Resepi Puding Karamel Roti paling simple pernah dicuba

Rabu, Mac 31, 2021

 


Wah, terajin pulak buat puding ketika mood M tu beso je di dahi tu kan. Aien ada la simpan roti expired baki dari minggu lepas punya roti kan. Tak tau nak buat apa. Godek-godek la FB "Resepi roti expired" . Nampak pulak satu resepi yang macam sedap dan senang. Malangnya ia berbentuk video. Adeh. Tak ada tulis resepi pulak. Sebab dia dalam video kan. 

Maka di sini nak mencurah untuk readers aienienka.com RESEPI PUDING ROTI KARAMEL PALING SENANG. Tanpa Oven dan mixer. 

Jom kita mula. 

1/3 cawan gula - masukkan dalam periuk/kuali untuk dijadikan caramelnya. buat dengan api perlahan. Risau hangit pulak nanti. Setelah gula cair dan berwarna keperangan, masukkan sedikit air. Macam percikkan air gitu. Tak tau la apa fungsi dia. Kemudian tuangkan dalam loyang. Sejukkan 

Bahan-bahan roti. 

4 keping roti yang dibuang tepi (tapi daku derhaka masukkan semua. Sayang pulak dibuang)

1 cawan susu cair 

1 cawan air 

1/2 cawan susu manis 

3 biji telur gred A 

1 sudu makan esen vanilla. 

- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar a.k.a blender. 

- Putarkan selama 20 saat sehingga sebati. 

- Kemudian tapis bahan roti masuk ke dalam loyang caramel tadi. 

- sementara korang blend bahan-bahan roti tu, panaskan la periuk kukus. Bagi air dia mendidih. 

- sudah mendidih, masukkan loyang yang dah ada isi tu la kan dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit dengan api perlahan. 


Nah, hasil kejadian yang sangat lawa. Dan sedap. Nayla bertuah pergi hirup caramel dia aja. Habis Ibu dengan Najmi makan puding dia je. Nasib la manis dia okay. 

Apa laa, kata nak kurang manis nak pergi minum air gula Isnin nanti. Pigi laa.  Haha 

Tips nak bagi dia jadi, adalah gunakan cawan yang sama untuk sukat susu dan air tu. 

Risau juga tak jadi jugan kan. But, turns out sedap giler korang. Harus cuba. Nak share video dia sekali tapi line macam harom syaitooon... 

KREDIT VIDEO: limaunipis 


6 ulasan

  1. Sedapppppp! Favorite ni memang selalu buat :D

    BalasPadam
  2. bulan puasa ni bolehlah try buat puding karaamel ni..hehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya puding karamel campur roti. saya pun suka buat puding karamel letak roti. Tak suka letak telur semata-mata :)

    BalasPadam
  4. Mudahnya resepi Aien.. boleh bookmark untuk dicuba masa puasa nanti..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.