HAPPY 4 MONTH ANAK~

Sabtu, September 22, 2018

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu anda semua. Hari ni Aien happy sangat dan bersyukur bahawasanya anakanda terchenta telah genap empat bulan. #alhamdulillah #syukur 


Masih korang ingat tak entry Aien lepas mengisahkan perjalanan nak keluarkan seketul manusia ni? Haa~ kalau nak tau DI SINI ada kisahnya. Walau telah empat bulan berlalu, ngilunya masih di situ. Haha 

So, for every woman out there, if you felt down somehow, look at the mirror and touch your shoulder and say it... " I am proud with you.. " and don't forget to smile. ☺ 

Pada yang bakal-bakal ibu dan yang masih single, be ready for everything you want to. And keep smile. 

Okay. Jadi pulak entry ni bagi orang semangat untuk maju ke hadapan. aishemen~  Aien nak wish birthday je kat anakanda terchomel ni haa.  Entah baca entah tak dia ni nanti. Tengok Ibu dia marapik kat blog ni macam apa. 

Well, 

anak dara ibu, don't be sad always. Be happy cause you deserve it. Ibu lahirkan awak bukan untuk awak sedih-sedih walau Ibu jugak cengeng masa ngandungkan awak. Tapi untuk terus tersenyum dan redha apa yang berlaku. Okay? 

Ala, bak kata acik..  ko baru hidup berapa bulan dah mengeluh sana mengeluh sini. haha acik.. Bahasa saya atu nangisnya aja.. Bila lapar nangis, Bila tawa juga nangis kok. 

Anak yang disangka dan dimahukan lelaki. الله kurniakan daku perempuan. Jika dilihat dari baka ibunya memang tak mustahil. الحمدالله apa pun awak sihat, selamat dan membesar dengan baik syukur. Lahirnya awak mengajar Ibu banyak benda dalam diam. Siapa sangka Ibu boleh menangis bila nak lenakan awak sebelum take off ke Miri? الله... Masa tu la Ibu sedar.. Perempuan sifatnya mengata tanpa sedar benda itu akan pulang kepadanya. Rasa macam nak cari je sesiapa yang pernah bawak anak kecik dalam flight selama Ibu ulang alik Tanah Malaya ke Miri ni. Tak terkira dah berapa kali. 

Siapa sangka anak Ibu clingy dengan Ibu sampai satu benda Ibu tak dapat nak buat kalau otak tak kreatif? haduh~ Anak anak... 


Macam-macam pe'el sungguh walau baru empat bulan. Panjang lagi kisah kita ni, انشالله panjang umur kita sambung kisah kita. Rasanya Ibu nak kena beli memori baru nak penuhkan video awak dalam telefon Ibu ni. Ayah tak apa telefon baru. Memori besar. Yang dikumpul Ayah cuma satu hari satu gambar. Cukup setahun kita framekan. haha 



Entah berapa la timbang awak hari Isnin nanti. Harap menaik la yer.. Moga awak sentiasa sehat dan baik-baik aja yaa dara. Ibu ♡ Nayla. 




2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.