The Ordinary Squalane Cleanser and Oil Review

Khamis, Julai 29, 2021



 

This entry was dedicated for my sister yang sudi belanja kakaknya berpantang dalam keadaan happy-happy tengok muka sendiri. :)


Skin Type: Dry + Sensitif skin (Rosacea detected)

Lately, ada gak tertengok di Tiktok some skin doctor suggest produk yang berasaskan squalane ni. Macam biasa Aien cuma tengok je la. Malas jugak nak cuba sebab kita ni noob dan tak tahu la bab skin care ni sangat. Suka nak jaga muka. Tapi, selalu silap product dan kadang yang ngam tu have-have sangat. Ibu tak daya nak oi. Nasib sejak amalkan Cberries, muka tampak lebih bersih dan sihat berbanding dulu. Kalau tak, sokmo kusam je kan. 


Baca juga: Pengalaman sendiri amalkan Cberries


Sebelum bersalin hari tu, adik tegur awat muka macam teruk je kan. Sebab silap penggunaan skincare la punya pasal. Walaupun dah consume cberries tu, it will take time jugak nak pulih balik. So, tup tup my adik send a gift before delivery. 



Hati kakak pun bahagia dan memang kali ni nak pulun skincare dengan jaga badan. Bwahaha sudahnya ke laut juga pantang Aien. Jadi pantang tengok je. Nasib la sampai jugak benda ni sebabnya kami tersalah poskod wei. Dah sampai Segamat bagai aokme~ dia patah balik ke Pontian. Walaupun kotak kemek, namun tiada kecederaan di laporkan. Even minyak Hemi Squalane tu pun baik-baik saja. 


Apa itu Squalane? 

kredit: google


Boleh beza la kan? Sorry Ibu tak pandai sangat benda ni. Ada sesetengah orang suka kaji like my sister ni, so everything yang dia suggest I do believe its a good product. 

Bila sendiri dah guna, mak aih.. Kena repeat sendiri la lepas ni. Aien happy sangat sebab sekin much better. Yeay! Sebab tu dedicated this post to her, thanks to her la my skin dah molek. Lepas ni boleh fokus dengan bodycare pulak kan. 


The Ordinary Squalane Cleanser and make up remover 



Link shopee: Squalane Cleanser

Selepas hampir sebulan menggunakannya, sangat berpuas hati juga sebab function dia dua dalam satu. Sekaligus membersihkan muka dengan lebih berkesan. Yang paling seronok harga dia sangat berpatutan. Ada sesetengah orang cakap product TO ni tak boleh nak pakai sekiranya korang tak maintain basic skincare. Dan alhamdulillah, Aien memang sentiasa keep maintain skincare rutin walaupun tak ada la molek sangat. Sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Banyak sangat dah product try and error dan so far ini kali paling puas hati. Semuanya disponsor memang puas. Lepas ni termenung jugak nak dapatkan satu-satu. But, no worries la. Yang ni mampu milik. Aien boleh la bodek Encik Husband belikan untuk bini ni. Haha 

Cara pemakaian cleanser: 

Picitkan pencuci dalam sebesar kacang beans di hujung jari. Kemudian ratakan pada muka tanpa bilas terlebih dahulu. Sebab apa? Function dia lebih kurang macam korang nak guna oil cleanser dulu. Haaa, dan rasa rata tu kan. Ambik sedikit air dah scrub la perlahan-lahan muka tu. Dalam kaedah menbersihkan iaitu urutan bulat. Kemudian boleh bilas seperti biasa. 

Dah siap bab cleanser. Kemudian boleh la teruskan rutin penjagaan wajah yang lain. 



The Ordinary 100% plant Hemi Squalane Oil



Link Shopee: 100% Plant Hemi-Squalane

Memula risau bila baca oil tu kan. Sebab bimbang nanti muka bertambah berminyak pulak. Kadang-kadang muka ni kejap rasa berminyak  kejap rasa kering sangat. Termenung jugak tengok botol ni. Sudah la tempoh dari tarikh dibuka cuma bertahan untuk 6 bulan sahaja. 30ml untuk minyak sangat banyak tau kalo katanya guna bila perlu saja. 

Rupa-rupanya, tak gais. Ia tidak membuatkan muka kita berminyak bahkan dia cukup sedang je melembapkan muka. Lagi seronok bila campurkan sekali dalam serum atau pelembap korang yang lain. Molek sangat la. 


Cara Penggunaan Squalane Oil: 

Gunakan selepas toner. Sebelum pelembap atau serum. Boleh juga dicampurkan dalam kedua mereka ini. Function teruk gais. Oil ni juga boleh digunakan di rambut dalam kadar perlu. 

Ambilkan sekali picit saja minyak dan pumpkan di tangan. Kemudian, dap-dap la di sekitar kawasan yang agak kering. Seperti Aien ni, di kawasan hidung dan juga tepi bibir dan dagu yang agak kering. dap-dap dap dap... sehingga minyak dia serap ke kulit. Dah siap! 

Guna bila perlu ye. Ingat untuk buat test patch dulu, risau nanti tak ngam pulak dengan muka. 

Senang kan? Kemudian boleh la guna serum atau pelembap muka. Sekiranya korang nak add dalam minyak ni dalam kedua mereka ini, dah tak payah la nak pakai asing lagi. Lagi mudah gitcheeww~ 

Berguna ke tak review Ibu ni? Haa, sekiranya korang berminat nak dapatkan kedua produk mampu milik ni tekan je link di atas tu ye. Beli mana lagi kan musim PKP ni.. hehe Jangan risau ni bukan reviu berbayo. 

Boleh la stick dengan kedua mereka ini lepas habis pantang. Muka pun nampak seri sikit. haha


8 ulasan

  1. first time tahu pasal squalene ni. Ha'ah ramai cakap kalau basic skincare tak jaga tak boleh pakai TO ni. Ada jugak niat nak beli tapi takut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Squalane ni lebih kepada repair skin barrier kita balik. Muka pun rasa macam dah lebih molek. hAha In love dengan muka sendiri. :)

      Padam
  2. Boleh cuba nanti. Teringin nak cuba AA tapi dorang cakap kalau breastfeed x boleh guna lagi.. Aduh.. Sabar je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye? Bagus gtau. Baru ingat nak cuba. stay dengan nj je la dulu. hehe

      Padam
  3. Menarik juga Squalane, lelaki boleh guna juga kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh... bagus utk baiki skin barrier. :)

      Padam
  4. Bagus ni pakai one set produk yang sama. Perasan jugak produk The Ordinary ni tapi tak pulak ambil tahu lebih lebih.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤