Chinese Drama: Go Ahead (2020)

Ahad, September 13, 2020

 


Tajuk: Go ahead , In the Name of the Family

Genre: Family, Drama, Comedy, Romance 

No. of Episod: 40 

Cast: Song Wei Long, Seven Tan, Steven Zhang, Tu Song Yan, Zhang Xi Lin

Sinopsis: The story revolves around three troubled youths who find solace in their common experiences to become the best family that they can be for each other.


Growing up in dysfunctional households, three individuals who are unrelated by blood treat each other like family as they yearn for the love that they cannot find at home. Eldest brother Ling Xiao, second brother He Zi Qiu, and youngest sister Li Jian Jian grow up together, experiencing life’s joy and strife as they support each other’s chosen paths.
As Ling Xiao and He Zi Qiu graduate from high school, they return to their original families. Nine years later, the three are reunited, but the heartaches from their complicated family past become a shadow that constantly lingers. Can they finally fix their personal issues to become better versions of themselves?
(Source: Chinesedrama.info)


SPOILER ALERT!


Fuh, jarang-jarang la Aien nak follow up drama panjang-panjang lagi-lagi la tengah ditayangkan. Gigih tau Aien untuk drama ni. Akhirnya, tamat jugak untuk 40 episode. Urgh, bravo!

Jom, sementara masih segar di minda kita refresh balik untuk ditulis ke mari.

Seperti di sinopsis pendek tertera di atas, Kisah Li Jian Jian, seorang budak perempuan ceria kematian ibunya. Tak lama kemudian, ada sepasang suami isteri serta seorang anak lelaki mereka pindah ke tingkat atas flat mereka. Jian Jian suka sangat dengan budak laki ni, namanya Ling Xiao. Kisah sebalik keluarga ini mereka telah kematian seorang anak perempuan, dan menyebabkan Chen Ting, mak si Ling Xiao kemurungan serta meroyan gitu. Akhirnya dek tak tahan suaminya asyik sibuk siang malam, langsung macam tak pedulikan dia. Chen Ting mengambil keputusan untuk bercerai dan pergi dari rumah mereka tanpa membawa Ling Xiao.

Main key drama ni, Parenting. heartwarming sangat laa, panas jugak la mata mengalir air mata, dada menahan sebak. Sedih sangat-sangat. Kerana kadang yang ditayangkan itu berlaku dalam realiti masyarakat kita.

Back to our story, sementara itu pulak, Mr. Li cuba untuk dipasangkan dengan seorang wanita, He Mei. He Mei pulak janda anak satu, He ZiQiu. Namun, bila satu episod, He Mei lari tinggalkan anaknya demi mendapat kerja di kota Senzhen. Dia kata nanti dah dapat rumah di sana, dia datang ambil He Ziqiu. Sementara itu, duduk la bersama Mr. Li.

Jian Jian tak berapa ngam dengan He Ziqiu masa kecik sebab dia rasa mak Ziqiu ni cuba nak ambil alih tempat mendiang mak dia.

Sehingga habis sekolah menengah, He Mei langsung tak pernah munculkan diri. Ziqiu pun dah lali. Saat sedih cerita ni, bila ayah kandung Ziqiu cuba nak dia kembali. Masa tu, 5 ahli keluarga ini sudah bahagia bersama. bergelak ketawa. Hidup normal walaupun mereka bukan berkongsi nama keluarga yang sama, namun mereka adalah keluarga yang sayang satu sama lain. Mr. Li mempunyai kedai mee, suka masakkan untuk anak-anak. Li Jian Jian, He Ziqiu dan Ling Xiao. Manakala ayahnya Ling Xiao Mr.Ling sibuk bekerja mencari nafkah gitu.

Bila ayah He Ziqiu, Mr.Zhao cuba nak pujuk Ziqiu untuk belajar di luar negara bersama, Ling Xiao juga ditimpa masalah apabila, nenek sakit dan ibunya excident ketika cuba untuk ke lapangan terbang.

Baru habis sekolah menengah, dia terpaksa decide sesuatu yang besar. Ada quotes menarik a.k.a dialog menarik,

"People do grow up at once. What does it mean? it means that you're an adult in legal sense on your eighteenth birthday, but it doesn't mean you've grown up. The true growing up is coming in a flash. No one know except yourself, your mind will change, you will feel the weight of life. At that moment you grow up without anyone noticing. That moment..it can be next second, tomorrow, the day after tomorrow, ten or twenty years later, your whole life."

Masa tu, Jian Jian rasa kedua abangnya tidak sayangkan dia kerana masing-masing buat keputusan untuk tinggalkan dirinya. Padahal mereka sudah janji takkan ada orang luar musnahkan hubungan dorang. Apa maksudnya? Orang yang tinggalkan mereka di situ.

Li Jian Jian & Ling Xiao


Berapa tahun kemudian, Jian Jian dah habis alam university, dia dapat bukak studio bersama seniornya den dan menjadi wood crafter.

walaupun mereka bertiga saling bertegur sapa semasa video call, tapi ketiga mereka menjadi orang asing . macam saudara jauh.

Dan bila kembalinya Ziqiu dan Ling Xiao, perasaan kekok timbul pada diri Jian Jian. Dari siblinghood feeling, bertukar menjadi couple. Jian Jian keliru sekejap bila kedua abangnya confess. Namun, sudah jelas lagi bersuluh. Jian Jian memang selalu into Ling Xiao sejak kecil la.

Banyak jugak konflik berlaku dalam 40 episode ni. Sangat la tak boring dan takkan menyesal. Bahkan menjadi lebih alert gitu. Dah macam cerita drama korea tu, It's okay not to be okay. Tapi itu fokus pada anak je kan. Ini dia fokus pasal parenting, asuhan mak bapak di rumah. serta macamana anak-anak itu terdidik hasil dari rumah. Makes me think a lot actually. Kerana guru pertama sang anak itu adalah kedua ibu bapanya sendiri.


Watak yang paling best semestinya Li Hi Chao dan anaknya Li Jian Jian. Baiknya Mr Li sampaikan anak dia sentiasa positif. Sentiasa bijak menyelesaikan masalah. Yang penting sekali, Mr. Li ni tak pernah simpan dalam hati apa yang merisaukan dia. Pasti dikeluarkan biarpun tengah mabuk. Itu orang kata, komunikasi itu penting. Cakap! Cakap.

Manakala, untuk watak antagonis drama ni adalah mak si Ling Xiao tu, Chen Ting. Geram je aku nengokkan mak cik ni. Sebab apa-

1. Dia salahkan anak dia, Ling Xiao atas kematian anak dia lagi satu tu padahal itu salah dia sendiri. So, dia meroyan kat situ.

2. Dah dia tinggalkan Ling Xiao masa kecik, bila dia dah exciden, Ling Xiao berkorban jaga dia yang dah lumpuh dari pinggang hingga ke kaki.

3. Bila dah sehat, dia nak ikat Ling Xiao tu duduk dengan dia di Singapura. padahal Ling Xiao hatinya di China. Dalam masa yang sama, dia asyik buruk sangka dengan orang iaitu dengan bekas suami dia dan juga Li Jian Jian.


Ada beberapa episode highlight kesalahan mak-mak majoriti nya. Baik mak Ling Xiao, mak Ziqiu, mak kawan baik Jian Jian, Ming Yue dan Tang Can.

Bila kita lihat dalam society kita sendiri pun, ada jugak golongan mak-mak sebegini. Dalam tak sedar kita bagi tekanan pada anak-anak. Pahtu dok sibuk kata anak kurang ajar.

Satu lagi dipuji dalam drama ni, yang mana setiap masalah yang mereka hadapi tu ada counter back dia. Apa tu, penyelesaiannya.

Memang la Aien nak taip as soon dia masih fresh dalam kepala, tapi keadaan tak mengizinkan haa, baru nak menaip lagi ni..

Apapun, drama ni boleh dikatakan The Best Chinese Drama of 2020 sebab kebanyakan orang bagi review yang sangat heartwarming, berbaloi untuk menjadi tontonan keluarga.


13 ulasan

  1. drama ni still dlm my list..tak starts tgk lagi hhehe

    BalasPadam
  2. ooo parenting..bagus ditonton mak pak tok owhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok. Bila kita dari toksik parent, hoping not to become the one for our kids. ^^

      Padam
  3. macam best je. tv3 patut tayang drama ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana kan tv3 nak tayangkan. Nak tengok 8tv dia boleh masuk tak. Hehe

      Padam
  4. terharunya baca review cerita ni, bab2 parenting ni memang tacing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, tengok la syaz. konfem sediakan tisu dlu.

      Padam
  5. nak tengok jugak. tapi cerita its okay not okay pun belum habis tengok lagi huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Why tak habis? best kot. Haha Kena habis kan tu dulu baru boleh move on. ^^

      Padam
  6. Balasan
    1. Panjang la jugak, tapi masa tu dia tayang tiap-tiap hari, so tak boring nak tunggu. Cerita dia worth it Kak Sha. ;)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.