CHINESE DRAMA | Memory Lost (Season 2) 2016

Selasa, Jun 09, 2020




Tajuk: Memory Lost (siri kedua)
Genre: Detektif, drama, Mystery, romance
Episode: 12
Cast: Yang Rong, Bai White, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy, Price Tom
Sinopsis: 

Han Shen perseverance in the tracing, he found that Bai Jin Xi actually has been struggling to find his fiancee Su Mian! The accidental amnesia of two people involved five years ago a serial killer organization committed the case. The serial killer organizations are members of the alphabet code, they act treacherously, enjoy the fun of killing, was banned by the police created an explosion, abducted Sammy and forged her identity that she survived. The two men after the case, even with the letter killer organizations are inextricably linked. Righteousness and evil showdown! When Han Shen and Sue sleep a little bit back memories, intends to fight against the letter killer organization, they found that the letter organization of the metamorphosis killer who have penetrated into their side...


SPOILER ALERT

Untuk  Siri Pertama korang boleh tengok macamana Han Chen dan Jin Xi bergabung meletup gitchew. Bahkan untuk siri kedua ini, mereka bergabung dalam satu team iaitu Black Swan Team. ke lebih kurang la. 

Apa la, nak buat review alang-alang. 😅 

Bersama Han Chen dan Jin Xi dalam team ni adalah Xiao Zhuan, Cold Face dan Prate. Dorang lima menyelesaikan kes yang rare dan lagi extreme. 

Kes pertama yang mereka harus selesaikan adalah kes tembak mati di sebuah majlis pelancaran perfume. Bila disiasat rupa-rupanya ia merupakan kes bunuh bersiri oleh assasin yang menunaikan niat orang saja. Setelah 2 atau tiga orang kalau tak silap aku yag dibunuh oleh asassin tu, dorang cuba nak selamatkan lagi 13 orang yang berkemungkinan menjadi mangsa seterusnya. Namun, tidak. Rupa-rupanya asassin yamg bernama *T* itu membunuh kerana ingin menarik perhatian Han Chen dan juga Jin Xi semata. 

Bawak sana bawak sini, rupanya T itu membawa Han Chen dan Jin Xi ke sebuah kes pembunuh bersiri di sebuah pergunungan yang ada kaitan dengan syarikat perfum tadi. Huish... 

Siri kedua ni lagi best la. Lagi-lagi membawa Han Chen semakin hampir dengan teka teki sebelum ni. 

Seterusnya yang mengejut Han Chen adalah orang yang disangka kawan baik dari kecik itu rupa-rupanya dia juga salah seorang dari sindiket kumpulan pembunuh alphabat ni tadi . Xia Jia a.k.a *E* telah menyimpan perasaan dpada Han Chen semenjak kecil. Dia cuma nak Han Chen menjadi miliknya seorang. Manakala dalam sindiket tadi, Xia Jia ni merupakan ahli yang palimg rendah dan dia cuma pandai membuat racun saja. 

Bila Han Chen dapat tahu Xia Jia itu *E* kemudiannya Xia Jia plan untuk mati bersama Han Chen dalam rumah yang telah dipenuhi racun yang dibuatnya sendiri. Tapi gagal sebab Han Chen dapat hidu niat buruk Xia Jia. Walaupun begitu, Xia Jia mati akibat terkena tembakan dari *R* yang cuba untuk bunuh Han Chen. 

Bila dorang Black Swan Team cuba untuk menyelesaikan kes sindiket alphabat ni, dorang dibawa menyimpang jauh oleh *K* tukang hipnosis dalam sindiket kumpulan pembunuh alphabat. *K* juga bertanggungjawab dalam kes yang disiasat mereka dalam siri pertama hari tu. 
Dalam usaha mereka mencari siapa *K* sebenarnya, Jin Xi dapati bahawa *K* itu adalah role model tersohor dalam bidang criminal pyschology, Xu Nanbo. 

Kerana cuba untuk mendedahkan identiti Xu Nanbo a.k.a *K* ini, Cold Face telah tercedera. Siannya dia. 

Namun, sekali lagi mereka gagal untuk dapatkan maklumat lebih mendalam tentang sindiket kumpulan pembunuh alphabat ini apabila Xu Nanbo mengambil nyawanya sendiri dengan makan racun serta terjun dari jambatan. 

Bila mayatnya telah berjaya dijumpai, Dr.Xu punya result etopsi (bedah siasat) mencurigai Han Chen. Yang mana, kalau perasaan, sejak kematian *T* dan juga *E* , Dr. Xu menjumpai cip kecil pada tubuh mayat, tapi bila dibuka dah kosong. Haa, aku curiga betul dengan Dr.Xu yang nampak baik ni. Untuk *K* pulak, dia dah terlebih dahulu buang sendiri sebelum dirinya terkantoi. 

penghujung siri kedua, A , R, L menuntut bela atas kematian kawan-kawan yang lain. Senang cakap sindiket kumpulan pembunuh alphabat ni merasakan mereka itu Tuhan kerana membunuh semua yang tidak dikehendaki serta merek yang berbuat jahat tanpa pembicaraan mahkamah. 

Hish.. tak sabar nak sambung siri ketiga. Done muatturun.. tapi tu la. tengah tengok drama sweet-sweet takkan nak skip pulak. Sudah tengok nanti Aien update reviewnya. 




6 ulasan

  1. ray suke jugak chinese drama. ada yg best tu mmg best betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? nak kena pandai cari. Haha tak buleh ikut selera remaja la ni.

      Padam
  2. masih lagi konsep siasat menyiasat ye. Selamat menonton Aien.

    BalasPadam
  3. banyak juak uruf mok diingat tok eh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.