Khabar duka di petang selasa

Rabu, September 16, 2020

 Khabar duka di petang selasa | Allah, Allah Allahu akbar. Bagaikan jantung hancur berkecai saat telefon berbunyi pada waktu maghrib. Allah. Tengok nama pemanggil Kakak. 

"Tau dia, umi ayah exciden. " 

Allah. Terus ditanya bagaimana keadaan mereka. Padahal barusan tadi ayah Aien hantar gambar mereka melepasi feri Muara Batang Lupar. 

View di hantar oleh ayah. Tak sabar bertemu cucu setelah hampir 12 jam di atas jalan. Mereka berempat termasuk adik Aien dua orang, dari Miri ke Kota Samarahan seawal jam 5 pagi. Kiranya selepas subuh mereka bertolak. Kereta dipandu oleh Ayah Aien. 

Kisahnya, Ayah cuba untuk elak selekoh tajam tak jauh dari jambatan area Sebuyau. Akhirnya hilang kawalan dan terbabas melanggar paip di tepi jalan. Alhamdulillah juga pemandu serta co-pilot tiada kecederaan berat, cuma sakit dada akibat hentaman kuat. Manakala mereka di bahagian belakang yang tidak mengenakan tali pinggang kecemasan teruk, juga akibat hentaman. 


Gambar keadaan kereta yang dihantar oleh adik walaupun kakinya bengkak. Adik yang sorang lagi, mulut pecah akibat terhentak sama ada dj bahagian kerusi atau cermin tingkap, kurang pasti. Kakinya juga teruk kerana pada masa kejadian beliau duduk bersila. 

Dari bahagian tepi kereta. Allah, remuk begitu sekali. Hancur luluh melihatnya. Yang kami risaukan Ayah, selaku pemandu. Sudah juga tiada buat pemeriksaan lanjut seperti adik-adik dan Umi di Klinik Kesihatan Sebuyau itu. Setelah diselamatkan oleh adik ipar yang kebetulan berada di kawasan berdekatan. Langsung bergegas ke tempat kejadian. Jalan licin, dek kerana hujan lebat di kawasan itu. Allah  .. 


Keadaan adik seorang lagi, yang terpaksa berkerusi roda kerana kakinya bengkak. Boleh juga dia tersenyum ketika itu. Allah, kami yang berada jauh ini mampu mendoakan terbaik. Saat ketika jasad rasa mahu terbang balik melihat keadaan mereka dengan mata kepala sendiri. Namun, dek kerana tiket yang begitu mahal. Tubuh pun ramai. Kami doakan semoga mereka baik-baik saja. 

Al-kisah selain mereka ke Kota Samarahan itu mahu menziarahi cucu, seorang adik Aien yang pelajar di UNIMAS itu, mahu kembali kerana ada latihan PALAPES bermula minggu hadapan . Ikutkan perancangan juga, 21 September ini Ayah dan Umi juga mahu ke Tanah Melayu untuk makan angin sekaligus ziarah cucu-cucu sebelah sini pula. 

Namun, jika ceritanya begini... Tak pasti bila boleh bertemu. Kami mahu pulang.. Melihat mereka. Sudah setahun tidak ke temu. Allah, kau permudahkan urusan kami ya Allah. Lapangkan lah rezeki kami untuk bertemu dengan kedua ayah dan umi kami ya Allah. Aku tak mahu pulang ketika jasad mereka terkujur kaku. Aku mahu peluk cium mereka tika tubuh masih bernyawa. Permudahkan la ya Allah. 

24 ulasan

  1. Moga semuanya dipermudahkan urusan...

    BalasPadam
  2. Allah... Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan kepada ahli keluarga sis...

    BalasPadam
  3. Allah..semoga sihat segera yang kemalangan

    BalasPadam
  4. Ya Allah sedihnyaaa :'( kak Aien tabah tau! semoga Allah permudahkan urusan...

    BalasPadam
  5. allahuu takut betul kalau accident macam ni. Harapnya memang betul tak ada apa lah. Semoga semua ahli keluarga aien cepat sembuh ye. Be strong tau aien

    BalasPadam
  6. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan keluarga aien.

    BalasPadam
  7. Semoga tabah menghadapi musibah ini.
    Mudah2an semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  8. Allahuuu Aien..berdebarnya saya baca..moga semua baik2 belaka ye..AMin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Alhamdulillah mereka semua baik² saja. Sorang je patah kaki. terima kasih Shida atas doanya. :)

      Padam
  9. ticket terlalu mahal ! hmm patotnyaaaa dalam malaysia biarlah ticket murah sikit kan,
    lepas ni put in mind, perlu ada saving utk emergency money utk fly balik.... mmg ckp senang kan ..tapi thats the facts :( AA mmg mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. ada saja tabung kecemasan tu, but we bring the kids. sebabkan virus covid-19 ni, macam was-was je nak berjalan.

      Padam
  10. Allahu.. Itu yang tak mahu kita dengar bila duduk berjauhan ni. nak balik memang susah.Sabar la ye. Semoga keluarga di sana cepat sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? minta dijauhkan la. Terima kasih Diana atas doanya. ^^

      Padam
  11. Allahuakbar...mudah2an semuanya segera sembuh dari kecederaan yang dialami, dan hilang trauma pada mental...kuat k aien...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu akbar. Terima kasih Cik Sun atas doanya. ^^

      Padam
  12. Allahuakbar.. Mudah-mudahan semua yang terlibat dalam kemalangan diberikan kesembuhan.. Buat Aien semoga tabah dan sabar dengan dugaan ini..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.