sudahnya kedua mereka tak nak jawatan CEO tu. 

Dan Lee Kang dapat kekalkan Hospice Ward yang cuba dibubarkan oleh mak Lee Jun dengan syarat sebagai pertukaran jika mak cik tu nak jawatan CEO tu tadi. BAGUS! 

Actually bagi Aien, drama korea chocolate ni lebih kepada penceritaan tentang apa yang terjadi pada mereka yang menghidap penyakit kronik dan bagaimana kehidupan mereka selepas dibuang keluarga kerana penyakit mereka. Bagaimana para doktor dan jururawat di pusat jagaan berkenaan menangani emosi mereka apabila seorang demi seorang meninggalkan mereka. What is good is, keep a picture of memories. Supaya kita tak lupa mereka yang telah tiada. ❤️


"Life like a box of chocolate." 


Glad I found this drama. 🌸

Isnin, Mei 23, 2022

Chinese Drama: Our Secret (2021)

 

Cerita cina, our secret

Tajuk: Our Secret, Secrets at the Lattice 

Genre: School, Youth, Romance, Comedy 

Bil. episod: 24

Barisan pelakon: Cheng Zhu Yuan, Rainbow Xu, Wang Ze Xuan, Wang Yi Lan, Fan Zhi Xin, Liu Xhi Wei 

Sinopsis: Daripada zaman belajar sehinga ke alam universiti, kisah percintaan antara Zhou Shi Yue dan Ding Xian kekal buat selamanya. Digelar Campus God, Shi Yue sangat bijak dalam pembelajarannya mana Ding Xian digelar Cinderella Girl sangat kuat pendirian dan adorable. Walaupun pada mulanya kelihatan Shi Yue cuba mengelakkan diri daripada Ding Xian, tapi jika jodoh sudah ditakdirkan mereka tetap akan bersama. Cerita ini diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama oleh Er Dong Tu Zi. 




Pertemuan pertama mereka sangat memalukan apabila Ding Xian dipaksa ibunya untuk berkenalan dengan keluarga Zhou ketika mereka baru saja berpindah ke daerah itu. Atas alasan mereka terhutang budi dengan keluarga Zhou kerana memperkenalkan ayah Ding Xian ke tempat kerja baru iaitu sekolah baru Ding Xian. 


Opening drama ni serius menyakitkan hati dapat mak yang control everything. Kind of annoying juga apatah lagi kita sebagai anak tetiba dengar orang kutuk mak kita. Jahat-jahat pun dia tetap mak kita. Kita gaduh dengan dia tak apa. Huhu


Bila di sekolah tak sangka Ding Xian menjadi rakan semeja dengan Zhou Shi Yue dan ini sangat tidak menyenangkan hati Ding Xian apatah lagi Shi Yue kelihatan dingin dengannya. Pada mulanya Ding Xian sangat struggle nak serasi dengan sekolah barunya. Dalam senyap, terima kasih kepada Shi Yue yang banyak membantu Ding Xian atas permintaan En. Ding. 


Beberapa episode pertama boleh lihat betapa susahnya Ding Xian untuk adap di tempat baru, kawan baru dan suasana baru. Apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan "Tunangan kecil" nya Shi Yue tu. 


Apabila Ding Xian mengetahui yang hakikatnya Shi Yue itu merupakan pelajar harapan sekolah dalam mata pelajaran math, dia cuba untuk belajar menjadi lebih baik agar keputusannya tidak memalukan ibunya. Secara tidak sedar, Ding Xian dan Shi Yue menjadi rapat dan cinta pun berputik. Easy simple zaman sekolah yang sangat sweet.. 


Tiba saat pemilihan universiti, Ding Xian membuat keputusan untuk mengambil jurusan sains komputer untuk kekal bersama dengan Shi Yue walaupun pada hakikatnya Ding Xian sangat berbakat dalam bidang seni. Ding Xian cuba buktikan pada ibunya yang dia boleh dapat keputusan yang melayakkan dirinya ke universiti pilihan bersama dengan Shi Yue. 


Namun, apabila keputusan keluar. Ding Xian cukup-cukup makan dan tidak berpuas hati dengan keputusannya lalu memgambil langkah untuk menduduki peperiksaan kelayakan  universiti sekali lagi. Ketika itu juga, Shi Yue diuji dengan keadaan bapanya jatuh sakit dan mula belajar melepaskan Ding Xian agar tidak membebankan gadis tersebut. 


Setahun kemudian, Ding Xian berjaya memasuki universiti dan jurusan sama seperti Shi Yue tapi sikap Shi Yue sedikit sebanyak menguris perasaannya. Ding Xian cuba berlagak biasa, kerana dia percaya Shi Yue sentiasa ada untuknya. Dalam pada masa yang sama, Ding Xian cuba buktikan pada Shi Yue untuk bersamanya di bawah kumpulan seliaan seorang professor hebat universiti. Namun, usaha Ding Xian itu tidak menyenangkan Professor kerana baginya Ding Xian cuma halangan buat Shi Yue. 


Akhirnya Ding Xian mengalah dan mula fokus terhadap bidang seni dan menghasil sebuah karya di bawah sebuah syarikat terbitan. Malangnya, syarikat terbitan itu menipunya. Dan yang membantu Ding Xian menyelesaikan masalah itu adalag senior satu kampungnya, Su Bo Cong. Ketika ini momentum drama naik sedikit. Rupa-rupanya Su Bo Cong telah lama menyimpan perasaan suka pada Ding Xian dan mula menjadi pesaing rapat dengan Shi Yue. Menyedari dia bakal kehilangan Ding Xian, Shi Yue cuba rebut nasib. 


Dan kesudahannya, jika sudah jodoh tak kemana.   Ahhh~ gituu.. simple je drama ni. Padan la peminat cerita cina kata drama childhood sweetheart. Cute.. 


Over all, okay je tengok. Tak ade la plastik sangat lakonan mereka ni walaupun baru kali pertama tengok dorang berlakon. Huish.. banyak sangat pelakon baru chinese drama ni. tiap drama je pelakon lain. jenuh heh..  

apa yang penting favorite guwe drama semalam. okay bai. 


Sabtu, Mei 21, 2022

Chinese Drama: Who rule the World? (2022)

Who rules the world: Cerita cina

Tajuk: Who Rules the World; Who gets the World 

Genre: Wuxia, Romance, Fantasi

Bil. Episod: 40 episod / 48 minit per 

Barisan pelakon: Yang Yang , Zhao LuSi, Xuan Lu, Carmen Lee, Haowei Zhang, Zhang Fengyi, Leon Lai

Sinopsis: Hei Feng Xi kacak dan anggun manakala Bai FengXi angkuh dan tidak terkawal. Perbezaan personaliti anatara keduanya tiada tandingan dalam kemahiran dan kebijaksanaan. Terperangkap dalam peperangan dan kekacauan seni mempertahankan diri dan dunia politik, bunga-bunga cinta mekar di tengah-tengah darah yang telah dikorbankan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dalam mereka cuba menyembunyikan identiti mereka, keduanya sentiasa perlu tiga langkah ke hadapan apabila berdepan dengan pelbagai pergolakan politik pengkhianatan, pergaduhan dan pertempuran untuk takhta empayar. Akhirnya Bai-Hei Feng Xi berganding bahu, mencari keadilan dan cuba menenangkan ketidakpastian yang semakin meningkat disebabkan niat jahat yang tidak kelihatan. Tapi adakah cinta mereka akan membawa keamanan pada suasana sedang huru-hara dan siapakah yang bakal memerintah dunia yang direbutkan itu? 

!!SPOILER ALERT!!

Baca juga drama lakonan Yang Yang: You Are My Glory  


Ergh, drama yang kutunggu akhirnya muncul jua bersama pelakon kegemaran guweee.. Walaupun 40 episode itu pun rasa macam tak cukup. Tak pernah la kan teruja tengok drama ni. Setelah sekian lama pencen tengok drama cina, Aien kembali menonton drama dari mata sepet ni dengan pelakon favorite. Yeay! 


Baca juga drama lakonan Zhao Lu Si: Please feel ease, Mr Ling


Drama ber-genre wuxia hasil adaptasi daripada novel bertajuk "Qie Shi Tian Xia" nukilan Qing Ling Yue yang mendapat sambutan ramai dalam laman sesawang novel atas talian. Dan kini diluahkan melalui versi drama, banyak jugak spoiler yang dinantikan oleh peminat drama cina terutamanya. 

Mengisahkan tentang perebutan takhta dan empayar antara negeri-negeri yang ada ketika itu. Berdasarkan sinopsis banyak fokus pada pembangunan hubungan Hei Feng Xi dan Bai Feng Xi dalam menguruskan kedua identiti mereka serta bersatu dalam menenangkan dunia yang huru hara kerana sikap tamak seseorang. 


Watak-watak utama: 


Hei Feng Xi - Black Fox mengetuai Fountain Abode sebuah kumpulan pencari maklumat secara sembunyi dan juga seorang putera kedua raja bagi kerajaan YongZhou. Antara yang digeruni dalam 4 pemuda berwibawa dengan dua identiti berbeza. Baik dengan identiti Hei Feng Xi mahupun sebagai gelaran Putera Feng Lan Xi. 


Bai Feng Xi - Gadis daripada Tianshua Sect dari alam pertahankan diri yang sangat nakal dan bermegah. Berbesar diri dengan kejayaan yang dikecapinya. Bahkan dikatakan satu-satu gadis yang bijak dan tidak takut dengan apa jua cabaran dihadapinya. 


Huang Chao - Putera daripada negeri Jinzhou. Bercita-cita besar untuk menjadi emperor dan meminta bantuan satu-satu "The Finest Gentleman" sebagai penasihatnya. Sanggup berbuat apa saja asalkan cita-cita tercapai. 


Yu WuYuan - dengan gelaran "The Finest Gentleman" beliau sangat bijaksana baik dalam bidang politik mahupun diplomasi antara rakyat. Kelihatan luaran sangat baik, lemah lembut sesuai dengan gelarannya. Hakikatnya dia la pemegang watak antagonis dalam drama ni. 


Feng Qiwu - Satu-satu menteri perempuan dalam kerajaan YomgZhou daripada keluarga ternama "Feng". Sangat setia dan berdedikasi yang pada mulanya menaruh harapan untuk menjadi gundik kepada Putera kedua Feng Lan Xi. 


Dan banyak lagi watak-watak lain yang tak mampu nak di senaraikan satu per satu watak mereka. Yang penting review cerita ni, Aien nak bagi spoiler sebab ikutkan yang VIP kat WeTV je dah habis tengok. Haha 


Teaser dia memang gempak betul. Masing-masing takut kot-kot tak ada happy ending. But hey... drama cina mana ek yang tak happy ending? Rasanya satu je Aien dah tonton yang sad ending. Aiguu, tu pun rasa nak repeat lagi. 


Baca drama cina sad ending: Goodbye My Princess


Mula drama ni, pun dah boleh agak yang Hei Feng Xi suka pada Bai  Feng Xi sebab di mana ada Bai Feng Xi, pasti di situ ada Hei Feng Xi. Mereka berdua ibarat buku dan ruas atau pahat dan penukul. Saling berkerjasama antara satu dengan yang lain. 


Masalah bermula dengan Fake Empreyen Token yang dicipta oleh seseorang tanpa ketahuan identitinya tapi niatnya pasti untuk menghuru haranya antara keenam negeri yang wujud. Hei Feng Xi menyiasat di sebalik Empreyen Token yang palsu dan beracun tapi tetap berjumpa jalan buntu. 


Di dalam puak pertahankan diri mengejar Empreyen Token yang palsu, satu demi satu keluarga yang mempunyai kepakaran dalam keluarga dibunuh tanpa ditinggalkan waris. Di antaranya Keluarga Han yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Kluarga antonomi. Keluarga pakar perisai yang dibunuh dengan kejam oleh satu puak yang bernama Soultaker Sect. Dan mereka memiliki satu seni pertahankan diri daripada keluarga Yu yang disangka telah mati semua keturunan.


Bai-Hei Feng Xi masih tak boleh sangka yang Yu Wuyuan tu peneraju tunggal keluarga Yu. Tapi dorang boleh baca dan predict orang yang jahat ni memang tengah merancang sesuatu yang boleh menghancurkan seluruh dunia. 

 

Umm.. nak cerita panjang pun patutnya semalam review ni ditulis. Sudahnya macam kena tengok balik dan jika korang peminat Yang Yang mesti tak boring laa. Plot drama ni ringkas tapi masih tersusun cantik. 


Ketika Ketua Tianshu Sect dan beberapa ketua kumpulan seni pertahanan diri yang lain terperangkap di Gunung Yu untuk cuba nasib menguasai ilmu Sacred Jade Moon miliki Elder  Taiyin seorang master yang digeruni dalam dunia seni pertahanan diri. Kerana Bai Feng Xi risau akan ketuanya, ketika di kaki pergunungan dia terserempak dengan Huang Chou yang ingin mencuba nasib untuk ilmu tersebut. Yu WuYuan seperti biasa, ada agenda di sebalik kebaikannya. 


Niat jahatnya dapat dibaca oleh Old Tianjin dan perangkap Yu Wuyuan di tempat sesat. Bai Feng Xi yang hampir mati tapi dapat di selamatkan oleh oleh Hei Feng Xi. Kat sini pun boleh agak yang Hei Feng Xi ni suka dengan Bai Feng Xi. Ingatkan dia tahu identiti sebenar Bai Feng Xi sebagai childhood sweetheart dia dulu. 


Sudahnya kedua Bai - Hei Feng Xi yang dapat kuasa ilmu Sacred Jade Moon tu. Tamat sudah ilmu tu, Elder Taiyin bagi mereka berdua dua barang yang berbeza sebagai hadiah buat mereka. 


Bila Yu Wuyuan tak dapat ilmu ni dia marah dengan Bai-Hei Feng Xi ganggu rancangan dia. Jadi dia cuba sabotaj Hei Feng Xi dengan identiti sebenarnya, Feng Lan Xi. Sibuk pergunakan adik orang tu, sebab Feng Jun memang sibuk nak naik takhta tapi tak cukup kewibawaannya untuk Raja Yongzhou lantik dia sebagai pewaris. Di sini bermula pengkhianatan antara dua beradik. Padahal Feng Lan Xi tak pernah berangan nak naik takhta. Dia cuma nak buktikan siapa pembunuh bondanya saja pada Raja Yongzhou.


Bila Raja Yongzhou tahu Putera Kedua Feng Lan Xi adalah Hei Feng Xi, baginda sangat murka dan bimbang anakanda nya itu bakal merampas takhtanya. Padahal Putera ketiga serta Permaisurinya yang sentiasa mencuri peluang mengenakan Putera Sulong Feng Chang dan Feng Lan Xi agar kredibiliti mereka tidak kelihatan di mata baginda Raja Yongzhou. 


Putera kedua Feng Lan Xi daripada dapat darjat tinggi diturunkan semula kerana Raja Yongzhou murka dengan perbuatannya. Serta dibuang segala tenaga dalam dan Feng Lan Xi langsung tak boleh praktik seni pertahankan diri. Sedih giler masa ni. But, it's okay. Feng Lan Xi bukan berjaya dengan bergantung harap dengan identiti sebagai Hei Feng Xi. Ternyata dia memang sangat bijak dan peka dengan sekeliling. Kalau tak masakan dia berjaya dalam senyap, ye dak? 


Bai Feng Xi tak pernah tinggalkan Feng Lan Xi ketika jatuhnya. Kekal di sisi lelaki itu dan menjaga Lan Xi seperti mana Black Fox menjaganya selalu. Alaaallaaaa sweet naw~ Satu persatu mereka cuba nak kaji dan selongkarkan siapa di sebalik dalang yang cuba mencetuskan perang antara dunia ini.  



Satu per satu mula terbongkar dan paling ketara sekali apabila ketua Tianshu Sect ditemui mati dibunuh dan orang terakhir yang ditemui beliau adalah Bai Feng Xi. Tak pasal-pasal dia kena fitnah. Tak memasal jugak dia ditikam oleh adik segurunya. Teruk la Yu Wuyuan ni. Sinis je watak dia.


Sangat berpuas hati akhirnya dia mati di tangan kedua Bai Hei Feng Xi dan mengakui bahawa dia tidak dapat menjangka mereka berdua ini. Sentiasa boleh selamat walau apa jua aturan dibentangkan kepada mereka. 


Dan rupa-rupanya Yu Wuyuan cuba nak naik takhta atad membalas dendam Emperor pertama dahulu yang memungkiri janji pada moyangnya. Iaitu bersama memartabatkan keluarga Yu sebagai Keluarga diraja. Bahkan sebaik saja Maharaja pertama itu naik takhta, perkara pertama dilakukannya ada menghapus semua jejak keluarga Yu walaupun bayi yang baru berusia sebulan itu. Nasibnya bertuah kerana diselamatkan oleh orang gaji.


Kesian kan? Bab kuasa ni memang susah nak elak sikap tamak tu. Lagi-lagi semua sanggup berbunuhan demi sebuah kerusi dan tanggungjawab. Hairan kan? Kiranya dahulunya keluarga Yu ni penasihat kemakmuran antara 6 raja yang cuba menyatukan 6 buah negara tu laa. Begituu... 


Cer agak, siapa yang menjadi emperor selepas itu? Hehe yang bestnya cerita ni ada di pelabagi platform atas talian baik Netflix mahupun WeTV. Tapi WeTV la paling laju. Netflix masih sangkut satu minggu punya episode lagi. Walaupun dah habis tengok di WeTV, ayuh kita repeat di Netflix pulak. 


Cerita cina ni Aien promise dia tak boring walaupun episode berderet. Hehe 

Isnin, Mei 16, 2022

Raya Camp with Deer Creek di Nurjannah Camp & Eco-Resort, Pekan Nanas

 


Pheww~ ingatkan beraya di rumah orang penat, rupanya beraya di hutan pun penat. Bertambah penat bila anak-anak dalam mood yang tak berapa nak memberi kerjasama, but end up pada hari terakhir, masing-masing tak nak balik pulak sebab dah jumpa kawan. Alhamdulillah, usai tamat program, dorang tido awal dan memberi peluang untuk ibu update blog yang lama jugak bersawang ni. 

[disclaimer: update lu, nanti campak gambar. line takkuat]


APA ITU DEER CREEK? 

Untuk pertama kali Aien dengar jenama ni, padahal buat mereka yang memang kaki camper ni Deer Creek merupakan jenama barang-barang untuk aktiviti outdoor yang lasak terutamanya baik dari segi khemah, sleeping bag, aksessori hiking serta macam-macam lagi la. 

Dengan tagline - barang mahal yang mampu milik, Deer Creek telah bertahan dalam industri selama 55 tahun dan akan terus maju dalam masa akan datang. 

Jika di Malaysia ni, Deer Creek Outpost ada cawangan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah. Selain daripada itu, produk DEER CREEK ini mudah didapati di AEON, LoTUS, SoGo dan Aeon Big. Untuk di Johor punya, sempat bertemu dengan pemiliknya, Kak Nora serta suami (idok sempat guwe tanya namanya) untuk cawangan Kipmart, Tampoi dan Tebrau. 

Berbalik to our story Raya Camp ni tadi, bertempat di Nurjannah Camp & Eco-Resort berlokasi di Pekan Nanas, Pontian Johor. Dekat amat ni dengan kampung suami. Apa lagi, amek ler kesempatan ke mari. Kalau bukan dek anjuran ni, mana maunya datang. Sebab boleh dikatakan Nurjannah Camp terpencil sikit dari Pekan tu. Dan bermacam aktiviti boleh dilakukan di sini.  Next time kita update cerita pasal tempat ni pulak. 


Program anjuran Deer Creek dari Kuala Lumpur ini sangat mengalu-alukan semua pemilik khemah jenama DEER CREEK dari seluruh Malaysia untuk menyertainya. Bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2022 seramai 10 buah keluarga yang ambil bahagian. Family Camp Johor (FCJ) first admin pun turun padang. Apa lagi, husband dia punya teruja dia lain macam. Lagi-lagi taiko park khemah sebelah dia. Zap zap zap dah pacak. Husband terkial-kial lagi. Haha Maap ler. newbie be like. Husband lak pasang sorang. Iklan anak lagi banyak dari pemasangan khemah tu. 

Selain daripada itu, berjumpa kita dengan kenalan baru daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada seorang cikgu sekolah membawa pelajarnya dari Kelab Pengakap kalau tak silap dalam 6-7 orang begitu. Team kekacang mereka gelarkan diri mereka. Adeh, tetiba rindu zaman muda belia pulak. Mengamit memori gitu tengok anak muda kan. 

Seawal jam 10 pagi ada keluarga yang dah datang daripada Pasir Gudang, Johor. Kami merupakan keluarga kedua. Seterusnya En. Qudin daripada FCJ sampai. Setelah azan zohor berkumandang, kaum lelaki bergegas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Nanas. 



Setelah itu, aktiviti bebas sehingga jam 4.30 petang, sesi menganyam ketupat diadakan. Ini betul raya mengejut. Malam nak buat potluck Open House, petang baru nak anyam. Aish, mana mungkin ni. Masak pun gunalah pressure cooker. Alhamdulillah jam 8.30 malam dah boleh bedal ketupat dan lemang mengejut ni. Alhamdulillah sedap belaka menunya. 

Anak-anak kecil siap dapat duit raya lagi uolls. Allah, semoga Allah murahkan rezeki akak dan abang semua. Serba serbi tak lokek. Program begini la buat kita sedar bahawa apapun kita dapat harus bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan, kemudian pasti Allah akan tambahkan lagi. In Shaa Allah. 


Bukan setakat duit raya, potluck open house. Ada juga mercun dan bunga api untuk anak-anak. Hee, mana tak teruja uolls. Nayla dan Najmi dalam fasa tak sehat sejak dari hari raya pertama tibai main mercun, bunga api dan etc dengan pak cik dan mak cik dorang. Hee, serik la deme. 

Alhamdulillah, malam pertama program berjalan dengan lancar dan paling tak tahan kepanasan haba siang sampai ke malam habis satu power source dikerjakan. Berkhemah ni laut, satu pun payah gak nak habis. Berkhemah di sungai boleh tahan dua biji power source. Nasib la boleh re-charged. Itu pun tak cukup. Aigu aiguu~ mungkin sebab monsun masa kami pergi kurang sesuai agaknya sebab baca komen lain kata di situ agak sejuk sikit. 


Hari kedua aktiviti bebas di siang hari. Dan BBQ di malam hari. Wahh, ada bakar-bakar lagi. Memang mantap geng Deer Creek ni la. Kami pun jadi segan lahai, sebab anak kecik asyik merap je. Tak ada la membantu sangat akak-akak geng ketupat tu. Dorang memang terbaik habis! 

Bila dah aktiviti bebas di pagi hari tu kan, kami anak beranak pergi la mandi di kolam. Uishhh, rugi tak bawak pelampung. Tapi tu pun si Nayla syiok sangat mandi tak ingat nak balik. Pulang dari mandi, masak untuk makan tengahari dengan menu nasi putih lauk ikan mackerel serta telur mata, licin. Tak tinggal jejak. Alhamdulillah kekenyangan. Masing-masing lena sampai petang. Haha bahagia ati mak ko nak. 

Malam pula, dah kenyang makan bakar-bakar. jam 10 malam dah masuk khemah. Aik.. sebab mood dorang di hari kedua ni dah baik sikit berbanding semalam. Alhandulillah senang sangat diuruskan. Sambil-sambil tu pihak penganjur selit-selit untuk pertandingan khemah tercantik antara 10 keluarga ni. Aish, khemah kami yang tak ada apa tu pun dapat sagu hati. Syioknya hati.. Macam-macam rezeki dapat dari program ni. Korang nak tahu, kena la turun sama dengan syarat ada khemah Deer Creek. Pasti boleh join. 

Di hari penutupan, ucapan daripada pihak penganjur serta pemberian hadiah dan juga sleeping bag bagi 10 orang yang mendaftar awal.  Selesai semua, sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Dapat la t-shirt kenangan. Jauh di sudut hati, memang tak rugi husband join ni. Banyak kawan baru dia. Ibu ni masih merap ngan anak-anak lagi. Kalau jumpa depan pun, aktif sangat bercakap sampai orang tak tahu nak cakap apa. Maap la yer..  

Kami siap berkemas dan husband siap bukak semua dalam jam 12 lebih. Mau pukul 1 jugak tak. Dalam perjalanan ke rumah mentua hari pun hujan. Alhamdulilah. 


Tamat sudah raya camp kami. Next camping dengan team Deer Creek katanya ke Kuantan Pahang.  Hati kata nak pergi, kita tengok tarikh dan fulusnya dulu. Hahaha 


Next trip husband kata nak pergi Segamat. Tengah tunggu permit je lagi. Hehe kalau jadi in shaa Allah ada update. 

Kita up dulu. nanti gmbr naik kemudian. Thank you for reading~ 



Selasa, Mei 10, 2022

DRAMA SERIES: The Rain review all season

 


Tajuk: The Rain 

Genre: Survival, Suspense, Family

Episod: 12 episode per season (3 season)

Pelakon: Lucas Lynggaard Tønnessen, Alba August, Lucas Løkken, Clara Rosager, Mikkel Følsgaard

Sinopsis: The world as we know it has come to an end, due to a rain-carried virus that wiped out nearly everybody in Scandinavia. Six years after that event, two Danish siblings emerge from the saftey of the bunker where they have been staying. After discovering all remnantia of civilization gone they join a group fellow young survivors and together they head out in a danger-filled quest throughout the abandoned land in search of signs of life. The survivors think they have been set free from societal rules of the past, but they quickly find that even in a post-apocalyptic world there is pove,jealousy and other coming-of-age dilemmas that young people have always faced. 



Drama survival yang best jugak ditengok dan menimbulkan kerisauan apabila melihat hujan turun. Haha 

Hujan yang dicipta oleh para saintis kononnya untuk mendapat hidup abadi rupanya membunuh jutaan penduduk dunia. Mereka yang tahu sudah bersedia dengan segala kemungkinan buruk berlaku, namun malang sekali bagi yang tidak mengetahui. Hujan asid yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata saja. 

Hampir 10 tahun terperap dalam bunker - safety house setelah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka - ibu mati akibat cuba menyelamatkan mereka berdua dari keluar dari bunker. Manakala si ayah merupakan antara saintis yang mencipta hujan itu. Apabila mereka keluar, dunia telah sepi dan manusia yang terselamat cuba berebut untuk hidup dalam keadaan takut apabila hari hujan. 


Siri pertama The Rain 

- lebih kepada bagaimana mereka dua beradik cuba untuk adaptasi bergaul dengan orang lain dan memahami keadaan sekeliling yang berlaku. 

- berjumpa dengan sekumpulan remaja yang cuba mencari makanan dan terus kekal selamat daripada terkena hujan. 

- malangnya mereka bertemu dengan pihak berkuasa yang cuba untuk mencari anti-dot akibat daripada terkena hujan itu, dan percaya atau tidak, anti-dot ada pada si adik yang cuba diselamatkan oleh si ayah beberapa tahun dahulu. 

- berakhirnya siri satu, si adik cuba merelakan diri menjadi bahan ujikaji untuk kekal selamat. Padahal virus yang diserap masuk kepada hujan itu telah bermutasi dalam tubuh  Rasmus. 


Season 2


Rasmus dan Simone serta ahli kumpulan cuba untuk melarikan diri daripada pihak saintis apabila dapat tahu mereka cuba membunuh Rasmus demi mendapatkan anti-dot dalam badan Rasmus. Demi menyelamatkan adiknya, Simone sanggup berbuat apa sahaja. 

Virus dalam badan Rasmus juga membunuh siapa saja yang mendekati Rasmus dan berniat untuk mengeluarkan mereka. Kira macam virus tu dah sebati dengan badan Rasmus. 

Ayah mereka mati ditembak akibat membantu dua beradik serta ahli kumpulan mereka lari daripada pusat tawanan. Rasmus dan Simone berjumpa dengan satu pasukan saintis yang cuba mencari anti-dot yang sebenarnya. 

Hujan ni sangat berbahaya sampai sesiapa yang terkena pasti mati jika virus tidak serasi dengan badan mereka. Apatah lagi bila segala tumbuhan yang terkena, akan menjadi padang jarak padang terkukur. 

 
Konflik season kedua ni, mereka ingat mereka sudah terselamat daripada saintis yang inginkan hidup abadi dengan virus tu, rupanya tak. Sehingga Rasmus dan kumpulannya berjumpa dengan saintis lain seperti yang disarankan oleh ayah mereka sebelum mati. 

Berjumpa dengan saintis lain, hasilnya tetap sama. Virus itu akan bertindak membunuh sesiapa saja yang cuba mengeluarkan mereka daripada Rasmus.  Adik salah seorang daripada saintis yang terbunuh sama, Sarah melihat bagaimana Rasmus membunuh cuba membalas dendam dalam erti kata lain membunuh dirinya sendiri kerana dia juga menghidapi satu penyakit yang pelik sehingga dirinya tidak dibenarkan keluar daripada bilik. Kerana abangnya telah tiada, Sarah mengalah untuk hidup. 

Tapi tidak bagi Rasmus apabila dirinya naif mula jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah kerna merasakan Sarah sama seperti dirinya. 


Pengakhiran di siri kedua ini, apabila Simone terjatuh dari empangan tempat kurungan dan dianggap mati oleh kumpulan mereka. 


The Rain Siri Ketiga 



Fie mengandungkan anak teman lelakinya. Rasmus mula taksub dengan kuasa virus yang ada pada dirinya sehingga sanggup membunuh si pereka virus yang konon mahu kekal abadi. Rasmus cuba mencipta sebuah koloni seperti dirinya. Namun apa yang Rasmus lambat tahu adalah kesan daripada cubaan pengagihan virus itu kepada yang lain, memakan jasadnya sendiri. 

Martin mula kecewa apabila alat penjejak pada Simone tidak bertindak balas terhadap lokasi Simone. Padahal gadis itu mula sedar daripada komanya setelah di selamatkan oleh keluarga di tepi tebingan. 

Simone teruja melihat Daniel, anak lelaki daripada keluarga itu mengubati pokok yang telah mati akibat daripada hujan virus itu. Setelah didesak akhirnya keluarga itu sudi memberitahu tentang antidot kepada hujan virus. 

Sebuah pokok ajaib, yang bertindak balas terhadap hujan virus itu, atau dengan kata lain memakan virus tersebut. Simone teruja sekali  berjumpa dengan antidot untuk adiknya. Tapi tidak bagi Rasmus yang merasakan Simone cuba untuk membunuhnya. Rasmus ni dah taksub dengan kuasa virus tu. Menjadikan dirinya hebat daripada orang lain. 

Apabila Rasmus dan koloninya cuba pecah masuk ke dalam kolam tempat tinggal pokok ajaib itu, menimbulkan satu kejutan? atau lebih kurang macam bom gitu la, sebab pokok tu sedut segala racun yang ada pada Rasmus dan Sarah serta mereka yang lain. 

Kesudahannya virus yang ada itu telah berjaya dimatikan dan pokok itu berjaya disemai baru oleh Daniel. Dan mereka mula bergerak mencari tempat baru untuk memula kehidupan. 

Bagi Aien drama ni tergantung atau mungkin ada sequel lain sebab pokok tu masih wujud lagi. Dan mungkin Simone cuba merawat sesiapa sahaja yang terkena virus tersebut. Kita tunggu je la. 

Rate untuk drama ni, 🌟🌟🌟🌟 per 5 bintang sebab walaupun plot dia agak predictable sebagai survival drama, semangat Simone memegang amanah ayahnya untuk menjaga adiknya walaupun Rasmus sering bertengkar dengannya harus dipuji. Orang cakap Simone ni naif ke, kolot ke. Dia tetap dengan pegangannya, Rasmus harus diselamatkan daripada sesiapa saja termasuk virus. 


Lama juga tak tengok drama atau movie selain bahasa asia dan english ni rasa macam belajar benda baru pulak. Jangan serik dengan hujan. Remark for myself. haha 




Ahad, Mei 08, 2022

PRESTASI BLOG APRIL 2022

 


Pheww~ hectic month yeah...dengan raya mengejut. Ohhh, btw, it's not too late to wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua. 

Untuk prestasi blog April lalu, nak cerita Aien rezeki dapat audit blog dari brother Hasrul Hassan. Setelah dibetulkan sana dan sini. Perjalanan blog walaupun tak semasyuk, tapi ada perkembangan baik. Jadi kena sentiasa menulis saja laa. 


Nampak ada kemajuan di situ. Serba sedikit bagi semangat baru untuk terus menulis. Aahh gituu.. 


Sekali lagi review Sa Balik Baju menjadi tarikan untuk bulan April. Untuk entry baru, buffet Ramadan di Dewan Hassan Abdullah mendapat klik yang hebat. Betul la tu, keyword memainkan peranan. 


Baca sini: Buffet Ramadan paling berbaloi


Seperti biasa blog Aien jadi perhatian kerana perkongsian buku pink dan persediaan untuk ke hospital. Ramai ibu-ibu ni suka baca pengalaman orang kalau dalam bab ni. Hehe kan? 



Tengok, berapa ramai cari. Al-maklum la setiap hari pasti ada yang bakal mengandung dan bersalin. Masing-masing teruja plus nervous dan suka nak baca pengalaman orang lain bagi memudahkan kerja mereka untuk proses seterusnya. Lagi-lagi selepas PKP ni, prosedur klinik dan hospital kadang-kadang masih belum tentu lagi sistemnya. 

Agaknya raya ni movie Sa Balik Baju tu keluar kat TV la kot, tu yang ramai mencari lagi review tentang movie tu. Tambahan pulak, selepas Aien buat review tu, kena copy paste oleh blogger terkenal. Panas berapi la pulak. Haha 




Wardah sunscreen review pun masih dalam carian utama orang ramai. Sekarang ni dah ramai dapat kesedaran untuk memakai sunscreen untuk penjagaan kulit wajah. Nak buat review beauty produk tu banyak, tapi penyakit M besar trantantang ni payah sikit. 


Well,  itu sahaja untuk April. May pun harap lebih meningkat lagi la. Tapi kalau sendiri malas menulis.. Tak oyeh nak kata apa la naa.. 

till next rekod book