Pemeriksaan selepas sebulan kelahiran Nadhira

Jumaat, September 03, 2021

 



Tahu tak korang, bahawa selepas usia sebulan bayi harus diperiksa setiap anggota badan bersama dengan pengawai perubatan? 


Benda ni kadang-kadang si ayah selalu tak tahu. Jadi, di sini Aien nak berkongsi pengalaman dan sebenarnya setiap kelahiran ada pemeriksaan tubuh badan ini cuma bezanya cepat atau lambat sahaja. 


Fungsi pemeriksaan ini adalah untuk memastikan kesihatan dan tindak balas bayi selepas mereka berusia satu bulan. Dengan erti kata lain selepas ibu dan bayi habis tempoh berpantang 44 hari. Dari pemeriksaan ini juga, kita boleh tahu bayi kita sihat ke tidak, atau ada masalah lain selepas sebulan dilahirkan. 

Kisah ini ingat Aien abadikan sebagai perkongsian supaya kita tak alpa tentang anak-anak. Ini pun teringat nak tulis sebab terbaca di kumpulan Kelab Ibu Hamil dan Menyusu Malaysia di Facebook yang kerap bertanya soalan yang luar akal padahal hakikatnya jawapan itu memang tersedia di hadapan mata. 

Geram jugak asyik tanya soalan sama je, pergi la baca sikit tambah ilmu tu supaya tak ada la nampak ba wau dal wau ha tu. Haa kan dah. Ini pun juga teringat sebab laki tanya, dulu masa Nayla dan Najmi ada ke kena cek macam ni? Sebab masa mereka dahulu, pemeriksaan ini disekalikan ketika temujanji usia 2 bulan.

Walaupun setahun jarak Najmi dan Nadhira, rasa banyak betul perubahan dalam rutin pemeriksaan si kecil ni. Bayi satu bulan tiada suntikan vaksin. Kalau baca di group ibu hamil confirm dok tanya kenapa eh tak ada cucuk lagi? Ehhhhh.. dah misi kata tak ada iye iye la tak da. sibuk nak tanya lagi buat apa. Ini kerana digantikan dengan suntikan vaksin phemucocal pada usia 6 bulan nanti kalau tak silap Aien la. Peraturan ini ditetapkan sejak tahun 2020. Boleh baca di  5 perkara ibu bapa wajib tahu tentang phemucocal


Berbalik dengan cerita kita, selepas pemeriksaan sebulan, bayi akan diaturkan temujanji bersama pengawai perubatan untuk pemeriksaan tubuh badan. Masa ini bagi Aien untuk memastikan tahap kesihatan bayi sejajar dengan umurnya. 


Dan pada 25/8, Nadhira hadir untuk temu janji pemeriksaan ini di Klinik Kesihatan. Selepas memberikan buku rekod kesihatan, harus tunggu sehingga nama dipanggil. 


Antara yang diperiksa ketika ini adalah: 

  • ukur panjang tubuh bayi (ketinggian bayi) 
  • ukur lilitan kepala bayi 
  • tahap paras okisgen dalam paru-paru bayi. 

Selepas itu, baru la pemeriksaan bersama dengan pengawai perubatan. Antara yang diperiksa oleh mereka, Ibu-ibu boleh rujuk dalam buku rekod kesihatan bayi muka surat -selepas note pemeriksaan satu dan dua bulan. Di situ kita lihat sama ada keadaan bayi kita baik-baik saja atau remark daripada pengawai perubatan. 

Masa ni la Ibu nak tanya apa tanya la. Kalau pada masa Nadhira hari tu, Ibu tanya pasal perut dia macam busong sikit. Tapi, Doktor kata okay, sebab lembut dan tiada masalah apa-apa. Nasib juga masa tu Nadhira terberak. Doktor tanya najis dia warna apa. Ibu pun yakin la jawab kuning. Pahtu ditambah lagi kuning pekat ke kuning cair atau kuning pastel gituu? Selagi lagi Ibu yakin cuba kuning pekat. itu la kata nasib Nadhira berak. Jadi MO nampak sendiri najisnya warna apa. Haha

Sebelum keluar, Aien sempat bertanya, kenapa kalau dengan kuning pastel tu kan, 

Jika najis bayi berwarna kuning pastel bermakna si bayi ada masalah usus atau sistem digestion dia. 


Kemudian pengawai perubatan periksa tindak balas Nadhira, tangan dia, jantung dia dan yang berkaitan. 

Hasil dari pemeriksaan Nadhira baik-baik saja cuma pengawai perubatan ada meletakkan note di sebahagian anggota tubuh badan lain. Nak baca tak berapa nak faham sangat. Rupa-rupanya dibaca lagi sekali, pegawai perubatan meletakkan catatan yang mengatakan najis bayi baik-baik saja. 


Apapun masa kakak Nayla dan Abang Najmi dulu, terlewat sikit pemeriksaannya sebab masa tu dah balik rumah sendiri, jadi set temu janji baru di Klinik Kesihatan sana pulak. Macam ni la rutin bila kita menumpang klinik kan. Next, pemeriksaan dua bulan dan cucuk. Yeay! 


ps: Nadhira dah pandai senyum dan respon bila orang cakap dengan dia. ♥



18 ulasan

  1. Saya suka baca content mama mama check up anak ni. semoga anak akak sihat selalu ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Terima kasih nadia atas sokongan dan doanya. :)

      Padam
  2. Ilmu ni, terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  3. moga baby nadhira membesar dgn sihat..

    BalasPadam
  4. Dapat ilmu baru melalui perkongsian ni :)

    BalasPadam
  5. smoga bby nadhira dan akak sihat selalu…

    BalasPadam
  6. Sihat selalu nadhira dan abangg kakak!

    BalasPadam
  7. Semoga Nadhira terus membesar dengan sihat. Nanti boleh join abang dengan kakak main sama :)

    BalasPadam
  8. teringat check up masa Sofea baby dulu....

    BalasPadam
  9. Semoga baby Nadhira sentiasa sihat dan menjadi anak solehah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤