C-DRAMA: MOONSHINE AND VALENTINE

Selasa, September 11, 2018


Chinese Drama: Moonshine and Valentine | 

Title: Moonshine and Valentine

Episode: 25 

Genre: Romantic, Fantasy

Sinopsis: 

Mengisahkan Guan Pipi seorang wartawan amatur. Walaupun dirinya cantik dan baik hati, dia sering merasa keseorangan dalam dunia ini. Sebab tu dia rasa ditinggalkan dan tak guna. Apa yang dia tak sedar ialah dia sebenarnya telah pun disumpah dan itu yang menyebabkan kehidupan dia malang. He Lan Jing pula seorang Jade Master yang menyamar menjadi ancient specialist yang sebenarnya dia adalah alien yang datang daripada Skyfox Planet. Apabila He Lan Jing dan Guan Pipi bertemu, dia yakin dapat membuat Guan Pipi untuk jatuh cinta dengan dirinya sekali lagi. Drama ini diadaptasi daripada hit novel Jie Ai Yi Ke Feng Huan yag ditulis oleh Shi Ting Rou. Drama ini turut dikenali sebagai The Love Knot: His Excellency's First Love. 

°Sinopsis menurut Aien°

Guan Pipi dan He Lan Jing ni merupakan kekasih lama sejuta abad yang lalu. Guan Pipi adalah kelahiran semula kekasih He Lan Jing iaitu Hui Yan. He Lan Jing cuba untuk merebut hati Guan Pipi yang sudahpun memiliki teman lelaki yang kemudiannya curang dengan teman baiknya. He Lan Jing yang cuba mencari jalan untuk membantu Guan Pipi membuang sumpahan yang ada pada dirinya. Dan, sesungguhnya anda tak akan kecewa dengan drama yang hanya 25 episode dan berdurasi 45 minit ini. Selamat menonton. 


Oh ya~ Jika hendak tonton, mohon la seperti biasa MOONSHINE AND VALENTINE ada di sini~ Tinggal ketik saja pada link yang diberikan dan tonton la dengan tenang. Jangan risau, walaupun ada 25 episode anda masih boleh melakukan kerja rumah, jaga anak dan sebagainya. 


Dalam drama ni, Aien paling suka ialah watak sampingan yang sedikit sebanyak memberi impak la pada drama ni. Terutama mereka bertiga ni. XuanXuan, Kuan Kuan dan Xiao Ju ni. Trio ni sangat awesome. Xiao Ju (perempuan tu) seorang gadis yang selalu ada masalah komunikasi dengan manusia dan sering digelar anak orang gila sebab ayah dia math-crazy. So, dia nyampah dengan mankind ni. Bila ada Xuan dan Kuan ni, hidup dia sangat best dan trio ni takkan selesai puzzle antara A suka dengan B, B suka dengan C, C suka dengan A. Siapa yang akan buat pilihan antara mereka bertiga ni? Haa~ Sampai sudah mereka kekal bertiga. Soooo cuteeee~ 



Nak tengok?? Haa~ klik la link di atas sana tu.. Klik pada gambar juga bisa kok~ Dah dah... Aien nak pergi dinner ni.. Lapar pulak. Sambil tu, nak layan Martial Universe lakonan Yang Yang  - yang ada 63 episode. O M G banyak gilos episode. Sis tak sanggup. 




4 ulasan

  1. takpernah tengok cdrama hahaha, kdrama pun susah betul nak habiskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Dia depends untuk cerita dan episode jugak la c-drama ni. Kalau sejuta episode setahun pun tak habis. Kalau tak, langsung tak dapat nak tengok.

      Padam
  2. hahahaha cute nya spongebob tu ! >.< thanks for sharing drama ni ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.