Chinese Drama | Forget You, Remember Love (2020)

Selasa, Jun 02, 2020




Tajuk: Forget You, Remember Love | Frog Prince | Forgetting you, Remembering Love
Genre: Romance, Comedy, Drama
Episode: 38 Episode (47 minit per) 
Pelakon: Garvin Jin, Fair Xing, Caven Wen  Jing Xing
Sinopsis: A story between an ordinary girl who rescues a downtrodden CEO that has lost his memories, thus beginning a dreamy fairy tale.

Shan Junhao is the CEO of Senwell. He's a hard-hitting leader who never takes half measures to achieve what he wants. His encounter with Ye Qianyu  is not a pleasant one as he has mandated the closure of the Guanmei Inn, a place that Ye Qianyu holds dear. When Shan Junhao gets into an accident and wakes up with no memories of the past, Ye Qianyu takes him in and gives him a fake identity. They grow closer through their time together even though she knows that one day, he is bound to leave.
(Source: ChineseDrama.info)


Spoiler Alert

Sebenarnya tak plan pun nak tengok drama ni dulu, walaupun dia ada dalam playlist watching aku. Tapi, cerita yang aku nak tengok dia, production dia guna venue yang sama dengan drama yang aku tengok sebelum ni, tu jadi malas pulak rasanya. Mesti plot cerita dia lebih kurang je. 
 
Kebetulan aku dah muatturun siap-siapa drama ni jugak, sebelum balik ke kampung hari tu, tengok je la kan. Alih-alih sedap pulak. Walaupun begitu, majoriti di Kelab Chinese Drama Fans di muka buku kata drama ni entah apa-apa. Plot tak menarik, pelakon lelaki dia kaku and so on. Haiya, bila dah tak minat, semua benda jadi serba serbi tak kena. 

Untuk aku, drama ni lagi best la walaupun plot dia pasal CEO dengan gadis miskin adalah kebiasaan, tapi mengajar kita mendalami erti kata hati. Eh, bukan drama sebelum ni pun sama ke? 

Al-kisah disebabkan aku tak tau nak update apa kat blog, aku update la drama yang baru sekerat aku tengok ni. Nanti dah habis aku tengok aku akan update lagi. Promise? 

Anyway, pelakon laki dia tinggi bak hang. Kesian pulak aku tengok dia asyik membongkok je dalam drama ni dek kerana pelakon perempuan dia comel je. Agaknya disebabkan ketidakselesaan itu la kot, dia jadi kaku sikit. 

Kita tengok kesudahan dia macamana nanti. Drama ni aku tengok di laman Youtube saja selain daripada muatturun dari telegram. 

Dah habis tengok aku update lagi k. Banyak sangat drama dalam wishlist aku ni . :p

Editted long sinopsis: 

Shan Jun Hao, General Manager di SenWell nak develope GuanMei Village untuk dijadikan salah satu pusat pelancongan. Dia buat siteview ke kawasan tu, nyaris-nyaris lemas tapi sempat diselamatkan oleh Ye Qianyu. 

Ye Qianyu - gadis kampung yang sangat sasa kerana sering membuat delivery kedai runcit mak dia. Comel-comel pun sasa gitu.  Bila dia selamatkan -the cold- Junhao ni,  dia minta duit untuk upah selamatkan JunHao  siap buat agreement sebab takut JunHao tipu dia. Yet, masa tandatangan agreement tu, JunHao guna nama TongHua. 

Fast forward, Jun Hao patutnya bertunang dengan anak angkat keluarganya iaitu Fan Yunyi. Tapi, kemalangan la pulak masa nak ambil cincin untuk tunangnya. Bila dah jumpa kereta JunHao, dorang jumpa cincin tu, tapi orangnya teda. 

Jun Hao tadi, dapat survive dari kemalangan, tetiba dilanggar oleh Ye Qianyu serta keluarganya yang baru pulang dari pementasan adiknya, ShengZhen. Dorang pun angkut balik, sebab takut kalau-kalau JunHao ni tetiba nak saman dorang. Nasib dorang baik, JunHao dah kena amnesia. Dek kerana kasihan, Mama Jinzhi upah la si JunHao, tapi diberikan nama TongHua oleh Qianyu. 

Berbalik di Senwell, ada sorang lelaki gilakan pangkat nak jadi General Manager terus amek peluang bila Jun Hao dah tak muncul-muncul di Senwell. 

Disebabkan ayah JunHao dah mati akibat heart attack, akhirnya mak JunHao terpaksa turunkan juga tandatangan alih kuasa pada Mr.Zhang si tamak pangkat ni tadi. Keputusan itu ditentang oleh Director Xu -kawan baik Jun Hao  serta Yunyi. 

Fast Forward lagi, akhirnya GuanMei Village a.k.a Guan Mei Hotel dapat diselamatkan dari diruntuhkan oleh Senwell dengan adanya TongHua di kampung mereka. 

Walaupun dia hilang ingatan, I wonder how do boleh ingat ala-ala kerja dia sebelum ni? Haha Bijak pandai kan? 

Dan dengan bantuan TongHua juga, dorang berjaya buktikan pada Senwell bahawa GuanMei Village seharusnya dikekalkan struktur demi menjadi habitat Dolphin putih yang sebelum ini dorang ingat legenda semata-mata. 


-done half way. nanti sambung. 

5 ulasan

  1. jalan cerita chinese drama ni lebih kurang je tapi tak kisah sgt pun asalkan hero dia hensem dan pandai berlakon..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. Sis tengok jugak laaa.. kdg tengok tempat dia pun lawa. Hehe

      Padam
  2. Wah dah lama tak tengok Chinese drama. Last tengok dulu masa kekecik kat tv. Nampak cam best cerita ni! Hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤