Chinese Drama: Who rule the World? (2022)

Sabtu, Mei 21, 2022

Who rules the world: Cerita cina

Tajuk: Who Rules the World; Who gets the World 

Genre: Wuxia, Romance, Fantasi

Bil. Episod: 40 episod / 48 minit per 

Barisan pelakon: Yang Yang , Zhao LuSi, Xuan Lu, Carmen Lee, Haowei Zhang, Zhang Fengyi, Leon Lai

Sinopsis: Hei Feng Xi kacak dan anggun manakala Bai FengXi angkuh dan tidak terkawal. Perbezaan personaliti anatara keduanya tiada tandingan dalam kemahiran dan kebijaksanaan. Terperangkap dalam peperangan dan kekacauan seni mempertahankan diri dan dunia politik, bunga-bunga cinta mekar di tengah-tengah darah yang telah dikorbankan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dalam mereka cuba menyembunyikan identiti mereka, keduanya sentiasa perlu tiga langkah ke hadapan apabila berdepan dengan pelbagai pergolakan politik pengkhianatan, pergaduhan dan pertempuran untuk takhta empayar. Akhirnya Bai-Hei Feng Xi berganding bahu, mencari keadilan dan cuba menenangkan ketidakpastian yang semakin meningkat disebabkan niat jahat yang tidak kelihatan. Tapi adakah cinta mereka akan membawa keamanan pada suasana sedang huru-hara dan siapakah yang bakal memerintah dunia yang direbutkan itu? 

!!SPOILER ALERT!!

Baca juga drama lakonan Yang Yang: You Are My Glory  


Ergh, drama yang kutunggu akhirnya muncul jua bersama pelakon kegemaran guweee.. Walaupun 40 episode itu pun rasa macam tak cukup. Tak pernah la kan teruja tengok drama ni. Setelah sekian lama pencen tengok drama cina, Aien kembali menonton drama dari mata sepet ni dengan pelakon favorite. Yeay! 


Baca juga drama lakonan Zhao Lu Si: Please feel ease, Mr Ling


Drama ber-genre wuxia hasil adaptasi daripada novel bertajuk "Qie Shi Tian Xia" nukilan Qing Ling Yue yang mendapat sambutan ramai dalam laman sesawang novel atas talian. Dan kini diluahkan melalui versi drama, banyak jugak spoiler yang dinantikan oleh peminat drama cina terutamanya. 

Mengisahkan tentang perebutan takhta dan empayar antara negeri-negeri yang ada ketika itu. Berdasarkan sinopsis banyak fokus pada pembangunan hubungan Hei Feng Xi dan Bai Feng Xi dalam menguruskan kedua identiti mereka serta bersatu dalam menenangkan dunia yang huru hara kerana sikap tamak seseorang. 


Watak-watak utama: 


Hei Feng Xi - Black Fox mengetuai Fountain Abode sebuah kumpulan pencari maklumat secara sembunyi dan juga seorang putera kedua raja bagi kerajaan YongZhou. Antara yang digeruni dalam 4 pemuda berwibawa dengan dua identiti berbeza. Baik dengan identiti Hei Feng Xi mahupun sebagai gelaran Putera Feng Lan Xi. 


Bai Feng Xi - Gadis daripada Tianshua Sect dari alam pertahankan diri yang sangat nakal dan bermegah. Berbesar diri dengan kejayaan yang dikecapinya. Bahkan dikatakan satu-satu gadis yang bijak dan tidak takut dengan apa jua cabaran dihadapinya. 


Huang Chao - Putera daripada negeri Jinzhou. Bercita-cita besar untuk menjadi emperor dan meminta bantuan satu-satu "The Finest Gentleman" sebagai penasihatnya. Sanggup berbuat apa saja asalkan cita-cita tercapai. 


Yu WuYuan - dengan gelaran "The Finest Gentleman" beliau sangat bijaksana baik dalam bidang politik mahupun diplomasi antara rakyat. Kelihatan luaran sangat baik, lemah lembut sesuai dengan gelarannya. Hakikatnya dia la pemegang watak antagonis dalam drama ni. 


Feng Qiwu - Satu-satu menteri perempuan dalam kerajaan YomgZhou daripada keluarga ternama "Feng". Sangat setia dan berdedikasi yang pada mulanya menaruh harapan untuk menjadi gundik kepada Putera kedua Feng Lan Xi. 


Dan banyak lagi watak-watak lain yang tak mampu nak di senaraikan satu per satu watak mereka. Yang penting review cerita ni, Aien nak bagi spoiler sebab ikutkan yang VIP kat WeTV je dah habis tengok. Haha 


Teaser dia memang gempak betul. Masing-masing takut kot-kot tak ada happy ending. But hey... drama cina mana ek yang tak happy ending? Rasanya satu je Aien dah tonton yang sad ending. Aiguu, tu pun rasa nak repeat lagi. 


Baca drama cina sad ending: Goodbye My Princess


Mula drama ni, pun dah boleh agak yang Hei Feng Xi suka pada Bai  Feng Xi sebab di mana ada Bai Feng Xi, pasti di situ ada Hei Feng Xi. Mereka berdua ibarat buku dan ruas atau pahat dan penukul. Saling berkerjasama antara satu dengan yang lain. 


Masalah bermula dengan Fake Empreyen Token yang dicipta oleh seseorang tanpa ketahuan identitinya tapi niatnya pasti untuk menghuru haranya antara keenam negeri yang wujud. Hei Feng Xi menyiasat di sebalik Empreyen Token yang palsu dan beracun tapi tetap berjumpa jalan buntu. 


Di dalam puak pertahankan diri mengejar Empreyen Token yang palsu, satu demi satu keluarga yang mempunyai kepakaran dalam keluarga dibunuh tanpa ditinggalkan waris. Di antaranya Keluarga Han yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Kluarga antonomi. Keluarga pakar perisai yang dibunuh dengan kejam oleh satu puak yang bernama Soultaker Sect. Dan mereka memiliki satu seni pertahankan diri daripada keluarga Yu yang disangka telah mati semua keturunan.


Bai-Hei Feng Xi masih tak boleh sangka yang Yu Wuyuan tu peneraju tunggal keluarga Yu. Tapi dorang boleh baca dan predict orang yang jahat ni memang tengah merancang sesuatu yang boleh menghancurkan seluruh dunia. 

 

Umm.. nak cerita panjang pun patutnya semalam review ni ditulis. Sudahnya macam kena tengok balik dan jika korang peminat Yang Yang mesti tak boring laa. Plot drama ni ringkas tapi masih tersusun cantik. 


Ketika Ketua Tianshu Sect dan beberapa ketua kumpulan seni pertahanan diri yang lain terperangkap di Gunung Yu untuk cuba nasib menguasai ilmu Sacred Jade Moon miliki Elder  Taiyin seorang master yang digeruni dalam dunia seni pertahanan diri. Kerana Bai Feng Xi risau akan ketuanya, ketika di kaki pergunungan dia terserempak dengan Huang Chou yang ingin mencuba nasib untuk ilmu tersebut. Yu WuYuan seperti biasa, ada agenda di sebalik kebaikannya. 


Niat jahatnya dapat dibaca oleh Old Tianjin dan perangkap Yu Wuyuan di tempat sesat. Bai Feng Xi yang hampir mati tapi dapat di selamatkan oleh oleh Hei Feng Xi. Kat sini pun boleh agak yang Hei Feng Xi ni suka dengan Bai Feng Xi. Ingatkan dia tahu identiti sebenar Bai Feng Xi sebagai childhood sweetheart dia dulu. 


Sudahnya kedua Bai - Hei Feng Xi yang dapat kuasa ilmu Sacred Jade Moon tu. Tamat sudah ilmu tu, Elder Taiyin bagi mereka berdua dua barang yang berbeza sebagai hadiah buat mereka. 


Bila Yu Wuyuan tak dapat ilmu ni dia marah dengan Bai-Hei Feng Xi ganggu rancangan dia. Jadi dia cuba sabotaj Hei Feng Xi dengan identiti sebenarnya, Feng Lan Xi. Sibuk pergunakan adik orang tu, sebab Feng Jun memang sibuk nak naik takhta tapi tak cukup kewibawaannya untuk Raja Yongzhou lantik dia sebagai pewaris. Di sini bermula pengkhianatan antara dua beradik. Padahal Feng Lan Xi tak pernah berangan nak naik takhta. Dia cuma nak buktikan siapa pembunuh bondanya saja pada Raja Yongzhou.


Bila Raja Yongzhou tahu Putera Kedua Feng Lan Xi adalah Hei Feng Xi, baginda sangat murka dan bimbang anakanda nya itu bakal merampas takhtanya. Padahal Putera ketiga serta Permaisurinya yang sentiasa mencuri peluang mengenakan Putera Sulong Feng Chang dan Feng Lan Xi agar kredibiliti mereka tidak kelihatan di mata baginda Raja Yongzhou. 


Putera kedua Feng Lan Xi daripada dapat darjat tinggi diturunkan semula kerana Raja Yongzhou murka dengan perbuatannya. Serta dibuang segala tenaga dalam dan Feng Lan Xi langsung tak boleh praktik seni pertahankan diri. Sedih giler masa ni. But, it's okay. Feng Lan Xi bukan berjaya dengan bergantung harap dengan identiti sebagai Hei Feng Xi. Ternyata dia memang sangat bijak dan peka dengan sekeliling. Kalau tak masakan dia berjaya dalam senyap, ye dak? 


Bai Feng Xi tak pernah tinggalkan Feng Lan Xi ketika jatuhnya. Kekal di sisi lelaki itu dan menjaga Lan Xi seperti mana Black Fox menjaganya selalu. Alaaallaaaa sweet naw~ Satu persatu mereka cuba nak kaji dan selongkarkan siapa di sebalik dalang yang cuba mencetuskan perang antara dunia ini.  



Satu per satu mula terbongkar dan paling ketara sekali apabila ketua Tianshu Sect ditemui mati dibunuh dan orang terakhir yang ditemui beliau adalah Bai Feng Xi. Tak pasal-pasal dia kena fitnah. Tak memasal jugak dia ditikam oleh adik segurunya. Teruk la Yu Wuyuan ni. Sinis je watak dia.


Sangat berpuas hati akhirnya dia mati di tangan kedua Bai Hei Feng Xi dan mengakui bahawa dia tidak dapat menjangka mereka berdua ini. Sentiasa boleh selamat walau apa jua aturan dibentangkan kepada mereka. 


Dan rupa-rupanya Yu Wuyuan cuba nak naik takhta atad membalas dendam Emperor pertama dahulu yang memungkiri janji pada moyangnya. Iaitu bersama memartabatkan keluarga Yu sebagai Keluarga diraja. Bahkan sebaik saja Maharaja pertama itu naik takhta, perkara pertama dilakukannya ada menghapus semua jejak keluarga Yu walaupun bayi yang baru berusia sebulan itu. Nasibnya bertuah kerana diselamatkan oleh orang gaji.


Kesian kan? Bab kuasa ni memang susah nak elak sikap tamak tu. Lagi-lagi semua sanggup berbunuhan demi sebuah kerusi dan tanggungjawab. Hairan kan? Kiranya dahulunya keluarga Yu ni penasihat kemakmuran antara 6 raja yang cuba menyatukan 6 buah negara tu laa. Begituu... 


Cer agak, siapa yang menjadi emperor selepas itu? Hehe yang bestnya cerita ni ada di pelabagi platform atas talian baik Netflix mahupun WeTV. Tapi WeTV la paling laju. Netflix masih sangkut satu minggu punya episode lagi. Walaupun dah habis tengok di WeTV, ayuh kita repeat di Netflix pulak. 


Cerita cina ni Aien promise dia tak boring walaupun episode berderet. Hehe 

8 ulasan

  1. baru tengok 2 episod, suka chemistry Yang Yang dengan Lu Si. tak tahu boleh tengok sampai habis ke tidak, panjang sangat..haha

    BalasPadam
  2. Ehh dulu masa kecil selalu ba ni tengok chinese begini punya genre. Punya la sanggup duduk depan TV awal ni hahahaha... lama betul sudah saya inda tengok.

    BalasPadam
  3. fuhhh panjangnya sampai 40 episod. Tengok trailer sama cantik sama handsome ea leading pair drama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang tapi tak bosan. Bagi Aien. Haha favorite kita ni.

      Padam
  4. Baca review aien pun macam best.. cuma tu lah 40 episod..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kak. Bagi aien tk berapa nak boring jugak la sebab pelakon favorite? hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤