Rabu, November 24, 2021
Pertama kali di-scam sepanjang berbisnes
Saja la tu kn nak datangkan idea supaya Aien n menulis kan.. Sesungguh, tiada apa yang bermakna melainkan pengalaman sendiri.
Ceritanya begini. Di pagi hari tengok ada whatsapp dari nombor yang Aien saspek dari US. So, konfem la scammer. Haha Tapi, daku gatal tangan pergi reply jugak sebab dia sebut Penang. Teringat ada sorang teman dia pun kat nak beli tudung Monogram Square hari tu.
Selasa, November 23, 2021
Cuti-cuti 2 hari 2 malam ke mana kah kita?
Tu nah, rangkum sekali la. Sebab yang ni bukan panjang pun langkah kami. Bila baca review orang lain semua lawa-lawa je gambar. Kita ni amatur lagi. Haha Tapi review ikhlas daripada hati Ibu anak tiga. Gituu...
Dari Melaka 2 hari 2 malam , melihatkan semua macam tak ada plan lagi nak ke mana, kabo dengn husband. Alang-alang kita jalan, ajum la naik ke PD. Nak jumpa kawan main masa kat kolej dulu. Mula-mula bila di kabar tu dia senyap. Esok paginya baru dia ngajak, kata nak g PD?
Aien apa lagi, orang offer, jangan menolak. Ajum kita jalan puas-puas. Hahaha
Perjalanan daripada Melaka bermula jam 10 pagi. Ikut highway, sampai PD sekitar jam 11 lebih. Pahtu kami singgah la makan kejap di Warung Salai. Orang kata kalau dah jejak Negeri Sembilan, jangan lupa pekena dorang punya lemak cili api asli daripada Nogori.
Journey Padang Jawa - KLCC - Watch Shark Doo Doo @Aquaria Suria KLCC
Makan la di Fish and Chips ni. Nak makan macam dah kenyang dengan appetizer dia. Nayla syiok dapat dibagi peluang pilih menu dia sendiri. Dan kami bungkus fish fillet dia bawak balik Johor, sudahnya. Huwaaa menghampakan laa. Dapat la kucing-kucing mak makan ikan mahal. Bwahaha
Selepas makan, kami singgah ECo Shop dia dulu. Haha Tunaikan janji nak belikan Nayla toys. Sebab masa di Aquaria, dia nak dinosour di sana. Lain kali ye nak, doakan rezeki ayah ibu murah kita beli patung tanpa tengok harga. Syiok la Mateh belanja. Sampai balik menyebut nama Mateh dia.
Lepas Zohor, kami bergerak pulang ke Johor. Itupun singgah di RNR sebab ngantuk sangat dah husband. Dapat tidur 30 minit, baru kami mulakan kembali perjalanan. Sampai Pekan Nenas jam 6.15 petang.
Alhamdulillah tamat sudah perjalanan kami di sebelah sini. In shaa Allah akan update lagi untuk pulang kampung Opah. Bebudak dah tak sabar dah nak naik kapal terbang. Sampai jumpa lagi~
Selasa, November 16, 2021
Cuti-cuti 2 Hari 2 malam Edisi Melaka
Allah Allah.. Lama nya kau amek mood, orang pun dah tak ada mood nak ui baca kisah kau tu. Hee~ maap ler.. Anak-anak Ibu tak sehat. Dengan Ibu sekali tumbang, mana maunya. Bah la, kamek nak bercerita tok? Ada nak baca nisik? Eh, lalek nya sia. Ku nak nulis. Kawu baca nisik.. Tandah nya sia.
Lekak pulang dari Amansari Desaru riya, mun tak orang nak baca kisah dak tiga tek bercuti nak.. klik jak dibah tok:
Triple N First Staycation at Amansari Hotel Desaru
Bah, ko mok baca ngan aku tek kelaka sarawak kah? Ndak penin palak ko kelak? Haha Tersaruk dengan dak Ngektsai bah. Bah bah.. Ehem ehem..
Aieee....nak ilang bunyi tok eh. Bak kata Nayla, "Apa Ibu cakap tu?"
Haa, gitu... Ibu ni haa, nak bercerita pasal kita cuti kat Melaka. Sibuk petang tadi tak ada buat apa masa teman anak tido, mata sendiri tak nak tido. So, Ibu edit video cuti kita ke Melaka ritu. Sudahnya, Ibu ngekek ketawa. Pasal pergi 2 Hari 2 malam, sudahnya kami anak beranak pergi lebih kurang je aktiviti tu. Aiguu.. Nyesal? Tak la, sebab dapat spend time dengan family akak sepupu yang selalu cuti bersama tu. Beza kali ni, kami bercuti nak jalan-jalan. Dorang, hmm.. hampeh tamau jalan. Ses geram aje tau.
Lepas pulang dari Desaru ritu, kami terus la pulang ke Pekan Nenas. Sebelum esok pagi baru bertolak ke Melaka. Tanya husband, kita nak ke mana? Ye la kan, ikut ikut juga. I was really excited nak sharing. Susun tentatif ke pahtu plan or survey apa di nak dibuat kan kat tempat kita nak pergi tu. Even Melaka la sekali pun. Kau pergi sejuta kali pun belum tentu dapat pergi tempat yang sama. Haa, gitu. Yang penting pesan dengan husband, nak singgah rumah Malong Dijah dorang ni. Tapi risau pulak dia sibuk kan.
Kami bertolak pagi Ahad tu, memandangkan dorang survey homestay kat Melaka semua macam kira Jumaat Sabtu jugak. Ahad orang dah keluar. So, alang-alang kan, kita pergi la hari orang kerja. Ingatkan la tak ramai. Haha Orang Malaysia ui. Semua amek peluang la dah dapat keluar. Risau sambung lagi PKP tahun depan. Haha
Turun Muar, ingat nak singgah Dinasour Park tu, Husband kata.. Dinasournya cuma satu je. Ada apa... Eh Eh. Haa ye laaa... Ikut je mana dorang nak pergi. Pusing-pusing. Rupanya dorang lead the way tu salah bawak keluar exit highway. Patut keluar Muar, tapi termasuk Bukit Gambir. Nak pusing ke kedai makan yang dorang nak makan tu jauh lagi. So, diteruskan la perjalanan ke Melaka saja.
Tak sempat nak capture sempadan Negeri Melaka. Haha Sibuk layan anak-anak. Dengan husband sekali kata alaa...
Pusing pusing lagi tak tau mana hala tuju. Masuk Melaka dah waktu tengahari. Orang berpusu keluar cari makan. Pahtu first car tu tak tau pulak nak makan kat mana. Adoo doo doo.. Haa, ayoh la kita ke homestay terus, mak ada bawak bekal jugak ni. Kata mak mentua. Sememangnya dia rajin kalau nak jalan ke mana, masak dulu. Risau lapar dalam kereta ke kan. Menantu ni pun turun terjebak. tapi kalau dari rumah sendiri la. Kalau dari kampung, sorry to say. 😁
Pusing la terus ke Bukit Katil, mencari Damai Holiday Homestay. Nasib tuan rumah dah pandai masukkan address dia notch-pin kat google maps. Jadi bila orang cari senang. Terus jumpa. Tak yah dah nak taip alamat dia bagai.
Sampai kat rumah. Fuyoo besar kolam dia. puas mandi. Rumah pun bagus untuk 2 hari dapat harga RM250/semalam. ke untuk dua malam tak ingat. Tapi jauh sikit dari Banda Hilir. Tapi, don't worry, Bukit Katil banyak makanan viral. Cuma kami silap pusing. Tu je la.
Sebelum terlupa, korang kalau berminat nak sewa Damai Holiday Homestay ni page Facebook dia:
Damai Holiday Homestay |
Day 2 di Melaka
Ahad, November 14, 2021
Jurnal Nadhira 4 bulan
Jumaat, November 12, 2021
Main Mahjung Online, tingkatkan fokus diri
Mana la pergi si Aien ni. Balik dari cuti terus ghaib tak ada kabo. Ada yang rindu saya ke tuu? Haha Perahsan sungguh la kan. Ramai dah rakan blogger mula fokus dengan life dan spend time dengan family hujung tahun ni. Al-maklum dapat peluang rentas negeri apa semua, gunakan sebaik mungkin. Risau sejarah mungkin berulang lagi ye dak?
Aien pun la kan sejak bercuti hilang sebab memasing penat, pahtu kena demam+selsema+batuk anak beranak akibat kelelahan berjalan. Banyak sangat fikir hilang semua list to do untuk November ni. Terabur! Jadi meh kita amek mood dulu la kan. Weh, terjumpa satu web ni. Game lejen lain lagi sejak ritu dah main game ulor. Dah jemu kita cari lain. Haa, gitu. Jumpa pulak laman sesawang solitaire.org and guess what? I found my another favourite game.
Dah berkarat tak main ni, asyik gagal dan gagal je. Eh, ko pehal? Susah nau! Setelah diulang sejuta kali. Baru la dapat menang sekali. Haha Sekali pun cukup la kan. Janji puaskan hati sendiri. Ye la. Kita ni nak relax-relax amek mood. Nak mula buat kerja yang banyak dah bertindih ni. Kalau boleh nak selesai sebelum balik Sarawak nanti. Eh, mana yang Aien menang? Jap jap.. Amek carinya dolok k.. Alaaa... anak p delete.. Tak jumpa mana... sesungguh aku ada menang sekali. Serius game ni susah. Eh, challenging gitu. Tapi best. Korang kalau nak main, boleh usha kat https://www.solitaire.org/