Sabtu, Januari 26, 2019

SECOND TRIMESTER BEGIN.


Hi~ Assalamualaikum

23 January, maka berakhir la first trimester Aien. Alhamdulillah scan baby baik-baik saja. Nanti 28 minggu kita scan lagi. Moga baik-baik aja. 

Actually, I never story this pregnancy other than here. But, all my family and mil dah tahu la kan. Perasaan mak mak be like, kita tak bagi tahu pun dia dapat tangkap. haha 

Untuk perjalanan mengandung kali kedua ini, Aien nak abadikan di diary ni. Moga ingat la kan. Sebab masa ngandung Nayla dulu, asyik nak termenung je sebab sorang je kat rumah. Yang ni, ada Nayla buat gaduh, alhamdulillah sementara jaga dia tido tu, ideas datang bak air bah. Fuyyooo~ Nak sematkan semuanya di sini. 

Trimester, atau lebih mudah sekali adalah jangka masa 3 bulan pertama yang selalu digunakan sepanjang mengandung. Ala, macam dak student selalu guna semester tu. Tapi dorang 6 bulan. Untuk mengandung moleknya guna trimester.


Di sini Aien tepekkan maksudnya sekali lagi. Makanya, the first trimester yang selalu menjadi dugaan buat ibu-ibu mengandung itu telahpun berlalu bagi Aien. Fuh, hilang dah juga sekali mual-mual tak nak makan tu, tak boleh bau tu. Ada la sikit-sikit. Cumanya tak sedahsyat yang lepas. Sekarang dah nak makan nasi sikit. One more thing Aien perasan, kalau sayur or apa-apa jenis sayur yang ditaruk ikan bilis, yek yek tak dapat la tekk den nak terima. Ish.. Anak punya makanan pun tak leh masuk la rasa dia. Main ikut rasa je la letak stok ayam dia, stok ikan bilis dia tu. Tawar tak apa, jangan masin.

Second trimester bermula, maka cara tido pun daj kena ubah demi anak dalam kandungan. Makan pun kena banyak lagi. Ubat masih kena jaga lagi. Fuh, nasib baik ubat kancing gigi kena bulan 3 nanti. Tapi, gigi geraham utama Aien ni dah sengal-sengal je kerjanya. Dah tak buleh makan ikut situ. Tumbuk nak dikasi kerjanya pada si Kiri pulak. Kanan dapat yang lembut je. Sodih kan? Masa gosok gigi pun gusi asyik berdarah je. Adeh, memang ken consume susu bebanyak. Masa Nayla, susu tak mau hadam. Tak leh hadam, sat g muntah balik. Yang ni laju susu diminum. Susu kurma Goodday tu, Susu fresh milk apa-apa jenama. Janji susu. Kalau yang bancuh Aien try Frenleaf je. Nak minum Anmum, takut kena kencing manis pulak. Haha harapan kali ni tak kena minum air gula tu meninggi. Sebab yang lepas tak kena. Walau orang kata  tak ada kencing manis pun kena minum. huhu 

Well, terselamat part Nayla, yang ni wallahu alam laa.. Hb pun cantek je, darah pun okay. Harap-harap baik-baik saja sampai dia keluar. Doakan yaa.. 

Impian yang sama jugak masa Nayla dulu, harap dapat nyusukan dia. Walau mil asyik kata tak buleh kena topup ngan fm jugak sebab tak cukup and sebab senang nak jalan. Moga Aien terus kuat untuk anak sendiri. Bukan apa, susu badan 100% jimat, mudah dan selamat. Ye dok? Sekarang ni training Nayla waen off dari susu badan atas nasihat Doc pun, adeh... payahnya nak ken berangkut susu lagi, bangun memalam buatkan susu dia lagi. Yok, penat kawe! 

Duit pulak kena sentiasa standby untuk stok susu dia. Mangai! Sib bek Nayla ni senang nak kena training sebab mungkin susu badan dah mula drop, tu yang dia mudah nak minum. Yet, malam dia masih mencari. kah~ Sabar la nak. Nanti ada adik awak leh tolong Ibu ye.. Sian awak. Paling tidak target nak susukan anak ni sampai umur 2 tahun. Biar badai  dan ombak menghalang, moga diri terus kuat dan maju demi anak-anak. 

Sejak Nayla minum susu fm ni, kadang-kadang boleh dengar paru-paru dia macam berat gitu. Berdesah je bunyi dia. Risau tahu dengar. Ditepuk suruh sendawa tak mahu. Hari tu, dah sekali dia termuntah susu dia. Huish.. seriau ati Ibu. Moga baik-baik aja la Nayla. Bertahan untuk beberapa bulan yaa.. Ibu ♡ Nayla. 

Ni dah macam cerita Nayla je. Bukan pasal ngandung dah ni. haha Ngandung ni alhamdulilah no hal. cuma penat naik tangga sampai tingkat 3 nih haa.. But, it's fun. Haha Moga senang nak bersalin nanti. Kah~ 

Baru 15 minggu. Jauh lagi tu... Mommy Rayyan tu tengah tunggu hari. Kita pulak seram tunggu. All the best mommy.. Moga dipermudahkan semuanya. hehe 




Khamis, Januari 24, 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU by OMBAKBERGIGI.com


Hi~ Assalamualaikum

Tahniah OM dah dapat domain official untuk blog dia. Doakan Aien pulak yer untuk dapat domain dan bertukar wajah yek. hehe

Aien support member k.. Untuk blog Cik Ir kita nih, tak ada apa sangat nak nak disuggest or nak ditegur whatever yang kurang ke hape.. cumanya nak request kat OM cerita la journey OM dari mula sebelom bergelar IR ni. Susah tak journey dia? hehe

Kalau tabuleh, teda apa la.. Baik la.. itu saja mau cerita. Guys, jangan lupa kamuorang join haa ni giveaway. Semoga OM terus maju dalam dunia blogger dan your life. Tak lama lagi nak kawen yek? hehe..


K ... klik banner untuk join. K bai

Selasa, Januari 22, 2019

THE OTHER ME..


Hi~ Assalamualaikum

Having someone that you always love him everyday as much as the same when you two met such a blessed. Right?

Been two days without update anything. Currently try to sibukkan diri dengan makan memandangkan diri ni dah slowly nak makan. Okay, that's not the story. Based on the title, I would like to share with you guys, when you meet the other part of you. Yes, indeed the one and only that you searching for.

Yet, masa remaja dara, I used to asked myself, who would be my husband. Acaner hidup aku lepas dah kawen nanti? How suppose I change to supaya dia sentiasa ada dengan diri? Unfortunely jangan la hujani daku dengan soalan, do you couple with him? And the answer always not. We just friend that never met till 2015.

He the one make the move and I just follow the flow. How do I trusted him? Well, nak katakan dengan istikharah tu, jawapannya tiada melalui apa-apa, cumaan dimudahkan semuanya. Alhamdulillah itu satu tanda juga. So the journey was began. It's different path you know. Langsung tak sama masa kami tak pernah jumpa. Ada saja ceritanya. Bila dah jadi husband and wife... Haha ada cerita tapi terserlah la perangai masing-masing. Okay itu bukan the point.

The point of this story is, me wanna to tell you which about him, tht makes my heart, dup dap dup dap. Dengan adanya dia hidupku lebih meriah. Eceh~

1. He such a calmer than me. Tenang bak kata mertua ibarat arwah ayahnya. Tak sempat jumpa, but memang iras. Serupa, sebijik. Dari muka la kan. Perangai tu mertua mengiyakan. Tak pernah kata tak. Lagi-lagi kata berjalan. Dituruti aja. Dengan Aien pulak, dia rancang semua. haha I follow je. Al-maklum la sesama Libra. So, masing-masing lebih kurang. Beza dia laki, Aien perempuan. Tahu aja la perempuan guane. Gelabah namati. Dia, tenang ja. Cool gitu. Tapi, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Siap la kalau buat silap. haha

2. Apa lagi yek? 😂  Haa, caring in the dark. Ayat kau kamil~ Masa tunang, gigih buat suprise masa birthday. Dah kawen, hancur hati yang kudapat. Tapi, pandai la dia amek hati tebus balek. Perempuan, suka simpan dalam lubuk hati dia. Yet, masa ngandung dulu, adik beradik semua kata nampak nau laki den ni caring. hehe #sweettapisawit

Orang laki, siapa tak sayang bini ye dak? Kalau tak sayang tu, bek hantar balik umah mak bapak dia je.

Haa, dalam banyak-banyak ini je yang Aien mampu kasi. Banyak la. Takkan nak share semua. Akan kisahkan di lain hari.

Ceritanya di sini, I lap my husband. Gitu~ Saranghae gitu.. Walau apa-apa next eleven Feb is our second anniversary. Moga our wedding till jannah dengan penuh mawaddah dan sakinah. Ye?



Rindu pulak tengok gambar weds sendiri. Hehe

kbai~ 

Ahad, Januari 20, 2019

8 JUTA SPECIAL BLOGLIST SAYIDAH NAFISAH!


Hi~ Assalamualaikum

Lama dah sebenarnya Aien nak join, asyik terlupa je. Emosi kurang stabil, gitu la gamaknya. Semua jadi terabur entah ke mana. So, memandangkan Kak Cik dah singgah mengingatkan kita, moh la kita terus buat entry ni.

Semua done follow! So, next step is cadangan untuk apa yang Kak Cik perlu buat untuk next entry Kak Cik. Well, your blog sentiasa penuh dengan info, dengan apa yang Kak Cik buat, dengan resepi dan everything la senang cakap. Kalau tak, tak adanya sampai 8 juta kan?

Aien hope semoga Kak Cik terus maju dalam dunia blogger dan bila nak kawen? Haha Okay, last tu joke. Saja nak gurau. Hehe

Tetiba dapat idea, apa kata Kak Cik story how to be you? Haha Seorang yang minat addmath too much, how do you keep remember those apa tu... formula? Haa, gitu laa..


Rasa janggal pulak update entry guna laptop ni. Selalu update dengan fon je.. haha


K la.. tu je la kan...




Sabtu, Januari 19, 2019

IS THIS WORDLESS ENOUGH?


Hi~ Assalamualaikum

In the middle of night, bukan lewat malam lagi ni. Hari minggu kot. Isnin cuti pulak tu. So I did a thought that maybe can clear my mind with writing it here.

What I'm saying wordless enought because when you are thinking there will be a lot in your mind. Sejuta benda yang akan terlintas dalam kepala. Yet, to me this thinking is nothing. I just keep staring into a some dark walls and thinking what I am doing now? Should I change my life now? I get so tired. Mentally and physically. Sedangkan tak ada buat apa pun kan? Once your mental is sick, automatically physical pun kondem. Really? I should do much talking so that will realise my stress. I miss myself yang suka bercakap. Kah~ Iye ke Nur? Haha Yes. Aku akan bercakap bila aku ada benda nak cakap. Rindu pulak member sorang ni. Dia memang banyak benda dia akan cakap. Sebab dia friendly, peramah yet somehow annoying jugak. Tapi, bila ingat balik.. dia la terapi aku masa belajar dulu tau. Kadang-kadang aku je suka meny-tresskan diri dengan fikir negatif pasal dia. Everybody have their own flaws kan. Siapa la kita nak judge? 

At the end, my thinking us not going anywhere and make me realise, actually I miss my homey back there, my siblings is everywhere in Malaysia, also my friends. Although we are so close such as satu negeri je kot, tetap terasa jauh. 


Buat  mereka yang kuseru namamu, moga kalian baik-baik hendaknya. Sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Bila lagi kita nak jumpa? Esok lusa dah raya ni..  

Jumaat, Januari 18, 2019

THE BEAUTY OF PAIN


Hi~ Assalamualaikum 

Salam Jumaat semua. Harap baik-baik aja ya. Yang kerja tak sabar nak cuti sebab minggu ni cuti lama sikit memandangkan hari Isnin nanti cuti Thaipusam kan? So, apa plan untuk cuti tiga hari nanti? Sebelum panjang berjela bercerita, jangan lupa al-kahfi ya. 

Hari ni terdetik nak cerita yang berkenaan dengan tajuk di atas. Semua orang tahu, banyak-banyak sakit dalam dunia ni ada beberapa jenis yang boleh diubati dan ada juga yang tak boleh diubati. Perlu diingatkan bahawa semua sakit yang Allah kurniakan pada kita adalah ujian penghapus dosa. Please bear in your mind and always redha with the pain. 

Kali ini Aien nak cerita the one and only yang buat perempuan tak pernah serik untuk sakit itu. Hee? dah boleh agak kan? Just terkenang masa check up hari tu, one chinese patient dia bawak anak dia check up. As usual nurse tanya memacam la kan pasal anak, and Aien tak perasan apa yang nurse tanya menyebabkan dia jawab dia czer as elektif. Misi sorang lagi jawab, dia pilih sendiri nak czer. Alasan dia tak nak sakit. Certain ibu mengandung memang akan pilih macam tu just because sakit nak bersalin is the greatest pain ever. Wow~ kalau diikutkan lepas beranak tu, fikir dah la tak nak beranak lagi. Tapi, once anak dia besar asyik terbayang je ngandung tu acaner dan juga beranak tu. Itu la lumrah perempuan kan? Tak pernah nak serik. Sometimes bila dapat lelaki atau suami yang rajin membantu, bagi sokongan terubat sikit sakit tu. Nama pun dah sakit kan. Mana nak fikir apa. Even sakit gigi sekalipun, orang bising sikit pun dah bengang kan? 

Al-kisah nak cerita kecantikan lepas bersalin ni la yang semua pasangan dalan dunia ni tunggu. Bila seorang anak yang kita kandungkan 9 bulan, lahir dan semua orang teruja tengok baby comel tu. Which leads to couple to the phase. Haa~ Siapa tak nak kan? Adakalanya terfikir anak itu satu anugerah dah juga ujian buat kita. Ye dok? 

Itu je la nak cerita hujung jumaat ni. Kadang-kadang sakit itu indah, kalau kita dapat lihat hikmahnya. Takut pulak fikir untuk diri sendiri 7 bulan akan datang. Udah ler pose tak ganti lagi. Ni kali pose tengah sarat, in shaa Allah diusahakan puasanya. Harap dapat la yer. 

Tahniah baca sampai habis, dan thanks sebab sudi baca. Esok² kalau terfikir nak bebel apa pulak Aien taip yer. hehe

Selamat berhujung minggu semua. ^^

Rabu, Januari 16, 2019

TOP 5 BEAUTY PRODUCT ALL THE TIME


Top 5 Beauty Product all the time | Hi~ Assalamualaikum 

Perempuan dan kecantikan memang takkan dapat dipisahkan. Well, hakikatnya mana-mana orang yang konon tak menjaga rupa pun mesti akan pakai skincare atleast kan? 

Untuk Aien pulak, I do recognize my skin type yet I still not found my suitable skincare or make up for my face. Currently, I just something that I felt comfortable with and something that I did buy with a regret. Adoo...

Pilihan di luar sana terlalu banyak sampai kadang-kadang make me hate the promoter yang terlalu nak sales, sampai tipu customer. So girl like me always tertipu. Bwahaha ini nak gelak sendiri. I do jealous to my other sisters yang reti bergaya dan make up or they do know which the best skincare for their face. Masalahnya sekarang is, the more expensive is the better. Which I can't afford to buy that thing. Makanya, skincare yang digunakan pada hari ini adalah kerana diriku yang begitu malas nak stay pada satu-satu rutin.

PS: I don't blame at other. I just get lazy with getting beautiful and lazy is the great enemy for women. Kan?


And this is my beauty product all the time. Yup, the most favorite sekarang la kan.

1. Vaseline Intensive Care
 The most favorite ever since I know her. Ceh~ Benda ni tak pernah tak ada dalam my beg mekap. Sentiasa ada even dia dah expired. haha Aien suka guna yang size besar sebab dia takkan pernah habis, dan tetiba rasa membazir beli besar macam tu. Why the because? Is takkan pernah habis sampai dia expired sedangkan Aien gunanya bila keluar saja. Sometimes bila bibir over dry baru calit sikit. So, dear myself esok lusa tahun depan, mohon beli yang kecik. Senang dan mudah bawak ke mana.

2. Lipstick 
Bila seorang wanita tu keluar dari rumah, calit lipstick sikit pun dah bagi confiden pada dia untuk berhadapan dengan mensia di luar sana. Pergh~ ayat. Jenis kulit Aien is kuning langsat or putih pucat? Haa itu tak pasti. Sometimes people kata kuning langsat. Kadang putih pucat sampaikan nak disamakan dengan Kak Lang. Tahu tak siapa tu Kak Lang? Haha

So, demi untuk tidak la disamatarafkan dengan Kak Lang, calit la sikit lipstik. Currently yang ada dalam beg is Silkygirl Lipstick no 07. Itu pun dah patah sebab cair kena panas. Masih simpan sebab adik ipar tegur In 2 It Lipstick 04 tu terlalu terang buat daku. Eleh, kalau ikut nombor pun jauh na beza kan? haha

3. Good Virtue Toner 
Ini salah satu favorite since dari kolej lagi. Sejak product GV ni sentiasa ada di Watson, and Aien berkenan sangat dengan bau dia. Jadi GV product jadi pilihan Aien untuk skincare. Sampai kawen pun, product GV jadi hantaran. Sekarang je tak pakai sangat sebab dia macam sensitif sangat pada muka Aien sekarang ni.

Toner ni bagus la bagi Aien kan sebab dia macam repair kulit yang kering tu dengan cepat, which is bila Aien combinekan dengan Clinelle Moisturizer tu hurt sikit. Rasanya moisturizer ni tak ngam ke hape. Sebab muka pun macam teruk sekarang. Konfius la sis nak guna apa.

4. Biore UV Sunblock 50spf
Yang ni sebenarnya Aien tak tahu dia untuk kulit berminyak. Haha Tapi, me pakai is okay je. Tak ada macam dry ke oily ke. Aien assume dia sesuai la dengan muka even review ada mengatakan dia untuk oily type. Aien kenal ni dari tahun lepas bila ada member kata sunblock is the most important in ur routine. Dan sejak Aien menggunakan sunblock ni, balckhead pun nampak kurang di wajah. eceh~ Ini bukan tipu yek. Still ada but , which is muka sekarang dah kering sangat sekitar hidung  makanya pedih sikit bila pakai. Makanya, guwe berenti dulu gunakannya. Padahal benda ni basic kan dalam skincare rutin? Adoododo..

5. Aloe Vera
Yang ni boleh dikatakan dah lama cari di seluruh Watson akhirnya jumpa di Watson Miri. Haha Serius benda ni favorite baru sebab dia aloe vera. Currently Aien cuma guna ni je kat muka. Adeh, dia punya pedih tu tak terkata. Macam pakai aloe vera yang original. Quite nice actually. And this product pun share dengan Nayla dan Tuan Izwan. Masing-masing ada dry part of body. So, letak laa Nayla sejenis mensia yang tak tahan panas. Bila dia panas, part kering tu dia akan garu. Kalau Tuan Izwan biasalah, orang kerja dalam penghawa dingin. Cepat la kulit dorang kering.

Last but not least, this is not my favorite actually sebab sejak tukar ni muka jadi macam teruk sangat. Aien rasa benda ni menyesal jugak beli sebab satu mahal dan duanya Aien beli dua botol. Mesti korang wonder why beli dua kalau rasa nak mencuba? cause kena bodek dengan promoter dengan promo buy 1 free 1. Huwaaa.. Dia sebenarnya sedap dan okay pakai. Kenapa la pulak? Sebab Aien pakai kat tangan somehow tangan rasa soft and luka yang ada kat tangan cepat betul healed. Tapi, why kat muka tu teruk? Sedih la rasa sebab muka pun makin teruk sekarang ni. Tak tahu nak pakai produk apa. Dia punya kering tu, rasa macam tak pakai apa. Even Aien dah guna moisturizer kat muka masih terasa keringnya. Which lead me to another conclusion yang mana daku ni kurang air dalam badan. bwahaha. udah ler aok tu nyusukan anak, bela la sorang kat dalam tu. Air pulak tak dapat nak masuk. Masuk je, muntah. Phew~ cabaran jugak tu. Untuk itu, tembikai la solusinya. Hehe Makan tembikai boleh kenyang dan hilang haus dalam masa yang sama. Kan?

Any suggestion untuk kulit extra kering? heeee...

Selasa, Januari 15, 2019

STEP DAFTAR BUKU PINK UNTUK KALI KEDUA


Step daftar buku pink untuk kali kedua |Hi~ Assalamualaikum 

9 Januari 2019

Hari ini, Aien buat keputusan nak pergi klinik kesihatan untuk daftar buku pink memandangkan sudah 12 minggu usia kandungan. Kalau lambat nanti, takut kena marah dengan pihak Klinik Kesihatan pulak. Tapi, tak sampai 10 minit dah balik semula sebabnya kita kena daftar appointment dulu baru boleh daftar buku. Bukan macam masa Nayla tahun lepas, datang bawak dokumen siap-siap. And terus daftar! Itu pun lepas datang tanya la kan. haha Kelupaan deh~ Al-maklum la dah tahun baru. Patut la hati ni berdetik nak suruh Tuan Izwan prrgi tanya dulu kat Klinik Kesihatan tu, in case benda macam ni la. Haha Never mind. Pengalaman. Tak cuba tak tahu kan? So, nurse kasi appointment untuk Aien next Monday which is, at 8am kena terpacak la. Tapi, kalau 7.30 pun dorang KK dah bukak, so Nayla, kita kena bangun awal sikit la dari biasa ye~ 

- ini draft dulu, sebelum terlupa la kan. Haha Hari kejadian nanti kita sambung tulis.

14 Januari 2019 - Hari kejadian

Selesai mendaftar. Step dia macam biasa, hantar buku sekali ngan document selepas dorang dah confirmed kan appointment kita. Tunggu la dia panggil. KKTU ni slow sikit sebab mesin no dorang always rosak, so dorang pakai manual kertas je untuk nombor giliran.

Sesi mendaftar tu seperti biasa la kan. Dorang nak tau rekod kita yang terdahulu untuk kepastian. Dan apa yang penting, bila kita mengandung terlalu rapat, yang mana seperti daku ini, Haha Pastinya kena tebalkan telinga untuk mendengar bebelan mereka para misi. Pasai pa? pasai mereka itu risau keselamatan diri kita. Kerana sesungguh, kelahiran yang kurang dari masa setahun ini, memberi risiko kepada ibu terutamanya. Maka, sayangi la diri anda.

Lepas tu, check air kencing di kawasan triage. Sian Nayla dah ngantok. Haha Kena bangun awal gamaknya. Nak tinggal, kesian. Lepas tu, check berat, check hb, dan apa tu, blood pressure semua, alhamdulillah okay semua. Terus kena p amek darah pulak check HIV. Seram shiak tengok jarum. Siap ada budak India tu kena bebel ngan nurse sebab dia takut. haha  Aien pandang tempat lain je masa dia cucuk tu. Tak sanggup den nak tengok. Part paling tak best bila kena check up is kena amek darah je. Harap la mengandung kali ni pun tak kena minum air gula. haha

Kali ni dapat buku warna pink bak hang ~… nipis je sebab rasanya dorang nanti main topup je la tiap kali datang check up. Actually, next week appointment dengan doctor pulak. Maybe scan perut pulak kot.


Bahagian yang paling menyedihkan adalah nurse suruh waen off Nayla dari nyusu. Huwaa~ Target nak sampai 2 tahun ntah dapat ntah tak. Dia cuma risau kita tak dapat co-op nutrisi untuk baby dan kita. Lagipun my morning sickness kind a teruk jugak. Better lepaskan Nayla dulu, sepanjang ni, bila dah kuar baby nanti, boleh share. Itu saja nak cerita pasal step kali kedua ni. Sama je cuma sometimes bila macam Aien bawah 2 tahun ni takut tu lebih. haha Alhamdulillah nurse semua okay je la.

Kalau mampu nak kejar sebelum usia 35 tahun, tapi dengan sara hidup tinggi. In shaa Allah dapat sepasang nanti, rehat sekejap la. Mental pun tak cukup kuat jugak kalau handle dorang ni tecik-tecik. haha

Kesimpulan dari bebelan panjang step nak daftar buku pink kedua ni ialah: Sediakan dokumen penting anda. 

1. sediakan fotokopi sijil nikah anda
2. buku pink yang latest

tu je? Senangkan. Selebihnya ialah, disoal siasat untuk daftarkan dalam buku tebal Klinik Kesihatan tu. Yang ni pandai sendiri la jawab ye. Jangan risau tiada dikenakan apa-apa bayaran pun.

Selesai semua tu, barulah anda akan melangkah ke sesi rutin selepasnya iaitu ambil cawan, pergi buang air kecil dan tinggalkan di makmal or macam ni KK tempat Aien ni letak aje di kawasan Triage. Kalau di KK sementara yang Aien tumpang masa pantang dulu, dia check HB dulu, pergi pergi kencing. Haa, itu terpulang la pada setengah KK kan?

Kadang-kadang benda dah lama kan, walaupun macam Aien yang selang lima bulan je pun lupa, haha apatah lagi yang selang dua tahun tu kan. So,, good luck! Semoga dipermudahkan urusan.

Jaa Nee!

Jumaat, Januari 11, 2019

SALAM JUMAAT KEDUA 2019



Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam. Na 'uzubillah min zalik. Minta kita semua dijauhkan dari kematian selain dalam keadaan Islam. 

Tazkirah ini dikreditkan daripada telegram Dakwah Tanpa Henti. 




Khamis, Januari 10, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)

Kredit: bantuansarahidup.com

Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Selasa, Januari 08, 2019

DAY EIGHT OF THREE HUNDRED SIXTY FIVE



Hi~ Assalamualaikum | dear myself. 

PS: I just write this for my next me to read and don't become like me when she felt depress. Can I? 

Huh, almost a week 2019 passed, still me at my comfort zone. Why? because I am too lazy doing anything and close my eyes when see my house so messy. 

With Nayla and her tantrum. Don't know why but still I know why. Haa~ Either because the little person in my belly or she want to grown her teeth or she want to do something new. Yeah~ Nayla almost 8 month in the end of January. Yet I can't see she doing something. Why me so blind? Nur, she tried to lifting her body. Either to merangkak or to stand up. Gigi belom lagi. Somehow tiap kali breastfeeding her, sakit tu mesti ada. Mrs. Umi keep telling me to buy a formula milk for her because my body can't make it for her anymore. Tunggu la esok result macamana. Esok baru nak pergi buat buku pink untuk adik pulak. 

Ibu pulak stress. Sebab Nayla asyik nangis. No! She bukan asyik nangis. Dia nangis bila nak tidur. Dan it will take time untuk dia nak tidur unless she really want to. You know what I mean? Yep! That make me more stressed! Dah tahu nak tidur tu, tidur je la. Apa masalah~ udah ler bete ni nyanyikan selawat, segala jenis selawat bete dendangkan idok ler jugak pejam mata. Makin nyaring sore tu ade laa. And the last method untuk me is not too stress, is bior aje dia nangis. Dalam 10 minit ke, haa datang la kat dia pujuk. She is a good girl. Bangun tidur (kalau cukup tidurnya) senyum. Siap main lagi dulu, sebelum bawak keluar. Mandi, makan. Atau makan baru mandi. Dah, kenyang. Layan dulu Omar Hana tu sebelum Ibu nak settlekan diri dengan segalanya. Include topup makan yang sering dilupakan sebab morning sickness yang tak tahu nak makan apa. Kind of terasa when your own mom said she never understand people yang ada morning sickness ni. Again~ Yep! Paham kan la. Lain orang lain aturannya. So, diamkan aje ler yer.. Tau, dia beranakkan kitaorang pun setahun sorang, dia pantang sendiri, tak ada orang take over her job which is she a housewife. Tapi, laki takkan pernah faham peritnya seorang isteri lepas melahirkan anak tu. Pfft~ 

Bila asyik kena negative aura tu, sejuta kali malaih la pulak nak pantang ke Sarawak nuu.. Haha Jap lagi dalam kita tengah pantang, kena bebel lagi. Makin meroyan aku! Yang sebelah sini, semua okay cumanya panaih je laa. Macam dok sauna kalau di siang hari. Nak pantang sendiri, mampu ke aku nak panjat tingkat tiga lepas bersalin? Unless my hero nak dukung. Bwahaha Mimpikan aje..

How to manage stress? Itu benda yang aku google tadi. Phew~ stress sampai sendiri nangis. Sendiri gelak. Actually, stress ni datang bila kita terlalu high expectation orang sekeliling kita have common sense. You know what I mean? I really need a gateaway!!! 

Itu la mak pesan dulu, kalau tak bersedia jangan kawen~ haa.. padan muka! bwahaha bukan masalah tak bersedia ke hape.. ini masalah mental seorang manusia yang dari dulunya dikelilingi negative aura dan cuba untuk bangkit sendiri akan tetapi tetap jua gagal. Kerana dia sendiri tahu dia tak cuba sebaik mungkin. 


Dah la, terapi dah hilang. Nak pergi menghilangkan diri sat. Bai~ 

moga esok kau tak stress lagi. 😘

Ahad, Januari 06, 2019

THE 10 THINGS I CAN'T LIVE WITHOUT

Hi~ Assalamualaikum | ^_^

After awhile going re-think what should I post, teringat pulak a post challenge yang Aien belum habiskan lagi dari tahun lepas. Let's us continue... 


Berdasarkan tajuk di atas, Aien nak la bercerita dengan korang semua, apakah benda yang Aien tak buleh sangat hidup tanpa mereka? Disebabkan Aien not a thing person, makanya Aien akan pergi lebih kepada orang yang Aien tak buleh hidup tanpa mereka. Mungkin ada a few thing -benda- la yang Aien akan senarai hitamkan di antaranya.


Untuk top 3 yang Aien tak boleh hidup tanpa is my parents, my siblings and my little family. Itu yang penting kan? Because without them there is no Aien at all. Kerana mereka I'm still alive after going thru everything that always make me want to suicide. Alhamdulillah, because of them.. here I am. Thanks for everyone and everything.

Keempat is of course an item. Currently all people in this world can't live without it. Unless they never knew about this thing, never try it and never found any magic about it. Guess what? haha


Yehee~ That's right. A smartphone. But I never being an Apple user, don't worry. That thing is the last thing I want in this world perhaps. Haha

Benda ni keperluan. Satu kewajipan mesti ada seiiring dengan waktu sekarang. Somehow, benda ni boleh jadi keutamaan yang sangat melalaikan bila kita duapuluhempatjamtujuhhari mengadap dia ja. Sampai juling mata. Lagi-lagi sekarang teknologi yang semakin maju, every smartphone company want to do their best to attract consumer to buy their gadget, right? Haa, apa lagi manusia pun gigih trade in and doing everything untuk dapatkan yang latest. Teringat pulak hari Khamis lepas, dengar di Sinar.fm masa nak balik kampung. Seorang lelaki di China menjual sebelah buah pinggangnya demi satu telefon pintar yang femes masa tu. Dia mungkin dalam lingkungan umur 18-20 kot kalau tak silap masa dia jual tu. Selalu orang kita acah-acah je kan, tapi tak pernah pulak buat. Tapi, budak ni berani p buat dengan jaminan tiada kesan sampingan dari perbuatannya. Dapat telefon akan tetapi malang buatnya sehingga kini dia masih terlantar di hospital kerana buah pinggangnya yang tinggal itu gagal berfungsi. Dan ahli keluarganya pula terpaksa membiayainya. Eh~ tertulis dah suara Abang Adi pula. Haha So sad kan? 

Gais, ni kak Munah nak pesan, walaupun orang sekeliling kita telefonnya lagi canggih dari kita, it doesn't mean we need to catch up with them. Guna la apa yang termampu janji kau dapat telefon mak abah kat kampung. Apa la guna telefon berjuta rupiah tu kalau telefon mak abah pun tak pernah, ye dak?

Buat Aien, ciri-ciri telefon Aien boleh pakai is, tahan dibuat main game, dengar lagu, dan tengok drama. Itu je. Dulu la kan. Sekarang ni, mana yang laki aku mampu itu la aku pakai. Tapi, mesti menepati ciri-ciri di atas walaupun sebahagian. Janji bateri tahan la. Sekarang fast charging fast die. Susah!

Eh~ terbebel pulak bila buka hikayat telefon pintar ni. Kan dah lupa next item. Thank you, next!

Benda kelima, Aien can't live without is vaseline. Ala, vaseline is jenama. Apa kan tu, petroleum jelly tu. Yang 1001 macam kegunaan dia. Since I knew about being cantik, being a proper lady. Benda ni tak pernah miss daripada menghuni beg tangan atau beg mekap Aien. Tapi susah nau nak habis la guna. Biar sampai expired. Pahtu beli baru. Kadang-kadang suka beli besar terus. Sebab beli kecik nanti cepat hilang. Ghaib bin ajaib entah mana dia pergi. So, besar is lebih afdal la kan?

Keenam, dear earpiece. Tapi  dah kawen ni, ghaib ditelan dek barang lain. Dah ada anak, ada masa ke nak dengar by earpiece tu. So, dia bukan lagi benda yang Aien tak buleh nau hidup tanpa dia.

Eh, nak skema buleh tak? haha Next, next benda yang Aien tak buleh sangat hidup tanpanya adalah, udara! Yes. Udara yang kita guna untuk bernapas ni. Haa, skema tak? Tak ada idea la nak senarai hitamkan benda yang tak buleh dengan. Apa yang disenarai di atas itu je la. Aien mesti usang ke hulu ke hilir, siap buat spare part lagi. Satu kat rumah, satu kat kampung , satu dalam beg anak, satu dalam beg tangan sendiri? Kau rasa? Benda apa?

Baru teringat, minyak angin. Roller punya style by Freshcare.

credit image from google


Favorite Aien is Sandalwood. Ntah la, terberkenan yang tu, tu je la sokmo beli. Tuan Izwan dulu masa tunang, Aien belikan yang kotak merah tu, sebab dia jenis yang tak lut dengan minyak yang sedap bau. Haha Tapi sekarang bedal aje yang Aien pakai sebab sama je. Dia jarang migraine, sekali kena kita susah hati. This is the most important thing in everywhere sight for me. See, jumpa satu. 

Apa la lagi ni...  Jenuh dok pikiaq! Pa dia ntah. Tu ja la kan? Aci la kan tak sampai sepuloh? Nipu nau orang ni. Haha 

Jangan marah naa~ Itu cumaan tajuk. Nak buat kensel, ganti dengan several tak leh. cause me just keep this blog alive from a little smartphone. So, masih tak reti nak dash sana, dash sini. Haa, janji blog aku ada entri ya udah~ 

Tahniah baca sampai habis~… ♥ u olls.  

till I write again~ ^^




BIRTHDAY GIVEAWAY BY MYA ROSLI


Hi~ Assalamualaikum | 

Aien jalan-jalan tadi, tengok ramai yang join. Demi menyokong kawan blogger, moh ler kita meriahkan. 

Mardhiyyah Rosli atau lebih dikenali as Mya Rosli melaksanakan giveaway ni sempena birthday dia yang bakal menjelang sekaligus meraikan keterujaan dia untuk report diri di tempat kerja baru. Aien ucapkan good luck dan semoga maju jaya di tempat baru. 

For your birthday, moga ditambahkan iman seiring dengan umurnya. Diredhai dan dirahmati apa jua yang berlaku dalam kehidupan Mya akan datang. May Allah always be with you. Grant your wishes and keep your family safe and sound. 

Moga teman lain sudi-sudi la memeriahkan lagi giveaway contest dari Mya ni. Dun wori, she eat nasi. Tak makan orang punya. Kan Mya? 

All the best! 




Jumaat, Januari 04, 2019

MOVIE REVIEW: TULLY

credit: google i

Hi~ Assalamualaikum | Tully

Disebabkan Aien terlalu blur nak tulis entry untuk 2019 ni, moh ler kita tengok movie cari idea. For your information, Aien dari mula ngandong Nayla dulu, kata nak tengok cerita ni. Buat inspration gitu. Alih-alih terlupa. Nasib adik ada buat recommended movie list, wow~ terus cari dan tengok. Sangat sedih! 

Tajuk: Tully 
Genre: Keluarga
Durasi: 1 jam 40 minit
Rate: 8.5/10 
Cast: Charlize Theron, Mackenzie Davis
Sinopsis: Seorang Ibu kepada tiga orang anak mengupah seorang pengasuh tengah malam untuk anaknya. 

Macam simple kan sinopsis dia? Yep, It's just a family story that every young  mother need to watch. 

*Review Aien*

Well, Macam yang Aien cakap cerita ni such inspration buat diri yang rasa lost somewhere dalam menjadi suri rumah dan terpekung dalam rumah tanpa suami yang sibuk mencari rezeki untuk penghuni rumah. Banyak kata-kata dalam cerita ni Aien rasa deep menyucuk ke jiwa. It's just me and my feeling get emotional tengok cerita ni. Sob sob 

*Spoiler alert* 

Sedih, bila Marlo handle anak lelaki dia, Jonah yang di kategori sebagai 'special kid'. Tadika biasa untuk menyarankan Marlo untuk cari cikgu yang bersesuaian. Dia pulak tengah sarat mengandung. Dan bila dia dah bersalin, Adoo~ Like, damn! It's hurt. Penat bersalin tak habis, tengok suami dia pulak seronok tidur, dia lepas tu balik kena bangun malam breastfeed baby dia. Because lack of sleep, stress.. Stress kuasa keempat. Dengan kerja, dengan Jonah, dengan rumah. Boleh tengok la keadaan rumah dia bersepah. Anak-anak makan frozen pizza. Suami balik kerja, cakap "Itu je?" O M G . 

Sebelum tu, Abang Marlo ada suggestkan midnight nanny kat dia, konon hadiah untuk Marlo sempena baby baru. Abang Marlo berniat baik. Nak adik dia yang ceria balik, cuma bila keegoan suami terhadap abang Marlo yang kaya tu, Marlo end up macam tu. 

Suami mana tak suka tengok isteri happy kan, just dorang tak reti nak happykan isteri tu macamana. 

Drew, suami si Marlo ni suka bila Marlo ni dah pandai bermekap balik. Sampai anak dia pun tegur, mak dia nampak berbeza. Masak makan malam pun dah sedap. Haa~ happy wife happy family kan... 

Semua happy sampai satu peringkat, midnight nanny tu nak berhenti. Marlo lost herself again. Masa tu, baru Drew sedar yang isteri dia depression. 


Ini favorite quote Aien. Yes, indeed! so dear myself, please be happy for yourself disamping kau cuba nak jaga laki dan anak kau. Yes, I'm happy! Ada me- time sendiri. hehe




Yang ni pulak Aien saja nak share. Sebab nak kongsi how your mom be like after anak dah ramai. huhu It's a fact. Sebab tu tabil la pada mak-mak yang masih study, masih ingat majoriti benda selain isi kandung rumah dia. 

You gais should tengok cerita ni. Best! Then, you reliase kenapa la Allah cakap syurga tu di bawah telapak kaki Ibu. Pengorbanan seorang Ibu tu besar. Huhu bila teringat balik, adoo jahatnya aku dengan mak aku. Dah ada anak sendiri pun still tak boleh manage. Try hard learn satu-satu. Praktis segala teori yang diajarkan oleh Taufik Razif. I just want to be happy with myself. With my children. So, need to make a change. Kalau kita asyik nak stress. Sampai bila-bila kita tak pernah bahagia ,ye dok? 

Teringat dulu, masa dara, syiok tengok orang ngandung ada anak. Sekali dah sampai kat diri sendiri. It's fun Nur! I keep remind myself that so I never get lost with emosi. Bila dah berumah tangga, emosi seorang isteri dan Ibu menentukan keadaan rumah tersebut. Dear husband, if you nak rumah you cantek, happy kan wife you. lagi-lagi la wife you tu suri rumah. Kebosanan bila dok rumah seharian mengadap rutin yang sama tiap hari tu masya Allah. Tapi, kebahagian jugak sebab dorang memang goyang kaki je kat rumah. Pejam mata je tengok anak buat sepah, baju tak berbasuh. Haha Ado.. itu gunanya toleransi. 

Dah apa Aien bebel ni.. Nak share movie review dah membebel pulak. Tahun baru Nur, Tahun baru.. 

Tahniah la baca sampai habis Nur bebel yek. Haha Sometimes tengok cerita macam ni menceritakan isi hati kita, dalam senyap kita pun nangis sama. Sedih bila anak dia tanya, 
'Mom, what happen to your body?' 

Dah tak rasa seksi sana, cantek sini lagi. Pahtu suami mula cari lain. Sedangkan yang ada tak mau dihiaskan balik. Wow! 

Dah! stop Nur. Such a negative aura betol la. Tapi, itu apa yang ada dalam hati. kan? Perempuan ni dia sendiri tak pernah faham diri dia. So, meh la sama-sama fahamkan diri masing-masing supaya rumah tangga anda harmoni. Sakinah wal mawaddah! Menjadi keluarga yang membawanya ahlinya ke syurga. Kan nak kiamat dah? 

Peace, no war. 

Tahniah lagi sekali baca sampai habis. Aien masih tak punya goal untuk this year. Just nak sambung goal last year. Mudah-mudahan dapat jujur dengan diri sendiri sebab tak ada siapa yang boleh ubah diri awak tu, melainkan diri sendiri. Yep! Be happy for yourself ya


Till next movie, Jaa Nee!




Selasa, Januari 01, 2019

HELLO 2019

Hi~ Assalamualaikum | 

2019 bermula. First page of a blank book. Have nothing to write actually. Nak bebel pun otak blur. Dalam kepala mahu makan dan terus makan. Sementara umur masih ada kan, mari la kita makan. Too much food that Aien craving right now. Sushi, steamboat yang actually terbayang sup tom yam yang panas dihirup bersama daging bakar dibalut dengan daun salad. Wow! Marvelous gitu feeling. Sayangnya, che abe Aien yakni Tuan Izwan tak mahu masuk Seoul Garden. Nak makan kat Meletop, takut membazir. Sama je fungsi dia dengan Seoul Garden. Bwahaha Meletop sedap makan ramai-ramai dan dengan mereka yang suka makan. Masa kerja dengan Taska dulu, dorang pernah buat majlis makan-makan kat Meletop, Taman Teratai. Masa tu Aien dah 6 bulan kot. Mengah kau nak makan! Ikut kan nafsu nak sumbat lagi. Tapi daya ibu mengandung ni sikit-sikit isi tapi cepat lapar. haha 

Hari tu, try beli daging. Unfortunely, daging dia sangat tak empuk bila dah disangai. Nak kata salah potong, Aien potong sikit ja. Dan betol tentang urat dah pun. Beli daun salad, sejambak tu, boleh habis sorang. Wow, marvelous! Nampak tak cravingnya masih tersangkut di situ. 

I miss my sista~ dorang sangat support member suka makan, janji kena chia. Haa~ laju deme makan. Buku pink pun belom buat lagi. Takut kena bebel dengan nurse sebab jarak dekat la sangat. This is unplanned the plan. Haa~ actually bila dah breastfeed, Aien ingat it's okay la tak datang period, sekali.. Selera makan terabur. Nasi campur (nasi berlauk) tak nak masuk, air masak minum muntah. Haa~ simptom yang sama dengan Nayla dulu. Tapi dia, craving makan dulu dan sensitif yang amat. Bab, tak lalu semua ni, after dah buat buku pink sampai berat badan turun kau. Ni pun turun jugak berat badan. Dapat la balik berat Aien masa sebelom ngandung Nayla. Tapi, tapi tapi.. Den lapo.. struggle is real now. Breastfeed and pregnancy. Double triple. Wow! 

I'm not to bebel about this thing  because I know some other people yang nak merasa mengandung, ada anak sendiri sejak mula kahwin sampai ntah dah lama mereka mendirikan rumah tangga still tak ada rezeki anak, Aien doakan moga 2019 ni tahun kalian. In shaa Allah mana tau. Aien sampaikan kenan pantas wa subur ni pada kalian. Aien ni dah ngikut baka Mrs. Umi Aien. Subur sangat. 😌 The unplanned plan ni, sangat sangat sangat make me shocked dan unspeak thought. Pray me well. Semoga tabah menghadapi tantrum Nayla yang telahpun bermula. Manja dia, ngada-ngada dia and struggle bawak seorang lagi insan dalam perut ni. 

Esok lusa ke minggu depan la nak p buat buku pink sebelum kena bebel dengan nurse sebab lambat pulak. 😣 Haha 

Itu je la cerita untuk 1/1/19 ni. Tahniah pada siapa yang baca sampai habis~