Pantai VS Hutan : Mana lagi best berkhemah?

Khamis, Ogos 11, 2022

gambar carian di Canva

 

Setelah 5 perkhemahan yang telah ditempuhi, ah~ masih newbie... Walau bagaimana pun tetap jugak nak kongsi dengan korang apa beza berkhemah di PANTAI dan di HUTAN. 


Eh eh ..  macam seronok je kan berkhemah ni. Mana ada tak seronok. Memang have fun sangat lagi-lagi bila anak-anak dah seronok bermain dan kita sesekali dapat keluar dari kepompong bandar yang sarat dengan tanggungjawab tu. 


Baca juga: Pengalaman berkhemah dengan budak di Logok Campsite


5 kali perkhemahan aku dan keluarga kecil pergi, 2 di pantai dan 3 lagi di tempat seperti ladang dan kebun. Aku nak buat kesimpulan as newbie pun akan bersiap-sedia dengan kemungkinan yang berlaku sekira berada di tempat begini. Nama pun survival. Perkhemahan ni begitu la kan, nampak aje seronok pacak sana pacak sini. The thrill dia pun kita boleh rasa la dengan pelbagai perkara yang bakal berlaku yang selama ni kita langgar je banyak. Hee~ kalau aku ler kan.. sebab ikut husband, dia bawakkan. Aku bawak diri, siapkan bebudak dan semuanya. Selebihnya semua di sana husband yang siapkan. Aku, tinggal masak dan kerja snap sana sini. Tak pun tu kerja husband juga la. Haha 


Mana lagi best? Pantai atau hutan? 


  1. TEMPAT 
  2. POWER SUPPLY
  3. KEBERSIHAN
  4. KEMUDAHAN
  5. SUASANA


1. Tempat

hi

Lihat pada camp site jugak bagaimana mereka kendalikan tempat tapak tu sendiri. Everything is competition beb! Siapa paling selesa, paling cukup kemudahan, dia la paling banyak dapat perhatian. Buat Aien camp site yang meletakkan had kepada camper untuk masuk ke tempat mereka adalah paling best, semua mereka tahu kadar termampu mereka dalam menguruskan tempat dan tetamu a.k.a pelanggan yang datang. Setakat 5 tempat ni, dan thanks to husband dia pandai cari tempat yang bagi aku kira selesa juga sebab kami bersama anak-anak. Cuma aku ni introvert sikit, aktiviti lasak begini pun dah kira mencabar juga bagi aku. Haha Sebab suka melepek atas katil tengok drama di rumah lagi enjoy kot..Haha 


Jika dalam hutan @ ladang @ kebun pulak, ada sesetengah owner memang rajin turun padang tengok-tengokkan camper selesa ke tidak. Ada komen ke tidak. Pengalaman pertama kali pergi ke ladang, nyaris nak kena kepala air. Nasib owner memang tunggu sama melihat keadaan air sungai kembali surut atau tidak. Masa tu seram giler uolls. 


BACA JUGA: Port Tersembunyi Baru buat Camping: Mak Kiah Campsite


2. Power Supply


Yang ni memang ketara giler antara dua kawasan camping ni. Tambahan pulak, jenis Aien ni puteri lilin. Haha Kalau di ladang @ kebun, power supply kami yang pada mulanya cuma 2 biji power bank sebanyak 80000 mAH tu boleh habis dalam masa 2 hari. Bayangkan. Heee~ cuba kalau kat tepi pantai. Duduk luar khemah je berangin gituu. 

Nasib la husband sangat memahami sekarang dah upgrade power supply kami kepada bateri kereta. Setakat ni kalau ke pantai memang jimat teruk. Lepas ni tak tau la kan. 


3. Kebersihan 


Bukan tempat tu kotor ke apa, maksud kebersihan tu merangkap habuk tempat camping, atau pasir la senang cakap. Kalau ke pantai kan pasir dia masyaa Allah. Teringat sekali tu pergi kena hujan. Esok dia jenuh jugak nak mengemas barang camping padahal ada lagi satu malam lagi nak tido di situ. Bila fikir balik, ada juga kena hujan di Mak Kiah Campsite tu sama aje la kotor dia. Tapi menghadap sungai. Kotor-kotor bawak turun sungai bersih kan. Haha Senang kerja beb. 

Dibandingkan dengan pantai, sebersih air pantai nak kena bilas lagi dengan air paip baru senang hati. Jika tak, melekit dengan air garam tu. 




4. Kemudahan 

Orang kata, nama pun camping kenapa la sibuk nak kemudahan yang selesa. Teringat satu tempat ni cukup penuh masa tu, sampai kena beratur nak mandi bila peak hours. Jenuh ui.. Nak berak ke apa, semua kena tunggu la. Memang termenung cerita dia. Selepas tu, tempat lain alhamdulillah semuanya okay. Adat la memula rasa semua benda tak selesa. Semua nak senang. But, learn from alam. Nak sesuatu kena usaha lebih sikit. Nak senang, keluarkan duit. Ahh gitu.. macam ada tandas portable tu. Tak payah berebut. Lepas tu, sediakan shower bag sendiri. Haa, best kan? Yang tak best kalau kenderaan kecik nak berangkut begitu. Memang tak la. Jadi kita belajar susah-susah dahulu. 

Dari segi pantai dan kebun atau ladang masing-masing tempat camp memang dah ada menyediakan semua kemudahan. Baik dari segi keselamatan para pelanggan juga mereka jaga dari belakang. Walaupun macam boleh tarik nafas, yet kena juga berjaga-jaga dan menyediakan first aid dan safety lebih-lebih lagi kalau ada anak kecik. 


5. Suasana 

Cannot compare la both place ni cause both of them ada pro and cons tersendiri. Like, everyone had their own choice kan? 

So, mana lagi best? Untuk pemandangan semestinya pantai. Jika air semestinya sungai. Selebihnya kita okay je mana-mana janji boleh pacak khemah dan membuang dengan selesa. Haha Itu penting. Walau tidak la selesa seperti di rumah.. Tetap, enjoy the moment jangan asyik nak merungut aje.. penat la kan? Dari benda kecik pun nak stress. Mana kan benda beso. Heeee~ apapun anak-anak happy ibu is happy too.. 

One more things, jika dibagi pilihan setakat satu malam atau 2 malam, ikut tukang pasang dan tukang bawak kereta. Beliau selesa 3 hari 2 malam. Beliau kata dapat relax sikit. Jika 2 hari 1 malam, tambah beliau lagi macam kelam kabut. Sesungguhnya beliau orang yang tenang. Buat apa gelabah kalau boleh cuti? Haha 


Semoga dimurahkan rezeki suamiku sebab hiburkan kami gaya begini. Tahun depan anak dah nak sekolah. Jadi, cuti sekolah je dapat buat aktiviti begini. Ye dak? 


17 ulasan

  1. Balasan
    1. Harus cuba semalam.. ada tmpt sediakan khemah utk disewa jugaj

      Padam
  2. hutan memang best suasana dia rasa tenang je..tapi sis ni bukan jenis suka outdoor kalau diberi peluang utk berkhemah memang fikir banyak kali dulu terutama sekali benda basic macam tandas..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sis pun xminat outdoor. pasrah je kena ikut. bila tmpt tu xselesa. mula la bebel kat husband. Haha hadap je laaa.

      Padam
  3. Terus nur tanya diri sendiri mana lagi best. Haha dua2 best tak dapat nak pilih pantai ke hutan lagi best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. dua2 best.. kita enjoy je dua2..

      Padam
  4. Suka camping dekat hutan sebab air sungai bersih. Kalau pantai, angin panas pastu berpasir. Kalau bercuti dekat hotel boleh la pilih pantai sebab view dia syok, makan pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aien prefer sungai jugak. tp ada sesetengah tmpt camping, tandas dia tinggi ke main eh.. rela mandi di sungai dari naik ke bilik mandi. haha

      Padam
  5. saya lebih suka pantai....ada air, angin dan pasir hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantai best. tp kena extra rajin lepas tu. haha

      Padam
  6. last camping mase zaman sekolah..tu pon sebab markah koko hahaha..

    BalasPadam
  7. keduanya best untuk bersantai dan untuk put aside dari menjengah social media..

    BalasPadam
  8. Kita lagi suka pantai berbanding hutan.. sebab pantai lagi best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantai dia mcm tenang, hutan dia macam senyap. haaa

      Padam
  9. Aduh.. Tak pasti yang mana best.. mungkin hutan kot.. lebih sejuk.. Pantai ini kadang-kadang panas berbahang..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤