CHINESE DRAMA | Memory Lost Season 3 (2016)

Ahad, Jun 14, 2020





Tajuk: Memory Lost Siri Tiga (2016)
Genre: Detektif, Mystery, Drama, Romance
Episode: 12 
Cast: Yang Rong, Bai White, Price Tom, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy
Sinopsis: 
Season 2 ends with the members of the alphabet syndicate, revealing themselves one by one. But there seems to still be one person who is enshrouded with mystery. Where is he? Who is he? There seems to be many deaths caused by the other members but there seems to be no trace of him committing crimes and therefore both Han Chen and Bai Jinxi/ Su Mian seem to know of his existence. Also, why did Su Mian have to live on as Bai Jinxi, why was she not killed? Who arranged that? Is the real Bai Jinxi alive or dead? And did Su Mian actually kill someone and join the alphabet syndicate properly


Spoiler Alert! 


Disebabkan keterujaan aku berkongsi review serta spoiler drama ini, membuatkan aku dua kali taip tau. Pasai pa? Pasai yang pertama taip zap~ tertekan button tutup. And~ you know the rest. T^T 
So, korang yang randomly singgah boleh juga baca,


PS: Aku tak sediakan link dramanya, yang ada cuma spoiler dan review ikhlas dari aku semata. Korang boleh juga tonton drama ni di dramanice ataupun kissasian. 

Untuk bahagian ketiga ini, semestinya pengakhiran kisha bagaimana Han Chen dan Jin Xi/Su Mian melakukan penyiasatan terhadap kes berkaitan dengan sindiket pembunuh bersiri kumpulan Alphabat. Dan baki ahli sindiket yang masih tinggal adalah A, R dan L saja yang masih menjadi puppet kepada mastermind kumpulan sindiket ini. 

Bila sebut saja final act, dorang mesti nak buat yang terhebat dan paling gempak antara sebelumnya dan lokasi yanh dipilih adalah sebuah kapal cruise yang sedang membuat private party Children School Fund Charity yang kebanyakan banyak songlap disongok dan makan rasuah. Namun, mereka ini bukanlah target utama A, R dan L. Haa ,kenapa? Jeng jeng jeng~ 



6 episode pertama bagi aku wasted sebab masih banyak tanda tanya yang ditinggalkan untuk mengenal pasti ahli kumpulan alphabat ini dan apa kaitannya sindiket ini dengan kes 5 tahun lalu yang berlaku kepada Han Chen dan Jin Xi. 


Yang best adalah 6 episod kemudian yang akhirnya menjelaskan semua teka teki ini. Terbaik! Dan aku kasi 5 bintang dari 5 bintang untuk korang terus cari drama ni. Storyline dan aksi dia cukup memuaskan aku bagi yang selalu cepat berpuas hati la. Ye la, nama pun tonton drama, buat apa nak stress-stress ye dak. padahal ko tu kerja tengok genre romance aje. Kah! 


Kan aku dah cakap, yang Dr.Xu tu sangat la suspicious orangnya. Penuh misteri dan kesempurnaan dia menjadi tanda tanya tau. Padan la Han Chen asyik nak buat gaduh aje Dr. Xu yang acah baik ni. 


Disebabkan aku ni jenis orang tak suka nak cerita sekerat jalan, jadinya aku nak buat spoiler teruk ini siri ketiga ni. Ha Ha Ha 

Jadinya, jika korang nak baca selanjutnya spoiler penuh drama ni, boleh terus skrol ke bawah. Sekiranya korang tak mahu tahu dan ingin menontonya sendiri, Sila klik *X* di tab ini. Eh, sebelum tu, jangan lupa skrol laju-laju dan tinggalkan komen kat bawah sana k. Hee~ thanks. ^^ 


SPOILER ALERT TERUK! 
 

Sebelum meneruskan cerita ini, aku nak susun karakter yang ada (utama je) bagi korang nampak perjalanan drama ni.


Su Mian / Bai Jin Xi ; Ayahnya juga seorang anggota polis yang berdedikasi telah dibunuh oleh pembunuh bersiri high profil semasa umurnya 8 tahun. Semenjak dari itu, dia bercita-cita untuk menjadi anggota polis untuk menangkap pembunuh yang berkaitan dengan kes kematian ayahnya. 


Han Chen ; Buah hati intan payung kesayangan Jin Xi. Juga hilang ingatan selepas kejadian 5 tahun lalu. Namun, itu bukan halangan dia untuk mencari semula wanita yang dicintainya kembali. Setia kuasa 10 la ni. Hebat betul! 


Aku akan skip 3 orang ahli kumpulan Black Shield (baru jumpa nama betul team dorang ni) dan fokus kepada sindiket alphabat memandangkan ramai konfius dengan abjad yang banyak sangat ni. 



A ; paling muda, bersifat keanakan. berjiwa bebas. Seorang pakar pengeboman dan mempunyai trauma ayahnya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Sangat sayang pada Su Mian dan menganggap wanita itu seperti kakaknya sendiri. 


E ; Xia Jia, satu-satu yang ahli perempuan. Seorang anak tunggal keluarga kaya, mempunyai trauma kedua ibubapa sering bergaduh di rumah. membuatkan dirinya sangat obses dengan Han Chen. Sangat pandai membuat racun. 


K ; Xu Nan Bo, seorang professor yang terkenal dalam bidang criminal pyschology antara anggota polis. Bahkan bapanya sendiri mengajar untuk itu. Akan tetapi, bapanya sering menidakkan hipotesisnya dan membuat karnivor dalam dirinya memberontak. Beraninya dia sehingga sanggup membunuh bapanya sendiri demi identiti ahli kumpulannya tidak terdedah. 


L ; tak banyak disebutkan tentangnya. Cuma dia ini sangat pembersih sehingga digelar clean freak. Aku syak dia dalam group ni hanyalah cleaner. Buat kerja lapangan untuk R, dan dia sangat kaya. Oh, baru aku ingat, L ni bunuh bapa yang berkarisma. Bapa yang prihatin dengan anak-anaknya kerana dia mahu mereka ini menjadi contoh bagi semua bapa-bapa yang ada. Mungkin kerana pengalaman dia dengan bapanya tidak seindah mana. 


M ; anak yatim piatu yang mempunyai cafe sendiri, dan membunuh orang demi falsafah kecantikan. Art pembunuhan dia sangat cantik. Dan orangnya hensem. 😌 Bermula dengan siasatan kes M, Su Mian mula dijebak masuk ke dalam Sindiket Kumpulan Alphabat ini. 


R ; Hacker. Seorang yang semestinya mempunyai masalah keluarga sehingga dia takut untuk keluar. mempunyai safe zone dia sendiri dan rasa berkuasa dalam dunia binary. 


S ; mastermind yang mengumpul semua huruf termasuk T. Anak kepada pembunuh bersiri, yang membunuh dengan suka. Setelah dilatih oleh ayahnya sendiri dia menjadi sangat profesional, namun kerana ayat daripada ayah Su Mian, dia mula mencari erti cinta dan sangat mencintai Su Mian sehingga sentiasa menjaga gadis itu tanpa sedar. S juga mencari ahli kumpulannya berdasarkan trauma yang sama dengan dirinya.


T ; Snapshooter, atau sniper. Dari kecil dirinya disering didera oleh ayahnya, sehingga ibunya berkahwin baru pun dia masih didera oleh ayah tirinya. Akhirnya dia membunuh orang demi mendapatkan keadilan yang dia tidak perolehi dari kecik. Sangat berdikari di antara ahli kumpulannya. Tak ada string attach. 



Itu la serba sedikit latar belakang ahli kumpulan pembunuh alphabat ini. Bermula dengan Kes M (ini kisah 5 tahun lalu) disiasat oleh Han Chen dan intern Su Mian, K mengingatkan ahli kumpulannya agar laydown, agar tidak segera ditangkap polis. Namun, S mengeluarkan arahan untuk membawa Su Mian masuk ke kumpulan mereka sebagai undercover agent. Kasihan Su Mian yang beriya berlakon supaya dorang tertipu dengan dia, padahal dia serba serbi diketahui oleh Kumpulan Alphabat ni. Kiranya, Su Mian cinta hati S, dan Han Chen obsesi E. 


Bila dah tahu identiti dirinya terdedah, Su Mian segera menghantar kod rahsia pada Professor Xu, namun dibunuh oleh anaknya sendiri iaitu K sebelum sempat menghantar abstrak kod itu pada Falcon Unit  ; unit yang menguruskan undercover agent. 


Manakala dari Kumpulan Alphabat pulak, bila Su Mian gelabah menunggu bantuan, mereka pasang perangkap dengan mendapatkan pelanduk dua serupa Su Mian iaitu Bai Jin Xi untuk dibunuh supaya identiti Su Mian itu hilang terkubur dan S boleh hidup dengan Jin Xi dengan identiti baru.


Masa itu juga, S memasang chip elektronik pada ahli kumpulannya supaya apabila ada chip yang berhampiran dengan dirinya, S boleh mendapatkan semula memorinya. 


Jika berbalik pada Bahagian Kedua kalau tak silap, Han Chen menunjukkan cincin tunang  pada Jin Xi dan menunjukkan intial nama pertama mereka H&S. Kerana itu, mereka berdua gigih nak mengetahui kisah sebenarnya apa yang berlaku 5 tahun lalu.


Bagi aku, jika dilihat semula, drama ini hanya la permainan antara kumpulan alphabat dan pihak polis semata-mata atau pihak polis itu, cuma Han Chen dan Jin Xi sahaja.


Dan bila S mendapat memori semula, orang pertama yang dapat kesan adalah K dan beliau dapat merasakan bahawa S yang dahulu tidak lagi bersama dengan mereka yang masih mahu membunuh demi kepuasan. 


Sebab tu ending dorang ni semua mati tembak antara satu dengan yang lain. akhirnya semua mati tapi, entah macamana S terselamat, namun dia menerima hakikat kali kedua kekalahannya pada Han Chen. 


Untuk Black Shield Team, Han Chen dan Jin Xi happily ever after. Dan ketiga ahli telahpun berjumpa dengan pasangan masing-masing. Secara keseluruhan berpuas hati dengan ending dia. Ya la, aku memang cepat berpuas hati. Janji tahu siapa yang jahat suda. buat apa nak stress. Hee~ 


Next dalam barisan ada beberapa drama lakonan Bai White a.k.a Han Chen dalam list ni. Huuu~ nak tengok bila lagi ntah. 


Qoutes menarik perhatian aku dalam ni adalah, 


As long we know what we want, it's best to live ourself.


mengingatkan aku, tujuan kita hidup di atas muka bumi ini telah Allah SWT tentukan. Iaitu menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi. Berjalan mengikut paksi dan panduan yang telah diberikan olehNya, in shaa Allah kita berjaya dunia dan akhirat. 


6 ulasan

  1. tak ingatla bila last tengok citer cina.. hehe..
    kadnag2 best jugakk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumpa yang best seronok jumpa yang alahai.... Panaih hati. Haha

      Padam
  2. dah lama tak tengok cdrama. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boring Korea, lari p China, boring China balik Malaysia, boring Malay, haa pegi Europe pulak. Gitcheeww~ tak dapat tour real life ikut drama pun jadi. ^^

      Padam
  3. tengok poster macam menarik, review aien pun macam best tapi seriuslah sampai 3 musim? adoi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, dia episode tak banyak, syiok juga sendiri acah-acah tunggu next season. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.