Pertama kali di-scam sepanjang berbisnes

Rabu, November 24, 2021

 


Saja la tu kn nak datangkan idea supaya Aien n menulis kan.. Sesungguh, tiada apa yang bermakna melainkan pengalaman sendiri. 

Ceritanya begini. Di pagi hari tengok ada whatsapp dari nombor yang Aien saspek dari US. So, konfem la scammer. Haha Tapi, daku gatal tangan pergi reply jugak sebab dia sebut Penang. Teringat ada sorang teman dia pun kat nak beli tudung Monogram Square hari tu. 


Layan punya layan. Sekali dia minta email. Eh, dah kenapa nak email kan? Sah la scammer. Kata hati. Mwahaha tapi, ye la.. nak tengok sejauh mana permainan dia. Ngeng ngok scammer sekarang. Konon la.. Apa pekdah ko dapat scam orang ni wei. Sekali terlepas bagi no acc. What the heck? Mengigil tangan bila terima resit bukti dia dah bayar la kan. Eh, budu amat.



Sambil-sambil layan chat dia kan, google jugak la no dia tu. Puas tak jumpa. Haa, lepas ni kome beringat nak nombor phone ni kalau terkena.  Modus operandi dia konon nak buat suprise kat kawan kat Malaysia. Sekali tanya pada kawan bisnes lain, dia pun cerita dia kena lebih kurang macam ni. Tapi dia berani nak persoalkan. Bwahaha sekali dia kena block dulu dengan scammer..

Bila kata nak buat suprise kat kawan Perak, Ila (bukan nama sebenar) pun cakap, boleh bagi dia alamat kawan tu dulu. Scammer tu bagi la. Ila rajin pergi google. Tengok alamat kedai kopi. Ila minta lagi nombor phone yang boleh dia double confirm. Scammer pun bagi jugak. Dapat juga Illa kol nombor tu. Tanya punya tanya. Sekali boleh scammer tu cakap.. ye kawan dia nak post bagi kat dia. Haha kantoi suprise. Eh.. Padan muka. 

Bila bukak email kata dia transfer RM600 dari Bank of America, dengan alasan RM77 tu sikit sangat nak transfer kalo ikut minimum cost dari BOA. Like, tak logik kot. Kalau RM77 tu ditukar nilai ke US Dollar baru 18-19 Dollar. Ko bagi la aku 20 Dollar pun okay what. Haha Ngeng sampai bagi 142 Dollar kejadah. Hee.. menipu amat. 

Terus la reply message dia have a nice day, padahal dalam hati.. Moga ko mati kena langgar. Adoo~ menyumpah habis la. Dari IG nombor tu dia amek, eh... Geram hati Ibu.. Punah harapan seller nak ada rezeki hari ini. Haha Udah la. Korang reader yang ikhlas nak tolong suribisnes ni boleh la roger k. 


Ada tudung Sarung Earloop berharga RM69/pcs


Koleksi terhad Monogram Square dari Jimmyscarves RM69/pcs 


Vitamin C tanpa perlu dibancuh pun ada. RM29/unit. Promo 6 unit RM100. 


Paling latest Aien ejen baru bagi produk viral, ESKAYVIE #kitaikhtiar.  Nak mana korang roger la k. Paling setia dengan Jimmyscarves sebab slow and stadi buat duit. Design pun lawa. Esok ada design baru lagi. Korang nak cuci mata boleh tengok di IG JimmyScarves_skudai 




Belanja teaser. Haha Sambil kena scam, kita tetap cari rezeki baru. Moga Allah mudahkan urusan kita semua. 

Pesan kat diri, nak berbisnes hati kena kental. Walaupun buat side income geli-geli. Duit jajan anak-anak. Ye dak?

10 ulasan

  1. ada deduct duit dalam acc tak ? reportlahh okayy ? bahayaa betull haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib tak ada. haha nak report kat mana eh?

      Padam
  2. ok..nnt akak usha tudung2 tu ye...

    BalasPadam
  3. Macam-macam gaya scammers sekarang ni..kita yang berniaga online ni memang kena berhati-hati. Semoga kita dijauhkan dari scammers ni InsyaAllah, Aamin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya mujib.Tu la kan.. kIta bisnes cari rezeki halal..senang je dak scammer ni nak rompak

      Padam
  4. Dia ingat dia terer bab2 duit.Ha3.
    Dasar scammer. Rasakan.

    BalasPadam
  5. scammer disana disini mana mana berdosa.. hehehe

    BalasPadam
  6. scammer makin menjadi pulak. macam2 mondus operandi diorg skrg. nak kena berhati hati

    BalasPadam
  7. mama mmg tak penah layan no oversea ni aien.. mmg 99% scammer haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤