Chinese Drama: Dating In The Kitchen (2020)

Khamis, Oktober 01, 2020

 


Tajuk: Dating in the Kitchen 

Genre: Romance, business, Foodie

Episode:  24 

Cast: Zhou Lu Si, Lin Shen, Zhang Xiao Chan, 

Sinopsis: Working at the Zijing Hotel, Gu Sheng Nan was an underestimated commis inside the kitchen but she was free to express herself through her food, as she sharpened her skills as a chef to make matters worse, an unfortunate misunderstanding lands her on the wrong side of her soon-to-be boss, the sharp-tongued CEO, Lu Jin.

As a business prodigy, Lu Jin isn’t afraid to make the tough decisions. Ready to condemn the Zijing Hotel, Lu Jin changes his mind after a happy accident brings one of Sheng Nan’s dishes his way. A hardcore foodie, Lu Jin is impressed with Sheng Nan’s skill as a chef and readily recognizes her talent. Sharing a love of food, this unlikely pair begins to form an unexpected bond that leads them to a place neither of them ever expected to be.
(Source: Viki)
~~ Adapted from the novel "I Finally Get You" by author Lan Bai Se

SPOILER ALERT


 Again, randomly watched the trailer on youtube, waiting for this drama patiently.


Semestinya sebab Zhou Lu Si sebab dia one of my favorite chinese actress. Ada jugak terbaca desas desus mengatakan dia ni jenis orang tak kenang budi ke apa. Mana entah jumpa gosip dia, malas nak cari balik. Janji dia berlakon okay, dan apa yang penting kimia antara dia dengan semua pelakon lelaki di dalam keseluruhan drama lakonannya sangat hebat. I like, gitcheeww~

Untuk drama ini, Zhou Lu Si membawa watak seorang tukang masak yang memang daripada susur galur berdarah chef bekerja di sebuah hotel. Al-maklum hotel masak mana boleh suka hati ada T&C dia. Tapi masa dia kerja di hotel tu, dia sekadar pembantu dapur sahaja. Tukang potong bawang, siang ikan dan sebagainya. Sehingga satu hari, tukang inspection datang ke hotel mereka untuk menguji tahap kesedapan makanan di situ.

Dalam masa yang sama, Gu Sheng Nan ni curi-curi masak lunch untuk kawannya. Sekali kebakaran la pulak dalam bilik simpanan tu. Yang turut menjadi ahli bomba sukarela ini, adalah Tukang inspection tadi, Encik Lu Jin.

Hilang la mood member nak merasa segala jenis masakan yang terhasil dari dapur tersebut. Sampai manager F&B pun risau, silap-silap dorang ni kena buang kerja. Last sekali, idea gila kawan si Sheng Nan ni suh hidangkan nasi goreng yang dimasak oleh Sheng Nan untuknya tadi.

Suprise suprise. habis dong! Haha Sejak dari itu Sheng Nan jadi tukang masak tak rasmi pada Lu Jin ni. Siap buat task, hasilkan 10 jenis masakan daripada satu bahan utama.

Di lain cerita, Sheng Nan secara tak sengaja telah mengjahanamkan kereta kegemaran Lu Jin. Disebabkan itu jugak, Sheng Nan anti betul dengan Lu Jin yang asyik minta duit pampasan.

Sehingga satu task terakhir, Lu Jin terkena keracunan makanan sebab Sheng Nan. Demi untuk tukar ganti duit pampasan dan masakan Sheng Nan, Lu Jin sanggup buat kontrak supaya Sheng Nan boleh terus masakkan untuknya.

Bila mak si Lu Jin dapat tau, dia menganggap bahawa Lu Jin cuma mahukan teman. Ya la, orang bisnes sana sini. Ada aja peneman kan. Tapi, bagi Lu Jin tidak. Bersama Sheng Nan, bawa satu karakter lain dari dirinya. Itukah namanya cinta? Ecehwah.

Ping pang ping pung, cuba dipisahkan tapi tak berjaya. Sebab Sheng Nan ni memang pandai orangnya . Menawan hati bonus pandai masak. Suka Zhou Lu Si bawak watak ni. Sesuai dengan dirinya agak gila-gila happy go lucky gitu. Kena dengan Lin Shen yang macho man, bukan muka jambu. Adooo..


Penghujung drama, mesti la mereka dapat bersama hence ada konflik salah faham antara Sheng Nan dan Lu Jin dek kerana orang ketiga. Namun, kerana kesefahaman antara pasangan duo ini membuatkan hubungan mereka diterima oleh mak Lu Jin pada akhirnya.

Aien tak pasti sama ada iya betul-betul habis dengan episode 24 tu, sebab seperti tergantung je ending dia. Al-maklum la, sebab tak suka drama yang sedang ditayangkan macam ni la. Tak menyempat. Ikutkan di aplikasi WeTV baru episode 18 dengan sarikata english. Tapi, di youtube ada beberapa channel yang sudah tayangkan sehingga episode 24, tapi tanpa sarikata Ko paham sendiri la gitu. Haha

Apala, review tak senonoh kan. setengah jalan begini jaaa..

4 ulasan

  1. nak tengok juga!! kena bookmark dulu takut lupa..hehe

    BalasPadam
  2. ah dia berlakon cita oh my emprior kan ! i like her too hehee
    betul for me, berlakon ok.. anything peribadi.. i tak check dahh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.