Pengalaman Camping di Sunrise Campsite, Kg. Punggai, Penggerang Johor

Ahad, Ogos 07, 2022

 



Masya Allah, baru nak update yer duhai Kapisah.. Lama betul nak ambil mood tu untuk menaip. 

Baik la tanpa membuang masa, mari kita menaip apa yang masih segar di ingatan. Perkhemahan kelima buat kami sekeluarga. Walaupun begitu, ini kali kedua untuk Edisi Pantai setelah Logok Campsite dulu. 

Kali ni kami bertolak awal dari rumah. Awal tak awal pun kol 8.30 pagi jugak. Sampai di Sunrise Camp jam 10 pagi. Memang teruja dengan angin yang agak kencang dan anak-anak lagi la tak sabar nak mandi. Setelah dapat tapak khemah, suami mula memasang khemah terlebih dahulu sebelum membawa anak-anak turun ke pantai. Dek kerana berlawan dengan angin, dari jam 10.30 pagi pasang khemah sampai la jam 12 tengahari baru siap set up semuanya. Adeh adeh.. Anak-anak dah tak sabar menunggu untuk terjun ke dalam air. 


SUNRISE CAMP, Kg. Punggai, Johor


Baru dibuka untuk orang awam pada tahun 2022. Campsite yang tak perlukan kos yang tinggi tapi cukup lengkap kemudahan untuk membawa keluarga berkhemah di sini. Harga untuk tapak khemah cuma RM25 / kereta satu malam manakala  RM10 / balik hari. 

Cukup tandas dan bilik mandi untuk menyegarkan diri. Sinki untuk membasuh segala perkakas selepas masak dan makan. Plug point yang boleh disewakan mengikut keperluan. Apa yang penting line telefon 4G. 


Bilik air yang cukup banyak bagi aku la kan. Sebab setakat 3 hari 2 malam di sini, tak pernah lagi beratur untuk mandi. Rupa-rupanya owner campsite memang limit-kan setiap pengunjung untuk masuk ke dalam. Jadi kita tak la terada terbeban dan stress dengan kemudahan yang sedia ada. 



Tandas juga tak pernah lagi rasa tersangkut nak membuang. Satu lagi Aien nak puji tempat ni, owner dia guna power pumping air supaya tidak tersangkut bila orang ramai mandi dalam satu-satu masa. Memang ada juga sesekali air kecik, kemudian pasti akan banyak semula selepas orang selesai mandi. 


Kawasan yang agak luas dan tenang saja. Sunyi di malam hari, tapi tidak kesepian. Haa, paham ke idak? Ada certain tempat dia macam meriah dengan lampu, tapi agak sherraamm..You know what I mean? 


Suasana menghala ke pantai. Ada juga pilihan wakaf untuk kita santai dan semestinya ada penambahan pembayaran la jika begitu. Ni ketika orang ramai dah mula bersurai meninggalkan campsite dan kembali kepada kesibukan kota. 


Agak luas jugak kawasan campsite ni. Penat juga kalau dapat tapak paling hujung dan berjalan ke tempat mandi. Jika malam pulak, termenung jap fikir nak ke tandas. 😅


Aktiviti 3 hari 2 Malam

Orang selalu kata, lamanya 3 hari 2 malam camping dengan anak-anak. Tak bosan ke deme? Weh, kalau dah jumpa pantai, dari celik mata sampai pejam mata balik pun deme tak nak naik. Naik ke tanah sekadar mengisi perut kemudian turun semula ke pantai. Berulang begitu saja la. Cukup jam dah sejuk dan penat, mereka kata nak mandi kat bilik air. Ye, dituruti saja. Bagi makan kemudian rehat sekejap. Tidur dulu. Celik saja mata, turun semula ke pantai. Ibu pulak, busy pikir nak masak apa. Masak dengan dapur satu saja. Menunggu la masaknya. Belum masuk lagi dengan 'bergaduh' dengan angin yang boleh tahan kuatnya. Ayah temankan anak-anak. Petang sikit baru ibu turut sama. 


Antara trademark Sunrise Campsite ini adalah mereka ada tempat untuk lawan bantal, sesuai untuk aktiviti keluarga. Memang sesuai lagi kalau nak tempah tempat ni untuk family day gitu.


Aktiviti wajib la kalau dapat ke pantai. Nadhira suka pulak kena tanam berdiri begini. Haha Leka dia perati ayahnya buat begitu. 


Buaian dipasang di setiap pokok yang ada di tepian pantai. Memang tuan tanah ni sangat memahami selera orang kini suka relax dan mengambil gambar kenangan gitu. Hasil tangkapan Nayla. Anak dara sibuk dah nak jadi fotografer. 



Juga salah satu trademark di Sunrise Camp. The problem is kena ambil gambar di sekitar awal pagi dan tengahari baru lawa gambarnya. Jika sudah petang, jadi la gambar seperti kami. Gelap sebab lawan cahaya. 


Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, berlawan dengan angin yang sangat kuat. Malam pertama kami di sini, hujan selebat alam sehingga semuaa barang di luar dipenuhi dengan pasir keesokan harinya. Dari sini juga, suami berkata. Harus dibesarkan lagi ukuran flysheet ni supaya boleh selamat dari tempias hujan. Paling tidak ada lagi ruang yang boleh dijadikan tempat berteduh selain dalam khemah. Kami empat beranak duduk la dalam khemah sementara ayahnya menguruskan keadaan luar dan sekelilingnya. 


Khemah di siang hari nampak tenang aje. Ini la gaya berkhemah gaya kita. Tak boleh juga la ikut gaya have-have. Heeee~ janji dapat bawak anak-anak bersantai di luar. Tunggu sikit-sikit kita upgrade kan dia jadi lebih selesa. Risau kenderaan pun kena upgrade jugak sebab barang semakin banyak. Haha


Selain Nadhira, Najmi juga mahu ditanam. Tak lama kemudian menangis sebab diusik ayahnya. Jiwa anak lelaki ni manjanye lahai. Kakak Nayla langsung tak mahu ditanam sebab dah faham nanti mesti ayahnya mengusik. Rela dia bermain di sebelah saja. 


Masing-masing takjub melihat ikan yang selama ini mereka lihat mati di pinggan ataupun hidup dalam aquarium bergerak depan mata. Nadhira langsung tak takut. Hasil pancingan kawan suami. Senyap-senyap ketika air surut dia boleh peroleh lebih 5 ekor ikan gelama bersaiz kecil. Alhamdulillah boleh buat lauk. 


Done story perkhemahan kami kali kelima. Dah lelama boleh dah handle cuma lebih mencabar apabila Nadhira dah boleh berjalan. Jadi bermacam akal dia nak bermain. Ada senang dalam susah. Ada duka dan gembira. Haa، lumrah alam. Begitu la dia. 

Next, destinasi mungkin ke pantai lagi ke? Ayuh... 


3 ulasan

  1. Cantiklah khemahnya. Ada kawan akak, khemah dia macam rumah, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. yg macam rumah tu memang puas la harganya juga.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤