Cara baru top-up umobile prepaid dari maybank2u | Eh, ada cara lama ka macamana nak top-up ni? Tak tahu pulak kan. Daku kehairanan dua minggu lepas, baru sahaja top-up untuk ganti data internet dan seperti selalunya daku akan top-up cukup-cukup la kan. Seperti pengetahuan semua, jika kita tambah nilai sebanyak RM30 pasti akan bertahan untuk tempoh satu bulan walaupun kita telah menggunakan kredit tersebut untuk melanggani data internet kan?
Tapi, untuk terbaru ini (bagi aku la kan) ada kaedah baru untuk tambah nilai jika mengikut aplikasi maybank2u .
Untuk korang tak tertanya kenapa kredit aku habis gitu ja seperti Aien, meh Aien nak kongsi la kan bagaimana untuk tambah nilai yang sebetulnya melalui maybank2u ini.
Setelah korang selesai masuk ke aplikasi maybank2u tersebut, pasti korang akan pilih 'mobile' untuk pilihan tambah nilai. Kemudian, masukkan no telefon korang, dan korang akan berjumpa dengan senarai telco untuk ditambahnilaikan kreditnya seperti di atas. Jika dahulunya, cuma ada UMOBILE sahaja. Namun kini, pilihannya ada tiga;
- umobile - untuk tambah kredit biasa.
Jadi, ini contoh pilihan jumlah tambah nilai anda. Minggu lepas, seperti biasa Aien pilih RM30 la kan. Kemudian, setelah melanggani GX30, seminggu selepasnya Aien mendapat pesanan ringkas mengatakan bahawa kredit akan tamat tempoh. Naik hairan jugak kenapa kan? selalu tak pernah pulak jadi macam ni. Ya la, kita dah top - up RM30 maknanya untuk sebulan la kan. Apa cer pulak jadi macam ni.
Jadi, Aien buat ujikaji. Eceh.. kena cuba, kalau tak cuba takkan tahu kan? Dan Aien kongsikan khas untuk korang my readers. :)
- Umobile GX - untuk tambah nilai sekali dengan tempoh sebulan kredit anda. Nah, ini sebetulnya yang Aien mahukan. Makanya, burn la RM40 untuk data serta topup sebelumnya.
Pada mulanya ragu-ragu juga nak amek ni kan. Macamana kalau aku amek ni, kredit aku tetap juga kena tambah. Pahtu, dah la baru langgani dua minggu lepas. Haiyoooo..
Selesai pilih Internet GX30 itu, Aien dapat text pengesahan.
Maka bertukar la tarikh langgan data Aien. Berhuhu sekejap la. Bila tanya dengan orang lain, mereka juga kurang pasti hal ini. Sebab masing-masing masih ada cara tambah nilai yang berbeza kan? Sama ada melalui kad gores atau beli di 7e atau melalui ewallet seperti BOOST atau TNGo wallet. Sebelum ini, Aien biasa tambah nilai ikut BOOST, tapi dah beralih sebab tak ada juga fungsi aplikasi tu pada Aien. Oh, bagaimana pulak dengan kredit? terlupa pulak dah bebel panjang ni kan.
Korang boleh tengok di aplikasi UMOBILE sendiri mengatakan bahawa kredit korang akan aktif 30 hari. Yang memula Aien pilih tambah nilai biasa tu dia tulis 10 hari je masa tu. Tak ada pulak SS sebagai bukti. Kang orang ingat Aien tipu pulak. Ha Ha Ha
Jadi, jangan ragu-ragu. Pilih la pilihan kedua. Pasti duit korang tak melayang dah. Jap, belum habis lagi. Ada satu pilihan lagi, iaitu...
- UMobile UMI - Untuk mereka yang langgani umobile internet la kan. Bagi umobile user pasti friendly la dengan perbezaan ini. Untuk mereka yang tak tahu apa beza UMI dengan GX ini semestinya GX itu tanpa had, manakala untuk UMi pulak ada had datanya.
Yang ni mesti sama saja dengan pilihan GX tadi hasilnya. Nah, gitu dong. Bulan lepas tak nampak pun lagi cara ni, baru saja nampak bulan ni. Harap korang tak tersalah pilih la kan.
Moga berjaya ya.
aienienka
20 ulasan
entry yang membantu mereka yang tercari2 caranya :D
BalasPadamthanks. Supaya tak kena mcm aien. T^T
PadamOoo tu kalau tak reti pening gak tu..
BalasPadamSis biasa topup CIMB tu mudah je...sebab takde akaun Maybank hehehe
Aah. Konfius betul la. Kenapa entah nak diasingkan mcm tu.
Padamshida pengguna maxis :)
BalasPadam:)
PadamMakin complicated pulak kalau macam ni. Selalu topup guna Maybank tapi bulan ni belum lagi. Lepas ni guna ewallet je la kot
BalasPadamEwallet lagi senang la rasanya. Tak ada leceh mcamani. haha
Padambagus laa dah ada service ni. sy dok tunggu bila laa digi boleh membenarkan pelanggan dia byr bil melalui maybank2U... (postpaid)
BalasPadampostpaid tak ada ka? kalo prepaid ada rasanya. :)
PadamKalau guna maybank topup untuk hotlink je. itupun kalau keluar subcribe data untuk 2-3hari je. selebihnya kat rumah guna wifi. Yang baru tak tahu pulak topup cara macam ni. biasa topup cara biasa tu je lah.
BalasPadamyang lain rasanya sama saja kot. Hehe
PadamOh CUya tak pakai maybank..pakai bank Islam..tapi bila topup lebih suka kad gores,tk perlu nk tgk bank online..gores sahaja senang..
BalasPadamrasa old skool gores gitu. Haha Lama dah xbuat, pahtu kad dia simpan buat penanda buku. 😝
PadamSaya selalu beli topup dekat shopee hehehe 😁 apa2 pun , entri ni mmg dapat membantu sangat utk mana2 yg tercari cari caranya mcm mana nak topup dari Maybank2u
BalasPadammacamana topup ikut shopee? Haha tak pernah tahu pun. ni lagi noob ni. hHaha
PadamBagus entrynya Aien.. Kadang tak semua orang tahu.. sha tak kawan dengan umobile ini sebab tempat Sha tak ada langsung line umobile ini.. sadis.. hehehe
BalasPadamaah. umobile sekarang pilih kasih sikit. kadang line pun malam lambat slow namati jer...
PadamSaya buat macam tu tapi malangnya tak masuk masuk mesej langganan tu :( terbang duit..no masuk betul dah
BalasPadamdia tak da masuk message langganan tu, tapi kita boleh tengok di aplikasi dia dah auto subscribe. boleh cuba lagi. Sis pun berpuluh jugak terbang. Dah line pun ciput sekarang. sabo je laa
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤