Majlis Pernikahan dan Doa Selamat Adik Ipar

Ahad, September 20, 2020

 Majlis pernikahan dan doa selamat adik ipar | alhamdulillah mubarak alaik, selamat sudah satu majlis nikah dan doa selamat adik ipar Aien 17 September yang lalu. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah adik. Selamat pengantin baru. Semoga menjadi isteri yang solehah, jaga diri baik-baik. Dan hubungan yang kalian bina bahagia hingga ke syurga. 

Nak spam gambar je. Buat kenangan. Al-maklum kenangan dapat fon gambar cantek. Kah! Perasan sungguh. Seronok juga jadi fotografer ni kan. Hehe  Aien ni tak ada la berseni sangat orangnya. Kadang orang nampak tak cantik, mata senget ni nampak lawa gilos. Ha ha Terbalik kan? Syiok sendiri la gayanya. 

Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki. 
Ini la dia pasangan raja sehari. Semoga kekal bahagia, hidup aman damai, saling bertolak ansur ya adik-adik. 
Henna daripada er... tak tau. Haha Tapi Aien tumpang sekaki la conteng2 ni. Lama dah tak conteng2 kan. 
Sebahagian daripada sepupu saudara mara yang hadir. Al-maklum la PKPP, tetamu terhad kepada 250 saja. 
 Sesi memotong kek korea viral tajaan adik sepupu. Indah di mata, kurang rasa di tekak. Haha


Princess diapit oleh dua jejaka. Muka tu tak reti senyum langsung la. 

Bersama sebahagian daripada keluarga pengantin perempuan. Aien je tak ada. Syiok sangat nak amek gambar. 


Pengantin bersama mak dan kakaknya. Masa ni pengantin laki tak sampai lagi. Dorang sampai dalam jam 11.30 gitu. Kitaorang puas posing baru dorang sampai. Haha


Pelamin sewa daripada er... pun tak tau. Aien balik je semua dah siap. Haha Biras yang settlekan semua. Orang kuat disebalik majlis ni. Dia terer dalam bab cari yang termurah. 
Nah, gambar keluarga besar pengantin. It's wrap gitu.. Nami tido pulak masa ni. Haha
5 ketul cucu Saniah buat masa ni. Semoga pengantin bahagia dulu honeymoon, baru fikir anak ya.. Ha ha 



Last but not least, pengantin sibuk cari contoh pose untuk bergambar. Tapi slacked pengantin laki ni pakai selipar jepun lak. Tak apa la. Halal la, legend gitu.. haha 


My personal feveret shoot of the day. It's wrap. Lega dah mak anak dia selesai sorang. 

19 ulasan

  1. aok eh kacak juak gambar dari fon baru ya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa Syiok main gambar acak tek naak... :)

      Padam
  2. tahniah yaa untuk keluarga Aien 🥰 pakai selipar takpa nanti boleh crop hihi

    BalasPadam
  3. wahhh selamat pengantin baru buat kedua pengantin :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah, selamat pengantin baru buat adiknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih bagi pihak pengantin. :)

      Padam
  5. Alhamdulillah.. dah selesai dah..
    Legend pengantin lelakinya dengan selipar jepun.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah selesai sebelah sini. :) Kan? Rare. Yang tukang amek gambar pun tak minta tukar. Haha

      Padam
  6. Alhamdulillah. Tahniah untuk adik ipar aien dan pasangannya. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminnn

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.