TURKI MOVIE: Mutluluk Zamani

Isnin, September 27, 2021


 

Tajuk: Mutluluk Zamani / Time of Happiness

Genre: Romance

Durasi: 1 jam 58 minit 

Cast:  Elcin Sangu, Baris Arduc

Sinopsis: True love is not about perfection, it is hidden in flaws. The movie 'Mutluluk Zamani' (Time of Happiness) tells the story of Mert (Baris Arduc) who creates his 'perfect' life without facing his past and Ada (Elcin Sangu) who builds her own way of life based on all of her past experiences.
—ahmetkozan    (source: ImDB)


MY REVIEW

Kerana masih tak boleh maju ke hadapan dengan gandingan Elcin Sangu dan Baris arduc, Aien sambung dengan movie ni pulak. But, terasa begitu pendek sekali~ 

Mengisahkan tentang Mert yang sentiasa hidup dalam kegembiraan buatannya demi melupakan kisah lalunya. Boleh dikatakan dia hidup serba mudah dan sentiasa memperolehi apa yang doa mahukan. Sehingga dia bertemu dengan Ada Altunay, satu-satunya wanita yang boleh baca setiap tindak tanduknya dan tidak mudah menerimanya seperti wanita lain. 

Movie ini cuma menunjukkan betapa Mert berusaha untuk mendapatkan Ada. Simple as he can go. Nak buat review pun tak reti buat panjang-panjang sebab Mert dapatkan Ada dengan mengubahkan satu-satu tanggungan Ada iaitu abangnya, Tarik Altunay, yang kebetulan bekerja di syarikat Mert. 

Pada hari Mert nak dapatkan kerjasama dengan syarikat daripada Jepun, Tarik terjatuh ke bilik mesyuarat Mert akibat leka memerhati wanita pujaan hatinya bersama lelaki lain. Tarik ditampilkan di sini berlainan dengan Mert yang pasif dengan orang sekeliling. Fokusnya cuma satu, iaitu Ashuman. 

Jadi, disebabkan itu, orang Jepun tu tadi, menyuruh Mert mengubah Tarik menjadi lelaki paling bahagia dalam masa sebulan. Jadi, demi mendapatkan Ada, Mert sanggup membantu Tarik menjadi lelaki yang boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Hujung movie, Ada rasa tertipu dengan Mert tapi disebabkan Mert berjaya memberi keyakinan kepada abangnya , dia pula membantu Mert untuk dapatkan kerjasama tadi. 

Simple kan? Haha Memang masih tak leh movie lagi la. Try tengok suggestion Tiara Sapphire  Kiraz Mevsimi tu... Baru 20 minit... tapi.. Haha


Pahtu Hani Mynis ada suggest lain drama Turki lagi bertajuk Seviyor Sevmiyor. 





Haa, nanti la tengok. Sudah, terjebak jauh ni..  Oh  ya, suka nyanyian Elcin dan Baris untuk soundtrack movie ni. Auch... macam sweet je suara deme... 



14 ulasan

  1. Balasan
    1. Dia sekali dah terjebak susah nak patah balik.

      Padam
  2. Ramai jugak yang follow trend drama dan filem Turki ni ye. Kurang tengok cite romantis la sekarang, takut jiwa kacau. Haha

    BalasPadam
  3. wahhhh ada kelapangan nak nonton juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. Tapi susah nak cari movie ni. Aien tengok di Dailymotion.

      Padam
  4. rare aien tgk citer turki. tapi sula la ayat True love is not about perfection, it is hidden in flaws tu

    BalasPadam
  5. Rom-com memang lightight je cerita dia. Konflik pun setakat gaduh-gaduh

    BalasPadam
  6. Cerita turki ni once terjebak mesti suka, lagi lagi watak lelaki dia semua nya gagah perkasa.

    BalasPadam
  7. mana nak dapat link mutluluk zamani ye ? try cari xde full movie

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tengok di daily motion.

      Ada dua part jugak sebenarnya..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤