DRAMA REVIEW: VOICE SEASON 2

Ahad, September 23, 2018
Hai hai Assalamualaikum w.b.t

Errr...  Masih hujung minggu. Ahad kan?? Haa... menghitung hari betol kau yer..  Mentang mentang... Maap ler.. Aien aktif dua tiga menjak ni.. Buat counting gitu. Hari tu kemain nak buat berangan la nak buat giveaway yay, bila diri tak punya masa because we need to move out ASAP, jadi semua Aien draft-kan. Mana yang di-post-kan tu, itu adalah auto post. Aien tulis siap-siap mana yang sempat, yang ada idea dan yang senang. *ketawa jahat* 

Wokey, this time I would like to ajak U olls untuk watching K-drama yang berjudul VOICE. Remember few weeks ago, Aien share pasal Season One punya. Kali ni Aien nak share pasal Season Two yang baru je habis minggu ni. Conclusionnya... Kemungkinan besar ada sambungan lagi sebab takkan dia habis macam tu je kan. 

Untuk drama ni, Aien kreditkan pada cik Husband yang rajin melayan masa dia makan, masa dia relax-relax pegangkan Nayla sambil tu tengok. Aien tumpang je. *shy smile* Dah tu sibuk tanya itu tanya ini. Pahtu sibuk buat review macam dia yang tengok. ;) Orang tengok k... 


Tajuk: Voice (SEASON 2)
Durasi: 45 minit
Episode: 12 
Bahasa: Korea Selatan
Pelakon: Lee Ha Na, Le Jin Wook 
Sinopsis: 
Berlatar belakangkan kisah emergency call center 112. Sepanjang bagaimana kumpulan Golden Time menyelesaikan pelbagai jenis kes pembunuhan termasuk pembunuhan bersiri. 


Review Aien: 

Macam siri satu tu, dia mengisahkan macamana Lee Ha Na tu menyelesaikan kes pembunuh ayah dia. Dia juga mempunyai kebolehan untuk mendengar sekecil-kecil bunyi walau melalui telefon. So, ini tetap diutamakan sebagai keyword jalan cerita ni. Kali ni, mereka Golden Time team terpaksa berhadapan dengan pembunuh bersiri yang obses mengumpul bahagian badan orang dibunuhnya. Macam jari ke, telinga ke..haaa~ So bila datangnya Lee Jin Wook yang mengambil alih jawatan ketua pasukan Golden Time ni tadi, dengan latar belakang yang mencurigakan. Semua orang anggap dia dalang dalam diam. Walhal, orang jahat tu serba tahu maklumat ahli Golden Time ni sampai rasa macam tercabar la bila dorang tak dapat tangkap orang jahat ni. 
Kesudahannya.. 

Korang tengok laaa sendiri. Sebab Aien pun tak tengok. Just tengok sikit-sikit je. Tapi, Aien tahu la ending dia. Takkan nak spoil pulak kan. 

Selamat menonton...







1 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤