Selasa, Ogos 09, 2022

Asah minda dengan permainan atas talian lejen

 


Yadoi mak, lamaknya tinggalkan dunia game atas talian ni ek. Tepu jugak otak nak kejar atau susun strategi macamana nak menang dengan mata yang tinggi. 

Sebelum tu, meh sini Aien nak kongsi dengan korang satu web mudah untuk main atas talian tanpa risau kena muat turun terlebih dahulu. 


Walaupun game itu asal tujuan untuk bersenang lenang, tapi bagus juga kalau ada game yang boleh asah minda tajamkan fokus kita dalam sesuatu hal. 



Hakikatnya kita bermain, tapi sebenar tengah menajamkan fikiran kita kembali di sebalik aktiviti tenangkan fikiran ni. Dalam banyak-banyak senarai di atas, Aien paling suka tiga jenis game yang mana Aien rasa korang pun kenal la game lejen ni kan. 

THE SORCERER




Mesti korang pernah main game Zuma dulu kan? The Sorcerer ni kira adaptasi dari Zuma jugak la jenis dan gaya permainan dia. Jangan risau kalau tak pandai main, nanti ada cara-cara main dia keluar. Aien main berapa kali tak jugak menang. Hahaha Jangan stress! Kata nak relax  chill okay. 

Walaupun tak ada laptop, pc atau tablet boleh jugak main di telefon biasa tapi bukan yang ada papan kekunci tu la. Haha 


Leka jap main The Sorcerer ni. Habis bola aku kena telan dia. Hish...


Bila dah boring ni ajum kit tukar lagi. Nayla sibuk suruh ibu tukar game yang dia berkenan. Heee~ budak pun tertarik tau nak main sama. 


2. FreeCell Solitaire 


Game yang paling lejen sekali la kalau boring boring kerja (masa praktikal) dok main game ni aje la kat PC. Hahaa siap dah boleh kalahkan semua yang ada kat situ lagi. 

FreeCell Solitaire ni permainan jenis kad yang korang juga boleh bersantai dengan sambil mengatur strategi perjalanan kad korang. Silap langkah jammed terus la. 


3. Simon Says 

Bila rasa nak menguji kelajuan dan kepekaan telinga dan mata, boleh main Simon Says ni. Aiguu~ Ibu nak banyak la nak kena setting balik. Hahaha Lemau dah la bertahun tinggal semua benda. Buat benda lek lek sudah. 




Disebabkan tadi stress lepas main Solitaire sekejap, automatik bising. Jadi nak main Simon Says ni dah tak relax. Padahal tadi cuba main, menang se... kemudian tak nak ngaku kalah pulak dengan Simon Says ni. Lelama pening lak palak.. Haha 

Seronok la hilang stress jap bila terlalu fokus dengan kerja rumah. Okay dah boleh kembali bertugas. 

Korang nak main jugak? boleh >>TEKAN SINI << Selain daripada games atas talian, bermacam lagi benda korang boleh cuba lihat di sini untuk kira bajet, loan, saving dan macam-macam la ada. Jangan lupa terjah tau. 

Isnin, Ogos 08, 2022

Mr. Plate Premium kini di Taman Universiti, jimat lagi sedap!

 


Lepas balik dari camping hari tu, ingat nak singgah makan area Kota Tinggi ke atau memana la paling dekat kan, sebab siap kemas khemah je sedar-sedar dah jam 3 petang. Haha padahal start kemas dari pagi. Banyak sangat barang tu. belom lagi berebut dengan bebudak lagi yang dah kelaparan lepas naik dari pantai. Tak dan masak sebab gas dah habis. Nak beli pun dah habis jugak. Tu yang kata, nanti lunch baru cari kat luar. 


Sudahnya sampai ke Taman Universiti baru dapat makan pasal anak-anak separuh jalan dah tertido kepenatan. Seawal pagi dorang dah turun mandi. Nadhira pakej dah tertido kat lengan ayahnya. Tak sempat mandi pe semua. Adeh, anak la anak. 


Mr.Plate 

merupakan kedai makan Melayu yang dibuka di Parit Raja, Johor yang terkenal dengan trademark Citarasa Mewah  Harga Termurah serendah RM2 sepinggan. Memang menarik sangat. Jika dahulu mereka ada membuka cawangan di Senai, namun tidak lagi.  Digantikan dengan cawangan di Taman Universiti pula kini. 


Mr.Plate Premium di Wisma PKMMNJ, Taman Universiti, Skudai.

Dua kali pusing gais, ragu-ragu dengan keadaan wisma yang tak berapa nak meriah. Tambahan pula ada kedai makan juga baru buka bersebelahan wisma. Lagi-lagi Mr.Plate Premium mengambil alih kedai makan Chamek Kopitiam namun papan tanda Chamek Kopitiam masih ada di situ. Konfius pelanggan. Well, dah boleh masuk la kan sebab papan tanda Mr.Plate Premium memang dah ada, cuma dia macam bergabung Chamek Kopitiam gitu. 


Perkara paling suka adalah, kita order tanpa sentuh. Mungkin pertama kali bagi Aien yang jarang makan di luar ni. Agak kagum juga la dengan sistem Mr.Plate Premium ni. Nampak sepi, tapi makanan semua sedap dan yang penting murah sangat. 


Untuk order pertama kali, dapat 10% cashback. Berbaloi ui. Pada hari kami datang tu, sepatutnya ada Mee Kari RM1 semangkuk tapi dah habis. Lewat petang, apa la ada lagi kan. Tak apa. Kita order je makanan lain, sedap semuanya. Yang penting, pedas mak ngah. 


Kalau rasa macam, eh tak pandai la nak order guna sistem begini. Pihak restoran Mr.Plate Premium ada juga menyediakan cara-cara untuk membuat tempahan. Senang ngat la! Kalau pergi dengan cucu, suruh cucu orderkan. Mereka generasi baru ni semua bijak IT. Kita pulak rasa ketinggalan. Haha 

Nayla siap tunjuk lagi dia nak menu macam dalam gambar tu. Sekali bila dah belek menu, tak ada la pulak. Makanya kita order apa adanya. 


French Fries Cheese untuk anak-anak. Kesukaan Nayla dapat makan sos cheese dan Mayonis tu. Hingga menjilat jari bak hang. 



Serius tak tipu ek dorang hingga menjilat jari. Kelaparan satu, sedap no.2. Bila dah balik siap tanya lagi, ibu ada lagi tak kentang macam kat kedai tadi. Aduhhh.. Anak.. Dia boleh pulak order dengan Ibu dia macam dia order kat kedai. Bertuah. 


Nasi Ayam Penyet suami punya. RM2.90 je see sepinggan ni. Nampak comel, tapi kenyang jugak. Terasa sama macam di pinggan biasa aje pun. Suami cakap, ayam dia kureng tapi sambal dia pedas kaw. Haa~ buat pengemar pedas boleh ke sini untuk cuba. 


Nasi Ciken Butter - Yet serupa rasa black pepper tapi don't worry. Sedap dia tetap terasa walaupun dah sejuk. Ingatkan bebudak dapat makan nasi ni. Sekali bila dorang dah jumpa french fries tadi, dah tak ingin la menu lain.


Semestinya Aien dengan selera barat, Spagetti Meat Ball. Nampak kicik, tapi masya Allah kenyang ya Allah. Sedap. Pedas - bagi Aien yang bukan pengemar pedas. Hehe


Tauhu Bakar kuah Rojak - special homemade sos. Alhamdulillah semua habis. Tak habis boleh bungkus bawa balik. Haha 

Serius talk- best sangat makan kat sini sebab orang tak ramai dan murah. Taste dia pun not bad. Lain kali boleh ajet ajet bawak adik beradik datang sini la makan kat sini. 

Info lanjut boleh baca di Facebook Page: Mr. Plate Cafe Premium


Lokasi: Wisma PKMMNJ, JALAN KEBUDAYAAN 21, TAMAN UNIVERSITI SKUDAI. (Sebelah traffic light) 

Masa Operasi: 10 pagi - 8 malam
Contact no: 012-515 6679



Ahad, Ogos 07, 2022

Pengalaman Camping di Sunrise Campsite, Kg. Punggai, Penggerang Johor

 



Masya Allah, baru nak update yer duhai Kapisah.. Lama betul nak ambil mood tu untuk menaip. 

Baik la tanpa membuang masa, mari kita menaip apa yang masih segar di ingatan. Perkhemahan kelima buat kami sekeluarga. Walaupun begitu, ini kali kedua untuk Edisi Pantai setelah Logok Campsite dulu. 

Kali ni kami bertolak awal dari rumah. Awal tak awal pun kol 8.30 pagi jugak. Sampai di Sunrise Camp jam 10 pagi. Memang teruja dengan angin yang agak kencang dan anak-anak lagi la tak sabar nak mandi. Setelah dapat tapak khemah, suami mula memasang khemah terlebih dahulu sebelum membawa anak-anak turun ke pantai. Dek kerana berlawan dengan angin, dari jam 10.30 pagi pasang khemah sampai la jam 12 tengahari baru siap set up semuanya. Adeh adeh.. Anak-anak dah tak sabar menunggu untuk terjun ke dalam air. 


SUNRISE CAMP, Kg. Punggai, Johor


Baru dibuka untuk orang awam pada tahun 2022. Campsite yang tak perlukan kos yang tinggi tapi cukup lengkap kemudahan untuk membawa keluarga berkhemah di sini. Harga untuk tapak khemah cuma RM25 / kereta satu malam manakala  RM10 / balik hari. 

Cukup tandas dan bilik mandi untuk menyegarkan diri. Sinki untuk membasuh segala perkakas selepas masak dan makan. Plug point yang boleh disewakan mengikut keperluan. Apa yang penting line telefon 4G. 


Bilik air yang cukup banyak bagi aku la kan. Sebab setakat 3 hari 2 malam di sini, tak pernah lagi beratur untuk mandi. Rupa-rupanya owner campsite memang limit-kan setiap pengunjung untuk masuk ke dalam. Jadi kita tak la terada terbeban dan stress dengan kemudahan yang sedia ada. 



Tandas juga tak pernah lagi rasa tersangkut nak membuang. Satu lagi Aien nak puji tempat ni, owner dia guna power pumping air supaya tidak tersangkut bila orang ramai mandi dalam satu-satu masa. Memang ada juga sesekali air kecik, kemudian pasti akan banyak semula selepas orang selesai mandi. 


Kawasan yang agak luas dan tenang saja. Sunyi di malam hari, tapi tidak kesepian. Haa, paham ke idak? Ada certain tempat dia macam meriah dengan lampu, tapi agak sherraamm..You know what I mean? 


Suasana menghala ke pantai. Ada juga pilihan wakaf untuk kita santai dan semestinya ada penambahan pembayaran la jika begitu. Ni ketika orang ramai dah mula bersurai meninggalkan campsite dan kembali kepada kesibukan kota. 


Agak luas jugak kawasan campsite ni. Penat juga kalau dapat tapak paling hujung dan berjalan ke tempat mandi. Jika malam pulak, termenung jap fikir nak ke tandas. 😅


Aktiviti 3 hari 2 Malam

Orang selalu kata, lamanya 3 hari 2 malam camping dengan anak-anak. Tak bosan ke deme? Weh, kalau dah jumpa pantai, dari celik mata sampai pejam mata balik pun deme tak nak naik. Naik ke tanah sekadar mengisi perut kemudian turun semula ke pantai. Berulang begitu saja la. Cukup jam dah sejuk dan penat, mereka kata nak mandi kat bilik air. Ye, dituruti saja. Bagi makan kemudian rehat sekejap. Tidur dulu. Celik saja mata, turun semula ke pantai. Ibu pulak, busy pikir nak masak apa. Masak dengan dapur satu saja. Menunggu la masaknya. Belum masuk lagi dengan 'bergaduh' dengan angin yang boleh tahan kuatnya. Ayah temankan anak-anak. Petang sikit baru ibu turut sama. 


Antara trademark Sunrise Campsite ini adalah mereka ada tempat untuk lawan bantal, sesuai untuk aktiviti keluarga. Memang sesuai lagi kalau nak tempah tempat ni untuk family day gitu.


Aktiviti wajib la kalau dapat ke pantai. Nadhira suka pulak kena tanam berdiri begini. Haha Leka dia perati ayahnya buat begitu. 


Buaian dipasang di setiap pokok yang ada di tepian pantai. Memang tuan tanah ni sangat memahami selera orang kini suka relax dan mengambil gambar kenangan gitu. Hasil tangkapan Nayla. Anak dara sibuk dah nak jadi fotografer. 



Juga salah satu trademark di Sunrise Camp. The problem is kena ambil gambar di sekitar awal pagi dan tengahari baru lawa gambarnya. Jika sudah petang, jadi la gambar seperti kami. Gelap sebab lawan cahaya. 


Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, berlawan dengan angin yang sangat kuat. Malam pertama kami di sini, hujan selebat alam sehingga semuaa barang di luar dipenuhi dengan pasir keesokan harinya. Dari sini juga, suami berkata. Harus dibesarkan lagi ukuran flysheet ni supaya boleh selamat dari tempias hujan. Paling tidak ada lagi ruang yang boleh dijadikan tempat berteduh selain dalam khemah. Kami empat beranak duduk la dalam khemah sementara ayahnya menguruskan keadaan luar dan sekelilingnya. 


Khemah di siang hari nampak tenang aje. Ini la gaya berkhemah gaya kita. Tak boleh juga la ikut gaya have-have. Heeee~ janji dapat bawak anak-anak bersantai di luar. Tunggu sikit-sikit kita upgrade kan dia jadi lebih selesa. Risau kenderaan pun kena upgrade jugak sebab barang semakin banyak. Haha


Selain Nadhira, Najmi juga mahu ditanam. Tak lama kemudian menangis sebab diusik ayahnya. Jiwa anak lelaki ni manjanye lahai. Kakak Nayla langsung tak mahu ditanam sebab dah faham nanti mesti ayahnya mengusik. Rela dia bermain di sebelah saja. 


Masing-masing takjub melihat ikan yang selama ini mereka lihat mati di pinggan ataupun hidup dalam aquarium bergerak depan mata. Nadhira langsung tak takut. Hasil pancingan kawan suami. Senyap-senyap ketika air surut dia boleh peroleh lebih 5 ekor ikan gelama bersaiz kecil. Alhamdulillah boleh buat lauk. 


Done story perkhemahan kami kali kelima. Dah lelama boleh dah handle cuma lebih mencabar apabila Nadhira dah boleh berjalan. Jadi bermacam akal dia nak bermain. Ada senang dalam susah. Ada duka dan gembira. Haa، lumrah alam. Begitu la dia. 

Next, destinasi mungkin ke pantai lagi ke? Ayuh... 


Selasa, Ogos 02, 2022

Giveaway BZ Satu 2022

 


Ajum la mulakan bulan kemerdekaan kita dengan ikut serta satu giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger named kak Zarida. Rasa macam pernah follow, tapi tadi bukak dah tak follow pulak. Tak apa kita join dan follow akak dah. Hehe 


Okay gais~ giveaway ni sangat senang syarat-syarat dia dan hadiah dia sangat menarik korang. Kegilaan orang sekarang ni la. Actually kegemaran setiap masa kot. Haha 


Sekaligus dengan giveaway ni Kak Zarida nak kemaskini bloglist dia, ajum la kita meriahkan lagi demi merapatkan ukhwah rakan blogger. Ahh gituu.  Salam perkenalan kak. ^^ 


Macam biasa, untuk join klik je banner lawa kat atas tu ek. Selamat mencuba! All the best semua! ❤️


Isnin, Ogos 01, 2022

Welcoming August after tiring July

 



Fuh, berakhirnya Julai dengan perkhemahan di Sunrise Camp. Tunggu la ada mood nanti update. Esok ke lusa. Sekarang masih mood settlekan laundry dan kemas baru camping. 


Saja la nak update blog supaya tak sunyi sepi. Sejak dua menjak ni perasan Pageview dah makin lawa. Itu pun nak kena basic knowledge tentang blog balik ziarah blog orang lain, tinggalkan komen dan jangan lupa update blog sentiasa. Nak kena rajin sentiasa la. Nak senang bukan senang kan? 


Macam biasa Isnin selalu nak buat suri rumah Kapisah ni nak rant sesuatu just because perkhemahan kali ni banyak buat aku realise something sangat. Contoh, planning for the future. Eh, benda ni orang selalu sebut cuma bila datang kat aku. Benda ni macam alah benda senang, just follow the flow je sebab selalu terjadi benda yang aku rancang tak menjadi. Huhuhu Tu yang kadang malas nak beriya sangat, once dah merancang aku mesti nak bagitau orang dan buat sampai jadi. The biggest mistake aku, bila ada kecam aku terus down. Literally, jarang la jumpa manusia dekat aku ni yang keep bagi support kat aku. Salah satu sebab bila aku tengok orang down, aku nak bagi moral support walau aku sendiri terumbang ambing. Walau bagaimanapun, tetiba rasa diri fake. Haha 


Pernah rasa macam tu tak?  Dia macam nak buat baik, tapi rasa fake. Nak buat jahat takut kena kecam. Ahhh, gitu.. So ko nak jadi apadoh?


Begitu la dia. Nak jadi baik, tapi sendiri tak kuat. Tak boleh nak salahkan orang juga kalau iman sendiri senipis bawang. Moga kita semua diberikan kekuatan untuk terus istiqamah menjadi hamba Allah SWT yang selamat di dunia dan akhirat. Moga menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak tertipu dengan fitnah masihi Dajjal. Nauzubillah min zalik. 


Salam Augustus semuanya..