Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab food • Yeay! Yesterday was Moon Cake Festival, so why not we try to eat some moon cake.
Apa itu Moon Cake Festival?
Moon cake Festival juga dikenali sebagai Mid-autumn Festival atau Moon Festival yang diraikan oleh masyarakat cina sebagai sebuah perayaan selepas musim menuai pada setiap 1 October atau setiap 15 harj bulan di bulan kelpana calendar lunar. Pada tarikh ini, mereka berkumpul makan sesama kaum keluarga dan moon cake atau Kuih Bulan ini merupakan makanan wajib selain daripada makanan hasil tuaian seperti ketam, labu, limau bali dan anggur. Mengikut kepercayaan mereka, pada hari ini juga mereka akan membakar lantern dan menikmati cahaya bulan penuh.
Kenapa Moon cake mahal?
Jika dilihat pada bahan-bahannya, tidak la terlalu banyak. Namun, kesukaran untuk membentuknya membuatkan kos kuih bulan ini boleh mencapai RM14 minimum pada setiap satu.
Mengikut web page China Highlights tentang 10 perkara yang mereka buat ketika pesta ini adalah:
- Berkumpul sesama sanak saudara. Sama ada masak di rumah mahupun makan di restaurant.
- Makan Kuih Bulan -merupakan kewajiban pada hari ini.
- Melihat Bulan - tanda syukur keluarga berkumpul.
- Hargai Bulan - membuat suatu sembahan (halau hantu)
- Membakar lantern - tradisi bagi kanak-kanak untuk berhibur
- Bagi hadiah - sanak saudara atau staff
- Hantar pesanan ringkas - bagi keluarga jauh
- Bercuti pendek dengan keluarga -
- Shopping -kebiasaan mereka lakukan
- Menonton wayang - jika tidak mempunyai idea apa-apa.
Macamana boleh terpengaruh dengan Kuih Bulan?
Pada masa muda remaja, Aien bekerja di sebuah shopping Mall di Miri bahagian cashier. Bila jadi cashier ni semua kaunter la kita jalan. Every September favorite kaunter adalah kaunter kuih bulan walaupun dorang selalu nak chinese la kat situ kan. Bila dah penghujung Pesta Kuih Bulan ni, pasti ada promosi diskaun Kuih Bulan. Masa tu grab la sebijik dua mana yang ada halal kan.
Kebiasaan Kuih bulan ni ada yang telur itik, bunga teratai, gula perang macam yang Aien dapat dengan Tealive ni. Kacang merah dan banyak lagi la. Dan Favorite Aien pulak adalah bunga teratai tu. Sedap eh!
Rasa Kuih bulan ni lembut luar dalamnya berserta dengan inti. Sedap untuk orang suka makan macam Aien. Ha Ha
Semalam masa jalan-jalan nak pilih segan eh sebab ya la, kita bertudung nak pilih dorang chinese food gitu. Walaupun ada tanda halal mesti tak lekang promoter tu pandang, eleh.. yeea je kan. Haha Sangka buruk, tak elok betul. Senang cakap guwe ini segan. Makanya guwe beli aja ama grab food.
.
Sememangnya jika korang baca entry Grabfood VS Foodpanda servis di kawasan rumah Aien, mesti tahu Aien suka mak ko hijau dari pink walaupun Aku suka pink!
Tekan tekan tekan. tunggu sekitar 20 minit, rider datang hantarkan tengahari tadi. Nayla siap tanya, "bu, li pe?" (ibu, beli apa?) haha
Habis secawan Milk Tea with Boba tu dorang dua beradik kerjakan.
Kelam kabut Ibu nak snap gambar tiga ketul ni. Jenuh, berebut. Tak menyempat. "BU NAK!!" Masing-masing. Adooo.. Sekali bagi makan kuih bulan memasing tak pandai. Nasib la Ibu ni keseorangan melayan tekak pelik. T^T
Tekak pelik mende, aku balun je semua benda halal. Asalkan boleh makan namanya. Haha
Sekian arakian cerita kuih bulan Aien. Dah habis jiran bawah sana main mercun. Semoga kita tak dikenakan PKP lagi la kan. :)
21 ulasan
love moon cake too ! selalu beli yg bread history punya jew
BalasPadamtak pernah cuba. hehe
Padamsedap
Padamaritu klo tak silap inside scoope ada jual monn cake limited edition punya..tapi x pula beli..Pernah makan sekali je
BalasPadamkalo limited edition tu mesti sedap kan?
Padamskrg ni dah ada org Melayu yg buat kuih bulan yg halal. jadi x perlu syak lagi...
BalasPadamAda, tapi susah nak cari kot. hehe
PadamKalau kena pilih antara mooncake dan tealive, saya akan pilih tealive hehe
BalasPadamini set combo dari tealive. hahaha
Padamtak pernah rasa mooncake tapi based on sis bagitahu rasa kenyal kenyal, mean macam mochi ke? huhu
BalasPadambukan. dia lembut je. :)
PadamDina tidak pernah cuba moon cake sebab risau tidak kena pada tekak
BalasPadamSedap Dina, boleh cuba yang customer choice. In shaa Allah kena tekak. :)
Padamyesss mooncake memang sedap! Pernah je pergi mooncake festival. Ramai chinese tapi diorang okay je kalau malay join. Meriah la masa tu. Mooncake pun free je hehe
BalasPadamSeronok kalo dapat free ni. Dah la mahal kalo beli satu. :)
PadamMalaysia ada macam² perayaan, macam² makanan boleh jumpa kan 😆
BalasPadamkan. pelbagai makanan boleh dicuba. :)
PadamTak pernah cuba lagi kuih bulan dari Tealive ni. First time nampak yang ada inti brown sugar. Selalu jumpa inti teratai dan telur itik.
BalasPadamKan? Aien pun pertama kali jumpa inti brown sugar. Tapi sedap jugak. :)
PadamBelum pernah lagi mencuba mooncake. Bolehlah kot cuba try beli combo tealive ni.
BalasPadamboleh cuba kak Fiza. Tapi tak pasti masih ada lagi ke tak promonya. :)
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤