Khamis, September 30, 2021

Goodbye September

 


First, let's me publish this entry! 


Happy 31st years to me. May Allah bless with more happiness, more patient and more rezk. 


Orang kata jangan tamak kalau minta dengan manusia, tapi dengan Allah minta la sebanyak yang mungkin sebab kita tak tahu yang mana satu yang Allah akan berikan pada kita. Apa-apa pun dugaan dan ujian mahupun kesenangan yang diperolehi itu, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Semua Allah sudah tentukan. Usaha lebih, Allah beri lebih. Minta lebih, Allah uji lagi . Tanda ingatan sama ada kita ingat akanNya ataupun menjadi hamba yang kufur. Nauzubillah min zalik. 


Umur makin meningkat. Kubur kata mari, dunia kata pergi. Tak mahu miskin di dunia dan juga akhirat. Bahkan tak mahu juga terlalu kaya di dunia tapi tetap miskin di akhirat. Jika boleh, biar la kedua-duanya seiring dengan status kita sebagai hamba yang diciptakan oleh Allah SWT untuk beribadah kepadaNya. 


Buat diri, tanda syukur itu dibayar dengan ibadah. Apa lidahmu menuturkan syukur, tapi jasadmu masih kaku di baringan, belom tentu syurga milikmu. Bahkan yang sedia menanti di tikar solat belum yakin akan nasibnya. Ini kan dirimu yang selalu alpa. Allahuma solli ala muhammad. 


September 2021 berlalu dengan baik, alhamdulillah walaupun sedikit clash. Something yang we can't predict the future but we can manage it now? You know. .. Create your own future. Jangan terlalu selesa. Selalu pesan dengan diri, kau tak cuba mana kau tahu. Malangnya dia masih di sini. Dalam zonenya sendiri. Moga setahun sepanjang 31 tahun akan datang lebih banyak perancangan. Kita merancang kegagalan supaya untuk lebih berjaya! Kan? 


Moga kamu kamu dan juga kamu semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam apa jua yang kamu lakukan. Tiada apa lagi yang mampu diri berikan melainkan memanjatkan doa buat semua yang datang ke sini, membaca dan komen dilimpahi rahmatNya dan sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamiin.  ♥ 



Isnin, September 27, 2021

TURKI MOVIE: Mutluluk Zamani


 

Tajuk: Mutluluk Zamani / Time of Happiness

Genre: Romance

Durasi: 1 jam 58 minit 

Cast:  Elcin Sangu, Baris Arduc

Sinopsis: True love is not about perfection, it is hidden in flaws. The movie 'Mutluluk Zamani' (Time of Happiness) tells the story of Mert (Baris Arduc) who creates his 'perfect' life without facing his past and Ada (Elcin Sangu) who builds her own way of life based on all of her past experiences.
—ahmetkozan    (source: ImDB)


MY REVIEW

Kerana masih tak boleh maju ke hadapan dengan gandingan Elcin Sangu dan Baris arduc, Aien sambung dengan movie ni pulak. But, terasa begitu pendek sekali~ 

Mengisahkan tentang Mert yang sentiasa hidup dalam kegembiraan buatannya demi melupakan kisah lalunya. Boleh dikatakan dia hidup serba mudah dan sentiasa memperolehi apa yang doa mahukan. Sehingga dia bertemu dengan Ada Altunay, satu-satunya wanita yang boleh baca setiap tindak tanduknya dan tidak mudah menerimanya seperti wanita lain. 

Movie ini cuma menunjukkan betapa Mert berusaha untuk mendapatkan Ada. Simple as he can go. Nak buat review pun tak reti buat panjang-panjang sebab Mert dapatkan Ada dengan mengubahkan satu-satu tanggungan Ada iaitu abangnya, Tarik Altunay, yang kebetulan bekerja di syarikat Mert. 

Pada hari Mert nak dapatkan kerjasama dengan syarikat daripada Jepun, Tarik terjatuh ke bilik mesyuarat Mert akibat leka memerhati wanita pujaan hatinya bersama lelaki lain. Tarik ditampilkan di sini berlainan dengan Mert yang pasif dengan orang sekeliling. Fokusnya cuma satu, iaitu Ashuman. 

Jadi, disebabkan itu, orang Jepun tu tadi, menyuruh Mert mengubah Tarik menjadi lelaki paling bahagia dalam masa sebulan. Jadi, demi mendapatkan Ada, Mert sanggup membantu Tarik menjadi lelaki yang boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Hujung movie, Ada rasa tertipu dengan Mert tapi disebabkan Mert berjaya memberi keyakinan kepada abangnya , dia pula membantu Mert untuk dapatkan kerjasama tadi. 

Simple kan? Haha Memang masih tak leh movie lagi la. Try tengok suggestion Tiara Sapphire  Kiraz Mevsimi tu... Baru 20 minit... tapi.. Haha


Pahtu Hani Mynis ada suggest lain drama Turki lagi bertajuk Seviyor Sevmiyor. 





Haa, nanti la tengok. Sudah, terjebak jauh ni..  Oh  ya, suka nyanyian Elcin dan Baris untuk soundtrack movie ni. Auch... macam sweet je suara deme... 



Ahad, September 26, 2021

DRAMA TURKI: KIRALIK ASK

 



Tajuk: Kiralik Ask (Rented Love/ Love for Rent)

Genre: Romance, Comedy, Drama, Life 

No of Episode / Durasi: 69 (2 season) 2 jam 5 minit

Cast: Baris Arduc, Elcin Sangu, Salih Bademci, Sinem Ozturk,  Nergis Kumbasar, Levent Ulgen

Sinopsis: A waitress named Defne Topal finds herself in a love game when she needs money to pay her brother's debt. Defne looks after her grandmother, her younf sister and her older brother because her father abandon them and after her mother left them for another man. One day, a man named Omer Iplikci kissed her abruptly because he wants to save himself from a blind date which his aunt arranged fir him. Unknown to Defne and Omer, Omer's Aunt, Neriman saw the kiss. After that, Neriman comes with an offer to Defne to marry and then leave the man she rented her for Neriman is ready to give 400,000 liras , but Defne only takes the money she needed (200,000 liras) and accepts the offer to save her brother from the people he is indebted to. She starts as an assistant near Omer Iplikci, unaware of the fact that he is the man who kissed her  until she sees him on her first work day. She has 6 months to marry and then leave him, but she wasn't aware enough and accidentally fell in love with him! 


MY REVIEW


Kata orang sekali sudah terjebak dengan drama Turki susah nak lari. 😂 Setelah lama Drama Turki menyerang kaum mak-mak ni sejak PKP, baru kali ni la Aien terjebak sama. Dapat pulak team #DEFOM ni payah la nak buang. Fuh, jangan nangis pulak tengok bilangan episod dan durasi dia tu. Memang panjang dan meleret jugak. Dan Aien berjaya habiskan dalam masa 2 minggu setelah skip part Neriman dan Korgan. Tapi, dorang dua ni la penghibur drama. 


Korang nak baca review penuh ke separuh? Let me know below, cause Aien okay je nak cerita semua. But main point je la. 69 episode kot. Masih terngiang dalam kepala ni haa.. 

Allah Allah, Omer bey!! Defo! 

Astaga...  suka part bila dorang macam nak marah orang lambat ke apa, Allah Allah! Haha 

Ceritanya bermula apabila Mr Hulusi Iplikcsi, Tertua keluarga Iplikci ni menurunkan wasiat mengatakan bahawa dia takkan bagi sesen apa pun harta kemana Neriman dan Necmi Iplikci selagi Omer Iplikci ni tak kawen. Maka bermula mastermind si Neriman ni merancang semuanya agar harta dan rumah keluarga Iplikci tak jatuh kepada orang lain. 

Omer pulak jenis cold hearted beast dan tidak mempedulikan keluarga Iplikci sejak atoknya tidak menyukai mendiang ibunya dan baginya atok dia menyebabkan kematian kedua orang tuanya. 

Bermula dengan Neriman susun blind date dengan Omer, tapi tak kena taste Omer pulak. Masa tu Defne bekerja sebagai pelayan di restoran yang Omer tengah temujanji tu. Secara tak langsung, Omer berfikiran nakal, nah, stole her first kiss. Dan Neriman nampak. 




Neriman dan Necmi menyusun atur rancangan agar Omer jatuh hati dengan Defne, dan Defne pulak terdesak nak pakai duit terpaksa terima. Tak sangka pulak orang yang dia bakal kerja dengan itu adalah lelaki yang mencuri ciuman pertama dia. Awwww.. Dah la hensem Omer.. 

Ikutkan kata peminat based on carian google, Baris ni nampak sangat dengan suka dengan Elcin sebab lain macam take care dia tu, sayangnya, bila dia tak berani nak make a move, Elcin forward pada kawan lama dia dan akhirnya masing-masing berkahwin dengan pasangan sendiri. 

Okay, berbalik dengan cerita Omer dan Defne ni.. Haa, biasa la tu dari benci jadi suka. Omer pulak seorang tukang reka bentuk kasut dan mempunyai syarikat bernama 'Passionis' dan Defne suka pada partner Omer ni, iaitu Sinan, si pencuri hati wanita dengan sikap dia yang kontra dengan Omer ni. Dalam 6 bulan diberi tempoh oleh Neriman, Defne terpaksa menahan hati bekerja dengan Omer yang angin dia tak menentu tu. 

Episode 15 begitu baru bermula Defne dah mula jatuh hati dengan Omer, tapi belom disedarinya. Tiap kali pulang kerja, Defne mesti akan bercerita dengan kawan baiknya, Nihan. Dan Nihan pulak excited nak dengar gosip si Defne ni sebab ibarat satu adventure la bagi mereka yang sedikit kekampungan berbanding dengan Omer Iplikci yang kaya tu. Dan tiap-tiap malam Defne mesti kena report dengan Neriman apa yang berlaku antara dia dan Omer. Pada masa tu, Yasemen, akauntan Passionis suka pada Omer. Dia mula dengan orang sekeliling perasan layanan Omer terhadap Defne berbeza daripada pembantunya yang lain, ketika mereka shooting pengambaran di luar kawasan dan Defne tak sengaja tertolak model kasut dorang. Haha Defne ni kira macam clumsy sikit sebab ye la..  Dia tak pernah buat kerja tu semua. Dengan Omer-nya lagi, dengan tekanan daripada Neriman, dengan nak cover ayu depan Sinan. Adeh~ kelam kabut bhai~~~~ 

Sudahnyaa, dia tercedera tiada siapa yang sedar. Omer jugak yang jaga dia. Auch~ sweet gitu dan Neriman pulak suka la bila tengok respon Omer terhadap Defne ni. Sedihnya bila Defne sedar yang dia suka pada Omer dan sanggup buat apa sahaja untuk Omer tidak disakiti oleh Neriman, terutamanya, alih-alih mak cik tu pulak kata Omer cuma jatuh hati padaa Defne rekaannya. 


Defne sedaya upaya nak bocorkan rahsia dia, tapi bila fikirkan Omer seorang yang tak suka orang yang rapat dengannya membohonginya, Defne simpan lagi rahsia tu.




Banyak kali Omer melamar Defne, tapi jawapan Defne cuma berikan dia masa, dia pasti akan berkata ya. Setelah semua selesai dia pasti akan berkata Iya. 

Akan tetapi penyelesaian hutang Defne dengan Neriman tu pusing-pusing dalam kelompok tu jugak apabila orang yang dia minta tolong itu merupakan gadis yang memberi sokongan kepada Omer masa kematian mendiang ibunya 10 tahun lalu. Dan gadis itu juga menyukai Omer. Beraninya Defne membuka taruhan dengan Firket, untuk mencuba nasib siapakah menjadi pilihan Omer. 

Dah la masa tu, abang Defne, si Serdar, Nihan dan soul brother Defne, Ismail a.k.a Iso dah tahu semua rahsia tu. Di pihak Neriman pulak , si Sinan dan Korgan Sirgan bff Neriman yang bekerja di Passionis dah tahu. Macam orang penting sekeliling Omer semua dah tahu. Makin pressure la si Defne ni tadi.
Namun, cintaku cuma pada Defne. Omer's Defne. Suka la Defne tadi, lantas menyuruh si Firket angkat kaki blah! Haha 

Ikutkan sejarah dorang dalam drama ni la kan, Defne tu pokok ke apa ntah, milik seorang pencinta tu. Macamana yek nak cakap, tapi begitu la lebih kurang. Iolls rekod mana penting je. Ingat sambil layan nak tulis review. Tapi, because Iolls fokus pada hubungan Defne dan Omer ni tadi, so terlupa. 

Siri satu dia habis dengan Omer dan Defne akhirnya berkahwin juga, akan tetapi..  Pada masa itu la Defne mengambil peluang untuk menjelaskan semuanya tentang Kiralik Ask mereka ni tadi. Dek kerana Omer ni, walaupun dia sakit hati apapun urusan penting tetap di teruskan. Bayangkan, masa dorang dua berjalan ke alter tu, Defne bercerita. Allah Allah, mana tak broken hati Omer. Maka, Omer membawa diri  ke Rome dan meninggalkan Passionis dan segala kenangan Defne. 




Bermula siri kedua, dengan Omer kelihatan miserable sebab setiap gadis berambut merah itu semua dianggap Defne. Manakala Defne pulak bangkit setelah dia digantung tak bertali oleh Omer, eh.. perkahwinan mereka dibatalkan oleh Omer tadi. Masa ni, keluarga Defne semua dah menyampah dengan Omer sebab tinggalkan Defne menderita sehingga seperti mayat hidup. Iso yang bertungkus lumus membantu pulihkan semangat Defne. Akhirnya dia bangkit dan berjaya menjadi Director of Logistic di  sebuah syarikat pakaian.  Defne tidak lagi menjadi pelukis reka bentuk kerana itu mengingatkan dirinya pada Omer. Semua orang sekeliling Defne ingatkan bahawa Defne boleh lupakan Omer, tetapi tidak apabila Omer kembali membangunkan Passionis selang satu tingkat dengan syarikat Defne bertugas. 

Allah Allah.. 

Mula-mula Defne berhati beku pada Omer, tapi kesan Omer pada dirinya masih memberi impak yang kuat. True love dorang kuat betul. Dan mereka kembali rapat dan mula menjalankan hubungan seperti dahulu tapi tanpa pengetahuan keluarga Defne. Tertua Iplikci pulak, menurunkan wasiat lagi pada Neriman, mengatakan disebabkan Omer telah pergi, dia nak turunkan semua harta Iplikci pada Defne kerana rasa bersalahnya pada apa yang telah berlaku pada Defne. Neriman tak senang duduk la. Diarahnya lagi anak saudaranya, Pamir untuk Kiralik Ask si Defne. Nasib momentum siri kedua ni cuma fokus pada hubungan Defne dan Omer serta bagaimana mereka nak baiki hubungan antara dua keluarga dan menyatukan cinta Omer dan Defne kembali, kalau tak jenuh jugak nak ngabiskan. Walaupun banyak je drama Neriman dan Korgan tu membebel bergosip la apa la kan. Kita lajukan dia. Haha 

Bila Omer tahu Pamir Kiralik Ask Defne, dia cuba nak bagitahu Defne, tapi diberinya peluang pada Pamir untuk menjelaskan sendiri pada Defne. Defne yang dah masak dengan sikap Neriman yang masih tak serik terus serang la. Dan Pamir pun masih boleh faham yang cinta Defne dan Omer tiada siapa boleh pisahkan. 

Akhirnya Kiralik Ask ini tamat dengan Sinan berjumpa kekasih hati baru setelah hubungannya dengan Yasemen gagal. Dan semua ahli keluarga Defne boleh menerima Omer kembali kerana tiada yang lebih membahagiakan melainkan bersama keluarga. Defne dan Omer telah ada cahaya mata dan bakal menimang cahaya mata kedua. Eh, dalam drama ni laa. Nak tunjukkan sebeku mana pun hati Omer, dia sebenarnya seorang anak kecil yang terluka dengan orang yang dia sayangi. Maka bila dia mempunyai anak, dia hargai dengan sebaiknya. 

Maka, tamat sudah jebakan pertama saya untuk Turki Series ni. Nak tengok, korang boleh cari di Youtube. Siap ada English sub sekali. Next nak tengok Baris dan Elcin dalam movie pulak. Hehe 



ps: baca sampai habis ke tu? 





Jumaat, September 24, 2021

PEMENANG SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 



Allahuma solli ala muhammad Alhamdulillah selesai sudah giveaway kita yang tamat dua hari lalu. Sebenarnya nak buat cabutan pemenang secara live. Tapi ada masalah tertentu, kita cabut guna random.org je laaa. 


Mesti korang ternanti apa suprise dia kan? Alhamdulillah sekali lagi, Aien terima kasih kat korang sudi support, dan tak sangka boleh lebih daripada 20 orang. Dan Aien niat kalo lebih daripada 20 orang, akan ada 5 hadiah untuk 5 orang yang bertuah. 

Siapakah mereka? Jom kita cabut!!!





21. Cik Puan Rrai
Rasa macam lama Rrai sepi dari blogger, sekali join menang, Alhamdulillah. 




16. Kyratul Amira a.k.a Read with Kai
Bakal doktor gigi kita ni. 



34. Atiqah Najihah
Dia ni rezeki di akhir penyertaan ni.. 😂






6. Rabia

Rabia ni pun selalu murah rezeki lucky menang giveaway ni. 


2. Jannah Ramli


Tahniah buat para pemenang! Gitu, huruf besar. Haha Jangan marah ye. Buat mereka yang sudi join, jangan sedih jangan nangis, Aien masukkan korang semua dalam Suprise Team Read List di sebelah atau di bawah nuuu. Kan, Aien cakap, nak revoke bloglist yang lama. Nah, terima kasih korang sudi jangan bloglist Aien jugak. Kot ada yang tertinggal tu boleh la kabo ye.  Konfius cek.. 


Dan ada dua suprise lagi untuk lucky nombor. 💕 


Nombor 1 -Ain Athirah

As the earliest support giveaway. Tanda semangat dia join awal-awal. 

NOMBOR 29 - Tiara Sapphire

As my lucky twentynine. Hehe 

Sebab apa? Sebab my birthday! Gittuuuu.. 


Dah dah dah.. Ikutkan hati ni, nak je bagi semua. Haha Doakan Aien murah rezeki lagi, kita boleh buat giveaway lagi. 


Para pemenang boleh WHATSAPP ME your details k. In shaa Allah postage hadiah akan bermula bulan 10. Sorry lambat tau. Hadiah suprise kena la lambat sikit. 😌 Nak prepare lawa-lawa gituuu.. 


Jumpa lagi di next giveaway. 😘

Sabtu, September 18, 2021

Birthday Giveaway Sheila Empire


 

Hi, Hi, selamat berhujung minggu teman-teman semua. Disebabkan iolls tengah tak ada idea nak menulis, jadi I olls support giveaway member blogger. Baru jumpa dia ni. Selamat berkenalan sheila! 

As usual syarat yang simple je. Ikut dan follow je.. Semoga ada rezeki hehehe. 


Jom join. berbaki 3 hari lagi...



ps:  Giveaway Aien pun berbaki 4 hari lagi. hehe


Isnin, September 13, 2021

Intellifluence: Ketahui bagaimana aplikasi berfungsi


 

Selepas update Cara untuk daftar Intellifluence di aplikasi ramai orang semakin berminat nak menjana pendapatan melaluinya. Untuk kali ni, Aien nak kongsi sikit tutorial macamana nak terima job melalui aplikasi ni. Jom kita start! 


Kenali 5 butang di bawah muka depan aplikasi 



Dasboard: 

muka depan aplikasi yang menempatkan profil kita, dan marketplace sekaligus. 

Transactions: 

interface yang menunjukkan kerja yang kita mohon, kerja yang telah diluluskan oleh pihak brand, dan juga rentetan syarat-syarat setiap job yang kita mohon tu. 

Marketplace: 

Tempat iklan kerja daripada pihak brand yang bersesuaian dengan negara kita dan mrngikut kelayakan kita. Makin banyak media sosial yang korang sambungkan, makin banyak pilihan job yang korang dapat. 

Reports: 

Ni kira macam payslip korang la. Korang boleh tengok berapa yang korang akan dapat, bila dia dimasukkan kepada korang dan proses perjalanan gaji korang tu. Di sini juga, informasi bila tarikh seterusnya pembayaran gaji dibuat. Biasanya setiap hari Jumaat. 

Profil: 

Alah, ini pun nak kena cerita ka? Haha 


Done membebel dalam tulis meh la tengok usaha keras Aien buat table dia supaya korang lebih faham lagi. 





Faham tak tu? Tak faham boleh je komen kat bawah. 




Kat sini korang boleh usha job untuk negara lain. Al-kisah Intellifluence ni merupakan platform brand seluruh dunia  sambung dengan para influencer.  Ada kalanya job ke negara kita ni dah tak semeriah dulu. Eh, macam dah lama je kan join? Haha Bila dah mohon kerja tu, kena la message pihak brand dengan penuh yakin supaya korang pun dapat tugasan tu. 




Part ni la seronok nak bukak taip hari padahal tahu dia cuma payout pada setiap hari Jumaat. Al-maklum la boleh dikatakan ini perjalanan gaji kita. Setiap kerja yang telah ditandakan selesai akan mendapat bayaran 2-3 minggu paling awal. Jadi sabar la tunggu ya. 



Di profil ni, nota ringkas pasal diri korang. Jadi setiap kali brand nak tengok adakah kita layak ke tak untuk diberikan tugasan tu. Macam Aien, tamau la letak tinggi-tinggi sangat. Nanti melangit susah pulak kan. Yang penting profil kita dah lengkap 100% dan capaian tu kalo boleh tinggi, tinggikan lagi. 


Faham tak setakat ni? Kot ada yang Aien tertinggal lagi? Bila kita dah selesai tugasan di mana-mana media sosial yang kita ada, setiap satunya ada butang diberikan kepada kita yang menunjukkan kita influencer di intellifluence yang boleh dipercayai.  Bila orang dah percaya, senang nak kembangkan tugasan kita kan? 


All the best semua. Selamat mencuba. 😘 Bagi yang belom lagi mendaftar boleh klik Daftar sekarang ini menjana pendapatan sekarang. :)


Ahad, September 12, 2021

CHINESE DRAMA: MOONLIGHT

 



Tajuk: Moonlight 

Genre: Comedy, Romantic, Drama 

Bil. Episod / Durasi: 36 / 47 minit

Cast: Ryan Ding, Esther Yu, Yang Shi Zhe, Yinyin Ma

Channel: iQiyi

Sinopsis: After graduating university with a major in financing, Chu Li successfully enters her dream company, Yuan Yue Publishing House. However a challenging path lies ahead of her when she finds out that the publishing industry at this time has undergone huge changes. There she meets author, Zhou Chuan, who is said to be gentle as a jade, when he's really not. The two are immediately at odds, with Zhou Chuan later discovering Chu Li is his online friend, Monkey.  -Source: Dramawiki, dramapanda

Adapted from web novel 'Here's Chu Li' by Qing Mei


MY REVIEW


Lama dah perati drama ni masa dia ditayangkan tapi bila tengok pelakon utama perempuan dia macam acah-acah comel, dan drama best pun ada masa tu, malas la Aien nak tengok. Walaupun pelakon lelaki tu boleh la tahan jugak. 


Drama lain Ryan Ding: The Romance Between the Tiger and the Rose 


Tetiba beberapa hari yang lepas, ada kawan ni kongsi di status whatsapp video Tiktok selingan sudut babak daripada drama ni. Aien macam, best jugak drama ni. Kenapa aku tak tahu. Haha Padahal.. 



So cuteee kalau Ryan Ding ni berlakon. Lagi-lagi dalam drama ni twist dia hero dulu suka dengan heroin, lagi la kan. Rare sangat bila awal-awal cerita dah dipersembahkan lawak begini.

Begitu la Aien kalau tengok sesebuah drama ni. Main keyword dia, pelakon lelaki hensem tak? 😂 second keyword dia baru la jalan cerita dia best tak? Tapi adakalanya jalan cerita dulu yang main peranan. Kadang-kadang je la kan.


Berdasarkan daripada sinospis drama ni mengisahkan tentang dunia penerbitan buku yang semakin hilang dibawak dek arus kemodenan. Pencinta buku mesti tengok drama ni bila mana menceritakan tentang bermulanya sebuah novel itu dengan hubungan pengarang dan juga editornya. How we said the editor again? editor la kan? Haha 


Chu Li, seorang pelajar jurusan kewangan mengikuti minatnya untuk bekerja di Beijing, dengan syarikat impiannya, Yuan Yue Publishing House. Pada hari temuduga, dia nyaris-nyaris tidak diterima kerana syarikat Yuan Yue mencari orang yang berkelulusan dalam bidang penerbitan dan sebagainya, tapi Chu Li yang datang. Tapi itu tidak menjatuhkan semangat Chu Li apabila Ketua dan Timbalan Editor berhadapan dengan Gu Bai Zhi, dari syarikat penerbitan lain, Xin Dun yang cuba merampas kontrak pengarang Yuan Yue Publishing House.


Atas kecuaian Timbalan Editor Miao yang selalu angkuh dengan jawatannya, mereka nyaris kehilangan seorang penulis hebat. Mujur ada Chu Li yang arif dengan selok belok tentang penulis tersebut. Terus Ketua Editor Yu You menerima Chu Li untuk bekerja di Yuan Yue Publishing House tapi sebagai intern. Padahal masa tu mereka sudah ada intern yang lawa lagi ayu kegemaran si Timbalan Editor Miao ni.


Bermula la saingan mereka. Apatah lagi Timbalan Editor Miao menugaskan Chu Li untuk mendapatkan kontrak kerjasama dengan seorang penulis yang baru hendak naik, Zhou Chuan. Hakikatnya kerja untuk dapatkan Zhou Chuan tu kerja si Miao ni tadi. Hekeleh, kerek betul la. 


Chu Li pun hari-hari la pujuk si Zhou Chuan supaya setuju untuk bersama Yuan Yue Publishing House ni. Zhou Chuan pulak tak mahu kerana Timbalan Edtior Miao tu tak sudah-sudah menyebut perkataan yang paling dia tak suka, iaitu perbandingan dirinya dan juga ayahnya. 


Sehingga Zhou Chuan mendapati bahawa Chu Li merupakan kawan atas talian dia sejak 3 tahun lalu. Awww, this one Aien boleh connect laa.. When you got excited meet someone yang kau biasa chat. End up, Zhou Chuan setuju nak join Yuan Yue Publishing House dengan syarat Chu Li jadi editor dia, sebab setelah Chu Li berjaya dapatkan Zhou Chuan, Timbalan Editot Miao sibuk nak ambil alih tugas Chu Li demi 'kipaskan' bakal boss mereka. Memang kerek! Totally kerek! tu orang kata, lembuh punya susu, sapi dapat nama. 


Biasa la kalau dah cerita pasal pilih kasih, perbandingan tu semestinya akan ada bila mana tugas korang dibahagi tak sama rata tapi kau nak expect yang dia dapat buat lagi lebih baik. Dan semestinya Chu Li boleh! dan Zhou Chuan memberi 200% kepercayaan pada Chu Li.  


Setelah separuh drama layan, aiguu~ panjangnya meleret-leret sebab mungkin sebab tajuk dia nak mengisahkan tentang Chu Li yang berjaya mengejar impiannya sebagai seorang editor di syarikat idamannya dan mendapat kekasih hati yang tidak disangka-sangka. 36 episode kind of panjang la jugak sebab drama ni take time Aien nak tengok. Penat sebab tak minat pelakon pempuan dia acah gedik! Haahahahaahaha I is kenot. Sebabkan Ryan Ding je Aien tengok tau. Dah la banyak sangat watak sambung sana sambung sini. Function setiap watak tu macam tak ada sangat sebab fokus utama pada Chu Li, Zhou Chuan dan Jiang Yu Cheng serta Gu Bai Zhi. oh, mungkin Yu You, ketua editor Chu Li. 


Dari drama ni Aien tertanya-tanya adakah begini dunia penulis-editor-penerbitan semua ya? Ka ini adalah rekaan semata-mata. One word yang Aien rasa touche sikit. 


"Semua orang boleh jadi penulis. Tapi untuk menjadi penulis yang boleh sentuh hati orang lain, hanya mereka yang berbakat sahaja." -Chu Li


Sebab cita-cita asal Chu Li adalah menjadi penulis ketika dia di bangku sekolah. Tapi, sejak di alam universiti, Chu Li ubah cita-cita tu sebab baginya editor juga turut boleh membahagiakan hati pembaca selain daripada pengarang. Well, tidak dinafikan juga menjadi seorang penulis ni, otak dia kena kreatif mengarang ayat, mencipta suasana melalui imaginasi dia, supaya kena dengan selera pembaca. Nak jadi penulis yang penuh dengan kelainan sangat berat. Begitu juga dengan penulis di blog ni kan. Haha 



Dorang dua ni aje yang busuk hati dan sibuk dengan pangkat je. Timbalan editor Miao asyik nyendeng En Liang tu sampai rasa macam dia bukan dari bahagian editor. Ada penulis bawah dia pun dia tak kisah sangat, siap nak jatuhkan penulis tu lagi, atas alasan penulis tu kawan baik ketua editor. Hokoloh! Dah la talam dua muka juga. Masa meeting ke main la nak jatuhkan Chu Li dengan Ketua Editor Yu You pada pandangan syarikat, hakikatnya.. 



Terciduk bila Zhou Choun datang untuk bela editor dia. But, in real life kan..  adakah penulis boleh buat begini? Someone please tell me. Dia dalam drama ni kan, setiap kali penulis tu keluarkan karya baru, bersusun syarikat penerbitan nak sain kontrak untuk karya terbaru tu. Sebab rasanya setahu Aien la kan, betul kan kalau salah. Sebagai peminat novel juga, bukankah seorang penulis tu dah sain kontrak dengan satu syarikat je, maka setiap kali karya terbaru dia memang syarikat tu je yang terbitkan? Tak ke gitu? 


Dah la, pening kepala dok tengok Chu Li ni asyik gaduh dengan En.Liang bahagian pengedaran ni. Asyik nak sabotaj bahagian Editorial je kerja dia. Semata kaut untuk konon untuk syarikat, tapi sebenarnya dia nak kipas boss besar je. 


Next drama please! 






Sabtu, September 11, 2021

Sweet Revenge by Fara Hana



Tajuk: Sweet Revenge 

Penulis: Fara Hana

Terbitan: Fajar Paker

Sinopsis:





MY REVIEW


Mengisahkan tentang perjalanan cinta Tengku Kayden dan juga Zandra Nur Tatiana. Bermula dengan sebuah dendam dan berakhir dengan bahagia. -semestinya .. 😂


First of all Aien ucapkan tahniah la pada penulis yang akhirnya berjaya mengarang sebuah novel yang boleh lawan tebalnya karya Siti Rosmizah. Jalan ceritanya kemas walaupun agak meleret jugak rentetan dia. Over all okay je, dan Aien pun berjaya habiskan dalam masa dua hari setelah sekian lama tak baca novel kan. 


Al-kisah dah taip panjang-panjang tau tadi, tapi entah mana pulak hilangnya, maka idea review pun dah terbang jugak. But, I tried to write at my best. 



Tengku Kayden, seorang lelaki yang terlalu mencintai Dahlia Aisya yang pergi meninggalkannya kerana terpaksa mengahwini lelaki pilihan keluarganya atas dasar terhutang budi. Kerana kecewa, Tengku Kayden membawa diri ke resort milik Tengku Kamal di Sabah. 


Zandra, satu-satu anak perempuan Datuk Borhan baru saja tamat pelajarannya di alam kolej, ditaja oleh bapanya untuk bercuti ke Sabah. Bertemu dengan Tengku Kayden, lelaki yang asyik 'makan' anak tebuan. Pantang diajak bergurau, ada saja marahnya. 


Ketenangan Tengku Kayden terganggu oleh kehadiran Zandra malahan tergugat dengan hadirnya keluarga Datuk Borhan sekaligus membawa semula kenangan pahitnya apabila Dahlia Aisya hadir sekali sebagai kakak ipar Zandra. Kerana rasa dendamnya Tengku Kayden terhadap Zameer, abang kedua Zandra yang telah 'merampas' kekasih hatinya, Tengku Kayden nekad menghancurkan keluarga Datok Borhan bermula dengan Zandra. 


Kehormatannya diragut, namun Zandra tidak kisah asalkan Angah dan keluarganya yang lain selamat dari dendam Tengku Kayden. Pulangnya ke Kuala Lumpur, Zandra berharap agar tidak bertemu lagi dengan Tengku Kayden. Malang tidak berbau, ibu bapanya terjumpa akan urine pregnancy test milik Zandra. Datuk Borhan membuangnya tak ubah seperti kucing kurap. Datangnya Tengku Kayden ibarat knight 'menyelamatkan' Zandra. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya, hidup Zandra tiada lagi ketenangan. 


Dirinya dibenci bapanya, dimaki hamun ibu mertuanya, Tengku Marina. Zandra diam tanpa melawan. Kadang geram jugak dengan watak Zandra. Dia terlalu baik, terlalu optimistic terhadap semua perkara demi orang lain terutama keluarganya. Biar la dirinya derita asalkan keluarganya tidak diusik Tengku Kayden. Jangan membenci sangat, silap-silap boleh jadi kecintaan. Begitu la pepatah sesuai untuk Tengku Kayden dan Zandra. 


Kerana hatinya mula sayang pada Zandra, Tengku Kayden membatalkan semua hasratnya untuk membalas dendam pada keluarga Datuk Borhan. Apatah lagi Dahlia Aisya seperti terhegeh-hegeh dengan dirinya semula. Cintanya cuma milik Zandra, isteri tercinta. 


Ketidakpuashati Dahlia terhadap Zandra membuatkan dia melakukan kesilapan satu demi satu untuk menghancurkan keluarga mertua sendiri. Bermula dengan kejadian Zafril mati dilanggar treler, yang pada hakikatnya dibunuh oleh Dahlia. Kemudian syarikat Datuk Borhan muflis kerana projek yang diuruskan syarikat itu runtuh dek kerana bahan binaan yang tidak selamat, juga daripada Dahlia. Tapi, yang sampai ke telinga Zandra hanya nama Tengku Kayden. Bermula episod I hate you, goodbye. 


Dahlia Aisya berpuas hati dengan perpisahan mereka. Apatah lagi dia kaut keuntungan daripada semua hasil jualan rumah milik Datuk Borhan yang dijual Zameer atas alasan tidak cukup untuk semua hutang yang ada. Namun, itu semua dusta belaka, kerana hutang milik Datuk Borhan semua sudah diselesaikan oleh Tengku Kayden. 


Pengakhiran novel yang agak kemas apabila naluri seorang ibu tak pernah salah. Datin Saerah merasakan bahawa anaknya Zameer seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Diajak anak menantu untuk menziarah Zameer dan isterinya. Rahsia Dahlia Aisya yang bertopengkan nafsu itu terbongkar akhirnya. Dia la dalang disebalik kehancuran keluarga Datuk Borhan. Kematian Zafril dan juga kematian Datuk Borhan sendiri. Zameer yang ditemui hampir separuh nyawa dibelasah oleh kekasih Dahlia Aisya. Dia ditangkap polis, namun tak sampai beberapa hari, pihak polis menghubungi Zameer mengatakan Dahlia Aisya mati akibat gantung diri. 


Tengku Kayden menarik nafas lega kerana dia tidak berterus terang dengan Dahlia Aisya yang sebenarnya dia anak orang kaya. Jika tidak, dia takkan bertemu dengan penghuni hatinya, Zandra Nur Tatiana. 


Pihak Zandra pulak, penulis garapkan dia sangat menyesal atas semua tohmahan dan sikap kasarnya terhadap Tengku Kayden. Bahkan mengugut mahu membunuh zuriat mereka. Alhamdulillah mereka dapat hidup bahagia atas takdir dan jodoh yang Allah tentukan untuk mereka. -THE END 




ini kali rasa macam lama pulak habiskan seketul novel. haha


Khamis, September 09, 2021

Intellifluence - Cara daftar menjadi influencer melalui aplikasi


 

Hi, akhirnya tamat sudah teka teki sama ada nak join ke tidak intellifuence ni, di mana menjadi igauan para blogger sekaliannya. Setelah Aien baca perkongsian daripada BusyraMrs.Pip dan Rasyidah, membuak pulak hati nak join. Laju aje kan. Padahal adik sendiri join dulu dia tak mau pakai. Apaaaa daa~


Kalau korang pembaca setia Aien, mesti tahu Aien selalu kemaskini blog melalui seketul telefon pintar sahaja. ☺ Bukannya apa, seketul telefon itu memang selalu kat tangan, bila anak-anak tido benda ni jugak peneman buat tengok drama atau update blog. Jadi untuk join intellifluence ni seharusnya Aien perlukan aplikasi dia. 


Apa itu Intellifluence? 

Intellifluence ini merupakan satu platform di mana untuk brand dan para influencer bergabung. Ia sangat mudah dan tanpa kontrak bagi keduanya sama ada brand mahupun influencer bekerja sesama mereka. Paling senang sekali, Intellifluence merupakan all in one yang memudahkan semua orang untuk mendapat keuntungan dan influencer dibayar dengan rate USD Dollar. Wow kan? Jom daftar sekarang  untuk MENJADI INFLUENCER di Intellifluence. 


Langkah 1: Muat turun aplikasi Intellifluence di Play Store  

Selesai muat turun, maka buka aplikasi tersebut. Tapi maafkan la Aien sebab mula masuk tu, terlupa nak screenshot sebab excited sangat. Haha



Selepas mendaftar masuk menggunapakai alamat email, korang dah boleh masuk dah susun atur profile korang yang bermula dengan isi gambar profil. Kemudian, isikan dengan butir peribadi yang lain. Aien terlupa amat deh! Moh la kita skip! 




Langkah ke-5: Isikan details lokasi korang ya. Senang dia nak berhubung nanti. Nak hantar barang yang korang pilih untuk review ke. 




Langkah ke-6: Sambungkan media sosial korang dengan aplikasi intellifluence ni. Makin banyak korang sambung, makin tinggi korang punya reach tu nanti. Apa itu reach? Reach itu bermaksud capaian sejauh mana korang boleh dihubungi melalui media sosial ni. Atau bahasa mudahnya seberapa banyak korang boleh kongsikan melalui media sosial yang disambungkan tu. 



Langkah ke-7: Korang boleh pilih jenis pembayaran yang bagaimana yang korang nak. dia ada tiga pilihan seperti yang tertera dalam gambar di atas. 



Dah pun selesai sesi pendaftaran. Maka korang boleh bermula pilih kerja untuk korang mula menjana pendapatan dengan USD dollar. Wow kan? Jom daftar sekarang DI SINI Senang mudah dan korang pun tak perlu risau sebab aplikasi dia memang mesra pengguna. 

Rabu, September 08, 2021

PRESTASI BLOG AUGUST 2021


 

Bulan ni excited tunggu email daripada Google Console Team ni tau. Selepas berita gembira dengan adsense.. Nak la jugak tahu bagaimana pretasi blog selepas kehadirannya. 



I was empressive dengan page with first impression tu, but a little bit unhappy with cliks and impression tu agak merundum daripada bulan Julai yang lalu. Tak tau la apa masalah dia, sebab nak kata tak ada posting, ada ja hari-hari. Bahkan selepas pasang iklan tu, macam sikit-sikit je PV yang dapat. Aiguuu~ 

Bah, no worries la bah. Relax-relax aja nih. Santai-santai aja. Okay next, semestinya jika awak pembaca blog setia ni, mesti tahu content menarik perhatian is all about motherhood .  Nanti nak tulis banyak2 la lagi. Moga korang sudi singgah lagi ke mari. 



Antara yang dicari para pembaca mesti la first time mummy ni agaknya yang suka nak buat search about information ni. Tapi, mungkin ayat tunggang langgang.. Orang pun. yeee.. malas ler. tekan la button X tu. Tapi dalam entry carian orang ni, paling tak sangka, entry dapat vaksin dalam pantang dapat teruih duduk di first page. Pahtu Ibu lupa pulak nak update untuk second dose. 



Mungkin sekarang ni macam ramai lagi ibu berpantang dapat vaksin sebab KJ nak laju kan. Ada jugak yang risau lagi, macam kakak sepupu Aien hari tu, dia tolak sebab risau kesan sampingan vaksin ketika dalam pantang. Bagi Aien benda ni tak ada la side effect sangat, sebab dia ibarat amek suntikan vaksin yang lain juga. Cuma rezeki dapat sinovac yang memang terkenal la dengan kesan sampingan yang tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Pfizer ataupun Astrazeneca. 

Seterusnya dengan carian Checklist beg hospital 2021 entry ini juga duduk di first page dengan suggestion ke-5.. Kira okay juga masih di first page. Ini adalah keputusan daripada google console team. 


Jika dilihat berdasarkan static di dashboard Blogger sendiri apa yang boleh Aien faham adalah PV semakin rancak menaik. Cuma tu la, slow sikit untuk September ni gayanya. Harap-harap kena cari konten menarik untuk orang singgah. 



Moga bulan ni dapat hit 90-100k pun alhamdulillah. Manakala static daripada google analytic sangat menyedihkan. Semua merundum jatuh. Eh, saat entry ditaip, cantik pulak daripada google analytic ni. kau ni! nak permainkan hati orang kee? Tak kisah la janji BR blog semakin cantik uolls.. I is happy sangat. Ehem.. jom kita bagi dia hit sampai 80-75% untuk September ni. Chaiyok! 


Tu je report untuk August lepas. Mari la kita usaha lebih sikit untuk pastikan September will end with smile too. Haa, korang jangan lupa tau join giveaway Aien tau. Mana tahu rezeki korang dapat suprise box. Eh... 

Giveaway link di tepi (desktop user) skrol bawah (mobile.user) 


Selasa, September 07, 2021

Jurnal Nadhira: 2 bulan

 


Fuh, baru ada kesempatan nak menaip ni malam hari ni. Yeay! Nadhira Imaani dah 2 month. Kelmarin temu janji dia ke klinik. Aiguu~ lawa betul la kalau pergi klinik ni kisahnya. Tiap anak mesti ada kekeliruan begini. Pasai pa, pasai kami ni kat Taman U ni, memang selalu p Klinik Kesihatan ja terus. Tak ada sangkut kat Klinik Desa sebab dekat kan. Jadi, untuk Nadhira ni Ibu punya la ingatkan dia punya temu janji ni kena p Klinik Kesihatan Pekan Nenas nuuu rupa-rupanya p klinik depan rumah nenek tu jaa. Aiguu~ Nasib husband WFH / BDR tak ada la bising sangat dia buang cuti dia. Haha Masa najmi dulu pun begitu. Aduh, anak baru tiga. Nyanyuknya Ibu ni kemain tahu tak. Ini pun sokmo barang tertinggal la apa laa.. Hish...


Haa, seronok membebel. Orang pun tutup terus. Ada yang baca lagi ke tu? 


Orait, lepas dah sampai Klinik Kesihatan tu, tengok orang ramai naa. Kereta penuh. Rupa-rupanya dorang swab test ui. Aduh, bahaya betul la. Moga Allah pelihara kita. Dah masuk ke dalam, letak buku tunggu nama di panggil. Sekali, misi Klinik Desa yang jaga bahagian tu. Terus la dia kata, 

Misi: Awat datang KK? P KD jaaa.  

Ibu: Haa, alamak! Kami konfius misi. 

Misi: Sekarang ni awak nak cek sini ke balik sana? Sini ramai ni. Kena tunggu lagi. 

Ibu: balik sana je laa. *ketawa bodoh* eh! 

HAHA Pahty kol Husband kata dah balik  Jom ke KD pulak. Lagu haru betul la. 

Di KD, cek timbang. Amboi! Almost kejar abang masa dia 2 bulan nampak.  5.2 kg! Tinggi: 56-57cm . Alhamdulillah serata di garisan putih. 


Belek la graf berat tiga anak-anak ni. Amboi, kakak la paling ringan masa umur ni. 4.9kg je. Abang paling tambun. Ikutkan hari ni (semalam) Ibu nak amek gambar, busy pulak balik dari top up barang dapur, dan duduk di dapur je. Kesian nadhira terpaksa tido dengan Ayah. 


Di usia 2 bulan ni, Nadhira disuntik vaksin Hexa- apatah nama panjang dia. Yang mengandungi ubat untuk 6 jenis penyakit yang berlainan termasuk Polio. Apatah lagi, panjang misi sebut. Nak amek gambar tak boleh. Jadi itu je la yang Ibu ingat. Suntikan di usia ini dicucuk di kawasan peha. Sekiranya tempat suntik bengkak, boleh demah. Jika demam pula, harus ke klinik segera. Alhamdulillah Nadhira baik-baik saja. Dah la baru cucuk, balik pulak rumah yang lama ditinggalkan. Alhamdulillah juga dia tak meragam. 


-malam-malam ni bunyi ambulans. 0:24 ni. Ibu terganggu jap nak menaip. Okay dah tak ada. 


Progress Nadhira untuk 2 bulan ni seem like she knows her own name tau. Asal orang panggil Nadhira je menyahut je suara dia. Haha Terbaring tengok abang kakak main, dia ngekek ketawa. Maaf  la Ibu lagi sibuk cleaning sejak balik rumah ni. Bisa-bisa badan. Dah la pantang tak ada urut. Memang merasa laa. Siapa la kata dia kuat tanpa urut lepas bersalin memang, power laa. I tabik U. 


Nah, lanje sikit video nadhira. Korang kalau follow IG, Aien rajin la up story bebudak ni. Hehe 


Isnin, September 06, 2021

Senarai peserta Suprise Giveaway by Aienienka


 

Hi, Hi, Hi! 


First of all, terima kasih kerana sudi menyertai giveaway yang tak seberapa ni. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua kerana sudi bagi sokongan pada Aien. 


Okay, tanpa membuang masa, mari kita senaraikan mereka yang telah mendaftar sebagai peserta "Suprise Giveaway by Aienienka" ni. Korang boleh la jalan-jalan sambil baca kisah suprise mereka yang bermacam-macam ni. Seronok dan happy bila ada orang bagi suprise kan? 


1. Ain Athirah

2. Jannah Ramli

3. Sue 

4. Syuhada Salleh

5. Ibu Cida

6. Rabia

7. Aiman Salleh

8. Farhana Jafri

9. Naim Abdullah

10. Alien Oren

11. Shikin Razali

12. Suria Amanda

13. Shida Radzuan

14. Ako Retna

15. Mamapipie

16. Kyratul Amira

17. Fairus Mamat

18. At-Tarmizi

19. Ayu.Ju

20. Salbiah M

21. Rrai

22. Sha (Kasihku Amani)   

23. Ziana Eunos

24. Nadia Jamhari

25. Nadzirah

26. Shirven

27. Fatina

28. Nona Sani

29. Tiara

 30. Farah

31. Syu Deris

32. Nurul 

33. Eza Boom Boom 

34. Atiqah Najihah



Adakah korang seterusnya... JOM SERTAI SEKARANG. Tekan banner kat bawah ni tau! Ada suprise menanti korang. Hehehehe





Ahad, September 05, 2021

DRAMA KOREA: D.P

 


Tajuk: D.P (Deserter Pursuit Unit) 

Genre: Aksi, Drama, Voilence, Social Issue 

Bil. Episod /Durasi: 6 / 50 minit 

Cast: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun, 

Sinopsis: A young private's assignment to capture army deserters reveal the painful reality endured by each  enlistee during his compulsory call of duty.  


MY REVIEW


 An Jun Ho terpilih untuk masuk ketenteraan. Dia seperti seorang batang kara. Pada hari kemasukan, dia tidak punya sesiapa yang mengiringi dan menangisi pemergiannya. Jun Ho seorang yang sangat bagus dalam pekerjaan, bahkan tidak suka menindas orang lain yang suka merasakan dirinya berkuasa. 


Cerita dalam kem, tidak indah walaupun semuanya satu jantina. Mereka berdepan dengan hieriaki status senior dan juga junior. An Jun Ho tidak suka semua itu, tapi dia juga tidak suka melawan dengan menggunakan mulut. 


Dua minggu latihan, mereka semua ditentukan ke bahagian masing-masing. An Jun Ho yang berketinggian 167cm dipilih masuk ke bahagian polis tentera. Bertemu dengan Lans. - yang digelar 'Otaku' kerana dia suka melukis dan seorang yang baik hati terhadap An Jun Ho. Senior dalam bilik yang sama, seorang yang suka menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang senior. 


Paling ngilu bila dia letakkan paku di dinding dan cuba menolak prebet yang tidak disukainya sehingga kepala mereka kena paku tersebut. Jahat betul senior tu. An Jun Ho juga tidak terkecuali. Atas alasan senior benci melihat wajahnya yang tiada respon. Macam kaku. Tiada perasaan. Kebencian senior makin bertambah apabila An Jun Ho berjaya mengelak paku yang dipacaknya. Keadaan kucar kacir itu berjaya diselamatkan oleh Staf Sarjan Park Beo Gum. 



Lain scene, An Jun Ho menyertai temuduga bersama Staf Sarjan Park, kemudian kerana satu hal, An Jun Ho ditinggalkan. Masih sentiasa menanti. Datang seorang DP, memberi klu kepada An Jun Ho. Dalam muka tiada perasaan dia tu, dia seorang yang sangat bijak. Sangat peka. Kerana jawapan An Jun Ho terhadap jalan buntu Staf Sarjan Park, membuatkan dia dipilih untuk jadi DP. Dorang ini kiranya seperti polis tentera yang mengejar anggota tentera yang lari daripada kem. 


Kes pertama: An Jun Ho dengan Senior Park Sung Woo 


Ikutkan kepekaan dan kepatuhan An Jun Ho, dia ingin mencari pesalah dan terus pulang ke kem. Tapi, kerana kecuaian senior yang mengajak dia minum, tanpa sedar dia memberi alat bunuh diri kepada pesalah yang mereka cari. Kerana rasa marah dan bersalahnya An Jun Ho itu, dia membelasah Seniornya. 


Staf Sarjan Park yang berharap kenaikan pangkat dalam kem, namun jawapan diperolehinya hampa. Kehadiran Leftenan Kim / Lim membuatkan Staf Sarjan Park menyampah. Dalam drama ni juga, kita boleh lihat betapa sesetengah orang suka nak 'menjilat' atasan demi kepentingan dirinya. Kadang-kadang perkara yang dibuatnya itu tidak juga memberi untung apabila pihak atasan tetap menyalahkan dirinya. 


Orang yang telus dalam drama ni cuma tiga orang saja. Haha 


Staf Sarjan Park Beo Gum 

Prebet An Jun Ho 

Korpral Han Ho Yeol



Kes Kedua - An Jun Ho & Korpral Ho Yeol 


Jun Ho digandingkan dengan seorang senior yang bermuka tembok tidak kira orang membencinya atau tidak. Dia juga tidak seperti tentera. Kes kedua ini mereka kena mencari seorang anggota tentera yang lari daripada kem. Masa terakhir ditemui di stesen kereta api, jam 11.30 malam. Pencarian mereka berjumpa dengan jalan buntu apabila tentera itu tidak kelihatan di mana-mana. Akhirnya bila difikirkan semula, tentera itu hanya kelihatan pada waktu tengah malam sahaja. Kebiasaan tentera yang melarikan diri ini tidak akan kembali ke pangkuan keluarga sendiri. Akhirnya Jun Ho dan Ho Yeol menemui anggota tentera itu tidur dalam gerabak keretapi di stesen terakhir. Anggota tentera itu melarikan diri akibat dibuli di kem oleh rakan sebilik kerana dengkurannya yang kuat. Dia juga tidak disuruh tidur bahkan mereka meletakkan mask asap pemedih dan menuangkan air ke dalam mask tersebut. Kasihannya. Bila dilihat dari kes kedua ini kebanyakan askar yang melarikan diri ini merupakan mangsa buli. Gandingan Jun Ho dan Ho Yeol sangat bagus sekali. 



Kes Ketiga:


Hasil daripada kejayaan kes pertama mereka berdua, Jun Ho dan Ho Yeol diberikan cuti. Tapi disebabkan Leftenan Kim/Lim tu nak memgampu orang atasan lain, disuruh mereka berdua ni tolong DP dari kem lain. Kes ni parah bila askar yang hendak tangkap tu pandai judo. Dia juga seorang mata duitan dan sering mengambil duit dari teman wanitanya. Entah kenapa Jun Ho teringat kat seseorang mirip dengan wanita itu, dan sanggup meminta Ho Yeol mengorbankan 3M won untuk umpan askar tu keluar bertemu dengan wanita itu. Malangnya mereka pulak terkena tipu apabila askar itu berjaya diberkas dan duit mereka dikebas oleh teman wanitanya. Hokoloh.. 



Takkan nak review habis kot? Tak syiok la kan cerita best-best kena spoiler pepanjang. Okay, last -last yek. 


Episod akhir mengisahkan teman sebilik Jun Ho dan Ho Yeol, Chu Sok Bong lari dari kem semata-mata nak balas dendam pada orang yang selalu buli dia dalam kem. Kesian wei, dua episod last dedicated untuk Suk Bong je. Seluruh kem berkerjasama untuk memberkas Suk Bong dan diberi arahan untuk tembak sahaja Suk Bong tu. Namun tidak bagi Jun Ho, Ho Yeol dan Staf Sarjan Park yang sedaya upaya cuba untuk selamatkan Suk Bong dari melakukan sesuatu yang bodoh. 


Parahnya Suk Bong tu sampai Jun Ho pujuk dengan anak murid kesayangannya dahulu pun buatkan Suk Bong bertambah sedih. Si pembuli ni dah bermatian melutut sebab tak nak kena bunuh. Sebenarnya di hari terakhir si pembuli ni, siapakan nama dia, lupa dah. Suk Bong ada minta supaya pembuli ni minta maaf elok-elok dengan dia. Suruh ucap elok-elok la tanda dia menyesal membuli semua orang yang satu bilik dengan dia. Tapi, diucap dengan penuh sindiran bagi Suk Bong. Alih-alih dia keluar tentera tu tak ada la bagus sangat. Bahkan kerja sementara di kedai 24 jam saja juga dibuli oleh atasan. 


Nak tau apa akhirnya terjadi pada Suk Bong, adakah berjaya Jun Ho dan Ho Yeol selamatkan dia, meh la tengok di Netflix. Yang tak ada Netflix mungkin boleh cari di telegram. 


Okay, boleh la tengok Devil Judge kalau rajin. hehe