Beli Diaper Pakai Buang, Dapat Periuk Seramik di Econsave Pekan Nenas

Rabu, September 02, 2020

Beli Diaper pakai buang, dapat periuk seramik di Econsave Pekan Nanas | Ui, siapa tak suka ui...  Dengar tajuk je berdesup orang nak tengok kan? Ha Ha benda free macam ni syiok para ibu nak dengar. Apakan lagi, rembat la. 


Kisahnya di petang Sabtu lepas, berbelanja barang anak-anak seperti biasa la, rutin bulanan. diapers pakai buang dorang, stok susu formula dan sebagainya. Dan seperti kebiasaan, mesti akan cari paling murah. Lately, memang akan ke Econsave saja la, sejak Econsave Taman Teratai bukak. Ha Ha Port feveret sangat. Disebabkan minggu lepas cuti, kita bawak la jalan-jalan ke Econsave Pekan Nanas. 


Uish, susu Dugro Step 3 murah bak hang. RM19.50 saja satu pek. Rembat la lebih sikit buat stok . Selalu beli 4 pek. Cukup sebulan, dek kerana murah  sampai 7 ha. Dahsyat kan? Untuk diaper pakai buang, sejak Petpet dah upgrade dorang punya diapers, makin tak best pulak kat bebudak ni. Asyik bocor sokmo. Geram pulak rasa hati. Tapi, memang murah. RM26.90 je satu pek. Sayangnya, untuk Econsave Pekan Nanas ni, dorang limitkan 3 pek saja satu family. Masa tu la kan, Husband kena pujuk dengan dek promoter Drypers ni tadi. Haha 

Aien dengan mak mentua dok belek tisu dapur viral jenama Vinda tu kan. Nak beli tak beli. Dalam satu tu ada 8 pek kecil. Harga RM15.90 . Bila promoter dengan Husband datang tanya pasal periuk tu, apa lagi on je. Haha


Dengan pembelian RM150 ke atas produk Drypers, Vinda, Libress & Tena  anda layak dapat periuk seramik 1.8l ni. 


Comel je buat stew daging dalam ni. Angannya la kan. Nak buat tak reti-reti lagi. Hehe 



Ini antara produk yang terlibat. Orang kata serba serbi la senang nak dapatnya RM150 tu kalo dah beli stok untuk anak-anak. Done tukar jenama diapers pakai buang. Bai bai la Petpet .. Hehe Kalau tak, mananya senang nak dapat periuk ni. Jika dibeli sekitar RM30-RM60 jugak harga dia. 





Ada dua pilihan warna iaitu, kuning dan hijau. Haa, sebab dapurku bukan kuning. Amek la hijau ala turqoise ni kan. 


I am a happy mom bila dapat peluang macam ni kan. Heee~ 

19 ulasan

  1. Comelnya periuk tu, terbayang2 boleh masak megi hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay, nanti kita masak meggi dalam dia. Huish sedap nih.. ^^

      Padam
  2. eh memang seronok betul kalau dapat gift gini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Terus berbunga rasa hati. Berbaloi-baloi gitu.. ^^

      Padam
  3. Best tu dapat periuk. Berbaloi shopping lebih macam ni. Kalau nak beli periuk tu entah bila kan. Bila dapat kira untung sangat :)

    BalasPadam
  4. ehh berbaloi sanagt..dapat items yang mmg kita guna, pastu dapat pulak periuk lagi..besttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye. Boleh la bercinta masak lauk comel2 dlm tu. _^

      Padam
  5. Best nya..tak de anak kecik pulak ni.Kalau tidak bergegas dah ke econsave cari diapers..hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada 4 jenama terlibat selain drypers. Boleh borong Libress pampers kita. Haha

      Padam
  6. Ahahahha tula memang comel periuk seramik tu. silap2 kita beli sebab nakkan periuk tu je 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul! Haha .. Gigih tak gigih nama dia. ^^

      Padam
  7. aiee selalu la kitak pergi econsave teratai ya? dekat alu ngan umah kamek..hahahaha...umah area dua tingkat seberang restoran mamak 24 jam ujung jalan simpang tiga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la ya.. Mala jak nginte.. ni sigek rumah org tuk kaa.. haha

      Padam
  8. Balasan
    1. Kan.. sekali sekala kena jackpot rasa. Haha

      Padam
  9. comel ya amat periuk tu.. Tak sabar nak tengok hasil masakan aien dengan periuk tu.. hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.