Tahun kedua menjadi official

Isnin, Oktober 19, 2020

 


Tahun kedua menjadi official | Pejam celik tak berasa kan. Blog yang selalu menjadi tempat luahan hati, cerita benda merapu dan sebagainya. Fuh, nak masuk tahun kedua official menjadi AIENIENKA. Siapa sangka kan? Ada platform official membuatkan Aien seronok nak bercerita. Rasa lebih privasi dan bangga pulak bila naik di carian google nama blog sendiri. Padahal sekarang ni kalau taip je nama kita sendiri (eh, ada buat ke tu) mesti dia akan keluar di mana kita pergi, media sosial apa kita ada dah sebagainya. Nak la jugak recap sejarah kisah aienienka ini bermula. 

Kenapa bertukar? 

Bermula dengan Kisah sedih di petang jumaat Aien keep alert dengan bot yang spamming view blog. Pahtu dengan bantuan rakan blogger lain, katanya kena tukar keyword. Pahtu masih jugak kena spamming view tu. Sudahnya, rakan blogger lain pulak kata.. Tukar la pergi domain. Ada domain sendiri senang sikit terjaga. Bermula la hikayat pemilihan server yang mana patut. Dan penghujungnya, Syokhost menjadi pilihan. 

Okay kah? 

Ntah, kalo tulis saja-saja Aien rasa okay kot. Berbaloi dengan RM60 setahun kot. Walaupun Aien masih tak diluluskan Adsense lagi, jenuh jugak nak buat editing blog. Sebabnya kebanyakan masa entry Aien semua dilayarkan daripada smartphone. Sejak dah ada anak dah tak duduk mengadap laptop tu. Bergaduh aje kerja anak beranak. Malaih ler. Buat iBu stress aje. Malam-malam begini, update blog, blogwalking sambil tidurkan si kecik. Boleh la sambil-sambil. Kalau nak cari PV mungkin ramai kata NetKL lagi berbaloi. Wallahu alam. Rujuk la pada yang pakar. 

Again, why aienienka? it's hard to pronounce. 

kredit: carian google


Al-kisahnya, bermula satu la kisah...  di zaman rebel.. ah, malas la nak ulang tayang. Cuma sayangnya nama pena  ni sebab rasa dia mewakili diri sendiri. Memang nama timangan untuk blog, Aien. As sometimes ada juga Nur, ada juga aku. Biasa la tershashul-shashul. Dah diri penulis ni macam lalang. Randomly dia tulis everything... 

itu la dulu, angannya nak jadi cikgu, tak boleh garang sangat. pahtu nak jadi penulis novel. Tak lepas, kosa kata tak banyak. Asyik repeated word jer.. Maka wujud platform blog ni di bawah nama aienienka. 

Macamana sebutnya tadi? 

Aie - sayang 
Ni- Kamu
N.K.A - huruf initial nama asli. 😌

Jadi la aininka dengan "E" sebagai pemanis rupa. So U olls jangan tershashul la nyebutnya. Aien suda laa. I okay jur dengan nama tu... 


Pada yang baru singgah ke mari, selamat datang semua. Jangan lupa follow dan subscribe untuk cerita baru Aien ya. Kebanyakan masa update adalah tentang review drama sebab Aien adalah seorang pencinta drama, cause bawak ku terbang.. Sekali sekala update pergi mana, buat apa. Makan apa dan sebagainya. Senang cakap it's personal blog la. I write whatever I want to. :) 

Selamat ulang tahun kedua blog ku. Kisah Aienienka tagline jar of memories is always here. Arigato neee~ 

23 ulasan

  1. hebat gila, update guna phone pun nampak kemas/neat like this! i seriously tatau how nak update guna phone.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha biasa je kalau update entry. Taip² gitu jer.. Kalo bab editing tu. rezeki lebih upah orang. Malas den nak buat sendiri. Haha

      Padam
  2. Semoga terus sukses di dalam dunia blogging

    BalasPadam
  3. Waaa tahniah buat blog Aienienka.. dan selamat datang juga sebagai ahli JDT Nlogger..moga terus maju suksess dan rajin-rajin laaa update blog..

    BalasPadam
  4. sik mok eh..kamek mok nunggah kitak Khaf...sik pun khafy...baruk la glemer....sila setuju..hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khaf haa? khafy? kedak khaty? Sik pernah terpikir juak eh.. Jap ai pikir lok.. :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Baik Syaz. Doakan ideas sentiasa hado. Haha Harap tak boring singgah. :)

      Padam
  6. Happy 2 tahun blog Aienienka. Susah juga nak menyebutnya dulu. Aien je sudah kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sia Pija Aah. ramai kata gitu.. Aien je la. senang.. :)

      Padam
  7. saya tak boleh blogging dengan phone rasa macam makin menipis je tahap kesabaran tu..haha
    semoga aien terus sukses dalam blogging :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Majoriti orang lebih suka menaip di laptop. senang. Dahulu ye. terasa macam penulis, tapi sekarang.. more to menulis untuk kawan-kawan.. :)

      Padam
  8. Tahniah!Teruskan penulisan anda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Cuya. Baik, in shaa Allah panjang umur akan terus menulis. :)

      Padam
  9. wahh dah masuk second year guna domain sendiri... tahniah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye . Alhamdulillah dah masuk second year dah ni.. :) primary two dah. Hahaha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤