Jumaat, Julai 30, 2021

Pengalaman dapat vaksin ketika dalam pantang

 


Setelah sekian lama Aien tunggu giliran untuk dapat tarikh vaksin di Mysejahtera akhirnya penantian telahpun berakhir apabila sebelum Subuh 27 Julai 2021 Aien dapat pesanan ringkas untuk sahkan kehadiran temujanji. 


Sejak dari itu, nervous mula menghantui diri. Dia macam automatik tau. Terus jadi takut, paranoid dan lain-lain perasaan la. Al-maklum tak pernah pulak dengar ibu berpantang dapat vaksin. Ibu yang mengandung pun dua tiga jugak nak pegi cucuk, apatah la Ibu dalam tempoh berpantang. 


Mula-mula dapat kat Persada, Johor. Buat la kira-kira dari Pekan berapa jauh nak ke sana. 



Dah sahkan untuk kehadiran temu janji, esoknya tetiba dapat lagi pesanan dari CITF ni. Katanya telah diubah details untuk temu janji. 



Encik Husband pun cakap berapa punya jauh sampai ke sana lagi. Nak buat lagu mana. Orang dah bagi, kita patuh saja la. Janji dah dapat. Nasib dia tak ubah tarikh sekali. Mau berangin Encik Husband yang dah amek cuti tu. Tak lama selepas Aien dapat, Alhamdulillah Encik Husband punya temujanji pun diberi. Berapa punya jauh dia sampai ke Taman Mawar, Pasir Gudang sana. Nasib la. Sikit punya dekat Dewan Taman Universiti tu, jauh ke Taman Mawar sana diberi dia. Nasib la labu.. 

Sampai hari kejadian punya nervous mak berpantang ni, malam tak leh tidur. Jam 3 pagi tidur. Seawal 7.30 pagi da sedar. Selesai uruskan diri sendiri dan alas perut sebelum ke tempat temu janji. Jam 9 bertolak dari Pekan Nenas sampai ke Mid Valley Southkey tu jam 10 pagi. 

Selesai susukan Nadhira sebelum masuk, Ibu teruih pergi cari toilet. Adoo, gigil dah kaki jalan. Sampai PPV, scan dan tunggu giliran. Diminta untuk sediakan Mysejahtera aplikasi sebagai bukti dan kad pengenalan sebelum dipanggil masuk oleh abang rela. Tetiba akak depan tu, disoal siasat abang rela yang tak nampak perut dia. Sebab sepertinya hari Aien tu memang khas untuk Ibu mengandung dan menyusu agaknya. 

Rupa-rupa abang rela risaukan Mak Tang pergi ke PPV seorang diri. Katanya apa-apa berlaku dorang tak bertanggungjawab. Acaner la dapat temujanji tapi apa-apa tak bertanggungjawab. Adoo~ bising jugak mulut Encik Husband. udah ler Encik Husband tunggu dengan Nadhira dalam kereta. Haa, sudahnya Aien dan akak sorang tu disuruh duduk di kerusi lain bimbang mereka terlupa kami ni Mak Tang. Setelah dapat kerusi roda, terus kami berdua ditolak masuk ke dalam pusat vaksin. Nah~ fast lane terus. 

Pergi stesen 3 untuk isi borang dan soal siasat serba sedikit terus gerak ke Stesen 4 untuk penerangan Doktor akan kesan sampingan dan jenis vaksin yang akan diperolehi pada hari ini. 

Alhamdulillah, apapun jenis vaksin tak kisah. Janji kesan sampingan dia tak teruk. Haha #newmembersinovacsignin . Kami adik beradik semua dah settled first dose tinggal kakak Aien yang di Melaka belom ada progress. Dua di Shah Alam dapat Astrazeneca. Selebihnya sinovac semua. 

Bila dah settle di stesen 4 terus ditolak ke bay cucuk. Tak sampai 10 minit kot. Laju bak hang. Sampai Aien nak rekod video pun tak sempat. Haha Terima kasih sukarelawan di PPV Mid Valley Southkey. 



Jam 1040 pagi dah settle semua. Dah tinggal di stesen 5 saja. Lebih kurang jam 11 lebih dah keluar. Tengok Ibu mengandung dapat air. Mak Tang tak dapat. Haha Done semua, sukarelawan tanya nak amek gambar tak. Malas le. nanti next dose baru amek. Koi nak keluar cepat je. Dapat free 3 jam pertama parking jika cucuk vaksin di Mid Valley ni. 

Selesai sudah dos pertama mak tang. Setakat entry ditulis ni, mak tang cuma rasa pening kepala ja. Yang lain tak ada. Alhamdulillah, moga dos kedua nanti pun sama. Sebab dari pengalaman orang lain selalunya kalo dos pertama okay, nanti dos kedua ada sikit kesan sampingan. 


Next tarikh temujanji pada 19/8 . Masa tu Mak Tang dah 44 hari. Hehe Boleh laa kan aktif sikit jalan. hehe


Khamis, Julai 29, 2021

The Ordinary Squalane Cleanser and Oil Review



 

This entry was dedicated for my sister yang sudi belanja kakaknya berpantang dalam keadaan happy-happy tengok muka sendiri. :)


Skin Type: Dry + Sensitif skin (Rosacea detected)

Lately, ada gak tertengok di Tiktok some skin doctor suggest produk yang berasaskan squalane ni. Macam biasa Aien cuma tengok je la. Malas jugak nak cuba sebab kita ni noob dan tak tahu la bab skin care ni sangat. Suka nak jaga muka. Tapi, selalu silap product dan kadang yang ngam tu have-have sangat. Ibu tak daya nak oi. Nasib sejak amalkan Cberries, muka tampak lebih bersih dan sihat berbanding dulu. Kalau tak, sokmo kusam je kan. 


Baca juga: Pengalaman sendiri amalkan Cberries


Sebelum bersalin hari tu, adik tegur awat muka macam teruk je kan. Sebab silap penggunaan skincare la punya pasal. Walaupun dah consume cberries tu, it will take time jugak nak pulih balik. So, tup tup my adik send a gift before delivery. 



Hati kakak pun bahagia dan memang kali ni nak pulun skincare dengan jaga badan. Bwahaha sudahnya ke laut juga pantang Aien. Jadi pantang tengok je. Nasib la sampai jugak benda ni sebabnya kami tersalah poskod wei. Dah sampai Segamat bagai aokme~ dia patah balik ke Pontian. Walaupun kotak kemek, namun tiada kecederaan di laporkan. Even minyak Hemi Squalane tu pun baik-baik saja. 


Apa itu Squalane? 

kredit: google


Boleh beza la kan? Sorry Ibu tak pandai sangat benda ni. Ada sesetengah orang suka kaji like my sister ni, so everything yang dia suggest I do believe its a good product. 

Bila sendiri dah guna, mak aih.. Kena repeat sendiri la lepas ni. Aien happy sangat sebab sekin much better. Yeay! Sebab tu dedicated this post to her, thanks to her la my skin dah molek. Lepas ni boleh fokus dengan bodycare pulak kan. 


The Ordinary Squalane Cleanser and make up remover 



Link shopee: Squalane Cleanser

Selepas hampir sebulan menggunakannya, sangat berpuas hati juga sebab function dia dua dalam satu. Sekaligus membersihkan muka dengan lebih berkesan. Yang paling seronok harga dia sangat berpatutan. Ada sesetengah orang cakap product TO ni tak boleh nak pakai sekiranya korang tak maintain basic skincare. Dan alhamdulillah, Aien memang sentiasa keep maintain skincare rutin walaupun tak ada la molek sangat. Sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Banyak sangat dah product try and error dan so far ini kali paling puas hati. Semuanya disponsor memang puas. Lepas ni termenung jugak nak dapatkan satu-satu. But, no worries la. Yang ni mampu milik. Aien boleh la bodek Encik Husband belikan untuk bini ni. Haha 

Cara pemakaian cleanser: 

Picitkan pencuci dalam sebesar kacang beans di hujung jari. Kemudian ratakan pada muka tanpa bilas terlebih dahulu. Sebab apa? Function dia lebih kurang macam korang nak guna oil cleanser dulu. Haaa, dan rasa rata tu kan. Ambik sedikit air dah scrub la perlahan-lahan muka tu. Dalam kaedah menbersihkan iaitu urutan bulat. Kemudian boleh bilas seperti biasa. 

Dah siap bab cleanser. Kemudian boleh la teruskan rutin penjagaan wajah yang lain. 



The Ordinary 100% plant Hemi Squalane Oil



Link Shopee: 100% Plant Hemi-Squalane

Memula risau bila baca oil tu kan. Sebab bimbang nanti muka bertambah berminyak pulak. Kadang-kadang muka ni kejap rasa berminyak  kejap rasa kering sangat. Termenung jugak tengok botol ni. Sudah la tempoh dari tarikh dibuka cuma bertahan untuk 6 bulan sahaja. 30ml untuk minyak sangat banyak tau kalo katanya guna bila perlu saja. 

Rupa-rupanya, tak gais. Ia tidak membuatkan muka kita berminyak bahkan dia cukup sedang je melembapkan muka. Lagi seronok bila campurkan sekali dalam serum atau pelembap korang yang lain. Molek sangat la. 


Cara Penggunaan Squalane Oil: 

Gunakan selepas toner. Sebelum pelembap atau serum. Boleh juga dicampurkan dalam kedua mereka ini. Function teruk gais. Oil ni juga boleh digunakan di rambut dalam kadar perlu. 

Ambilkan sekali picit saja minyak dan pumpkan di tangan. Kemudian, dap-dap la di sekitar kawasan yang agak kering. Seperti Aien ni, di kawasan hidung dan juga tepi bibir dan dagu yang agak kering. dap-dap dap dap... sehingga minyak dia serap ke kulit. Dah siap! 

Guna bila perlu ye. Ingat untuk buat test patch dulu, risau nanti tak ngam pulak dengan muka. 

Senang kan? Kemudian boleh la guna serum atau pelembap muka. Sekiranya korang nak add dalam minyak ni dalam kedua mereka ini, dah tak payah la nak pakai asing lagi. Lagi mudah gitcheeww~ 

Berguna ke tak review Ibu ni? Haa, sekiranya korang berminat nak dapatkan kedua produk mampu milik ni tekan je link di atas tu ye. Beli mana lagi kan musim PKP ni.. hehe Jangan risau ni bukan reviu berbayo. 

Boleh la stick dengan kedua mereka ini lepas habis pantang. Muka pun nampak seri sikit. haha


Rabu, Julai 28, 2021

Bau buah ingatkan aku pada kampung halaman



Tiba masanya musim buah kembali. Hari tu sebelum bersalin dapat merasa buah durian, rambutan dan juga buah tembikai. Walaupun tembikai tak di kategori buah bermusim tapi saja la nak cakap aku dah makan sebab masa pantang tembikai dicalonkan sebagai buah yang tak boleh makan ketika pantang. 


Hari tu buat muka sedih dengan Encik husband nak makan durian. Sekaligus buat pertama kali Najmi merasai Raja Buah itu. Pada mulanya dia tak nak. Tapi, sekali cuba bak kata orang Sarawak, berlalak. Haha


Bila dah bersalin, hari tu projek anak beranak mak mentua dengan Encik Husband borong durian nak buat gula durian atau lebih dikenali sebagai Lempok. Actually kan, first time aku dengar. Tak tau la aku ni kuno ke memori aku lost ke apa kan. Tapi rasa macam tak pernah dengar dan makan lempok tu. Bila dah kawen ni baru mengenali yang namanya Gula Durian. Ala-ala seri kaya gitu. Tapi rasa derian la. Kalo dodol Derian memang biasa la makan. Eh, lama pulak tak makan dodol. 


Bila cium ke bau derian tu, aku terus teringat kampung halaman mak aku di Kampung Garung, Pendrisen, Kuching Sarawak. Hari tu dengar kampung tu kena PKPD. Stay safe semua warga kampung. Sejak mendiang sumbuk a.k.a nenek dalam bahasa Bidayuh aku mati  pada tahun 2012 itu lah juga kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kampung. Lepas tu mana ada dah. Memang yilek ghaib terus orang kata. Niat lepas kawen ritu, nak ajak Encik Husband jalan-jalan ke Kuching sekaligus bawak ler dia berkenalan dengan kaum kerabat sebelah mak memandangkan sebelah ayah majoriti dia dah kenal @ tahu. Sudahnya, anak dah tiga masih tak kesampaian niat tu. 


Perasaan tu datang pergi saban tahun. Bila datang musim buah gitu la dia. Buatkan aku rindu pada mendiang sumbuk, bebel dia yang selalu ingatkan kami cucu-cucu muslim untuk jaga solat walaupun dia bukan Islam. Rindu~ Rindu nak kumpul sebenarnya. Dah dua tahun .. Air mata rindu pun dah kering dah dek kerna pandemik ni. Orang lain boleh bersenang lenang jalan-jalan macam teda apa berlaku. Eh, mereka la kan. Kita yang setia dok rumah ni macam telo tembelang dah gamaknya. Eish.. busuknya! Haha Teruk ngat perumpamaan. Nak mengatakan betapa la kita tertekan dengan kes yang saban hari kalah roller coaster. 


Hari ni, Encik Husband bawak buah cempedak dari Pak Cik duduk di kampung. Tak jauh pun dari rumah mak mentua. Point meet dorang di pekan la tapi, tak leh balik kampung katakan. Aduuuh, rindu itu mengamit kenangan. mengusik jiwa. Sarawak, ku rindu padamu. Nasib la ada channel 122 tu kan. Boleh la tengok dan perkenalkan sikit-sikit Sarawak kat anak-anak. 


Udah ler Ibu deme ni tak ada slang Sarawak pior dah. Serupa orang Peghok sesat pun ade. Sampai Nayla pun cakap, "Ibu  nape cakap macam tu. Cuba cakap elok-elok sikit..." Eh eh budak ni. Ibu embak ko klaka Sarawak sak ko sik lupak aiee... Kelak jadi Ibu, dianok Sarawak celup. Padahal mak bapak pior Sarawak. Ya lama diam Malaya, alu lupak bahasa Ibunda. Ate gitu..  Nasib la Abang Jo sik ngalo kawu nak mohon Program Ibu Prihatin Sarawak. Haha 


In shaa Allah one day, moga ada rezeki kita nak ke Kuching aok. Boleh nait ke Borneo Highlands sekali. :)

Selasa, Julai 27, 2021

Kematian itu pasti

 



Melihatkan pada angka jangkitan positif Covid-19 semakin hari semakin membuatkan diri terfikir sejenak. Termenung dan terus memikirkan nasib sendiri. Apakah aku bersedia bila tiba masanya? 


Hari ini saja, aku melihat teman seperjuangan disahkan positive Covid-19. Aku juga mendengar perkhabaran teman lama telah kembali ke rahmatullah akibat pandemik ini. Ada juga berita mereka yang kehilangan orang tersayang kerana Covid-19.  Jika aku berada di tempat mereka itu, bagaimanakah aku? 


Aku melihat mereka meratap. Kehilangan. Penuh dengan rasa kerinduan akibat tidak dapat melihat buat kali terakhir. Aku juga cuba untuk tidak melihat akan cerita mereka bukan kerana sombong. Bukan kerana aku yakin masaku belom tiba. Tapi kerana aku belom bersedia untuk semua itu. Bunyi macam mereka semua itu bersedia saja kan? 


Aku tunduk malu lagi. Temanku kehilangan ayahnya. Jatuh sakit semenjak ramadhan yang lalu. Kini, telah sebulan kehilangan. Aku membayangkan diriku. Yang kejauhan. Kehilangan juga. Allah~ bukan untuk tidak bersangka baik dengan Allah. Cuba untuk meletakkan diri di tempat yang sama. Adakah aku juga akan seperti mereka? Walaupun hakikatnya aku ini bukan anak yang baik. 


Hari demi hari bunyi berita kematian itu semakin hampir di telinga. Semakin mendekat dengan orang yang aku kenal. Bagaimana jika berita itu tentang diriku? Adakah mereka juga seperti aku yang hanya mampu mengucapkan "Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Al-fatihah" 


Aku menatap gambar ayah mertuaku yang tak pernah kutemui. Meninggal akibat jatuh sakit pada 12 tahun lalu. Ayah, baik-baik saja di sana? Maafkan Nur tak pernah kirim apa-apa dengan ayah. 


20 hari lalu, ketika bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi manusia kecil, aku sempat berfikir. Andai aku pergi, adakah suamiku akan sedih? Bagaimana anak-anakku?  Kebarangkalian aku berfikir begitu kerana terlalu mengharap akan sebuah kematian Husnul Khotimah. Aku seperti manusia lain, mendambakan penghujung yang baik. Moga kita semua dipertemukan kematian yang indah. Meninggalkan mereka semua dengan kenangan yang baik-baik saja. 


Sehingga hari ini aku sering membayangkan diriku tumpah darah dan akhirnya pergi meninggalkan semua yang kusayang. Saban hari aku takut untuk tidur kerana bimbang esoknya tiada untukku. Namun, jagaku itu juga tidak juga memberi kebaikan. Apa yang aku lakukan? 


Allah.... 


Wajah semua yang ku sayang, ku tatap dengan penuh kerinduan. Allah, andai esok tiada untukku, kau jaga mereka dalam rahmatMu. Kau pelihara mereka sepertimana Kau pelihara diriku dahulu. Moga mereka tidak bersedih atas ketiadaanku. 


Covid-19 is real. Stay safe semua. Jaga diri jaga keluarga. Moga kita semua dipelihara olehnya. Jika pemergian mereka tanpa kita ketahui, berusaha untuk melakukan kebaikan semoga kita tidak menyesal esok hari. 


ps: Pasal semalam  (Jumaat) tengok Ayahanda, sedih sangat mak dia mati. Limah tinggalkan mak dia dalam keadaan marah. Aziz menyesal sebab mak dia cari dia. Dan ayahnya terluka kaki kerananya. Dan mereka adik beradik masih meratap betapa Ibu mereka pergi indah tanpa kata. Minggu ni minggu akhir . 


Aku rindu keluargaku. Rindu adik beradikku. Rindu air tangan umiku. Allah, Kau pelihara mereka sehingga kami bertemu hidup, semoga kami ada rezeki untuk menyambut aidilfitri 1443 bersama. 😭😭




Isnin, Julai 26, 2021

CHINESE DRAMA: Dance of The Sky Empire (2020)

 


Tajuk: Dance of The Sky Empire 

Genre: Fantasy, Wu Xia, Comedy

No of Episode: 28 

Cast: Xu Kai, Wu Jiayi, Hankiz Omar, Zhou Jun Chao, Johnny Zhang, Shi Zi Xun

Sinopsis: Drama yang berlatar belakangkan ketika Tang Dynasty di mana kaum manusia melawan Maharaja Naga. Mo Yun Akademi merupakan akademi terbaik masa itu. Namun, rumor mengatakan pelajar daripada akademi itu cuma pemangkin kepada kebangkitan semula Maharaja Naga dan kaum keturunan Kunwu. Keberadaan Lu Xian, manusia Hybrid berdarah Kunwu, Su You Lian, wanita suci dari kaum Kunwu dan Long Wei Er seorang putera menjadi tongak utama drama apabila mereka bertiga terikat dalam sebuah hubungan yang sangat rumit. Bagaimana kesudahan apabila Lu Xian dalam dilema menjadi harapan kaum manusia untuk memusnahkan kaum Kunwu ataupun mengikut kata hatinya membalas dendam demi kematian Ibunya? 

 

SPOILER ALERT! 


Misi menghabiskan koleksi drama Xu Kai! yeay! Haha Jangan marah teman-teman. Begitu jugak drama ni sungguh lawak gais! First episod Aien dah mengekek ketawa. Parah parah! Ingatkan cerita dia kind of boring, but I'm wrong! 



Permulaan drama je nak menunjukkan bahawa Xu Kai prove dia boleh bawak watak apa saja even ekspresi muka dia lebih kurang but, dia memang snarky punya orang. Hee~ berani menidakkan. Watak yang diberikan kepadanya semua notty, young and playful. Belom nak tengok latest historical drama dia yang macam melodrama je. Nampaknya laa. Tu yang belom datang hidayah lagi nak tengok. 


Sorry, teruja pulak cerita dengan u olls~ Lu Xian ni notty sangat. Dia lupa kenangan pahit dia masa kecil. Dijadikan Penjaga Negara dan di larang untuk keluar dari Kota. Mempunyai pengikut atau best friend bernama Bai XiaMeng dan ChangQing. Misi Lu Xian ada dua, buli putera utama dan cubaan untuk keluar kota. Namun, usahanya sia-sia belaka apabila gurunya, Zi Zun sentiasa tahu je niat nakal Lu Xian. 


Untuk first half drama, mengisahkan Lu Xian yang langsung tak nampak kekuatan dia sebagai manusia Hybrid. Dan misi kaum Kunwu untuk melepaskan Maharaja Naga, dengan menghantar gadis suci Su You Lian belajar di Akademi Mo Yun ketika pembukaan semester baru. 


Bertemu la mereka, Lu Xian, Su You Lian, Long Wen Er dan beberapa watak sampingan. Separuh masa pertama ni masih main-main la kiranya. Bagi orang tak boring. Sehingga bila Su You Lian asyik didesak oleh gurunya supaya sentiasa ingat misi utama dia untuk masuk ke dalam Akademi Mo Yun tu. Malangnya, untuk melepasi kawasan larangan termasuk la tempat persembunyian Maharaja Naga dikurung, Su You Lian harus memiliki Lencana Tempat Pertama yang mana sentiasa kemas dalam simpanan Penjaga Negara, Lu Xian. 


Punya nekad Su You Lian nakkan lencana tu sanggup buat apa saja untuk rapat dengan Lu Xian yang perasan yang Su You Lian suka akan dirinya. Haha Kiut sungguh mu nih! 


Sehingga satu ketika, Lu Xian membuat pertaruhan konon untuk memberi lencana tu pada Su You Lian, malangnya disabotaj oleh ayam lakua, eh..  si pencinta sebelah tangan Lu Xian iaitu Cui Piran dan mereka berdua terjatuh dalam tasik dan termasuk alam tersembunyi berwarna merah. Di mana sesiapa masuk ke alam itu, takkan pernah keluar dengan jayanya. .


Masa di alam tersembunyi itu, Lu Xian dan Su You Lian berjumpa dengan Datuk buku Syurga yang rumor mengatakan dia tahu segalanya isi alam. Terasa lama di alam tersembunyi padahal mereka baru hilang sehari semalam di tasik itu.  Sempat Lu Xian dan You Lian kawen, main-main di alam itu sehingga You Lian terbaca hikayatnya di Buku Syurga dan teringat akan misi asalnya. Lantas meminta dengan Lu Xian untuk segera pulang ke alam luar. 


Bestnya Lu Xian ni dalam nakal dia, sungguh pandai ambil hati Datuk Buku Syurga yang pada mulanya mahu makan mereka berdua dek kerana terlalu lama di alam tersembunyi. Terus memujuk hati tua sang datuk untuk melepaskan mereka berdua pergi. Ditukarkan kekuatan ajaibnya, iaitu boleh pulih dengan kadar segera walau apa jua luka yang diperolehnya dengan sebiji manik kaca yang membantu untuk mereka keluar. Sayang sekali, bila Lu Xian dah excited tu kan.. Datuk Buku Syurga terlupa yang manik kaca tu cuma boleh bawa seorang saja keluar. Adooo..  Sedih mat! 


Kemudian, gigih Lu Xian berusaha untuk keluar dari alam tersembunyi walaupun seribu tulang retak, nadi terputus tapi hasratnya tak pernah terkubur. Datuk Buku Syurga pun masih jugak cuba suruh dia keluar. Lu Xian balik semula ke alam tersembunyi dengan luka parah setelah gagal. 


Pulang ke dunia nyata, baru nak umumkan perkahwinannya dengan You Lian, hati Lu Xian dihancur sejuta kali dengan pembohongan gadis suci itu demi keselamatan Lu Xian. Sebab ikutkan guru You Lian suruh gadis itu bunuh saja Lu Xian kerana terlalu banyak menganggu misi utama anak muridnya itu. 


Pahtu konon dia ada skandal dengan putera dari Negara Sha, Yu FengMu yang tak berhenti membantu gadis suci untuk menyelesaikan misinya. Lagi sedih Lu Xian bila mengetahui wanita yang dicintainya itu merupakan dari kaum yang dibencinya sebelum dia mengetahui kebenaran bahawa dirinya juga manusia campuran. 


Lu Xian disedarkan oleh putera Long Wen Er akan kebenaran Su You Lian, identiti sebenarnya dan juga keamanan Negara TianQi. Aien ingat pada mulanya Long Wen er ni jahat tau sebab dia berwajah tegas. Dah la berlakon menjadi putera padahal dia puteri. Macam konpius jap. Rupa-rupanya Lu Xian teringat di alam tersembunyi, Datuk Buku Syurga ada melihat seorang bayi yang mempunyai tanda lahir di sikunya serupa seperti Putera Long Wen er ni tapi dia perempuan. Kantoi la Long Wen er yang sememangnya penat dah menjadi lelaki demi mengambil hati ayahanda yang cuba membuang dirinya dahulu. 


Nasib la kisah cinta tak ada la konflik sangat. Simple je plot drama ni dan senang hati jugak tengok sebab dia ada aksi, komedi, romance serta kekeluargaan dalam satu. Konflik pun tak ada la susah sangat walaupun banyak watak sampingan. 


Ending dia boleh diterima dengan kesejahteraan kaum Kunwu dapat dipulihkan dengan pelepasan Maharaja Naga yang sebenarnya tak jahat pun. Tapi sebab kaum Kunwu memiliki kuasa sakti dan amat digeruni oleh kaum manusia yang bersifat lemah ni. Jika dilihat pada mula pun Kaum Kunwu ni aje asyik kena buli oleh Kaum manusia padahal kaum Kunwu tu dah tak ada kuasa sakti sejak Maharaja Naga dikurung. Lepas tu sibuk nak brain wash para anak muda bahawa Kunwu ni la yang sering mengacau manusia. 


Yang penting siapa pemula ni semua. Tu, Maharaja Tianqi tu yang tamak kuasa sehingga anak perempuan sendiri sanggup nak dibunuh dia. Takut takhta diambil oleh orang lain, takut negara Tianqi ditakluk oleh Kaum Kunwu. Padahal semua tu perasaan dia saja.  Alih-alih yang tikam dari belakang Maharaja sendiri adalah anak tak guna yang disanjung tinggi tu. Nasib jugak Lu Xian suka buli dia dari kecik. Haha Tapi tu pun tak pandai nak matang. 


Kesudahan drama, Su You Lian memilih untuk bersama dengan kekasih hatinya walaupun kuasanya sebagai gadis suci ditarik oleh Maharaja Naga. Dan sesiapa yang ditarik kuasa itu takkan pernah hidup lama. You Lian tetap mencari Lu Xian jugak. Mereka memilih untuk bersama Datuk Buku Syurga di Alam Tersembunyi yang mana semua orang ingat dorang dua menghilangkan diri. 


Masing-masing bersama pasangan sendiri. Zi Zun masih mengelola Akademi Mo Yun dengan bantuan anak-anak muridnya. Maharaja Tianqi diberi rasa kesakitan dan trauma oleh Puteri Long Wen Er. Entah Puteri kot naik takhta sebab Putera dikurung selamanya atas kesalahan memberontak. 

Secara keseluruhan drama ni best jugak! Rate Aien mungkin 8/10 kot. Untuk Lu Xian. Haha  Korang nak tengok jugak, boleh tengok di aplikasi iQiyi .. 


Ahad, Julai 25, 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp


 


Haa, dari tak ada update apa-apa dan kebetulan lama nau dah tak join segmen ke giveaway kan, moh la join Mamapp punya giveaway 3M ni. 

Fuh, terbaik la mama dah sampai 3M ni. mOga terus sukses mama.. 

Jom join korang. tekan je gambar tucin yang kiut tu k. :) 

All the best to all of you! ^_^

Sabtu, Julai 24, 2021

SEGMEN WANNA BE MY GFF BY AO


 

Mari kita support adik manis untuk dapat melon manis dari Terengganu. What a cutie pie, honey plum pum pummyykin.. 


Eh, ternyanyi pulak. Walaupun tak dapat jadi peserta terawal, Aien saja nak join mana la tau dapat melon manis ke memandangkan Mak Tang kena makan buah banyak-banyak. Tapi, kurang pasti adakah melon itu bisa dimakan atau tidak oleh Mak Tang? 


Ah~ usah risau. Jika bukan Mak Tang makan, anak-anak lain ada. Mereka pasti suka. 


Jom join k! Support Alien Oren yang tak lama lagi nak open podcast dia tu. Syarat penyertaan pun tak susah. 

Aram nuan~ klik jak link di gambar atas auk. :)


selamat bersegmen! 

Jumaat, Julai 23, 2021

KOREA DRAMA: Love Alarm Season 2 (2021)

 


Tajuk: Love Alarm ( Siri kedua) 

Genre: Romance, Youth, Drama 

No of Episode:

Cast: Kim So Hyun, Jung Ga Ram, Song Kang 

Sinopsis: In a world in which an app alerts people if someone in the vicinity likes them, Kim Jojo experiences young love while coping with personal adversities.


MY REVIEW


Selepas Love Alarm Season One  beberapa tahun lepas, lupa pulak nak sambung tengok sehingga la hari ini. Nasib la bilangan episod dengan tak banyak. 


Actually teringat untuk tengok sebab Aien tengok tengok sebahagian dari drama Song Kang di Netflix. So, Yep! Song Kang antara yang Aien follow up drama dia. Dan dia juga merupakan most promising South Korea Actor untuk beberapa tahun ni. Hehe 


Untuk siri kedua Love Alarm kali ni, Song Kang a.k.a watak Hwang Sun Oh jadi watak kedua sebab Kim Jojo telah pasang perisai pada aplikasinya supaya Joalarm dirinya tidak membunyikan penggera cinta sesiapa. 


Macam plot twist pulak sebab ingatkan dia pasang perisai tu sebab nak lari dari kenyataan supaya Sun Oh pergi tinggalkan dia. Al-maklum la Sun Oh anak calon presiden apa kan. Untuk siri kedua ni Jojo telah membuat keputusan untuk stay dengan Hye Yeong, kawan kepada Sun Oh yang juga menyukai dirinya. 

Jojo yang telahpun masuk ke Universiti cuba fokus untuk kehidupan serta percintaannya. Cuba untuk hidup normal daripada memikirkan trauma dirinya. 


Jika korang masih ingat dalam Siri Satu, Jojo merupakan seorang anak yatim piatu apabila kedua ibubapanya pakat bunuh diri di rumah mereka di Pulau Jeju. Oleh kerana itu, Jojo sering merasa dia memang ditakdirkan bersendirian. Selepas putus dengan Sun Oh, Jojo telah membuat sebuah akaun Instagram yang memaparkan lukisan tentang dirinya. Namun telah disalaherti oleh orang lain dan menyangka bahawa lukisannya itu adalah ramalan. Bahkan ada seorang lelaki ni cuba merealisasikan ramalan Jojo tu. Padahal, sebenarnya lukisan tu semua adalah berkisar tentang dirinya. 


Siapa juga masih ingat, pencipta sebenar aplikasi Penggera Cinta ni merupakan rakan sekolah Jojo dan dia juga telah memberikan perisai kepada Jojo. Malangnya dalam siri kedua ni, Chon Duk Gu dikatakan telah mati oleh guru mereka apabila Jojo cuba menjejaki Duk Gu untuk membuka perisainya. 


Boleh dikatakan Jojo ni merupakan ujikaji hidup untuk beta test Penggera Cinta ni. Haha Yela, bila mana orang terlalu obses dengan bunyi deringan aplikasi itu, mereka jadi teruja nak tahu siapa suka mereka bahkan mengharap orang yang mereka suka itu membunyikan kembali penggera cinta mereka. 


Bila Jojo tahu yang Duk Gu telah mati, dia jadi tertanya adakah Brian Chon yang merupakan CEO syarikat JoAlarm tu pembangun sebenar Penggera Cinta? 


Ditanya bagaimana dia harus untuk melepaskan perisainya, Brian Chon cuma mengatakan bahawa semua itu tidak dapat dibetulkan semula. Terdengar pulak si Sun Oh akan perbualan Jojo dengan Brian Chon ni. Dan dia merasakan bahawa JoJo terlalu pentingkan diri dan memakai perisai itu untuk dirinya. 


Sian pulak Aien tengok si Sun Oh ni menagih kasih pada orang yang dah tak sudi. Alahai. Padahal ramai je yang suka kat dia. 


Tujuan Jojo nak melepaskan perisai dia, kerana dia nak bunyikan penggera cinta Hye Yeong yang sekian lama menunggu dirinya. Masa tu Jojo rasa dia dah tak keseorangan sebab Hye Yeong. Yang peliknya tetiba Jojo dapat pesanan ringkas yang memberi dirinya link 'tombak' yang dimahukannya. Dia ingat Brian Chon yang bagi. Rupa-rupanya bukan. Brian Chon pulak ingatkan Jojo bawak lari si mati. 


Dah nak habis, baru la timbul si Duk Gu yang sebenarnya telah terlantar sakit sejak tamat sekolah. Berapa tahun tak sedarkan diri, kemudian terbangun bila dah usia 23 tahun. Kira masa tu la kan. Demi Jojo. Kan masa penghujung siri satu tu muka si Duk Gu pucat je. 


Di putar balik siri satu, Duk Gu ciptakan Penggera Cinta demi mengetahui cinta hatinya menyukai dirinya ataupun tidak. Malangnya cinta pertama Duk Gu bertepuk sebelah tangan apabila sepupu Kim Jojo, tak layan dia. Baginya Duk Gu ni macam tak sepadan dengan dirinya.


Di penghujung episod pun, Duk Gu cipta satu aplikasi baru dan orang pertama yang jadi tester dia adalah orang yang sama , sepupu si Kim Jojo ni. Ntah siapa nama dia. Gul Mi. pemilik e-dagang LovebyMe..


Kot la ada siri seterusnya pun tak tahu la sebab masing-masing punya kisah cinta masih tergantung. Cuma Jojo saja la dah berjaya bersama dengan Hye Yeong yang setia itu.


Kebanyakan peminat drama mengatakan Love Alarm 2 ni macam not worth untuk ditengok sebab ending dia bukan dengan Song Kang tu. Ye la, dari siri satu everyone expecting yang Kim Jojo akan berakhir dengan Sun Oh. Alih-alih dia dengan Hye Yeong pulak. Fans jadi kiciwa la kan. Jadi, untuk korang yang baru nak layan, boleh je tengok sebab dari drama ni belajar la erti sayangi diri terlebih dahulu sebelum kita mengharapkan orang sayang pada kita. :) 



Khamis, Julai 22, 2021

CHINESE MOVIE: Autumn Fairy Tale (2019)

 


Tajuk: Autumn Fairy Tale 

Genre: Family, Switch at Birth, Romance 

Durasi: 1 jam 44 minit 

Cast: Jiao Rui, Rosy Zhao, Xu Kai 

Sinopsis: Sewaktu berusia 3 tahun, Jun Xi telah menyebabkan adiknya tertukar dengan bayi lain. Selepas 12 tahun kemudian, kebenaran muncul kerana sebuah kemalangan yang menimpa En Xi. Kerana itu juga En Xi mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan Ibunya sementara Xin Ai kembali bersama keluarganya sebenar. 


MY REVIEW 


Yo! Semestinya masih lagi dalam demi Xu Kai, si Mak Tang ni.  Terjumpa movie ni dari kelab Xu Kai Lover 😅 dan terus la menonton memandangkan ianya cuma drama. Aiguuu. Kebanyakan drama si Xu Kai ada di aplikasi iQiyi dan seharusnya kena VIP duluan ni.  


foto kredit: Kelab Xu Kai lover ❤

Obses kejap Mak Tang ui. Cuba la obses masa ngandung, pasti muka anak ko chinese look lagi. #beranganjelebih 


Berbalik kepada cerita movie ni, dikatakan berdasarkan Korea story yang korang boleh baca di sinopsis atas. Actually Aien pun tengok dalam keadaan 2x speed sebab cerita dia kind of slow sedikit. Ye la, lebih kurang melo-movie sebab En Xi sedih bila mengetahui abang serta ibu bapa yang baik dengan dirinya itu bukan ahli keluarganya sebenar. Apatah lagi bila satu scene si Xin Ai datang marahkan En Xi kerana kejadian ini Xin Ai merana dengan ibunya. 


Macam tak logic je la. Cinemagrafik - apakan tu, macam boleh ke misi bawak orang lain masuk bilik nursing? Hmm.. 

Lagi satu keluarga mereka ni macam duduk dekat-dekat je sebab En Xi pernah selamatkan Xin Ai sekali dibuli oleh abangnya sendiri yang sampai ke besar nyusahkan orang je kerana suka berjudi. Rupa-rupa itu abang dia sendiri. Sedih mat~ 


Bila kebenaran telah terbongkar, En Xi membuat keputusan untuk bersama Ibu kandungnya walaupun keluarga Yin ingin membawanya ke Amerika untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Timeline movie ni macam old skool pun ada. Setelah itu, dewasa la mereka. 


Jun Xi pulang ke China untuk mencari En Xi semula. Ibunya sering jatuh sakit kerana terlalu merindui En Xi. Gadis itu pulang hidup seperti patung yang mempunyai magnet dengan duit kerana sikap abangnya yang tak sedar diri itu. En Xi seperti tak punya kehendak dan impian. Masih bergantung pada kenangan lalu. 


Sikapnya itu menarik perhatian generasi kedua Keluarga Han iaitu Han Tai apabila selamba saja gadis itu membantunya membayar tol. Adeh~ keluarga kaya tak duit tol tak dak. Aiguuuu.... Macam logik tak logik. Sejak daripada itu, Han Tai jatuh cinta pandangan pertama dengan En Xi sehingga bertemu kembali dalam sebuah majlis di mana En Xi mengikut kawannya. Dalam masa yang sama Han Tai membawa Jun Xi untuk berhibur. Menjadi trigger perjumpaan kedua beradik ini apabila Han Tai memainkan tune piano yang dimainkan oleh En Xi dan Jun Xi masa kecil dahulu. 


En Xi telah menutup hatinya untuk menerima kenyataan bahawa Jun Xi masih mencarinya walaupun bertahun telah berlalu. Tapi hati kecilnya terasa gembira kerana abangnya tidak pernah sekali pun melupakan dirinya. Bahkan menghadiahkan dirinya sekontena barangan wanita. Phew~ 

Kegembiraan En Xi seketika dibawa pergi apabila berjumpa Xin Ai masih dengan sikap toxicnya. Geram pulak aku nengokkan perempuan ni. Bila tengok sikap En Xi yang sentiasa pasif ni menyebabkan Aien wonder la kan kenapa dia pasif begini. 


Nah~ betul tekaan ku. Rupa-rupanya dia ada penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Padan la dia beriya nak cari duit untuk Ibunya namun tetap menolak tawaran Han Tai yang ingin membantunya. Han Tai gigih jugak nak tawan hati En Xi, tetap ditolak mentah oleh gadis itu . Ini rupa rahsia dia. Sanggup En Xi jual satu kontena hadiah dari Jun Xi demi dapatkan wang. Dia mahu belikan ibunya rumah sebelum pemergiannya. Apabila dirinya ketahuan mempunyai sakit, baru la si abang ngok ngek tu reti nak tobat. Hm... macam tak ada function je ada abang tak guna tu. Keluarga Yin meratapi agar En Xi sudi terima tawaran perubatan dari mereka. 



The reason tengok jugak movie ni, sebab suka Rosy Zhao ni, memang tak pernah tak jadi la lakonan dia. Bagi je la watak apa dengan dia. Masa scene ni, ketahuan sekali lagi ibunya 'busuk hati' pergi bakar semua surat dari keluarga Yin agar berhenti mencari anak perempuannya itu. En Xi merasakan dirinya seperti sebatang pokok yang telah dipindahkan dari tempat asalnya dan akarnya tidak dapat berkembang mekar seperti sebelumnya.


Sedihnya Jun Xi kerana dia menyayangi En Xi lebih daripada seorang adik. Masa Han Tai bagi tahu yang dia sukakan En Xi, abang mithali ini tidak membenarkan. Hakikatnya Jun Xi ingin menjaga En Xi hingga hujung nyawanya. 


Nasib ending dia syiok apabila, Han Tai gigih dapatkan semula semua barangan yang telah dijual oleh En Xi. Dan En Xi pula sudi menerima rawatan perubatan. Bila diri dilamar oleh dua lelaki, mana satu pilihan si En Xi? 



Sempat lagi si Han Tai ni nak naikkan saham diri dia sendiri supaya dipilih oleh sang gadis. Maafkan Mak Tang gambar gelap. Malas nak tukar dark mode tu. 



So cute~~ Okay lepas ni nak layan drama historical dia. Ada banyak drama dia dalam list yang lama nau tertangguh. Mode drama telah kembali. 



Agak-agak korang En Xi kawen dengan siapa kalo jadi macam ni? Sebab Aien ingat dia kawen dengan Han Tai sebab producer shoot dorang walk the aisle tu. Dah sampai si Jun Xi pulak bagi bunga. 



Sebahagian Xu Kai Lover mengharapkan moga ada drama antara dua pelakon ni. And please~ jangan historical sebab bagi Aien Xu Kai macam tak ngam dengan historical look tu. Macam kaku. #justmytwocentopinion 




Rabu, Julai 21, 2021

CHINESE DRAMA: Falling with your Smile (2021)

 


Tajuk: Falling with your Smile

Genre: E-sport, romance, Comedy, Youth

No of episode: 31 

Cast: Xu Kai, Cheng Xiao, Yalkun Merxat, Rachel Wang

Sinopsis: In the ultra-competitive world of e-sports, the all-male ZGDX OPL team is second to none. Armies of adoring female fans follow the team wherever it goes. But when one of the team’s star players suffers a hand injury, the tall, handsome, and notoriously hard-to-please ZDGX captain Lu Si Cheng will not be rushed into choosing a replacement.


The petite, lollipop-loving Tong Yao, meanwhile, is a budding amateur gamer – obsessed with OPL. Her skills are exceptional, but she is of the firm belief that in the male-dominated world of pro gaming, love is a big no-no – even though her own ex-boyfriend was a gamer. When the ZDGX team manager learns of her skills, he contacts her, thinking that recruiting her as the scene’s first female player will help score a major PR coup. Lu Si Cheng is dismissive of her initially, but eventually agrees to accept her as a substitute – a move that polarizes the team’s fanbase. But as they start to get to know one another better, could a closer bond begin to form between them?
(Source: Viki)
~~ Adapted from the web novel "You're Beautiful When You Smile" (你微笑时很美) by Qing Mei (青浼).

MY REVIEW


Yooohh!! Hensemnya Xu Kai! Drama kedua berkisarkan anak muda serta dunia e-sport selepas Go Go Squid pada dua tahun lepas.


Seperti biasa mesti la sebab dorang nak perkenalkan dunia e-sport ataupun bahawa mudahnya dunia gaming yang dibawa ke international level. Mungkin di Malaysia sudah ada sebab ada sesekali adik ipar bukak channel RTM Sport tu, ada Mobile Legend punya Pertandingan. Cuma kita saja tak tahu kan?


Berbalik kepada drama ni, berdasarkan web novel katanya mengisahkan sekumpulan anak muda yang menjadi pemain profesional dalam dunia e-sport ni. Biasanya dunia e-sport ini didominasikan oleh kaum lelaki saja. Dan dalam drama ini juga menceritakan Girl Power yang perempuan juga bisa kok bermain dengan lelaki. Haha


Tong Yao, seorang gadis muda yang dipilih oleh kumpulan terkenal, ZGDX untuk turut serta dalam arena profesional untuk mengantikan pemain mid solo -nya yang bersara kerana kecederaan. Walaupun Tong Yao tahu perjalanannya tidak akan semudah ABC, dia berani untuk menyahut cabaran kerana ingin buktikan pada kedua orang tuanya bahawa dia bermain game online pun boleh jadi satu perkerjaan.


Sebelum masuk dunia profesional, Tong Yao telah berjanji bahawa dia takkan bercinta sesama pemain dan akan menumpukan sepenuhnya pada pekerjaannya. Apabila dia serasi dengan ahli pasukannya, tidak menyangka dirinya menjadi perhatian sang ketua, Lu Si Cheng. >„<


Giggles jap. Aha Mak Tang serupa anak dara ja giggles sengsorang tengok drama ni. Soooo sweet. Itupun dah episode berapa ntah baru naik hype drama ni. Slow jugak la sebab dorang fokus pada kemahiran Tong Yao untuk training dengan ahli pasukannya.


Team ZGDX ni ada 7 orang iaitu:

  1. Captain - Lu Si Cheng - a.k.a Chessman seorang Shooter nampak cool tapi lawak giler bila dorang nak sesuaikan diri dengan kehadiran Tang Yao dalam base dorang.
  2. Chubby - a.k.a ZGDX Pang seorang supporter untuk Shooter. Ntah apakan dia punya role dalam game tu. Dia ni pemanis cerita ni. Haha
  3. Lao K - a.k.a ZGDX K. Jungler untuk pasukan. Nampak senyap , suka menjaga penampilan. Sangat observe
  4. Cat - a.k.a ZGDX Cat . Top Solo untuk pasukan. Ngeng ngong sikit dia ni. nampak ke sado, lambat pick up.
  5. Ming - a.k.a ZGDX Ming / Coach ZGDX selepas bersara sebagai pemain. Juga yang memilih Tang Yao sebagai penganti dirinya sebagai Mid Solo untuk pasukan.
  6. Rui - Manager ZGDX. Function dia tak nampak sangat sebab dia ikut je. Chinese drama fans kategorikan dengan sebagai Best Manager ever.
  7. Lu Yue - ZGDX LV, adik kepada Cheng. Function dia untuk support abang dia. Haha

Banyak kat dorang ni je la. Selebihnya pertandingan dorang untuk Game Onmyoji Arena untuk mendapatkan National Champion. Ikutkan konon tahun lepas dorang bertanding, tapi tak berjaya sampai ke penghujung dek kerana kecederaan Ming yang disebabkan oleh Lu Yue. Kemudian Lu Yue dibanned dari championship selama setahun. Dek kerana rasa bersalah, Lu Yue pergi. Habis tempoh ban tu, dia kembali tapi tak sangka tempat Mid Solo pasukan ZGDX diganti oleh seorang perempuan.


Sejak dari itu, Lu Yue a.k.a LV jadi pemain simpanan ZGDX. Lagipun kumpulan ZGDX dimiliki oleh keluarga Lu ni. Apapun berlaku, walaupun ada Rui, kebanyakan masalah diselesaikan oleh Chessman selaku kapten.


Foto kredit: Fb


Dalam drama ni banyak menceritakan tentang cyber bully, warga netizen yang suka jadi keyboard warrior serta peminat yang terlalu taksub dengan idola mereka. Kerna menjadi pemain profesional e-sport sekaligus meletakkan diri mereka sebagai public figure dan sering menjadi tumpuan.


Bermula Tong Yao menyertai ZGDX dia telah dikecam teruk kerana bagi peminat dia seorang perempuan yang tak nampak kelebihannya. Walaupun hakikatnya boleh dikatakan Tong Yao seorang genius muda yang berjaya buktikan dirinya adalah mid solo terbaik dalam China server. Keadaan makin teruk apabila Tong Yao dikalahkan oleh Tai dari pasukan DG.Five yang sangat angkuh dengan kemampuannya sebagai mid solo. Masa tu semua keyboard warrior kecam habis si Tong Yao. Bila dia berjaya membawa ZGDX melangkau satu demi satu permainan dengan jayanya, baru semua memuji. Kemudian, hari yang cerah jangan disangka tiada hujan apabila Chessman a.k.a Cheng melamarkan sebagai kekasih hati. hehe

Masa Chessman buat pengumuman tentang hubungan mereka, semua fans Chessman kecam si Tong Yao dan siap menghantar pisau cukur pada gadis ini sebagai peringatan. Sudah itu digelar Tong Yao sebagai Tong Daji. Memang sedih la masa tu. Semua warganet kata gadis itu sebenarnya memang berniat nak goda Lu Si Cheng dari mula.

Banyak la benda pahit yang Tong Yao hadapi namun selalu saja Chessman mengajarinya untuk hadapi dengan tenang. Disebabkan Xu Kai dan Cheng Xiao ni la drama ni berada di ranking pertama dalam aplikasi WeTV. Ahaha

Foto kredit: Fb Group


Selain daripada itu, rupa-rupanya Xu Kai ni ada berlakon dalam Yanxi Palace. Hurm... Nampak nya kena follow up la si Xu Kai ni. comel betul. Dalam masa drama ni ditayangkan ada lagi satu drama lakonannya juga ditayangkan di aplikasi sama, tapi custom drama. Macam tak best sebab melodrama.



Demi nak memujuk agar si Tong Yao terima lamarannya sebagai kekasih hati, gigih Chessman ni pergi culik kucing milik seorang pemain Korea Selatan yang terjebak dalam skandal dengan peminat China. Ikutkan Tong Yao nampak kucing ni dulu, tapi diambil oleh peminat tu. Masa ni dah nampak bibit-bibit kasih si Chessman. Urgh, sesuai betul nama Chessman dengan si Xu Kai.


Dalam interviu Xu Kai kata dia tak suka watak Cheng ni sebab terlalu snarky. Haha Berjaya kot dia bawak watak ni. Ramai peminat chinese drama vote drama ni as drama paling best for 2021 yang sendu. Sampai mak tang turut terjebak sama..


Uolls nak tengok adakah ZGDX berjaya mendapat takhta National Champion tu ke tak, jom langgan aplikasi WeTV untuk tontonan advance. 😁



Apa yang penting, adakah dia akan ada siri kedua? Mohon la ada dengan cast yang sama. Jangan la tukar macam Go Go Squid 2 tu. Hehe


Next, Aien tunggu drama Xu Kai dengan Yang Mi pulak. Hehe Obses lak Mak Tang dengan si Xu Kai ni. Adehhh

Selasa, Julai 20, 2021

Sambut Ulangtahun Najmi dan Selamat Hari Raya Aidiladha

 


Alhamdulillah, Izz Najmi bersama kami sudah 2 tahun. Terima kasih Allah! Moga anak Ibu menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata serta adik dan abang yang sangat care tentang adik beradiknya. :) Happy Birthday abang! 


Cerita kelmarin, meraikan ulang tahun kelahiran anak Aien no 2 iaitu Abe Izz atau Najmi. Disebabkan masa ulang tahun Nayla dah celebrate hari tu, tapi Ibu tak update di blog. Kali ni birthday abang mesti kena celebrate jugak walaupun Ibu dalam pantang. 


Beli belon theme. 

Anak-anak dah mula bosan duduk di sini. Asyik sebut rumah, mainan di sana dan tetiba menyebut belon pulak. Maka Ibu dengan baik hati bukak shopee yang ajaib tu suruh la si abang pilih dia nak theme apa. Dalam banyak-banyak tu, dia pilih dinasour. Jadi masuk cart. Dalam 14hb tu baru purchase. Kali ni syiok je repeat kat kedai yang sama dulu. Hari dia seller pos, esoknya dah sampai. Ibu tak bukak depan dorang untuk konfirm order. Jadi dorang lupa. Haha 


Pada hari yang sama order kek dengan akak sepupu Encik Husband. Sudah la kek sedap, murah pun murah untuk 6' inchi lebih kurang bawah RM50. 


Sayangnya Ibu tak terfikir pun nak order kek lagi satu untuk kakak since masa celebrate tu, dia macam kecik hati. Ye la, kat sini siapa la nak makan kek bebanyak. Nak suruh Ibu ni, dalam pantang. Memang tukang tengok je la. Mianhe anak..


Sudahnya sesi bergambar berlangsung dalam 15 minit je selepas dorang dah bangun dari tido petang. Janji ada kan anak-anak? Lain kali tak ada pandemik kita buat proper ke. Ada gambar kenangan pun jadi la. Ibu simpan sini, Ayah simpan di facebook. Ada rezeki tiap tahun kita cuba raikan tau. Moga anak-anak Ibu membesar dalam kenangan zaman kanak-kanak yang bahagia. 


Don't be sad. Ibu always here.. 



Tengok muka Najmi teruja betul dapat kek dan dapat tiup lilin. Kami sibuk tegur Kakak Nayla dok sendu pulak tetiba dia dah tiup dulu lilinnya. Memang tak sempat buat apa laa. 



Simpan sini buat kenangan. Kakak jangan nangis-nangis la kalo begini. Susah la hati Ibu asyik geram nak marah je. Spoiler sungguh! 

Thanks Encik Husband jadi tukang setting lagi. Ibu memang buat sekerat je. Haha. Tukang pam belon sikit. Tukang sorak je. 😅 Tukang beli. Dia siapkan sampai sudah. 

Tiga sudah anakmu Nur. ❤ Tahun 2001 baru darjah 5. Tahun 2011 baru 21 tahun. Masa tu tak terfikir nak kawen ke dan tak pernah terfikir umor 31 anak dah 3. 😂 Alhamdulillah. 

Sudah-sudah la tu kan. Bagi can kat orang lain pulak. Hari Raya Haji ni, angan nak balik raya pun tak jadi. 

Anyway, selamat Hari raya aidiladha buat warga pembaca yang sudi singgah. Rakan blogger semuanya. Stay safe semua. Walaupun dah ada vaksin, bukan green light untuk kita berbuat suka hati. Doakan Malaysia terus berjuang menentang pandemik ni. 

Maaf zahir batin semuanya. :) 


Ahad, Julai 18, 2021

KOREA DRAMA: My Roommate is a Gumiho (2021)

 


Tajuk: My roommate is a Gumiho 

Genre: Fantasy, Comedy, Romance 

No of Episod: 16 

Cast: Jang Ki Yong, Lee Hyeri, Kang Ha Na, Bae In Hyuk, Do Wan Kim

Sinopsis: Untuk menjadi seorang manusia, seekor serigala jadian yang berusia 999 tahun harus mengisi biji mutiaranya dengan tenaga manusia sebelum usianya mencecah 1,000 tahun. Namun, pada suatu hari, biji mutiaranya itu tidak sengaja ditelan oleh seorang pelajar kolej, Lee Dam. 


MY REVIEW


Bila mood nak melayan pelbagai jenis drama, nah itu dia, semua drama nak dilayan. Kawan suggest try ler tengok drama ni. And it's Jang Ki Yong berlakon. Yuhuuu! 


Banyak drama lakonan dia yang Aien nak tengok but half way semuanya. Rasa drama Ki Yong ni majoriti genre aksi ataupun misteri. Tetiba kali ni jumpa romance pulak, makin la nak layan walaupun tak la minat sangat dengan lakonan si Hye Ri ni. But, kawan suka dia sebab Hye Ri punya lakonan ni jenis selamba ja orang dia. 


Back to this drama, berdasarkan sinopsis dah masuk rangka awal drama ni. Semestinya mereka duduk bersama dan membuahkan bibit-bibit cinta antara keduanya. Dengan mengelarkan Shin Wo Yeo sebagai 'Tuan', dan Cik Dam memang suka akan sejarah. Makin la mereka ni kamceng. Dan Cik Dam ni diikutkan tak pernah bercinta sebab dia ni spesies rare. Bahkan di kolej ada yang mengatakan dirinya sebagai seorang yang biasa-biasa dan saja jual mahal. 


Apabila terlibat dengan Tuan Shin, Cik Dam jadi semakin ragu-ragu dengan dirinya yang sering kali berdetak hati bersama lelaki itu. Boleh dikatakan half way drama ni mengisahkan Tuan Shin dan Cik Dam ni dan batu permata si gumiho ni. Ikutkan sebenarnya boleh je Tuan Shin ni keluarkan batu permata tu dari Cik Dam dengan cara menyedut tenaga gadis tersebut, entah kenapa hatinya terisi dengan kehadiran Cik Dam dalam hidupnya. Macam menambah rencah gitu dengan sikap selamba gadis itu. 


Drama ni jugak di meriahkan oleh si Hye Sun, gumiho yang baru saja menjadi manusia tapi kata orang Sarawak pepaloi alu nya tok. Dia cantik, tapi bimbo. Haha Bahkan Hye Sun suka mengejek Tuan Shin yang bijak pandai tu masih tak berjaya menjadi manusia lagi. 


Seronok la juga sebab ada Hye Sun dan Jae Jin. Ada lagi watak seorang lagi kawan baik Cik Dam ni, siapakan nama dia. Jika dilihat dia banyak dialog cuma namanya tidak la tersenarai sebagai barisan watak utama. Pelakon ni juga pernah menjadi hantu dara dalam cerita lakonan Park Bo Young tu. apa kan? Kejap. .. Aha dalam Oh My Ghost. Suka tengok dia berlakon, cuma tu la dia tak la secantik pelakon utama. 


Berbalik drama ni tadi, rupa-rupanya hubungan Tuan Shin dan Cik Dam tak la semudah disangka apabila ada campur tangan dari semangat gunung yang cuba menguji hati kaku satu-satu gumiho jantan ni. 


Punya Tuan Shin gembira apabila batu permatanya seringkali berubah menjadi warna biru kerana menurut Hye Sun, itu tandanya dia bakal menjadi manusia. Akan tetapi sebenarnya perubahan warna batu itu menunjukkan betapa Tuan Shin terjentik hatinya mengenali nilai kemanusiaan. Nah, binatang pun nak diajar nilai kemanusiaan, apatah la manusia kan. 


Nilai kasih sayang, pengorbanan serta kejujuran yang harus dipelajari oleh si kaku Tuan Shin ni tadi sehingga dia bakal kehilangan dirinya sendiri. Ingatkan bila batu permata dia pecah, kuasa sihirnya tidak dapat digunakan serta sixth sense dia sebagai gumiho tak dapat mengesan tenaga manusia dia berjaya untuk menjadi manusia, rupanya hati kakunya diuji lagi oleh semangat gunung untuk terus berkorban demi Cik Dam.


Nyaris juga nangis bila tengok Tuan Shin terdampar mati apabila menyelamatkan Cik Dam yang hampir dilanggar lori treler apabila gadis itu mula menyedari bahawa Tuan Shin mahu pergi meninggalkan dirinya. Kemudian, Cik Dam mendedikasikan dirinya di rumah Tuan Shin untuk menanti lelaki itu apabila dia melihat Tuan Shin tidak hilang dari semua gambar kenangan mereka. 


Yes! happy ending. Tuan Shin berjaya menjadi manusia. Lee Dam bahagia bersama kekasih hatinya. Hye Sun dan Jae Jin mengikat tali hubungan walaupun Jae Jin diarahkan untuk masuk tentera. Secara keseluruhan drama ni, 7/10 bagi Aien walaupun dia duduk di genre favorite. Mungkin faktor pelakon dan juga jalan cerita dia kot. 


U olls boleh tonton drama My Roommate is Gumiho ini di aplikasi iQiyi. 

Sabtu, Julai 17, 2021

Movie Review: Monster Hunter


 

Tajuk: mOnster Hunter (based on game) 

Genre: Fantasy, Action, Violence 

Durasi: 1 jam 43 minit 

Cast: Milla Jovovich, Tony Jaa, Ron Perlman, T.I 

Sinopsis: Ribut pasir yang membawa Lt. Artemis dan krewnya ke satu kawasan asing di mana mereka berhadapan dengan raksasa yang tidak lut dengan kuasa senapang mereka. 


MY REVIEW


Aien jumpa movie ni berdasarkan senarai Top 10 movie/drama di Netflix dan cerita ni berada di tempat pertama. Kata mereka exciting menonton movie ni. So here I am after watched it. 

Lt. Artemis dan unitnya sebenarnya dalam misi mencari satu pasukan lain iaitu team Bravo ynag telah hilang jejak mereka begitu saja. Pada mulanya mereka meragui kehilangan team itu. Namun apabila mereka sendiri berdepan dengan ribut pasir sehingga mereka di bawa ke satu kawasan asing dan bertemu dengan pasukan Bravo yang telah hangus dibakar  dan pasir berada di sekeliling mereka menjadi kaca. 

Baru nak belek-belek member sepasukan tu, tetiba mereka diserang oleh raksasa bawah tanah yang bernama Diabola, (lebih kurang namanya la) Dari 5-6 orang mereka, tinggal Lt.Artemis seorang sahaja yang berjaya melepaskan diri daripada serangan raksasa kedua yang berupa kala jengking. Ikutkan dia jumpa anak buah dia sorang, sayangnya dalam badannya dah penuh dengan telur binatang itu. Jadi dia terpaksa tinggalkan. 

Setelah berjaya keluar dari sarang raksasa tersebut, Lt.Artemis diselamatkan oleh seorang lelaki. Yang pada mulanya ingat Lt.Artemis ni musuh. Aien dok la ingat siapa yek pelakon ni, macam familiar sebab dia langsung tiada dialog. Sekadar aksi yang cukup mantap. Skill pedang yang sangat jaguh. Rupa-rupanya Tony Jaa. 

Dan bermula misi mereka berdua untuk lari ke arah menara langit yang menghasilkan ribut pasir semalam. Dengan syarat pertama bunuh si Diabola, si pemangsa dalam pasir itu. 

Pada mulanya, Lt. Artemis mencadangkan agar Diabola  diboom dengan senjata yang ada di 4x4 milik pasukannya. Namun, Tony (Aien tak tahu nama dia dalam ni) mencadangkan agar Diabola dibunuh dengan racun si kala jengking. Bagaimana? Dengan menjadikan Lt.Artemis umpan sebelum binatang itu dibunuhnya. Gila! 

Dah berjaya dapatkan racun, mereka berdua segera untuk menyasar kepada Diabola. Namun, perjalanan ke Menara Langit tak semudah disangka apabila mereka berdepan dengan seekor lagi raksasa yang kalis api, iaitu Rathoila. (mungkin begitu namanya) 

Di sini Lt.Artemis dan Tony berjumpa semula dengan rakan-rakan sekapal Tony yang dahulunya meninggalkan dirinya demi menyelamatkan kapal mereka. Nasib la jumpa balik. 

Bila mengetahui Lt.Artemis ini bukan dari dunia mereka dan mahu pulang ke dunianya sebenar, Ketua kapal meletakkan syarat bahawa Lt.Artemis harus membantu mereka membunuh Rathoila tadi. 

Tapi, entah kenapa tetiba Lt.Artemis dah berjaya ke dunianya semula dan dijumpai oleh pasukan tentera yang telah lama mencari pasukan beliau, dan kemudiannya diserang oleh Rathoila di dunia sebelah sini pulak. Habis semua pasukan tentera kalah dem kerana raksasa asing. Nasib Lt.Artemis sedar lantas menyegerakan sesi pembunuhan Rathoila. 

Kemudiannya dibantu oleh Tony dan ketuanya. Malang sekali, seluruh pasukan tentera yang datang menyelamatkan Lt.Artemis tadi, mati. Ending movie ni, Lt.Artemis kembali ke dunia Tony untuk membunuh raksasa Rathoila yang lain. 

Macam.... aha dia tak nak sudah balik ke dunia manusia sebenarnya. Gitu la. Macam tergantung jugak ending dia, tapi sebab dari video game kan. Kan bayangkan je la dia masih la excited nak buru raksasa tu. Ahaha 

Rate movie ni memang excited, tapi macam hambar pun ada. Still meletakkan dia di tempat pertama yang ditonton oleh rakyat Malaysia. Nak tengok boleh tengok di Netflix. 


Jumaat, Julai 16, 2021

COMBO JUMBO SALE Jimmy Scarves sempena Raya Haji

 



Lama jugak rasanya tak ada update pasal tudung yang Aien jual ni kan? Maka dengan ini Aien nak cerita dengan korang, bahawa sempena Raya Haji yang bakal tiba, Jimmy Scarves telah melancarkan COMBO JUMBO SALE bermula 14 JULAI 2021 SEHINGGA 23 JULAI 2021. 


Ada beberapa koleksi yang terlibat dan seperti biasa, siapa cepat dia dapat. Koleksi paling femes untuk raya kali ini adalah: 






Bagi tudung kanak-kanak pun ada juga diskaun hebat menanti. Boleh juga digunakan untuk sesi PDPR ataupun keluar beriadah sebentar. Al-maklum la PKP masih belom nampak bayang lagi nak habis kan. 


Shawl Instant - Koleksi Rose. Hot selling sedondon Ibu dan anak masa Raya Aidilfitri yang lalu. 



Sarung Kylie. Juga sedondon Ibu dan anak. Jenis sarung ni senang sikit bagi kanak-kanak kan. 



Juga Sarung Aisya. Material agak ringan sedikit berbanding dengan Sarung Kylie namun nampak esklusif dengan taburan batu mutiara. 


Selain daripada tudung, koleksi Jimmy Nour iaitu busana muslimah juga ada diskaun hebat dengan pembelian combo. 






Okay, dah boleh la cuci mata. Dan untuk mengetahui code warna yang ada, boleh la whatsapp Aien dengan klik je link di bawah ya. Support bisnes mak tang ya. :)