Best ke pakai Wardah Sun Care Sunscreen Gel ni?

Selasa, Oktober 06, 2020

 

Best ke pakai Wardah Sun Care Sunscreen Gel ni? •  Waduh, waduh, takkan pernah wujud  kalau tak kenal maka tak cinta kan? Sejak mengenali Sunscreen ni, Aien dah repeat tub yang kedua. Eh, baru dua ke? Yup, baru je pakai. And I in love with this sunscreen ever. 


Dahulunya, Aien guna Biore UV Spf 50 pun in love jugak. Tapi saja la nak berubah angin sebab Wardah punya produk lebih murah berbanding dengan yang lain. Kalau boleh cari yang mesra poket, untuk apa membazir, gituuu..  

Korang boleh baca Top 5 skincare produk all the time Aien yang banyak dah berubah jugak la. Yang setia semestinya vaseline. Masih mencari best skincare produk diri sendiri. 

Macamana kenal Wardah Skincare? 

Wardah skincare produk telah memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Produk Wardah ini daripada Indonesia yang juga terkenal di negara jiran kita. Sejak follow group di muka buku, kebanyakan orang mula mengetahui kepentingan menggunakan sunscreen ni. Jadi antara produk sunscreen menjadi pilihan salahnya adalah Wardah Sunscreen Gel ni. 


Jika dilihat dari segi bahan-bahan yang terkandung di dalamnya  selamat digunakan. Akan tetapi, jika anda punya alahan terhadap wangian, tolong elakkan. Sekiranya anda mempunyai sensitif skin type. 

Setakat ni Aien pakai, okay je. Tak ada juga naik ruam. Sesuai jugak untuk Aien guna di rumah saja. 

Selain daripada Sunscreen Gel ni Aien currently cuba moisturizer cream dia. rasa ringan je kat muka. Tapi, baru je pakai lagi. Tunggu dah habis satu tub tu Aien buat review k. 

Tak reti la nak buat review molek². Janji simpan sini mana yang pernah cuba. Ye dak. Haha 

Mana nak cari Wardah Skincare ni? 

Di semua drugstore terdekat. Biasa Aien tengok di Watson. Guardian lama jugak dah tak masuk. Harga untuk satu tub di sekitar RM10- RM15. Mampu milik la kan? 

Dah tu je. Kbai~ 

38 ulasan

  1. kamek guna wardah lipmatte, compact powdercdengan bb cushion..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay kah? barang mekap nya belom pernah cuba gik. :)

      Padam
  2. Selalu nampak beauty blogger indon review produk ni. Pernah nampak juga kat watson. Belum pernah cuba lagi any produk wardah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye? Tengok review semua kata the best ever. tu mencuba jugak. :)

      Padam
  3. thank you sharing this.. i tak tau sunscreen apa patot i pakai actually ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak choice sunscreen ada. cuma berani try and error je.Heee yang penting cri mesra poket

      Padam
  4. sunscreen memang wajib guna sekalipun tak nak guna makeup ....tapi nak tahu jugak sunscreen gel ni camner rupanya ...tapi takper kang nanti nak cuba beli jugaklah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, kan? oh, nanti kita edit gambar gel/cream dia macamana. sorry .. :)

      Padam
  5. Boleh la try jenama ni. Saya mmg tak tggl pakai sunscreen walau tak keluar rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya cik Min tak tinggal pakai. Kita kadang2 culas jugak. :)

      Padam
  6. Terima kasih kak , berkongsi satu produk yang bagus ini. Lepas ini boleh Naim pergi cari dan guna kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r welcome. :) Pegi cari sebab yg setengah outlet memang selalu sold out.

      Padam
  7. Nice to use this Wardah Sun Care Sunscreen Gel. The price is very affordable too. Good product for everyone

    BalasPadam
  8. Sisyat pun ada 1 skincare brand wardah ni... serum yg kecil2 tu. 1 kotak ada 5 botol kecik..bessttt guna nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay tak pakai dia? Nak cuba jugak sekotak tu. tgk botol pun comel². :)

      Padam
  9. Produk ni ada tinggalkan kesan white cast kat muka tak? Sebab kebanyakan sunblock macam tu, kulit jadi nampak putih yang tak natural.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada Cotton Candy. Dia terus serap larut bila diratakan ke muka. :)

      Padam
  10. boleh try ni nanti, hari tu cuti2 dekat pulau mmg mencari tapi tak jumpa brand ni, lps mi nak beli dan cuba. thanks info

    BalasPadam
  11. Tak pernah cuba yang ni. Kalau wardah, syira guna powder cake dia. Best. Tapi rare pulak sunscreen bentuk gel. Boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai cakap powder cake dia best, harus cuba lepas ni. Dia tulis situ gel, sebenarnya macam cream jugak kita rasa. nanti edit gambar dia mcmana. :)

      Padam
  12. Wahhh boleh try la produk ni.. Memang selalu guna sunscreen untuk jaga kulit dari direct sunlight kan... If boleh jimat, why not kan... Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Selagi boleh jimat dan ngam ngan kulit, senang la kan. hehe

      Padam
  13. selalu dengar review pasal produk wardah, ramai beri feedback yg baik.xpernah cuba lagi,maybe soon

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba sebab kalo tak ngam pun tak da la terkilan sangat. :)

      Padam
  14. Nak carilah, nama muslimah sangat gitu...
    Biasa kalau pek kecil gini Sis suka, senang nak masuk bag...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Sis Lin. Comel je packging dia. Senang dan mudah dibawa ke mana saja.

      Padam
  15. Sekarang ni kalau nak keluar rumah memang wajib kena pakai sunscreen. kalau x memang mengundanglah. btw menarik produk dr wardah ni.

    BalasPadam
  16. Thanks for the review, i have not try this brand of skincare before, will check it out.

    BalasPadam
  17. Wah wardah ada sun screen. Nanti bolehla cuba. Menarik ni sbb brand yg kita tahu halal

    BalasPadam
  18. thanks share. ada banyak jenis sunscreen di pasaran, cuma tak tahu nak pilih yang mana terbaik untuk kulit. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Kena rajin cuba juga. Dalam masa yang sama nak cari mur mur je Haha

      Padam
  19. Senang sikit nak cari kalau ada kat Watson hehehe... memang selalu masuk Watson...

    BalasPadam
  20. definitely will try it in the future. thanks for recommending

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.