Resepi Puding Karamel Roti paling simple pernah dicuba

Rabu, Mac 31, 2021

 


Wah, terajin pulak buat puding ketika mood M tu beso je di dahi tu kan. Aien ada la simpan roti expired baki dari minggu lepas punya roti kan. Tak tau nak buat apa. Godek-godek la FB "Resepi roti expired" . Nampak pulak satu resepi yang macam sedap dan senang. Malangnya ia berbentuk video. Adeh. Tak ada tulis resepi pulak. Sebab dia dalam video kan. 

Maka di sini nak mencurah untuk readers aienienka.com RESEPI PUDING ROTI KARAMEL PALING SENANG. Tanpa Oven dan mixer. 

Jom kita mula. 

1/3 cawan gula - masukkan dalam periuk/kuali untuk dijadikan caramelnya. buat dengan api perlahan. Risau hangit pulak nanti. Setelah gula cair dan berwarna keperangan, masukkan sedikit air. Macam percikkan air gitu. Tak tau la apa fungsi dia. Kemudian tuangkan dalam loyang. Sejukkan 

Bahan-bahan roti. 

4 keping roti yang dibuang tepi (tapi daku derhaka masukkan semua. Sayang pulak dibuang)

1 cawan susu cair 

1 cawan air 

1/2 cawan susu manis 

3 biji telur gred A 

1 sudu makan esen vanilla. 

- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar a.k.a blender. 

- Putarkan selama 20 saat sehingga sebati. 

- Kemudian tapis bahan roti masuk ke dalam loyang caramel tadi. 

- sementara korang blend bahan-bahan roti tu, panaskan la periuk kukus. Bagi air dia mendidih. 

- sudah mendidih, masukkan loyang yang dah ada isi tu la kan dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit dengan api perlahan. 


Nah, hasil kejadian yang sangat lawa. Dan sedap. Nayla bertuah pergi hirup caramel dia aja. Habis Ibu dengan Najmi makan puding dia je. Nasib la manis dia okay. 

Apa laa, kata nak kurang manis nak pergi minum air gula Isnin nanti. Pigi laa.  Haha 

Tips nak bagi dia jadi, adalah gunakan cawan yang sama untuk sukat susu dan air tu. 

Risau juga tak jadi jugan kan. But, turns out sedap giler korang. Harus cuba. Nak share video dia sekali tapi line macam harom syaitooon... 

KREDIT VIDEO: limaunipis 


Hadiah dari Blogger Ako Retna dah sampai!

Selasa, Mac 30, 2021

 


Assalamualaikum dan alhamdulillah rezeki anak-anak dan suami. Kalau korang tak tahu kenapa, hari tu, Aien join satu giveaway by blogger Ako Retna and tak sangka menang. 


Dan Hadiahnya telahpun tiba khamis lalu. Tak sempat nak update blog sebab minggu busy sangat. Eceh.. 

Anak-anak excited dapat kotak tu tau. Aien fikir la kan masa DHL hantar pesanan kata parcel dalam perjalanan. Eh, dari mana pulak. Rasa tak ada order barang ikut DHL. Konfius pulak. Rupa-rupanya Sis Retna bagi gift dia. Thank you sis! DHL memang laju. Dua hari je dah sampai. 



Hadiah yang berupa sekeping gift kad Starbuck yang bernilai RM50 dan seketul patung burung hantu yang sangat comel. Berebut la anak dua ketul patung tu. Yang penting Najmi nampak dulu. Dia suka benda-benda comel ni. Macam Ibu dia. 😝 
.

FYI, seumur hidup 30 tahun ni kan, sekali je Aien pernah minum Starbuck ni tau. Jakun la dapat gift card ni. Apa aku nak buat? Bagi orang sayang la pulak sebab tekak pun teringin bebeno nak minum minuman high class ni kan. 

Itu la kata, rezeki anak-anak dan suami. Tapi kena tunggu dulu 2 minggu ni. Bagi lepas Aien kena repeat minum air gula buat kali ke dua Isnin nanti, baru boleh ajak cik Suami ke Starbuck. Dapat la dua cawan kot kan. 
.

Nanti dah beli update la kan, itupun kalo teringat. Haha Sokmo lupa. Kelam kabut sikit sebab nak prepare untuk Ramadhan plus Raya sekali. Dengan bisnes online baru, dengan.   heeee.. Semoga dipermudahkan la semuanya. Tak mau stress stress. Nanti baby asyik stress kat dalam tu pun tak syiok. 
.

Apapun.. lagi berbaki 2 minggu kita nak menyambut Ramadhan, semoga kita semua diberi peluang dan menggunakan peluang itu dengan sebaik yang mungkin. Bulan kebaikan pahalanya berganda. 🤗 

Giveaway Raya bersama Shida Radzuan Blog

Khamis, Mac 25, 2021


 Assalamualaikum semuanya! 

Alhamdulillah panjang umur boleh bercerita lagi di sini. Dengan kesempatan ini Aien nak la join giveaway dari rakan blogger Shida Radzuan ni. 

Sambil tu, Shida Radzuan suruh share feeling nak menyambut Ramadhan dan Hari raya yang bakal menjelma ... 

Pada mulanya Aien tak mau join pasal sebak di dada nak bercerita pasal benda ni. Adooo, lagi2 feeling ibu hamil ni, sensitif dia lain maciam geng! Payah la nak cakap. Nak kata I olls tak kisah pun tak balik  tapi sebab dah dua tahun beraya di sebelah suami, mahu juga I olls berkumpul dengan adik beradik sendiri pulak kan. 

Menyambut Ramadhan juga, impian semua orang nak pulang ke pangkuan keluarga. Bersahur dan berbuka bersama-sama mereka. Walaupun dah kawen sekalipun mesti ada niat begitu dalam hati. Mahu ya mahu, tapi apakan nasib cuma mampu niat saja dalam hati. 

Jadi ceritanya feeling Aien untuk Ramadhan serta Syawal kali ini adalah semoga adik beradik ku baik-baik saja kerna untuk kali ini juga kami tak dapat kumpul lagi. Jahat-jahat adik bradik pun, mereka tetap saudara kita. Sedarah sedaging. 

Tak apa la kali ni, beraya serta puasa lagi bersama keluarga sebelah sini.  dengan syarat I olls nak beli baju raya. Ah! tak peduli, meriah tak meriah. Janji gambar raya ada. 😂😂 

Untuk Ramadhan pulak mengharap dapat puasa penuh. Masa Nayla, sempat sehari puasa dua tiga hari lepas tu sibuk renyah nak keluar. Alhamdulillah masa Najmi settle satu bulan Ramadhan. Doakan Aien yaaa. 

Haa, jom la join giveaway by Shida Radzuan ni  dengar cerita dapat sampul raya la buat sesiapa yang join. Heee 

giveaway berlangsung sehingga 9 April 2021 tau!

jom jom jom.. klik saja banner di atas tu untuk join. Salam perkenalan dan moga ada rezeki buat semua. :)

Oh ya, Aien nak tag alienoren dan Wa

What you do when you missing someone or something?

Rabu, Mac 17, 2021

 


I'm so lonely, broken angel

I'm so lonely, listen to my heart.. 

berdetak dalam hati, menyanyi sendirian lagu Arash ni. entah kenapa dua tiga hari ni macam lost. Nak kata penat tak jugak, tapi stress dia macam I want to be alone for sometimes.

Tengok keletah anak-anak, naik hantu terus. Nangis sendiri. Ibu tak nak marah korang... I just stay there. Skrol telefon tapi akal dan minda ntah ke mana. 

Where are you dear myself? 

Google Photo buat throwback untuk 3 tahun lalu, dan juga dua tahun yang lalu.

Kalau 3 tahun lalu, rindu nak pergi pantai. Memang jadi kebiasaan tiap kali cuti sekolah pergi pantai sehari dua. Baru syiok kita. Last pergi masa nayla belom pandai jalan. Merangkak macam anak penyu dia main di pesisiran pantai. Sekarang, nak jejak ke pasir pun dah melalak. 

Sepanjang usia si Najmi la, tak ada jugak ke mana. Balik Sarawak pun tidak, jalan-jalan makan angin pun tidak. Ada sekali la, ke Pantai Sedili Kechil. Kami anak beranak tapi tak bermalam, sebabkan ayahnya kata Nayla takut air, jadi nak bermalam pun tak best. Layankan aje la Ibu ni. Nahan diri dari turun ke pantai. Masa tu tak bijak, p tinggalkan harta karun di persembunyian. sudahnya diri sendiri yang kena jaga barang berharga. 

Yang buat diri kerinduan apa tau, perjumpaan dengan keluarga sendiri 2 tahun lalu. Itu pun sebab akak sulong bertunang serta kali terakhir pulang Miri pada majlis pernikahan beliau. Last, and never till now. 

Oh Covid! Cepat la kau pergi. 

Oh PKP! segera la kau tamat. 

Tiada juga swab test  dan juga kuarantin

Kerna aku sudah kerinduan akan udara Miri. 


Well, throw back saja mampu. Duduk diam-diam tepi dinding skrol segala moment yang pernah diabadikan dalam sebuah gambar. Sebak memenuhi dada. 

Maka, hanya doa saja mampu kukirimkan buat mereka. Moga sentiasa sihat dan kita diberi peluang untuk bertemu lagi. Aamiin. 


Giveaway "SUKA-SUKA" by anakomak6

Khamis, Mac 11, 2021


 

Ajum!! Aien minggu ni tak ada idea la nak post apa. :)  

Makanya, meh la kita join giveaway. Tanda support. Aien pun baru follow anakomak6 ni. belom berkesempatan lagi nak tinggalkan jejak. 

Salam perkenalan :) 

Jom join giveaway yang sangat senang ni. Sampai 20 March 2021 je tau. Dengan tekan banner di atas tu je. Senang kan? 


Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Sabtu, Mac 06, 2021


 Uish menggoda betul kalau dapat coklat ni. Nice blogger ni dapat idea nak buat giveaway coklat. hOpe dapat laa. Haha 

Macam biasa, klik saja banner di atas . Giveaway ini juga berlangsung sehingga 31 March 2021. Jom! Support blogger dengan join giveaway ni. :) 


Najmi berjumpa Pakar Pemakanan

Selasa, Mac 02, 2021

 


Pada bulan lalu, Izz Najmi telah dibagi tarikh untuk berjumpa dengan Pakar Pemakanan kerana BMI nya telah turun ke garisan kuning, which is dikirakan dia kurang zat la jugak. Beratnya dari usia satu tahun sehingga satu tahun enam bulan cuma naik sebanyak 400gram saja. 

Padahal Najmi ni boleh dikategorikan sebagai seorang pemakan, tak memilih apa jenis makanan tidak seperti kakak Nayla. Mungkin disebabkan dia aktif bermain, berat badannya tidak menaik. 

Makanya, hari ini setelah sebulan lebih menanti, 2 March 2021 kami  ke klinik. Setelah menjalani prosuder biasa untuk masuk ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, sebelum berjumpa dengan Pakar Pemakanan, Najmi diminta untuk timbang dan ukur ketinggian terlebih dahulu. 

Guess what? Ibu tak tahu timbang tu yang tak berapa betul atau macamana, sebab last month check tu guna timbang digital. Kali ni guna timbang manual gitu. Berat Najmi naik sebanyak 1kg lebih iaitu 9.5kg . dan ketinggiannya 79cm. Bila dikira-kira oleh Pakar pemakanan tadi, BMi Najmi adalah normal. Alhamdulillah. Macam tahu-tahu je dia kena jumpa, sakan la makan elok-elok. 

Ibu pun bagi makan cukup. 3 times snacking, 3 times makanan berat. Which is Pakar Pemakanan tanya, how's rutin Najmi makan. 

  • 8am - bangun pagi 
  • 8.30am - snacking biskut / buah 
  • 10am - sarapan either nasi goreng, bihun atau jemput-jemput. (depends kerajinan Ibu la kan) 
  • 12/1pm - 3/4pm - Nap time
  • 3/4pm - snacking time  biskut/ buah/kuih 
  • 8pm - makan nasi (lauk keluarga) 
  • 9pm - snacking again. 
  • 10 pm - tidur. 

Gitu la jadual harian dia. Sementara jam lain tu dia main, main dan terus main. Sekejap je jumpa, lepas tu sebab normal dah BMI dia, pakar pemakanan pun tak ada set appointment untuk next perjumpaan lagi laa. Senang dah hati Ibu. Tak tau la kalau bulan depan timbang lagi, berat dia lain pulak. Kadang-kadang penimbang ni main peranan jugak. 

Next, kita cerita lagi k. :) 

RECAP: Things that happen on FEBRUARY

Isnin, Mac 01, 2021

 


March is here! Anak-anak Pra sekolah serta darjah Satu dan Dua dah mula bersua dengan guru dan juga kawan baru. Fuh, nervous mak-mak sekalian. Harap bertabah semuanya menanti kepulangan anak tersayang . 

Bulan lepas tak ada buat recap sangat because moody masih tak ada ideas lagi. Kalau ditengok analytics Januari mesti sob sob je sedih. Sendiri mau ingat la kan. Demi Februari, bangkit moga ada kemajuan sikit la. 

Dan here I am nak sort of things that happen on Februari lepas. 


1. Happy 4th Anniversary for Us 


Tarikh yang paling diingat setiap kali Februari datang sekaligus berangan nak buat suprise party walaupun PKP. Sekali tak jadi. Berhuhuhu saja laa. Wish Valentine pun jadi, buat kekasihku. Empat tahun tu masih awal lagi. Masih berada di fasa satu, stage one orang kata. Sipi sipi je lagi kepayahan untuk langkah satu ni. Nak cerita banyak, masih bertatih gitu. 

2. Can't wait for next appointment for pregnancy

Bulan pertama check up selepas buat buku pink. Alhamdulillah semua okay, cumanya berat Ibu naik sebanyak 3kg. Shocked sekejap! Padahal selera makan ke laut, makan pun ntah apa-apa. Nasib paras gula dalam darah normal dan misi pun cakap tak perlu repeat untuk kali kedua. Alhamdulillah. Kalau kena jugak, Ibu is redha saja laa. Kacang je minum air gula tu. Haha (ceh, berlagak sungguh ya) 


3. Start Training potty si kakak Nayla

Wah, ini menguji kesabaran Ibu yang sangat tipis amat ni. Setelah lengkap tukar tempat duduk tandas dan beli kerusi untuk memudahkan Kakak Nayla naik, Ayah pun mulakan misi training potty. Day one, suara Ibu asyik tinggi macam harimau mengaum. Sampai si ayah pun tegur. Ha Ha Sabar Ibu  Sabar. 

Day two - Kakak Nayla dah boleh kawal serba sedikit and guess what, without ayah at home, much easier nak train dia. Pasai pa tak tau eh. Senang dia nak ke tandas sendiri, siap dia cakap balik kat Ibu, nak kencing berak ke tandas. Ye la anak ui.. 

And currently one week after, dah boleh stabil nak kencing ke tandas, berak je sekali sekala terlepas jugak tak sempat. Namun, Ibu masih belom berani nak start tido without pampers. Tak apa. panjang lagi tempoh sebelum adik baby keluar. 

4. Najmi start show himself

Ini pun,, ayoyo..  Clingy habis. Sikit-sikit Ibu, silap sikit Ibu, apapun Ibu. Kadang Ibu layankan jugak  kadang datang angin rimau Ibu kena jugak dibaham. Adooo.. 

Nak wean off pun kadang dua tiga hari tak ingat dia untuk minta, boleh minum susu botol. Datang mood dia tak nak susu botol memang hari-hari mesti minta sampai nangis mengamuk. Ibu tak kuasa nak layan nangis amukan dia tu. Bagi la jugak sakit-sakit pun. Buat masa sekarang kalau ayah bancuhkan susu je dia nak. Kalau Ibu bancuhkan dia sibuk cari botol kakak Nayla dia. 

5. Kisah TV dan kami 

Siapa baca kisah ni, memang kenangan la buat Aien bulan ni.  Baru-baru ni Husband beli anycast pulak untuk screen mirror smartphone ke TV. Tapi sayang telefon dia jenuh nak setting. Cakap la dengan dia, dari beli anycast tu baik beli Mi Stick ke. Haha Dia diam jer. Kadang suka dia nak melayan movie Tamil kat TV sorang-sorang. Aien kadang join. kadang tak sebab sakit belakang lepak atas karpet je. Tengah kumpul dana nak beli kerusi ke, sofa ke. hehe 


Apa lagi ya berlaku di Februari ni? Itu la je kot. Cerita anak-anak, cerita sendiri.. cerita apa ntah lagi.. Drama-drama malas nak update sebab ni kira koleksi jurnal jugak laa. Apapun semoga March datang ni bawak sinar. Untuk kami dan juga kamu yang membaca. Moga PKP segera la tamat. Moga hujung tahun nanti dapat kami anak beranak pulang ke Miri. Nak balik raya macam sarat dah, Raya haji dah beranak pulak. Balik Christmas je la mampu. 


pssst! korang kalau ada nak risik tudung Jimmy Scarves Aien jual, boleh usha di IG @jimmyscarves_skudai tau. Ada sale 4 hari jer. hehe 


Kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' Bantu 420 pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan kembali ke Sekolah


Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Disokong oleh TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)



Kuala Lumpur, 5 Februari 2020 – Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli. 


Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan rsekolahan demi menjamin masa hadapan.



TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini. 


“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling. 


Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal. 




“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.


Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan. 


Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa. 


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini. 


“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo. 


Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah. 


TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.  




TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain. 




“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh  dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.


Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah. 


“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong. 



Cerahi Kehidupan Bersama TOP, 2015 to 2020


Tahun

Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

2020

420

6

Total

2873

85

© kisah aienienka.