Chinese Drama: The Romance of Tiger and Rose (2020)

Selasa, Jun 23, 2020




Tajuk: The Romance of Tiger and Rose (Rumor of Third Princess) 
Genre: Costume, Romance, Time Travel 
No of Episode: 24
Cast: Zhao Lu Si, Ryan Ding, Zhou Zi Xin, Patrick  
Quan, Sheng Yin Hao
Sinopsis: Sejak sejak lahir, seorang penulis skenario menemukan dirinya menjadi karakter dalam naskah ciptaannya sendiri. Namun, dia tidak dimaksudkan untuk melewati tiga episode!

Chen Xiaoqian adalah seorang penulis yang mencurahkan darah, keringat, dan air mata untuk menciptakan drama besar yang berpusat pada wanita. Apa yang bisa memulai syuting dengan cepat berbelok ke selatan karena keraguan aktor Han Mingxing tentang naskah.

Merasa dianiaya, Chen Xiaoqian bersumpah untuk membuktikan dirinya namun dia secara tidak sengaja terjebak di dunia paralel di mana kisahnya menjadi hidup. Sekarang dikenal sebagai putri ke-3 Chen Qianqian (Zhao Lusi), dia adalah karakter sampingan yang tidak penting dengan reputasi mengerikan yang tidak dimaksudkan untuk hidup lama dalam cerita. Untuk hidup, dia mulai di jalan untuk membalikkan nasibnya. Dia juga terjebak di antara pangeran sombong dan perut hitam Han Shou (Ding Yuxi) dan Pei Heng yang praktis sempurna (Sheng Yinghao). 


SPOILER ALERT: 

Terjumpa drama ni, di samping menunggu drama You're my destiny di-subbing, tengok trailer macam best. Layan la kejap. 

13 episod pertama sangat bosan bagi aku. Seperti biasa aku mainkan dalam kelajuan 1.5x kerana sangat haiyaaa~ 


Baca sinopsis di atas, Xiao Qian, penulis skrip drama yang tak pernah bercinta dipersoalkan kebolehannya dalam penulisan skrip oleh pelakon terkenal, Han Ming Xing. Dek kerana dia cuba mengolah skripnya, Xiao Qian terjebak dalam dunia drama rekaannya sendiri. 

Chen QianQian, puteri ketiga yang sangat terkenal dengan nakalnya menjebak rancangan asal Han Shou putera daripada Kota Xuaxhu, yang inginkan harta istimewa Kota Huanyuan demi merawat sakit jantungnya. 

Han Shou - dikatakan tidak akan hidup lebih daripada 20 tahun kerana sakitnya cuba mencari penawar bagi dirinya. Kerana rumor berkata bahawa  Tulang Naga, harta khazanah Kota Huanyuan sangat mujarab untuk merawat apapun jenis penyakit. Han Shou berencana mahu bernikah dengan Puteri Kedua Kota Huan Yuan iaitu Chen Chuchu. 

Ringkasan agar tak serabut. 

Kota Huanyuan: Kota yang mana kaum wanita mendominasikan semua sistem utama. Manakala kaum lelaki selain menjadi suami, merak menjadi buruh, petani dan segala kerja berat. Kaum wanitanya pula menjadi pemimpin, barisan menteri dan kira wanita dipandang tinggi di kota ini. 

Kota Xuaxhu: Sebaliknya. Kaum lelaki mendominasikan semua sehingga kaum wanita itu tiada nilai dipandangan mereka kecuali sebagai isteri, pembantu dan sebagainya. 


Kisahnya di sini, bila Han Shou merasakan rancangan bakal gagal kerana Chen QianQian, dia mula menyusun ceritanya semua. Padahal, Qian Qian cuba mencari jalan agar dia bisa terus hidup. 

Pada mulanya, aku rasa Qian Qian ni nak je mati dengan minum racun yang diberikan oleh Han Shou pada malam pertama mereka. Tapi, tetap juga dia tak mati. Maka dia terus cuba untuk menukar jalan cerita agar skripnya terus seperti asalnya. 

Selepas 15 episod baru nampak best, sebab Qian Qian berusaha menyatukan Han Shou dan ChuChu semula, tapi dia pulak dah terjatuh cinta dengan suaminya sendiri. 

Chu Chu pulak sebal bila Qian Qian mula merampas apa yang sepatutnya menjadi miliknya. 

Dah orang tu bukan dari dunia kau, habis la dia sebat semua. Ha ha 

Seronok tengok bila dua watak pembantu Han Shou dan Qian Qian iaitu Bai Ji dan siapa pembabtu Qian Qian tu entah, dorang suka bebenor buat lawak. Ketawa jugak aku nengok keletah dorang. Atleast tak la boring sangat. Yang penting Qian Qian ni comel la. Aku nak track la semua drama lakonan dia. Mana tau rajin tengok la kan. Hee, 

Latest aku skrol koleksi drama chinese baru banyak yang menarik. especially drama daripada Taiwan yang nampak hebat-hebat semua sinopsis deme. Yang Chinese ni berbalik dengan Demon boss-snail setiausaha. Haa agaknya bermusim la sinopsis drama ni. 

Yang penting aku dengan setia menanti subbing You're are my destiny ni. Bila dia nak upload ni... T^T

12 ulasan

  1. romantiknya gambar poster tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelakon lelaki dia baru belakon cerita lebih kurang je genre. ^^

      Padam
  2. baru tengok sampai episod 4!

    BalasPadam
  3. selamat menonton drama romantik ini.

    BalasPadam
  4. thank you untuk reccomendation ni! izzati pun tengah tercari-cari cerita best yang boleh dilayan. <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak wuuu.. Haha Lagi-lagi bila sekolah dah mula balik, macam dugaan jugak ni. (padahal aku bukan cikgu atau student) °_°

      Padam
  5. cantiklah poster dia. masuk dalam list dulu, drama korea pun tak habis tengok lagi ni..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Tak tau nak tengok mana dulu. Banyak cerita best. Haha

      Padam
  6. Chinese drama selalunya akak tengok kat Youtube je. Ada tak Channel atau group Chinese drama kat telegram?? kalau ada nanti share ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Youtube ada jugak. Chinese ni banyak apps dia jugak sama macam drama korea. Tapi, saya selalu download di telegram je. Akak try cari di YDFasian. Kadang2 saya randomly taip tajuk drama ada keluar. Tapi majoriti sub indo la. hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.