CHINESE DRAMA: You're My Destiny (2020)

Jumaat, Jun 19, 2020



Tajuk: You are my destiny 
Genre: Melodrama, Romance
Episode: 36 (currently airing) 
Cast: Liang Jie, Xing Zhao Lin, Jinna, Li Jiu Lin, Chang Long, Wang Qian
Sinopsis: 

Two people living on "parallel lines" were never meant to interact, but an unanticipated meeting transforms them into each other's destiny. On a cruise ship bound for Bahamas , Chen Jiaxin meets the highly-educated Wang Xiyi, heir to a huge conglomerate. Helping each other, play acting and a one night stand leads them into each other's life again as married couple who can't divorce because of pregnancy and family pressure. Their contract marriage has a secret prenuptial agreement for a divorce after the birth of the child. The baby will remain with Wang Xiyi and he will marry the woman he loves. Misunderstandings lead to a miscarriage. Heartbroken, Chen Jiaxin journeys to Hungary alone. There she endures trials and tribulations. But with perseverance and help from friends, she becomes an accomplished potter. Meanwhile, over three years of separation Wang Xiyi has matured into someone capable of raising a family. Since so much time has passed, history and possibility converge when the two meet by chance in Hungary. (Source: ChineseDrama.info)


Spoiler Alert! 

Sebagaimana yang diiklankan, drama ini merupakan adaptasi drama famous Taiwan , Fated to Love You, yang telah diadaptasi kepada beberapa buah versi termasuk Korea Selatan 

Sebenarnya drama ini masih ditayangkan dan aku jenis tak sabar nak bagi tau betapa best drama ni, kerana itu wujudnya review ini. 

Pelakon lelaki utama, Xing Zhao Lin merupakan ahli EXO yang telah keluar daripada kumpulan terkenal itu demi melanjutkan kariernya dalam bidang lakonan. Zhao Lin dan juga pelakon wanita utama drama ini, Liang Jie juga telah berlakon bersama dalam drama lain yang mempunyai dua siri iaitu The Eternal Love. 

Yang tu aku belum tengok lagi, dah dunload p buang, dah tengok separuh haiya~ kakunya. Terbantut jugak nak tengok. Tapi, untuk drama kali ini, chemistry antara Zhao Lin dan Liang Jie sangat best. I tell you. 

Eventhough, dah tengok versi asli iaitu Taiwan version yang ditayang pada tahun 2008 dilakon oleh Ethan Huan dan Joe Chen.

credit: google

Dan juga Korea Selatan version yang dilakonkan oleh Jang Nara dan Jang Hyuk kalau tak silap aku. 

credit: google


Yang thailand version lagi belum tengok.  Ada masa nanti nak cuba tengok yang ni. 


Untuk versi Chinese ni, Wang Xiyi dan Jia Xin ni jumpa atas kapal. Bilamana, pakwe Jia Xin kantoi curang dengan Xiyi, dan Xiyi pulak tolong la Jia Xin sejak dia ditinggalkan Anna demi tour persembahan ballet dia tu. 

Plot utama drama ni, Jia Xin termengandung dan Xiyi bertanggungjawab kerana nenek dia nakkan pewaris untuk Cheng Jie Group. Lagipun nenek Xiyi tu tak berapa la berkenan dengan si Anna ni. Bila dapat tahu, Jia Xin mengandung dia usaha menyatukan cucunya dengan Jia Xin. 

Pling plang pling plong, dorang terjatuh cinta dan Anna dah cedera sebelum persembahan terakhir tour Giselle dia, lantas nak berbaik semula dengan Xiyi dan masa tu kan dah terlambat. Mula la dia menyusun atur supaya Jia Xin meninggalkan Xiyi  sehingga Jia Xin keguguran. 

Nyampah aku. Tak suka watak kedua acah baik. Nasib Dylan hensem. Ko tunggu Dylan amek Jia Xin tu. Padan muka Wang Xiyi. Anna pulak tak tau seluruh ahli keluarga Wang dah suka dengan Jia Xin. Ko tu dah tak ada port di hati dorang. Ko masuk pun tak hangin dorang pandang. Eh, emo pulak sis. 😂 


Tapi,aku suspek Dylan ngan Anna tu adik beradik sebab Dylan dalam usaha tengah cari adik dia hilang. Hurm, tak tau la kesudahan dia acaner.. Ada lagi 12 episode kot. 
 
Nanti rajin, aku update spoiler dia sampai last episode k. 

Kalo korang nak tengok, boleh tengok di youtube ataupun aplikasi WeTV. 

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤