Slider

Latest from the blog

Khamis, Jun 01, 2023

Jun: 2023

 



Hi Hi June, dah masuk separa 2023. Separuh ke separa je kan la iye. Masa tetap berjalan, semoga kehidupan kita tetap dengan kegembiraan. 

.


Baru habis tengok Meet Yourself, healing betul drama tu. Esok kita review eh. Hari ni nak cerita what happen 2023? 

.

Hal besar untuk 2023 adalah pindah rumah dan Nayla sekolah. Selebihnya small matter dihadapi dengan sabar dan redha perjalanan akhir zaman memang sukar. Asyik mikirkan mana kita, tapi begitu juga. 

.


Korang rasa macamana? Nampak posting kat timeline facebook, untuk tahun 2023 apa rakyat Malaysia rasa? Rata-rata mengalami masalah serupa. 

1. Kesihatan merundum. Anak-anak sering sakit. Pahtu kematian memang akan mengejut. Tiada siapa menyangka hari terakhir mereka. 

2. Bahan mentah semua naik harga. Jangankan barang-barang. Dengar kata bil air/api,  OPR semua naik lagi. 

3. Manusia semakin kejam, Malaysia dah tak aman. 

.

As long as kau tak kacau orang mungkin la macam Stay At home mok ni, mana bergaul dengan orang. Tengok berita bila dia nak tengok. Trending semasa kalau dia rasa nak ikut dia ikut. Macam blog ni, kadang sepi manjang. Kadang rasa idea mencurah-curah. Tapi teringat satu kata, jika tak mampu memberi manfaat jangan mendatangkan mudarat. Terkedu kejap. 


Zaman la ni semua orang nak berkongsi, mencari rezeki di media sosial. Ntah la nok, aku pun lelah mikirnya. Best jugak dapat healing p Yunnan tu kan. Suasana kampung, orang kampung friendly. Dapat kawan baru. Nak kekalkan yang ada pun payah. Nak bina circle baru. Minyak dijual tak laku ke tu? 

.


Over all, untuk separuh masa pertama 2023 agak sendu dan rasa macam hidup seadanya saja. Janji hidup, binatang di hutan pun hidup. Mana la nak jadi hamba selamat dunia dan akhirat? Kaya dunia akhirat? Terlalu banyak kata-kata quotes dalam kepala, selagi jasad masih di situ, penat juga oi. Jika ia di situ, tanpa roh pun agaknya sangat meringankan beban orang sekeliling barangkali. 


Korang macamana? Harap semua sihat belaka, dan  sentiasa dimudahkan segala urusan. Kita jangan ajak orang down sesama. Bagi semangay mudahan korang hidup baik-baik saja. Kan? 

Rabu, Mei 24, 2023

Raikan ulang tahun Nayla ke-5

 


Happy Birthday Anak! 

Pejam celik dah 5 tahun. Masih terbayang lagi perih nak lahirkan kamu anak bungas ni. Jadi untuk tahun ni, ibu malas nak ulang banyak kali walaupun rasa nak ulang taip semua kenangan tu. 


Anak pertama, semua jadi pengalaman paling berharga. Dengan dia menjadi penghuni pertama di rahim ibu, hadiah teristimewa sekali selepas 6 bulan menjadi Puan Nur Khafisah. 


Konvo bersama dia baru berusia 6-8 minggu masa tu, lahirnya dia terlebih due. Risaunya masa tu kalau kena ceaser. Alhamdulillah direzekikan untuk bersalin normal walau koyak teruk. 

.


Hadiah teristimewa,  sesuatu yang ditunggu dan moga menjadi peyejuk hati ibu dan ayah. Kegembiraan nenek dan atok menjadi cucu perempuan sulong. Kesayangan ayah. Lahirnya pada 6 Ramadan 1441 buat hangus puasa ibu. 🤣🤣


Tahun pertama - tak ada celebrate sebab masa tu sibuk dengan rutin klinik lagi. 


Tahun kedua - masih sibuk dengan bawak adiknya dalam perut. 

Tahun 2020 - PKP, dan raya masa tu. Jadi tak ada celebration. Ibu pun tak kerja, jadi malas nak excited sangat. 


Tahun 2021 - Ibu dapat rezeki lebih dengan jadi writer di newswav, ibu lanja la kek dan party kecilan sesama kami sekluarga. 


Tahun 2022 - Mak long belanja kek. Atok dan Opah datang ziarah. 


Tahun ni, alhamdulillah Anjang dan Mateh sponsor kek. Buat makan-makan sikit jemput Nenek, Atok, Mokde dan Ucu. Ingat nak ajak semua datang, tapi memandangkan semua rushing nak balik lepas majlis Malong, kita buat aje la ek. Tahun depan moga ada rezeki kita jemput reramai. Mudahan murah rezeki ibu ayah masa tu. 

.

Ohh ya, tahun ni kakak dah sekolah. Disebabkan bajet ibu bursted untuk majlis malong, kita minta dengan muka tak malu goodies mak ngah masih banyak untuk kongsi dengan kawan2 kakak kat sekolah. Terima kasih mak ngah share rezeki. 


Pagi ayah bawakkan ke kelas, rupanya kakak kongsi tarikh lahir sama dengan sorang kawan. Manis anaknya. Semoga awak berdua jadi anak yang solehah dan kakak yang baik hati. 

.

Semoga Nayla Insyirah sentiasa dimurahkan rezeki, dilapangkan dada untuk menerima ilmu dan nasiha. paling penting sekali, ibu serahkan kakak dalam jagaan Allah SWT ke mana saja kakak pergi. Anak ibu dah besar. dah pandai bawak diri. Jaga diri elok-elok. Ibu ayah sayang kakak. 🥰 

.

Done raikan anak sulong. Ada orang sibuk tanya belon dia bila nak sampai. Sebabkan kakaknya pilih dekorasi belon dan kek sendiri, dia pun nak jugak. Sian awak abang birthday dekat dengan orang, jadi asyik nak saing aje la ek. Doa rezeki ibu murah. Boleh buat asing2. K?


Happy birthday Ttal! 

Selasa, Mei 23, 2023

Chinese Drama: Till the end of the Moon (2023)

 


Till the End of the Moon 

Drama fantasi, xia xia dan romantic mengisahkan tentang seorang immortal, Li Su Su ditakdirkan untuk kembali ke 500 tahun lalu untuk menyelamatkan seorang putera tebusan daripada mati dan kemudian menjadi Devil God,  bakal menghancurkan dunia 3 alam. 


Drama sebanyak 40 episode ini lakonan Leo Luo dan Bai Lu. Drama ini merupakan drama kedua gabungan pelakon ini selepas drama moden Love is Sweet. 
.

Sinopsis Till the end of the Moon 



Seperti biasa drama fantasi dan xia xia ni lebih kepada masalah duniawi dan atasan langit. Kisahnya bermula apabila kelahiran semula Devil God selepas dihapuskan oleh 9 Tuhan sebelum ini, namun setelah 10 ribu tahun kemudian ada lagi kewujudan baru bakal memusnahkan seantero 3 alam tanpa Tuhan itu. 

Li Su Su, seorang yang terpilih ditakdirkan untuk mengubah kemusnahan itu dengan menghalang kematian seorang putera tebusan. 

Lawaknya di situ, Putera Tebusan itu merupakan suaminya ketika dia kembali ke 500 tahun lalu.  Dan menyedari kerana dia juga menjadi punca kematian putera tersebut. Alahai, kurus bebenar la Leo Luo dalam drama ni. 

Jadi bermula la episod Li Su Su menawan hati putera beku itu untuk menjadi yang lebih baik. Sang suami, TanTai Jin  merupakan putera kepada kerajaan Jing yang dihantar ke negara Sheng demi mengelakkan peperangan kononnya. Hakikat sebenar, Tantai Jin ini dibenci oleh ayahnya sendiri kerana mengakibatkan kematian bonda tersayang. Sedih, kelahiran tak bersalah. Tapi dah begitu nasib tertulis untuknya. 

Li Su Su berjaya mengubah nasib TanTai Jin dengan mengisi kekosongan di hati lelaki itu dengan kehangatan dan kecintaan. Malangnya tak dapat nak mengelak takdir dia tetap menjadi Devil God setelah beratus tahun mencuba. 
.

Drama ini adaptasi daripada web novel karya Teng Lou Wei Zhi bertajuk Hei Yue Guang Na Wen Be Ju Ben.


Review Drama Till the end of The Moon 



Sedihnya drama ni!!! drama custom begini takkan pernah sedikit episod dia jadi kena layan sampai habis sebab nak tahu takdir Tantai Jin tu. Beriya la Li Su Su tu berusaha bantu Tantai Jin dari jadi Devil God, tapi tetap juga jadi. Tapi twistnya lain. Untuk ketiga kali takdir mereka berputar, antara Ye Xi Wu dan TanTai Jin - di alam manusia. Ming Ye si Tuhan Perang dan Sang Jiu, syaitan kerang kecil - alam langit. Cang Jiu Min dan Li Su Su setelah 500 tahun kemudian. 
.

Sedihnya takdir mereka takkan pernah bersatu sehingga hujung nyawa pasti ada yang terkorban. Dan untuk kesekian kalinya, Jiu Min setelah menjadi Devil God memilih untuk berkorban agar Li Su Su boleh bahagia. 
.

Ada chinese fans kata drama ni akan ada part 2, kita tunggu saja la kan, sebab sekarang ni tengah ditayangkan di Netflix baru episod 20. Adehh, lambat nau tunggu jadi kita tengok di tempat lain pulak. 
.

Dah layan drama ni, suka pulak tengok kimia antara dua pelakon Leo Luo dan Bai Lu ni. Punya la kan, banyak-banyak drama dia, semua tak terlayan sebab dia macam statik kaku. Tapi dalam ni, dia menghayati watak. Ending dia macam, apakah Jiu Min layak mendapat kebahagian selepas takdirnya sebagai anak syaitan itu berubah diisi dengan rasa cinta daripada Xi Wu? 
.

Bila tengok sebab dia menjadi jahat tu, terfikir kan, dibuli dan diejek. Dijatuhkan maruah oleh orang yang sepatutnya jadi pembela baginya. Terlalu ekstrem sangat la penulis web novel ni nak menjadikan watak Tantai Jin tu. Kesian bila dia yang kahwin dengan puteri dalam kediaman Ye, tapi dilayan lebih rendah dari hamba-hamba dalam kediaman tu. Sedihnya lahai. Padan la dia jadi syaitan. Bila Li Su Su menjadi Ye Xi Wu, karakter dia berubah 90% dan mula mendekati Tantai Jin dengan hasrat dapat membunuh lelaki Raja Syaitan tu. 
.

Drama ni lagi ekstrem daripada The Blue Whisper sedih dia. Nak tengok review The Blue Whisper? 
.




Next drama!