DRAMA KOREA: D.P

Ahad, September 05, 2021

 


Tajuk: D.P (Deserter Pursuit Unit) 

Genre: Aksi, Drama, Voilence, Social Issue 

Bil. Episod /Durasi: 6 / 50 minit 

Cast: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun, 

Sinopsis: A young private's assignment to capture army deserters reveal the painful reality endured by each  enlistee during his compulsory call of duty.  


MY REVIEW


 An Jun Ho terpilih untuk masuk ketenteraan. Dia seperti seorang batang kara. Pada hari kemasukan, dia tidak punya sesiapa yang mengiringi dan menangisi pemergiannya. Jun Ho seorang yang sangat bagus dalam pekerjaan, bahkan tidak suka menindas orang lain yang suka merasakan dirinya berkuasa. 


Cerita dalam kem, tidak indah walaupun semuanya satu jantina. Mereka berdepan dengan hieriaki status senior dan juga junior. An Jun Ho tidak suka semua itu, tapi dia juga tidak suka melawan dengan menggunakan mulut. 


Dua minggu latihan, mereka semua ditentukan ke bahagian masing-masing. An Jun Ho yang berketinggian 167cm dipilih masuk ke bahagian polis tentera. Bertemu dengan Lans. - yang digelar 'Otaku' kerana dia suka melukis dan seorang yang baik hati terhadap An Jun Ho. Senior dalam bilik yang sama, seorang yang suka menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang senior. 


Paling ngilu bila dia letakkan paku di dinding dan cuba menolak prebet yang tidak disukainya sehingga kepala mereka kena paku tersebut. Jahat betul senior tu. An Jun Ho juga tidak terkecuali. Atas alasan senior benci melihat wajahnya yang tiada respon. Macam kaku. Tiada perasaan. Kebencian senior makin bertambah apabila An Jun Ho berjaya mengelak paku yang dipacaknya. Keadaan kucar kacir itu berjaya diselamatkan oleh Staf Sarjan Park Beo Gum. 



Lain scene, An Jun Ho menyertai temuduga bersama Staf Sarjan Park, kemudian kerana satu hal, An Jun Ho ditinggalkan. Masih sentiasa menanti. Datang seorang DP, memberi klu kepada An Jun Ho. Dalam muka tiada perasaan dia tu, dia seorang yang sangat bijak. Sangat peka. Kerana jawapan An Jun Ho terhadap jalan buntu Staf Sarjan Park, membuatkan dia dipilih untuk jadi DP. Dorang ini kiranya seperti polis tentera yang mengejar anggota tentera yang lari daripada kem. 


Kes pertama: An Jun Ho dengan Senior Park Sung Woo 


Ikutkan kepekaan dan kepatuhan An Jun Ho, dia ingin mencari pesalah dan terus pulang ke kem. Tapi, kerana kecuaian senior yang mengajak dia minum, tanpa sedar dia memberi alat bunuh diri kepada pesalah yang mereka cari. Kerana rasa marah dan bersalahnya An Jun Ho itu, dia membelasah Seniornya. 


Staf Sarjan Park yang berharap kenaikan pangkat dalam kem, namun jawapan diperolehinya hampa. Kehadiran Leftenan Kim / Lim membuatkan Staf Sarjan Park menyampah. Dalam drama ni juga, kita boleh lihat betapa sesetengah orang suka nak 'menjilat' atasan demi kepentingan dirinya. Kadang-kadang perkara yang dibuatnya itu tidak juga memberi untung apabila pihak atasan tetap menyalahkan dirinya. 


Orang yang telus dalam drama ni cuma tiga orang saja. Haha 


Staf Sarjan Park Beo Gum 

Prebet An Jun Ho 

Korpral Han Ho Yeol



Kes Kedua - An Jun Ho & Korpral Ho Yeol 


Jun Ho digandingkan dengan seorang senior yang bermuka tembok tidak kira orang membencinya atau tidak. Dia juga tidak seperti tentera. Kes kedua ini mereka kena mencari seorang anggota tentera yang lari daripada kem. Masa terakhir ditemui di stesen kereta api, jam 11.30 malam. Pencarian mereka berjumpa dengan jalan buntu apabila tentera itu tidak kelihatan di mana-mana. Akhirnya bila difikirkan semula, tentera itu hanya kelihatan pada waktu tengah malam sahaja. Kebiasaan tentera yang melarikan diri ini tidak akan kembali ke pangkuan keluarga sendiri. Akhirnya Jun Ho dan Ho Yeol menemui anggota tentera itu tidur dalam gerabak keretapi di stesen terakhir. Anggota tentera itu melarikan diri akibat dibuli di kem oleh rakan sebilik kerana dengkurannya yang kuat. Dia juga tidak disuruh tidur bahkan mereka meletakkan mask asap pemedih dan menuangkan air ke dalam mask tersebut. Kasihannya. Bila dilihat dari kes kedua ini kebanyakan askar yang melarikan diri ini merupakan mangsa buli. Gandingan Jun Ho dan Ho Yeol sangat bagus sekali. 



Kes Ketiga:


Hasil daripada kejayaan kes pertama mereka berdua, Jun Ho dan Ho Yeol diberikan cuti. Tapi disebabkan Leftenan Kim/Lim tu nak memgampu orang atasan lain, disuruh mereka berdua ni tolong DP dari kem lain. Kes ni parah bila askar yang hendak tangkap tu pandai judo. Dia juga seorang mata duitan dan sering mengambil duit dari teman wanitanya. Entah kenapa Jun Ho teringat kat seseorang mirip dengan wanita itu, dan sanggup meminta Ho Yeol mengorbankan 3M won untuk umpan askar tu keluar bertemu dengan wanita itu. Malangnya mereka pulak terkena tipu apabila askar itu berjaya diberkas dan duit mereka dikebas oleh teman wanitanya. Hokoloh.. 



Takkan nak review habis kot? Tak syiok la kan cerita best-best kena spoiler pepanjang. Okay, last -last yek. 


Episod akhir mengisahkan teman sebilik Jun Ho dan Ho Yeol, Chu Sok Bong lari dari kem semata-mata nak balas dendam pada orang yang selalu buli dia dalam kem. Kesian wei, dua episod last dedicated untuk Suk Bong je. Seluruh kem berkerjasama untuk memberkas Suk Bong dan diberi arahan untuk tembak sahaja Suk Bong tu. Namun tidak bagi Jun Ho, Ho Yeol dan Staf Sarjan Park yang sedaya upaya cuba untuk selamatkan Suk Bong dari melakukan sesuatu yang bodoh. 


Parahnya Suk Bong tu sampai Jun Ho pujuk dengan anak murid kesayangannya dahulu pun buatkan Suk Bong bertambah sedih. Si pembuli ni dah bermatian melutut sebab tak nak kena bunuh. Sebenarnya di hari terakhir si pembuli ni, siapakan nama dia, lupa dah. Suk Bong ada minta supaya pembuli ni minta maaf elok-elok dengan dia. Suruh ucap elok-elok la tanda dia menyesal membuli semua orang yang satu bilik dengan dia. Tapi, diucap dengan penuh sindiran bagi Suk Bong. Alih-alih dia keluar tentera tu tak ada la bagus sangat. Bahkan kerja sementara di kedai 24 jam saja juga dibuli oleh atasan. 


Nak tau apa akhirnya terjadi pada Suk Bong, adakah berjaya Jun Ho dan Ho Yeol selamatkan dia, meh la tengok di Netflix. Yang tak ada Netflix mungkin boleh cari di telegram. 


Okay, boleh la tengok Devil Judge kalau rajin. hehe 


18 ulasan

  1. BEST!!!!
    Tapi x puas tgk sampai esp 6 je..
    Ingat ada sambungan lagi.... aishh...

    Pape pun cite ni mmg best, lain dr yg lain sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul! Macam.. heee apa jadi dengan Jun Ho lepas tu..

      Padam
  2. Tengah tengokk! Baru episode 3 hehehe. Tapi setakat ni, memang best! Suka tengok jung ha in dalam drama ni.

    BalasPadam
  3. bila la saya ada masa untuk menonton movie macam nie

    BalasPadam
  4. Tak tengok lagi cerita ni. Tengok trailer macam best tapi lemah pulak semangat tengok kes buli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best Best Best!!! itu la tu.. buli is everywhere.. anywhere with anyone

      Padam
  5. Mcm best je. Ok boleh masuk dalam list ni. Netflix pun lama x berusik tu. Dok bayar je. Haha

    BalasPadam
  6. waa cerita askar2 ye.. boleh try tgk nanti ni

    BalasPadam
  7. Bila taktau mood drama nak mai. Lama tunggu ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuseru mood drama ain athirah ni datang la segera!! Aceee gituuu

      Padam
  8. Stress owh tengok drama ini..
    Bila membabitkan buli ini bukan mangsa dan pembuli je tapi orang di sekeliling pun sebenarnya terlibat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. even kita tak buat apa-apa untuk tolong yang kena buli. :'(

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤