Safi Micellar Natural Cleansing Oil, mesra poket

Khamis, Oktober 08, 2020



Safi Micellar Natural Cleansing Oil mesra poket • Sejak terpengaruh dengan Noel (ala takkan la tak kenal) Youtuber skincare promo benda ni, Aien pakat la mencari di Watson masa hari tu. 

Jika sebelum ni, Cleansing Oil pertama yang Aien cuba adalah Herv Brigtening Cleansing Oil tekstur dia sangat bagus. Iye, macam minyak la kan. Ringan, dan rasa dia membesar lebih bagus daripada Safi. Eh.. jap! Pause dulu. Apa ni, promo benda lain. Ha ha ha 

Meh, kita cerita dulu pasal Safi Cleansing Oil ni. Dengan harga RM18.90 yang mana Aien rasa ianya merupakan cleansing Oil termurah di pasaran setakat ni. Yang paling penting Safi Micellar Cleansing Oil ni sangat tak memedihkan mata. Cuma tekstur dia likat sedikit jika dibandingkan dengan Herv. (ye  la, pernah pakai Herv punya je) 


Bestnya jugak packing Safi Cleansing Oil ni ada lock di tempat pump dia. So, jika kita travelling bawak si comel ni, boleh saja kuncikan dan simpan dalam plastik la jugak sebelum masuk ke dalam beg toileteries. 


Jika korang nak tahu kepentingan Double Cleansing ni adalah teknik cuci muka dua kali yang sangat popular di kalangan orang Korea dan juga Jepun. Teknik ini juga dikatakan boleh menghilangkan segala kotoran degil yang boleh membuatkan liang porit tersumbat dengan lebih baik daripasa satu kali cucian. 

Eh, dah macam iklan pencuci baju pulak. Haha Apa yang penting untuk korang tahu, tak semua jenis kulit boleh serasi dengan Cleansing Oil ini. Jadi kena la cari maklumat terlebih dahulu tentang jenis kulit anda serta jenis-jenis cleansing oil ataupun micellar water yang boleh korang pakai. 

Macam Aien ni memang suka try and error. Pahtu muka macam apa marah. Paling menyampah la kan. Tapi tak serik-serik. Yang penting berhenti la menggunakan produk yang banyak bahan terlarang. 

Safi Micellar Cleansing Oil ni boleh dikatakan tiada juga bahan-bahan yang pelik cumanya jika korang alergik kepada pewangi, jangan la pakai ni k. Kang kata, aku baca kat blog tu. Dia kata boleh. Haaa, sudah! 

Sekali lagi Aien jelaskan, setiap keputusan itu berbeza bergantung kepada jenis kulit masing-masing. Aien cuma sarankan mana yang mesra poket sebab poket Aien ni pun sendu. Ha ha .  ikut nafsu nak saja try yang jutanam as yada yadoo yadi yadu.. Eh.. Tapi sebelum tu tenung la poket sendiri yang kadang-kadang berlubang ni ha...

Sudah la. Nak cuba Safi Micellar Natural Cleansing Oil, korang boleh cari di mana-mana drugstore yang terdekat dengan korang. Bai! 

16 ulasan

  1. ooo mun kamek ada fragrance ya nang sik boleh lahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kah? kalah habis kah? Hee.. Cuba nok lain jak. ;)

      Padam
  2. recently mmg guna product safi pun,tapi tak pernah lagi guna cleansing oil ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru lagi dikeluarkan, tapi boleh tahan jugak laa. :)

      Padam
  3. safi sekarang dah banyak jenis produk kan? rasa nak cuba semua je

    BalasPadam
  4. kaella dah tak berani tukar produk lain sebab berapa bulan lalu muka teruk gila naik jerawat sebab tukar produk baru or mungkin tak sesuai dengan kulit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo muka dah okay, tak payah la tukar Kaella. Kalo dah breakout balik susahnya nak jaga lagi. Hurm..

      Padam
  5. Saya pun pakai produk Safi juga tapi yang warna biru hehe 🥰 so far, produk Safi ni mmg bagus utk saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. safi warna biru yang mana satu tu? banyak dah jenis safu warna biru termasuk leyler pakai Haha

      Padam
  6. betul..lain produk lain kesan dia..dan kulit lain result dia..
    so berhati2 dalam pemilihan produk kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betul.. Dari yang murah ke mahal, mahal ke murah balik.. buat sendu poket je. Haa

      Padam
  7. Suka juga pakai cleansing oil. Lebih bersih kalau double cleasing kan. Tak pernah lagi guna brand safi dan tak pernah guna yang jenis ada pewangi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? Aien pun suka guna cleansing oil. Rasa bersih sikit muka. haha Ntah, kita selalu kena yangbada pewangi. Haha

      Padam
  8. kalau ada pewangi tu mmg kurang sesuai laa utk sy ;-) thanks for your review..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pewangi tu dok bawah². Haha tp tetap adalah jugaknya

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤