Jalan-Jalan Johor

Rabu, Oktober 14, 2015


Jalan-Jalan di Johor | Buat kali kedua Aien jalan di Johor Bahru ni setelah hampir 12 tahun barangkali jejak ke sini pertama kali. 

Tujuan datang sini, saja menghabis sisa cuti mid-sem seminggu sekaligus buat kejutan pada seorang kenalan lama. 

Dari Melaka Sentral ke Larkin Sentral yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dengan tiket masa tu berharga RM20 untuk sehala. Mahal sikit la, janji bas pun selesa. Yang tak selesanya adalah pemandu dia malas nak berhenti di RnR. Kesian na kami penumpang ni. 

Tiba di stesen Larkin, kawan telahpun tunggu jom kita jalan. 


Hari Pertama: 

Aien dibawa dinner di Singgah Selalu. Ala~ penah masuk Jom jalan-jalan cari makan. Tapi, serius. Aien tak rekomen kan la restoran nih kalo anda seorang yang cerewet dalam pemakanan. Aien sepanjang journey ni, perut meragam. Mood nak makan pun tak tahu macamana.

Habis makan, pemandu pelancong Aien bawak ke mahkota besar depan istana ni. Actually, orang Johor sendiri cakap, johor tak ada apa-apa. Yang ada hanya la barangan mahal, tempat lepak, dan lampu. Tu je la. 


Hari Kedua

Selamat Ulang tahun pemandu pelancong.~

Ke mana kah kami? tak tahu. sebab semalam dah jengjalan sakan. Tapi gambar je tak ada. Pahtu kami pusing la sampai ke Pontian, ke Tanjung Piai. Gambar atas tu, di Tanjung Piai la. Ada Globe penghujung Benua Asia. Tapi kena tutup disebabkan kena banjir ritu.
 Road to the ------

Antara yang ada di dalamnyer..

Pahtu, pusing kat International Airport Senai. Pusing je la kan. Takkan la nak masuk semata? Kalau masuk of coz kena balik Miri. Kih Kih..

Dah amek gambar ni, sekali kena gelakkan dengan tour guide. 
"Susah-susah ko amek gambo tu, dekat google ada.." 
Cis~ seronok yer kenakan saya.. 
Part paling syiok~ p jengjalan jumpa kakak saya sorang di Pontian. Setelah sekian lamanyer.. baru dapat jumpa dengan dia buat tahun ni.  Catch up story in 20 minute. Sebab lagi rehat pada tour guide kejap.  Pergh~ sangat la. 

Pahtu, maghrib singgah umah kejap. Rehat sementara maghrib. Lepas maghrib sambung lagi. P lepak kat Danga Bay. Tengok orang dan seangkatan dengannya. 


Hari Ketiga


Hari terakhir di sini. Ke mana kita? Ha~ dah tak ingat. ke mana ya? 

Tengok wayang. Kat Tebrau.

Lepas tuh, p Desaru. Rugi sis tak bawak baju. Kalau tak.. ish2.. but nevermind. In syaa Allah ada rezeki.. ada lah lagi. 




Last photo of day outing~ Maka, berangkat la beta pulang ke Tanah Bersejarah. Ada rezeki datang lagi.. 


Edit: Rezeki bukan setakat datang lagi, terus menetap menjadi warga Johor. ♡

© kisah aienienka.