Grabfood VS Foodpanda Servis

Rabu, Julai 15, 2020




JUJUR DARI SISI PENGGUNA

No matter how good the service is it, there always have a flaw. 

Yooosehh~ Tetiba rasa macam nak buat review, hasil dari testimoni aku sendiri sebagai seorang ibu yang punya anak kecil serta duduk di rumah tinggi. 

Ceritanya semalam, aku kepingin amat air dari Tealive serta Kek. Makanya aku cuba servis daripada foodpanda. Tak pernah aku cuba, tapi bila tengok dah banyak kali dorang rider foodpanda masuk kawasan perumahan universiti ni, apa kata aku cuba pulak. 

Dengan perkhidmatan Foodpanda, aku order air daripada Tealive. Nak pergi berbeli sendiri tak terpergi-pergi jugak. Sudahnya hentam la 3 cawan untuk tiga beranak minum. Haha Tiga cawan dalam RM33 lebih gitu la

Yang ni aku order dahulu. Tengok dah okay servis, ingat nak cari kek, tapi macam teda pulak kek dalam foodpanda ni. Beralih la ke Grabfood. Order Secret Recipe mix cakes tu. Termasuk cas delivery RM2.00 RM42 lebih gitu. 

Lumba la siapa sampai dulu. Haha


Tak lama kemudian, rider foodpanda kol, suruh tunggu bawah. Ini yang paling malas sekali tau. Aku order guna servis macam ni pun kena tunggu bawah apacer kan? Padahal dah diletak note, boleh tolong hantar sampai ke atas? 

Disebabkan dia berebut order, tu yang dia nak cepat. Sakit hati jugak sekejap dengan rider dia. Jika dilihat kepada aplikasi Foodpanda, dorang tak ada macam tips tau untuk diberikan kepada rider tu. Mungkin sebab tu leceh juga kan. 



Hazelnut Choc with pearl
Bang Bang Chocolate with brown sugar and pearl
Original Pearl Milk Tea with Gula Aren


Tak lama air sampai  saing pulak dengan kek sampai. Wow! Tak ada panggilan ke apa, alih-alih dah muncul depan pagar bagi salam. Yes! I like this kind of rider. Excited gilos bila masing-masing dah sampai. Tekak mengidam punya pasal. Layankan aje laa.. 


Signature Chocolate Indulgance


Salted Caramel Macadamia Cheese 


Yang ni lupa pulak apa. Hehe 

Kemudian rate rider dan bagi la hadiah sikit. Bagi nya aplikasi Grab, kita diberikan kebebasan untuk rate rider kita. Nice! Foodpanda, sekali dah sampai macam teda pulak suruh kita rate rider tu. Mungkin aku juga tak perasan sebab dah sakit hati dengan rider dia. Ha ha 

Dah dua kali jugak aku guna servis Grabfood ni  memang berbaloi sangat. Tapi, cas delivery dia tu yang macam haiya.. Keluar Grab  masuk Foodpanda. Konfius laa. Foodpanda kebanyakan store terdekat free delivery. Kesian pulak dengan rider kalau dorang macam serba serbi tak ada kelebihan  dari sudut pandangan kita pelanggan la. 

Tapi itu la aku, dalam kesian tu, aku masih mengharap servis bagus dari dorang yang bekerja frontliner macam ni. All the best rider, semoga murah rezeki. 


24 ulasan

  1. Rumah kami FoodPanda & GrabFood takde cover. Kalau nak delivery kami kena call PIzza, Domino, KLF. MCD pun xde cover tempat kami. Sedih kn? Kalau kat office, kami tumpang2 je opismate nak order apa. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, tak best jugak macam tu. Sama macam kawasan kampung mentua dorang tak cover lagi.

      Padam
  2. tak pernah try order lagi sebab area rumah saya diorang tak masuk.

    BalasPadam
  3. kalau saya, foodpanda guna bila ada promocode je.. sekarang macam lagi best pakai grabfood sebab lagi satu boleh kumpul point, nanti boleh redeem untuk diskaun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, betul tu. Tiap kali pembelian ada point. Ha Ha That's y I love green. Eh!

      Padam
  4. xpernah lg gne servis foodpanda ataupon grabfood..
    masing2 ade kekurangan n kelebihan tersendiri kan.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Tapi setakat ni memang berpuas hati dengan grabfood walaupun mahal sikit berbanding food panda. ^^

      Padam
  5. semuanya sedap2 belaka... so far sy cuba guna grab food je. tu pun sejak PKP. lepas tu x guna dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Sebab tekak teringin la layan kan aje guna servis dorang ni. Haha

      Padam
  6. Belum pernah guna dua dua ni.-_-"

    BalasPadam
  7. haih geram je kawasan rumah ni memang dedua tak cover, so kalau nak makanan apa-apa kena keluar sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halah, halah .. Tak apa keluar sendiri tengok puas hati. Doa la.moga kedua servis tu masuk kawasan sis. ^^

      Padam
  8. selalu masa saya dekat u saya selalu pakai foodpanda,,sebab grab food mahai nau...mampu foodpanda je.heheh....apa pon terima kasih abg panda sebb tolong kami student yg kelaparan...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo byk restoran dia masuk, boleh teda masalah. Tapi, kalau pilihan tak banyak pun boring jugak

      Padam
  9. setakat ni try Grabfood je belum lai Foodpanda..
    hehe..

    BalasPadam
  10. Tempat kami dua2 tak ada.. apa pun tak ada.. sedih.. hahaha.. nak kena start kereta gi beli.. kalau rajin, memandulah.. kalau malas telan air liur je..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.