DRAMA | Memory Lost (Season 1) 2016

Ahad, Jun 07, 2020



Tajuk: Memory Lost (Season 1) 
Genre: Mystery, Drama, Detektif, Romance
Episode: 12 
Cast: Yang Rong, Bai White, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy, Price Tom
Sinopsis: Brilliant police officer, Han Chen searches tirelessly for his lost fiancee - despite his amnesia, and despite everyone else insisting that this woman does not exist. His searcg leads him to Bai Jin Xi, a sunny girl working as a police detective and whis mysterious past is as full of secrets as Han Chen's own. 

SPOILER ALERT

Drama ini as aku anggap drama Cina pertama yang aku tengok tak fast forward since aku terjebak dalam dunia drama cina ni. Misterinya drama ni buatkan aku curious dan sangat meneliti setiap detik yang berlalu. 

Untuk pengetahuan korang, drama ini walaupun episodenya sedikit, tapi ianya merangkumi tiga siri dan masing-masing mempunyai 12 episode. Mind trick betul kan? 

Seperti yang tertulis di sinopsis, siri pertama ini membawa kita bagaimana Han Chen dan Bai Jin Xi berjumpa semula. Melalui kes pertama yang mereka berjumpa secara tak sengaja, dan disambung dengan kes kedua. Iaitu kes rogol secara pukau membuatkan balai polis cawangan Jiang Cheng memanggil Han Chen untuk membantu Jin Xi dalam penyiasatan. 

Han Chen, - polis yang bijak dalam meneliti sesuatu kes secara klasik, iaitu diklafikasikan sebagai Tradisional Investigation Skill. Manakala Jin Xi lebih kepada penyiasatan dalam menyelami cara penjenayah tersebut yang digelar Criminal Psychology. 

Hal ini, membuatkan aku terus fokus dengan penjelasan Jin Xi yang lebih kurang drama English Criminal Minds gitu.  

Di samping Jin Xi, pembantunya Xiao Zhuan, seorang yang mahir dalam hacking dan cekap meneliti camera litar , dan juga sangat bijak membuat andaian melengkapkan penyiasatan mereka dalam kes rogol tadi. 

Melalui kes itu juga mereka mendekati dengan sindiket kumpulan alphabat pembunuh bersiri yang juga di siri seterusnya akan diceritakan mempunyai kaitan dengan kenapa hero dan heroin drama ni kedua-duanya hilang ingatan. 

Macam pelik kan? Han Chen dan Jin Xi masing-masing hilang ingatan sejak kejadian yang menimpa mereka 5 tahun lalu. Namun, tiada siapa yang jelaskan pada mereka apa yang berlaku. 

Sikap curious Han Chen, membuatkan dirinya sentiasa peka dengan sekelilingnya. Dan bila berjumpa dengan Jin Xi yang lebih kurang membuat andaian dengan membaca psychology penjenayah tadi, buatkan masing-masing bertentangan tapi memerlukan. 

Di samping Jin Xi juga, ada seorang pakar forensik iaitu Dr.Xu yang sangat sempurna peribadinya membuatkan ramai adore dengan Dr.Xu ini.

Apa yang aku serius dalam drama ni, which is pukau is mor serious thing tho'. Ish ish ish.. Nauzubillah min zalik tau.


Berbalik kepada drama tadi, akhirnya setelah mangsa ketiga baru Jin Xi dan Han Chen berjaya memberkas penjenayah kes rogol pukau ni. Daripada kes ini, Balai polis cawangan Jiang Cheng menghantar Ji Xi dan Xiao Zhuan ke Ibu pejabat polis untuk interview bagi melayakkan diri menyertai special force. Dan semestinya berjaya la kan. Next season 2 menanti yaa








4 ulasan

  1. ooo...best juak sebab cerita penyiasatan...kelak la mun ada mood, boleh start nanggar nya...

    BalasPadam
  2. cerita siasatan ni macam seronok ditengok. curious dan tak sabar nak tahu ending dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul-betul tu. Aien tak sedar habis episode jam dah boleh sahur. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤