Pengalaman dapat vaksin ketika dalam pantang

Jumaat, Julai 30, 2021

 


Setelah sekian lama Aien tunggu giliran untuk dapat tarikh vaksin di Mysejahtera akhirnya penantian telahpun berakhir apabila sebelum Subuh 27 Julai 2021 Aien dapat pesanan ringkas untuk sahkan kehadiran temujanji. 


Sejak dari itu, nervous mula menghantui diri. Dia macam automatik tau. Terus jadi takut, paranoid dan lain-lain perasaan la. Al-maklum tak pernah pulak dengar ibu berpantang dapat vaksin. Ibu yang mengandung pun dua tiga jugak nak pegi cucuk, apatah la Ibu dalam tempoh berpantang. 


Mula-mula dapat kat Persada, Johor. Buat la kira-kira dari Pekan berapa jauh nak ke sana. 



Dah sahkan untuk kehadiran temu janji, esoknya tetiba dapat lagi pesanan dari CITF ni. Katanya telah diubah details untuk temu janji. 



Encik Husband pun cakap berapa punya jauh sampai ke sana lagi. Nak buat lagu mana. Orang dah bagi, kita patuh saja la. Janji dah dapat. Nasib dia tak ubah tarikh sekali. Mau berangin Encik Husband yang dah amek cuti tu. Tak lama selepas Aien dapat, Alhamdulillah Encik Husband punya temujanji pun diberi. Berapa punya jauh dia sampai ke Taman Mawar, Pasir Gudang sana. Nasib la. Sikit punya dekat Dewan Taman Universiti tu, jauh ke Taman Mawar sana diberi dia. Nasib la labu.. 

Sampai hari kejadian punya nervous mak berpantang ni, malam tak leh tidur. Jam 3 pagi tidur. Seawal 7.30 pagi da sedar. Selesai uruskan diri sendiri dan alas perut sebelum ke tempat temu janji. Jam 9 bertolak dari Pekan Nenas sampai ke Mid Valley Southkey tu jam 10 pagi. 

Selesai susukan Nadhira sebelum masuk, Ibu teruih pergi cari toilet. Adoo, gigil dah kaki jalan. Sampai PPV, scan dan tunggu giliran. Diminta untuk sediakan Mysejahtera aplikasi sebagai bukti dan kad pengenalan sebelum dipanggil masuk oleh abang rela. Tetiba akak depan tu, disoal siasat abang rela yang tak nampak perut dia. Sebab sepertinya hari Aien tu memang khas untuk Ibu mengandung dan menyusu agaknya. 

Rupa-rupa abang rela risaukan Mak Tang pergi ke PPV seorang diri. Katanya apa-apa berlaku dorang tak bertanggungjawab. Acaner la dapat temujanji tapi apa-apa tak bertanggungjawab. Adoo~ bising jugak mulut Encik Husband. udah ler Encik Husband tunggu dengan Nadhira dalam kereta. Haa, sudahnya Aien dan akak sorang tu disuruh duduk di kerusi lain bimbang mereka terlupa kami ni Mak Tang. Setelah dapat kerusi roda, terus kami berdua ditolak masuk ke dalam pusat vaksin. Nah~ fast lane terus. 

Pergi stesen 3 untuk isi borang dan soal siasat serba sedikit terus gerak ke Stesen 4 untuk penerangan Doktor akan kesan sampingan dan jenis vaksin yang akan diperolehi pada hari ini. 

Alhamdulillah, apapun jenis vaksin tak kisah. Janji kesan sampingan dia tak teruk. Haha #newmembersinovacsignin . Kami adik beradik semua dah settled first dose tinggal kakak Aien yang di Melaka belom ada progress. Dua di Shah Alam dapat Astrazeneca. Selebihnya sinovac semua. 

Bila dah settle di stesen 4 terus ditolak ke bay cucuk. Tak sampai 10 minit kot. Laju bak hang. Sampai Aien nak rekod video pun tak sempat. Haha Terima kasih sukarelawan di PPV Mid Valley Southkey. 



Jam 1040 pagi dah settle semua. Dah tinggal di stesen 5 saja. Lebih kurang jam 11 lebih dah keluar. Tengok Ibu mengandung dapat air. Mak Tang tak dapat. Haha Done semua, sukarelawan tanya nak amek gambar tak. Malas le. nanti next dose baru amek. Koi nak keluar cepat je. Dapat free 3 jam pertama parking jika cucuk vaksin di Mid Valley ni. 

Selesai sudah dos pertama mak tang. Setakat entry ditulis ni, mak tang cuma rasa pening kepala ja. Yang lain tak ada. Alhamdulillah, moga dos kedua nanti pun sama. Sebab dari pengalaman orang lain selalunya kalo dos pertama okay, nanti dos kedua ada sikit kesan sampingan. 


Next tarikh temujanji pada 19/8 . Masa tu Mak Tang dah 44 hari. Hehe Boleh laa kan aktif sikit jalan. hehe


13 ulasan

  1. alhamdulillah dah dapat vaksin. saya ni dah berjanggut tunggu tak tahu bila nak dapat turn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah lepas golongan ibu2 kot.. bru dapat proceed golongan awam. Eh.. memandai je sis. Haha

      Padam
  2. Alhamdulillah selesai dos pertama.

    Singgah blogwalking :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahmdulillah .. Thank you~

      Padam
    2. Try update balik alamat semua..sy update semula siang td mlm terus dpt

      Padam
  3. Alhamdulillah, nasib baik fast lane, penat jugak orang berpantang nak tunggu lelama kan. hehe

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. setel 1st dose!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah slmt dhh..sy pun nebes nie utk dos kedua..sbb yg first effect dia kebas tgn je..hrp x de pape la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu yek? Fuh, kita lagi tiga minggu pun neves dok tengok calendar. Haha

      Padam
  6. Uishh mencabar juga dalam berpantang nak pergi cucuk vaksin. Mujur cepat prosesnya dah dah ready semua kemudahan. Alhamdulillah kesannya tak teruk. Dah lepas berpantang untuk second dose nanti mudahlah sikit .

    BalasPadam
  7. Suntik dalam pantang. Menarik baca pengalaman.

    BalasPadam
  8. alahai kesiannya Aien masa berpantang pula dpt vaksin ye. take care ye selepas vaksin kena jaga bebetul

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤