Sambut Ulangtahun Najmi dan Selamat Hari Raya Aidiladha

Selasa, Julai 20, 2021

 


Alhamdulillah, Izz Najmi bersama kami sudah 2 tahun. Terima kasih Allah! Moga anak Ibu menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata serta adik dan abang yang sangat care tentang adik beradiknya. :) Happy Birthday abang! 


Cerita kelmarin, meraikan ulang tahun kelahiran anak Aien no 2 iaitu Abe Izz atau Najmi. Disebabkan masa ulang tahun Nayla dah celebrate hari tu, tapi Ibu tak update di blog. Kali ni birthday abang mesti kena celebrate jugak walaupun Ibu dalam pantang. 


Beli belon theme. 

Anak-anak dah mula bosan duduk di sini. Asyik sebut rumah, mainan di sana dan tetiba menyebut belon pulak. Maka Ibu dengan baik hati bukak shopee yang ajaib tu suruh la si abang pilih dia nak theme apa. Dalam banyak-banyak tu, dia pilih dinasour. Jadi masuk cart. Dalam 14hb tu baru purchase. Kali ni syiok je repeat kat kedai yang sama dulu. Hari dia seller pos, esoknya dah sampai. Ibu tak bukak depan dorang untuk konfirm order. Jadi dorang lupa. Haha 


Pada hari yang sama order kek dengan akak sepupu Encik Husband. Sudah la kek sedap, murah pun murah untuk 6' inchi lebih kurang bawah RM50. 


Sayangnya Ibu tak terfikir pun nak order kek lagi satu untuk kakak since masa celebrate tu, dia macam kecik hati. Ye la, kat sini siapa la nak makan kek bebanyak. Nak suruh Ibu ni, dalam pantang. Memang tukang tengok je la. Mianhe anak..


Sudahnya sesi bergambar berlangsung dalam 15 minit je selepas dorang dah bangun dari tido petang. Janji ada kan anak-anak? Lain kali tak ada pandemik kita buat proper ke. Ada gambar kenangan pun jadi la. Ibu simpan sini, Ayah simpan di facebook. Ada rezeki tiap tahun kita cuba raikan tau. Moga anak-anak Ibu membesar dalam kenangan zaman kanak-kanak yang bahagia. 


Don't be sad. Ibu always here.. 



Tengok muka Najmi teruja betul dapat kek dan dapat tiup lilin. Kami sibuk tegur Kakak Nayla dok sendu pulak tetiba dia dah tiup dulu lilinnya. Memang tak sempat buat apa laa. 



Simpan sini buat kenangan. Kakak jangan nangis-nangis la kalo begini. Susah la hati Ibu asyik geram nak marah je. Spoiler sungguh! 

Thanks Encik Husband jadi tukang setting lagi. Ibu memang buat sekerat je. Haha. Tukang pam belon sikit. Tukang sorak je. 😅 Tukang beli. Dia siapkan sampai sudah. 

Tiga sudah anakmu Nur. ❤ Tahun 2001 baru darjah 5. Tahun 2011 baru 21 tahun. Masa tu tak terfikir nak kawen ke dan tak pernah terfikir umor 31 anak dah 3. 😂 Alhamdulillah. 

Sudah-sudah la tu kan. Bagi can kat orang lain pulak. Hari Raya Haji ni, angan nak balik raya pun tak jadi. 

Anyway, selamat Hari raya aidiladha buat warga pembaca yang sudi singgah. Rakan blogger semuanya. Stay safe semua. Walaupun dah ada vaksin, bukan green light untuk kita berbuat suka hati. Doakan Malaysia terus berjuang menentang pandemik ni. 

Maaf zahir batin semuanya. :) 


18 ulasan

  1. Selamat hari lahir najmi! Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan ibubapa.
    Dan salam aidiladha jugak diucapkan kepada aien dan keluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you atiqah. Salam Aidiladha buag tiqah dan keluarga jugak. :)

      Padam
  2. Selamat hari raya aidiladha dan selamat berpantang, Kak Aien.

    BalasPadam
  3. meriahnya sambutan hari jadi izz...semoga dapat menjadi anak yang soleh izz ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah dengan belon je acik. Haha Aamiin. :)

      Padam
  4. Salam raya.
    Selamat ulang tahun buat Najmi

    BalasPadam
  5. seronoknya tema dinosour! comellahhhh setting tempat tuu... selamat hari raya kak aien!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihan anak bujang. Terima kasih si ayahnya. Haha Selamat hari raya Sue.. :)

      Padam
  6. Rindu juga kecik kecik dulu ada sambutan hari jadi, hehe. Selamat Hari Raya Too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kecik mak ayah la beriya nak celebrate. Bila dah besa kita lak wat bebudak. Haha

      Padam
  7. happy birthday najmi ensem semoga menjadi anak yg soleh. Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  8. Happy Birthday Najmi. Ala kakak merajuk pulak. Ada rezeki kakak ibu belikan ye.
    Selamat Hari Raya Aidiladha Aien sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you auntie pija.. Sudah masa kakaknya turn ritu... Cuma kali ni dia emo bahagian dia tak ada. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤