What you do when you missing someone or something?

Rabu, Mac 17, 2021

 


I'm so lonely, broken angel

I'm so lonely, listen to my heart.. 

berdetak dalam hati, menyanyi sendirian lagu Arash ni. entah kenapa dua tiga hari ni macam lost. Nak kata penat tak jugak, tapi stress dia macam I want to be alone for sometimes.

Tengok keletah anak-anak, naik hantu terus. Nangis sendiri. Ibu tak nak marah korang... I just stay there. Skrol telefon tapi akal dan minda ntah ke mana. 

Where are you dear myself? 

Google Photo buat throwback untuk 3 tahun lalu, dan juga dua tahun yang lalu.

Kalau 3 tahun lalu, rindu nak pergi pantai. Memang jadi kebiasaan tiap kali cuti sekolah pergi pantai sehari dua. Baru syiok kita. Last pergi masa nayla belom pandai jalan. Merangkak macam anak penyu dia main di pesisiran pantai. Sekarang, nak jejak ke pasir pun dah melalak. 

Sepanjang usia si Najmi la, tak ada jugak ke mana. Balik Sarawak pun tidak, jalan-jalan makan angin pun tidak. Ada sekali la, ke Pantai Sedili Kechil. Kami anak beranak tapi tak bermalam, sebabkan ayahnya kata Nayla takut air, jadi nak bermalam pun tak best. Layankan aje la Ibu ni. Nahan diri dari turun ke pantai. Masa tu tak bijak, p tinggalkan harta karun di persembunyian. sudahnya diri sendiri yang kena jaga barang berharga. 

Yang buat diri kerinduan apa tau, perjumpaan dengan keluarga sendiri 2 tahun lalu. Itu pun sebab akak sulong bertunang serta kali terakhir pulang Miri pada majlis pernikahan beliau. Last, and never till now. 

Oh Covid! Cepat la kau pergi. 

Oh PKP! segera la kau tamat. 

Tiada juga swab test  dan juga kuarantin

Kerna aku sudah kerinduan akan udara Miri. 


Well, throw back saja mampu. Duduk diam-diam tepi dinding skrol segala moment yang pernah diabadikan dalam sebuah gambar. Sebak memenuhi dada. 

Maka, hanya doa saja mampu kukirimkan buat mereka. Moga sentiasa sihat dan kita diberi peluang untuk bertemu lagi. Aamiin. 


20 ulasan

  1. faham sangat, dah lama jugak tak balik sebab PKP. Raya ni entah dapat balik entah tidak. Kalau dapat kebenaran pun takut jugak nak balik sebab covid tengah tinggi lagi. Be strong ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la tu.. Saban hari mengharap dan berdoa agar covid surut hjung tahun ni. :)

      Padam
  2. Semoga covid19 ni cepat cepat berakhir dan kita boleh kembali seperti dulu.
    Kalau saya rindu arwah mak, biasa saya akan tengok gambar mak then nangis hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah, sedihnyaaa. rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk arwah mak tiqah. :')

      Padam
  3. saya plak rindu nak naik kapal torobang hehehe...
    bila covid nak hilang ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik kapal torbang? Sama la tu rindu juga tu.. Mau pulang srwk harus tu nait belon. :)

      Padam
  4. Sama la kita . . Rindu udara kampung. Cepatlah hilang covid nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udara kampung alhamdulillah bleh lagi merasa sebab kg husband dkat. Jadi tak kerinduan sangat. kg sendiri yang jauh. Tapi, tak kampung sangat laaa. :')

      Padam
  5. Ngamsoi tengah dengar Broken Angel jugak. :'(
    Take care Ibu! <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya laaa tu.. sudah burst saya minggu lalu.. :)

      Padam
  6. Sob sob sob ja kita mampu....covid oh covid...pergilah lekas....

    jaga diri leklok k!

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik laaa. moga ada rzeki utk kita ketemu. ;)

      Padam
  7. haihhhh cepat la vaccine cover smua kan .... nak hidup mcm dulu

    BalasPadam
  8. Allah.. Semoga terus kuat ye Aien..
    Faham sangat perasaan rindu tu.. Tak mudah namun sekiranya tak berdaya, luahkan jangan disimpan..

    BalasPadam
  9. Bersabar ye Ainie..moga awak boleh happy selalu seperti biasa :)
    jika dikenangkan stress mmg la xkan habis..penat..kecewa..lelah..haihh

    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  10. Faham kamek apa kitak rasa ya. Boring dah sebenarnya duduk rumah sik dapat balit gik satu Hal.

    Lamak dah sik berkumpul ngn family lagikla molah rindu. Arap2 this year convid-19 dah sikda gik.

    BalasPadam
  11. Lama tak keluar rumah jalan jalan memang boleh buat rasa stress. Lagi pulak bila tak dapat balik kampung. Mampu throwback dan menahan rindu. Semoga semuanya akan jadi normal tak lama lagi. Aaminn

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.