Pertama kali cuba Texas Chicken dengan Grabfood

Ahad, Jun 21, 2020



Sambil-sambil nyanyi lagu, pertama kali... kulihat mu.... 

Ah, tak ingat lirik la pulak. Bahana terpengaruh dengan rakan sebaya. Al-kisah kawan eden ni buatkan honey butter cookies untuk anak dia, especially dia puji melambung yang honey butter cookies dari Texas Chicken ni sedap, aku apa lagi skrol skrol aplikasi Grab seleksi Food tengok ada pulak kedai ni. 

Sebenarnya, dua hari juga aku mikirkan. Berbaloi ke tidak. Sedap ke tak. Ha ha Keluar masuk keluar masuk aplikasi Grab ni. Sabo je la. 

Memandangkan hari ni is Father's day, eceh... alasan semata, aku nak belanja laki aku makanan luar sikit. yang hakikatnya aku malas nak masak. Apala... 

So, back to our story, finally lepas decide. Aku memutuskan untuk membeli 5 pieces combo yang di dalamnya ada 5 pcs ayam, 2pcs honey butter cookies, mashed potato and fried fries pada harga RM39.90. Boleh la kan? Tolak tambah delivery charge dalam RM42.50 gitcheeeww… 
Disebabkan  ini pertama kali aku cuba grab food, grab bagi aku diskaun sebanyak 12% sekiranya aku membayar dengan GrabPay. 

Padahal Wallet Grabpay aku kosong, boleh saja auto top-up. 

Boleh decide la sama ada nak berterusan atau one time je. Disebabkan aku ni bukan la selalu sangat berduit, so pilih la one time via Maybank2u. 

Settle bab payment semua, what the suprise aku boleh dapat 5 pcs combo tadi dengan harga rm30.99. wow! rasa bertuah sangat. Delivered till depan pintu which is make me more happy with this service and tips the delivery guy. 

Happy sangat dah dapat rasa Honey Butter Cookies. 

Rakyat Marhaen begini la. Dapat rasa sekali pun cukup dah. Setakat memenuhi selera tekak yang kadang-kadang mengada ni. 


Over all untuk Texas Chicken ni mungkin sedap makan di store kot, sebab bila dah sejuk macam tak ada nikmatnya berbanding dengan ayam KFC atau MCD. 

Itu je la nak cerita. Nak keluar merasa kat kedai dia bila ntah kan. So, dengan Grabfood segalanya mudah. Eh~ 

2 ulasan

  1. so far mama beli chicken texas alhamdulillah panas dan sedap.. agaknya tempat jauh ke aien

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai memang panas² lagi, tapi tunggu anak-anak bangun dah sejuk. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.