Entah apa yang disibukkan, aku pun tak tahu

Ahad, Oktober 25, 2020

 


Assalamualaikum, semuanya. Sepi beberapa hari. Biasa la Aien balik kampung. Plan nak buat schedule entry pun tak berjaya dibuatnya dek kesibukan khamis lalu. Bila sudah tiba di kampung, sunyi la sepi tanpa liputan data internet. Nak telefon pun mencari kawasan seperti bawah pokok, depan laman dan sebagainya. 

Bagus juga, rehat sikit daripada segala media sosial ni. Aien masih terkejar-kejar banyak hal hinggu oktober ni, tak tahu la nak buat majlis Halloween ke tak. Lah! 

Penat. Penat emosi. Fizikal. dan mental. Entah. Walaupun bukan di Johor di PKPB kan, namun tempias terasa bila melihat angka kes positif Covid-19 makin lama makin naik. Bila semalam tengok berita di TV3, Sarawak pun gigih nak buat PRU. Eh, ko ni dah kenapa Abang Jo? Amek la iktibar dari Sabah tu. Pulak bila balik kampung je baru nampak dunia, tahu apa yang berlaku. Hati ni macam panas pulak. Relax-relax la politik tu. Kami ni nak covid-19 berenti. Aku ni nak balik kampung tahu!!! 

Al-kisah minggu ni setelah sejak plan Mrs.Ayahumi tak jadi datang Johor, hati ni berat sangat nak ber-video call sama mereka. sebab apa? bukan sebab benci, tapi sebab risau jika air mata mengalir tanpa diduga. aku terlalu rindu. Mahu berjumpa, peluk ama mereka  sembang borak depan-depan. Ah, sudah! Air mata dah mengalir. Kadang aku mendongkol (memberontak) sebab asyik balik kampung mentua. Sudah la balik jadi menantu hantu, aku rasa macam.. What is the point aku asyik balik ke mari? Tapi, apa pun aku tak buat. 

Aku nak 'me time' serba tak kena. Last-last kunun sibuk ngemas rumah, bersih sana bersih sini, anak-anak entah ke mana. Bila mereka buat hal sikit.. automatik- bursted! hati ni jadi nak meletup dan rasa menyampah dengan dorang. Astaghfirullah al adzhim..  Istighfar nur, istighfar.. Aku pujuk diri. Terduduk kejap. Tengok anak-anak. Tengok rumah. Tengok diri sendiri. Serba serabut. Aku penat. Kata pada diri sendiri. Untuk siapakah? 

Bila orang kata aku sibuk? Aku menidakkan. Ya la  apa aja disibukkan oleh suri rumah ni. Goyang kaki saja. Tengok elok bergolek-golek ketawa tonton drama. Rumah, baju semua bersepah. Apa pun teda yang berubah. 

Otak saja ligat. Bayang saja yang kelihatan membuat semuanya. Aku sibuk ni. Sibuk memenuhkan permintaan seorang sahabat. Sibuk kumpul drama apa nak ditengok lepas ni. Sibuk mencerna otak macamana nak kemas rumah bagi nampak rumah? Sibuk susun anak supaya dorang elok esok hari aku teda. Teda juga, haaa, tu lah Ibu kau tak pandai jaga kau tu. 

Hujung minggu aku nak juga duduk rumah sendiri, tak buat apa-apa. Tapi  bila tengok encik laki dok ada sama.  Macam.. Haa aku kena masak jugak ni. Nak masak apa. Anak-anak nak makan juga ni. Laaaa... Okay la bai. 

Maka..  Aku juga masih disini bebel meranting benda yang berulang-ulang kali di ulang dan sentiasa di ulang. Tambah penat bila seorang teman dari zaman kolej mengadu perihal rumah tangganya. 

Ceritanya begini, dari mula sebelum mereka nikah dah nampak konflik. Demi tidak memalukan keluarga, mereka teruskan. Sehingga bini mengandung, sang bini bertanya kak, apa hukum cerai bini masa ngandung? suami asyik sumpah seranah saya la kak? Aku pun............ ulang - (Tu la, dlu lagi aku dah cakap  usah ler kome nikah. besok hal kecik jadi. lagi tak boleh bawak bincang. lagi susah) -sampai anak dia lahir. dia senyap. Ingat dah berbaik. sehingga hari ini. ditanya lagi. Kak, apa hukum kalau suami suruh saya failkan cerai di mahkamah, nanti dia pergi mahkamah jer. 

Aku, ulang lagi ayat di atas tadi. Sudahnya, dia kata. Laki dia dok berangan nak cari janda yang lebih muda. Senang jaga pakai , makan minum dia. dari yang ada ni asyik nak melawan je kerja. -sembang dengan kawan dia. Kawan sang laki ni kawen dengan janda 47 tahun, adik sang laki ni tadi kawen dengan janda anak satu umo 28 tahun. So, dia nak menjandakan bini dia ni demi janda lain? O M G . 

Jadi, apapun aku buat hari ni dok terkenang dan terfikir nasib sang teman. Sungguh berat ujian mu. Tup tup sembang punya sembang hari dah petang. Haha Apa kerja aku tak buat. 

Demi menghilangkan stress. Order la  Fabulous Four dari Domino. Jimat RM10 gais dengan Grab Food. Bawak la anak-anak turun naik tangga dengan menikmati angin yang sangat kuat petang tadi. 


Favorite Aien tu, roti dengan Cinnamon Sugar cicah susu tu. Sedap. Yang lain bagi la Encik Laki dengan anak-anak. Pulang je Encik Laki, bertanya; BPN dah masuk ke? Belom, jawabku. Habis beli pizza tu? Ha Ha menghabiskan duit dalam Aplikasi Grab . Pandai otak bini hujung bulan pun korek duit sana sini. Demi seketul lemak. 

Pahtu, ke Econsave Taman Teratai shopping mingguan. Rembat tanah buat tanam bayam brazil ada kawan bagi. Pahtu Encik Laki bising. Katanya membazir beli tanah, bukan menjadi pung. Adooo~ bini nak buat hilang stress tanam-tanam.. dikatanya tak jadi. Hello, Betik ai is bercambah k. Serai ai pun hidup k. U jangan buat-buat tak nampak pulak you lepak situ dalam gelap, apa yang you nampak. - bebel daku dalam hati. Kah! di mulut cuma jawab - jadi la. Awak yang tak nampak. 

Okay, esok kita buang stress dengan bercucuk tanam. Nak cuba tanam kunyit, buat daun kunyit. Tanam Bayam brazil. Kawan siap bagi benih labu lagi suh tanam. Udah ler balkoni belakang tu sekangkang kera, aku pulak nak buat ladang.. Mana tak hangin Encik Laki. Hahaha Setakat ni yang hidup di belakang tu, serai, daun bawang, dengan betik. Tapi.. Tak tau la panjang ke tidak hayat dorang. Baru nak berjinak-jinak ni. Doakan seketul Aien a.k.a Nur ni berjaya menjadi penternak yang berjaya. dari asyik ternak lemak je, baik bercucuk tanam. Ada pekdahnya ye idok. 

Sekian, bebelan ku di hujung minggu. Esok jangan stress kerja. 😝 


Terima kasih sudi baca sampai habis. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. :)

12 ulasan

  1. Stress kan dengan orang2 yang sibuk nak buat piliranraya la apa la.. tak takut kena covid ke masing2.. haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la. sudah sudah la bawak bertenang sebelum kena tendang.

      Padam
  2. Kan kan Aien...stress kadang kannn...walau surirumah nak juga ada Me Time..
    api Sis ekarang alhamdulilah, anak-anak dah besar, Suami pun dah faham perangai Sis, ada masa mancing, tapi kena ada satu haru masa bersama, sebelum pancing kena patah, elok le ikut kata hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Alhamdulillah dorang dh besar. Dapat dating. ni kecik molek je semua. lambat lagi nak dating

      Padam
  3. wah wah wah, senang je nak cari janda kwen? lelaki ni tak igt ke.. janda mmg cantik sbb diorg ada duit sniri, klu kau dah kwen, dua dia jadi dua.. then dia pun tak sempat la nak cantik sbb nak bela kau lelaki yg tak mampu nak bg duit dekat bini sniri utk jadi cantik.. then cari pompuan lain yg cantik yg tak bg duit dekat kau...

    eh panas pulakkkk office ni walau berekon!

    BalasPadam
  4. insya'Allah...moga subur tanamannya..hihi

    BalasPadam
  5. walaupun takde anak lagi tapi tengok pengalaman akak-akak yang jadi surirumah, jaga ank-ank dengan kita sekali rasa stress nya hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah. tu la stress dengan muka tenang sekali. Kalo ada paknya. Paknya pun jadi stress dok rumah walaupun sehari jer.. :(

      Padam
  6. Kekadang kita kena mencari ketenangan jiwa dari alam semula jadi.. :)

    BalasPadam
  7. Siapa kata jadi suri rumah goyang kaki.. dari celik mata sampailah pejam mata, ada je kerja yang nak dibuat sampaikan me time entah kemana.. Cadang Sha pada Aien, luahkan pada en.laki.. sekurang-kurangnya dia tahu Aien stress.. Bukan mudah kalau kita hanya memendam.. soal keluarga yang dirindu, Sha doakan semoga Allah permudahkan urusan Aien untuk berjumpa mereka.. Aamiin..
    Buat kawan Aien tu, nasihat saja yang mampu diberikan.. Tindakan tetap dari mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Sha atas cadangan. In shaa Allah nanti pillow talk kat laki. heee

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤