Kisah Pengembala Kambing & Serigala

Khamis, Ogos 18, 2022


 

Masa kecil, kita sering terdengar atau lihat di televisyen kisah teladan seperti tajuk di atas kan? 


Korang ingat lagi tak kisahnya bagaimana? Meh, Aien nak recap balik kisah teladan yang memberi kesan pada Aien sejak beberapa minggu ni. 


Pengembala Kambing & Serigala


Di sebuah kampung terpencil, ada sorang pengembala kambing biri-biri yang selalu menjaga kambingnya di kaki gunung. Suatu hari, Ahmad (si pengembala kambing tadi) merasa bosan dan ingin membuat gurauan dengan orang kampungnya. 


"Serigala, Serigala!!" 


Ahmad memekik ke arah beberapa petani yang sibuk bercucuk tanam di tanah mereka. Para petani tadi bergegas membantu Ahmad untuk menghalau serigala sebelum Ahmad kehilangan kambing biri-birinya. 

Malangnya serigala itu tiada, bahkan Ahmad mentertawakan para petani yang datang dengan senjata untuk menyelamatkan dirinya dari serigala tipunyaa itu. 

Setelah orang kampung bersurai, beberapa ketika Ahmad memekik sekali lagi. 

"Serigala!! SERIGALA!!" 

Sama seperti awal tadi, para petani dan orang kampung yang berdekatan datang untuk membantu Ahmad. Tapi, itu semuaa dusta belaka. Malah, Ahmad ketawa riang melihat tindak balas dari orang kampung. 

Sebelum berlalu, beberapa orang petani berpesan. "Jika benar serigala datang menyerang kambing mu, tidak lagi kami mendengar jeritan mu." 

Ahmad sekadar senyum sumbing. Tidak percaya dengan ugutan orang kampung kerana dia tahu orang kampungnya semua berhati mulia. Pasti akan datang menolong tak kira berapa kali dia menjerit. 

Sehingga petang, tetiba benar-benar serigala datang menyerang kambing-kambingnya. Ahmad menjerit meminta tolong. Ternyata benar ugutan orang kampung tadi. Tiada seekor pun kambingnya terselamat dikejar  dek serigala. Ahmad menangis kesedihan. Kerana perangainya suka bermain dan menipu orang kampung, tiba saat kebenaran tiba tiada siapa mempercayainya. 

.


Apa teladan daripada kisah ini? 

Kisah ini menceritakan pada kita, jika selalu berbohong lama kelamaan, diri sendiri akan rugi. Tiada siapa yang akan mempercayai kita lagi. 

"Siakap senohong, gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri."

Dalam kes aku, kisah ni sangat la sudah terkena beberapa kali. Tak pernah serik nak percaya. Sayang seribu kali sayang, madah terkena, hati jadi beku kerana dengki yang ditaburkan. Jika dia mampu play victim card, I choose to ignore the lies lay in front me. Dia begini, kau cuma berbasi basa untuk jadi topik bualan. Malangnya, ayat kau tu diputar belit pada yang berkenaan. Dan yang berkenaan mempercayainya lalu mengatakan bahawa kau berhati busuk. Ever since... teruskan saja lakonan kau yang berhati busuk tu. Padahal kau relax je tak kisah pun. Adeh.  bila fikir pun lawak jugak. 

.

Aku penat hidup dalam cycle macam tu. Jadi aku pilih untuk menyendiri dan sepi dalam dunia kecik aku. Aku dan anak-anak. Kalau di telefon sekadar nak mencari salah dan buruk orang untuk dijadikan topik, terima kasih la. Saya baik-baik saja. Dah la.. Penat.. Kau tak penat ke? 



3 ulasan

  1. Tak sangka zaman dah serba maju ni masih ada lg manosia idup sebegitu ye... Henti2 kan la sikap yg merugikan tu kan...

    BalasPadam
  2. Zaman dah maju.. mereka masih begitu..
    Tak penat agaknya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤