DRAMA SERIES: JINN

Sabtu, September 04, 2021


 
Tajuk: Jinn

Genre: Supernatural, drama, Suspense. 

Bilangan Episod / Durasi : 5 / 44 minit

Cast: Salma Malhas Hamzeh Okab, Sultan Alkaish, Aysha Shahaltough, Yasser Al-Hadi 

Sinposis: A girl accidentally releases a jinn in the form of a teenage boy and learns she has unleashed an ancient darkness that threatens the world.

MY REVIEW 

Terjumpa di Netflix. Baca sinopsis sebab sometimes Aien suka super natural plus fantasy plus suspense punya drama. Malangnya tengah syiok-syiok tengok ada 5 episode je. Alaaaa.. Baru nak nait bit cerita dia. 


Mengisahkan tentang pelajar sekolah tinggi di Amman yang pergi school trip ke Petra. Sebuah kota terbiar yang dikatakan bandar Jin. Kini menjadi pusat tarikan pelancong saja. 

Mira & Layla - dua watak perempuan utama 

Yaasin - mangsa buli di sekolah / loser 

Tareq & geng ( Fahed, Omar, Jimmy, Naseer) 

Vera - Evil Jin 

Keras - Protector Jin 

Hassan - sepupu Layla, yang nerdy

Ms. Ola - cikgu dorang

Ceritanya bermula apabila Tareq & the geng p buli Yaasin yang termasuk ke kediaman Jin. Dia nak lari sebenarnya tapi terjatuh dalam lubang dna mengharap bantuan dari Omar yang sedikit berhati lembut. Tapi kerana kekuasaan Tareq tu, dia akur dan tidak mempedulikan Yaasin. 


Tareq menyangka Yaasin memecah rahsia mereka yang ingin meniru semasa ujian. atau copy apa ntah. Sebab tu dia bersikap scumbag. Padahal Yaasin ada relationship dengan Ms. Ola Aien suspek la kan sebab berdasarkan gaya Ms.Ola tu.

Tanpa sedar, Yaasin telah menyeru Jin untuk memenuhi kehendak hatinya yang penuh ammarah. Jin itu mengambil alih tubuh seorang gadis bernama Vera. Malam dorang buat bone fire, Tareq mabuk kemudiannya dijumpai oleh Mira dia jatuh dari tebing. Mati. 


Semua shocked masa tu, dan mereka terus pulang ke Amman. Hassan tak sudah-sudah dengan mitos dia mengatakan bahawa Jin yang membunuh Tareq. Namun, tiada siapa mempercayai Hassan. 

Pulang dari perjalanan itu, Mira didatangi seorang Jin bernama Keras yang cuba meminta bantuan dari Mira untuk mencari Vera sebelum semua mereka dalam bahaya.


Selepas tragedi kematian Tareq satu sekolah dalam suasana muram dan cuba untuk membuat majlis perpisahan bersama Tareq, Naseer pulak didapati cuba untuk membunuh diri tapi dapat diselamat oleh si Fahed yang turut tercedera. Selepas kejadian itu, Fahed dan Jimmy mula merasakan bahawa mereka seterusnya. Apatah lagi mendengar penjelasan daripada Nasseer bahawa dia tidak sedar bila masa dia mengambil pisau tersebut dan maju ke hadapan. Rupa-rupanya setelah Jin itu merasuk Naseer dia cuba merasuki Layla yang disukai oleh Naseer. Layla cuba buat tawaran untuk bersatu dengan Naseer supaya Naseer dapat bersama dengan Layla bersamanya. Naseer menolak mentah kerana Layla yang ada itu, bukan Layla yang dikenali Naseer. 


Sementara itu, Vera cuba untuk membawa lari Yaasin apabila dia dijumpa Keras dan cuba dibawa pulak ke dunia asal mereka. Vera gelabah dan cuba untuk bersatu dengan Yaasin. Yang pada hakikatnya sekiranya Jin dan jasad manusia bersatu, roh manusia itu akan hilang buat selamanya. Mira dan Hassan gagal menyelamatkan Yaasin walaupun mereka berjaya menemukan Yaasin di tempat yang mana Jin dan manusia bersatu. 

Keras yang dijumpai dalam jasad yang dipinjamnya, lalu dibawa pulang oleh orang tempatan. Hosny, jasad yang dipinjamnya kemudian diasapkan dengan kemenyan dan menyebabkan jasad itu longlai dan tidak lagi berguna untuk Keras. Kerana itu Mira dan Hassan gagal menyelamatkan Yaasin. 

Ending drama ni, apabila Fahed bersatu dengan Layla semata-mata untuk dapatkan Mira. Manakala jasad Hosny mengingati Mira ketika tubuhnya diguna pakai oleh Keras. -The End. 


Adoo, why why why? macam baru nak kemuncak drama tetiba itu je? Ada siri kedua kah? Aiguuu.. padan la rotten tomato dan IMDB rate drama ni low sangat. Macam dorang nak bagi drama ni hype dengan pelakon yang hensem, terutama si Keras/Hosny tu. Tapi, skrip dan jalan cerita dia macam.... Eh.. 

Tak tau la nak cakap macamana. Dia best, tapi.. Bagaimana seterusnya? Nak tahu jugak adakah Yaasin mengingati Mira lagi selepas dia bersatu dengan Vera. Sebab Yaasin dengan Mira ni macam childhood friend la.

Korang nak tengok boleh tengok di Netflix. Cuma tu la... Jangan letak harapan yang tinggi. Haha




12 ulasan

  1. Kalau cerita netflix ni memang tak tgok lah melainkan ada yang sudi2 bagi link dkt telegram :P Tapi drama lagi jauhhhhh la nak tengok haha

    BalasPadam
  2. ok saya skip..stress nak melayan drama macam ni lepas baca review aien..haha

    BalasPadam
  3. Oooo ada kat Netflix.. Boleh tengok nanti..

    BalasPadam
  4. Menarik ni! Baru ni sempat layan movie yang Zizan berlakon dalam Netflix. Tajuknya Bulan dan Pria Hebat boleh tahan kelakar gak. Nanti nak layan gaklah cerita ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tak tengok lagi. Haha Iolls malaysia punya ni kalau xda geng payah sikit

      Padam
  5. Okey... dah ada dalam list akak sebenarnya. Lepas baca review Aien terus akak keluarkan hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha Jangan begitu kak...sedih netflix akak nanti.

      Padam
  6. aiseh mcm seram aje citer ni.. takut plak nak tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita pun ingat mcm tu maa. tapi tak seram pun. Jinn Keras dia hensem. Haha kbai

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤