Hadiah dari Blogger Ako Retna dah sampai!

Selasa, Mac 30, 2021

 


Assalamualaikum dan alhamdulillah rezeki anak-anak dan suami. Kalau korang tak tahu kenapa, hari tu, Aien join satu giveaway by blogger Ako Retna and tak sangka menang. 


Dan Hadiahnya telahpun tiba khamis lalu. Tak sempat nak update blog sebab minggu busy sangat. Eceh.. 

Anak-anak excited dapat kotak tu tau. Aien fikir la kan masa DHL hantar pesanan kata parcel dalam perjalanan. Eh, dari mana pulak. Rasa tak ada order barang ikut DHL. Konfius pulak. Rupa-rupanya Sis Retna bagi gift dia. Thank you sis! DHL memang laju. Dua hari je dah sampai. 



Hadiah yang berupa sekeping gift kad Starbuck yang bernilai RM50 dan seketul patung burung hantu yang sangat comel. Berebut la anak dua ketul patung tu. Yang penting Najmi nampak dulu. Dia suka benda-benda comel ni. Macam Ibu dia. 😝 
.

FYI, seumur hidup 30 tahun ni kan, sekali je Aien pernah minum Starbuck ni tau. Jakun la dapat gift card ni. Apa aku nak buat? Bagi orang sayang la pulak sebab tekak pun teringin bebeno nak minum minuman high class ni kan. 

Itu la kata, rezeki anak-anak dan suami. Tapi kena tunggu dulu 2 minggu ni. Bagi lepas Aien kena repeat minum air gula buat kali ke dua Isnin nanti, baru boleh ajak cik Suami ke Starbuck. Dapat la dua cawan kot kan. 
.

Nanti dah beli update la kan, itupun kalo teringat. Haha Sokmo lupa. Kelam kabut sikit sebab nak prepare untuk Ramadhan plus Raya sekali. Dengan bisnes online baru, dengan.   heeee.. Semoga dipermudahkan la semuanya. Tak mau stress stress. Nanti baby asyik stress kat dalam tu pun tak syiok. 
.

Apapun.. lagi berbaki 2 minggu kita nak menyambut Ramadhan, semoga kita semua diberi peluang dan menggunakan peluang itu dengan sebaik yang mungkin. Bulan kebaikan pahalanya berganda. 🤗 

16 ulasan

  1. rm50 gift card ??? omgg that is so fancy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep. Kan? Moga murah rezeki sia Retna. :)

      Padam
  2. Wahh dah sampai dah hadiah dia. Tahniahhhh kak aien! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah.. ritu lagi. cuma belom digunapakai lagi. haha

      Padam
  3. woot woot gift card starbuck tuuu....tahniah again!!! moga murah rezeki selalu!!! "D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Macam special sangat dapat gift card. If mau, nanti gathering boleh topup. Haha

      Padam
  4. Tahniah aien...
    Semoga baby dalam perut x mengidam ye hehehe...
    Aien register card kat apps starbuck ni... pembayaran guna apps bole dpr disc gak...
    Kalau nak jimat, bole refer apps, ada mention hari2 apa ada promo air nya... buy 1 free 1 or harga murah dari biasa... enjoy k ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oKay, baik la. Dah register, tu la naik notification hari2 hish.. Tak buleh kena tggu 5/4 bru bleh balun. Again, thanks sis Retna. Moga murah rezeki selalu. :)

      Padam
  5. Wowww murah rezeki si pemberi...rm50 kot gift card Starbucks tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. Rasa mcam have have sangat. :) Aamiinn.

      Padam
  6. tahniah aien. bolehlah mengopi nanti..hehe

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rezeki. untung tu dapat gift card starbucks. Comelnya kraft tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤